... mencari kain ela yang lawa!
But this time around aku pi cari ngan Ibu.
Guessed where? Kat Gulati's Ampang Point. hehe...
Since hari tu Ibu bising aku nak beli kain yang mahal kan, la ni meh aku bawak Ibu sekali. Semua aku tanya pendapat Ibu. Idea aku pada warna ape yang aku nak je. Soft pink it is! Hehe :) Pink yang agak lembut berbanding yang aku nak bli kat Gulati's Jalan TAR tu.
And you know what, aku beli yang plain Chiffon warna pink sekali ngan Thai Silk warna soft pink jugak.
Plan ngan Ibu, kain chiffon untuk majlis tu, buat kurung moden kat kawan Ibu. Siap je nanti hantar kat kawan mengaji Ibu jahit manik yang simple-simple plak. Bagus jugak ada kawan-kawan Ibu ni boleh tolong. Senang citer aku.
Yang kain Thai Silk tu saje-saje beli, sebab memang dah lama dah aku teringin nak beli kain jenis tuh. Even Ibu pon lama dah teringin. Yang kain sutera Thai ni aku nak jahit sendiri. Hehe... for any occasion.
Masa kat Gulati's tu, nak tau tak sape yang lebih rambang mata tengok kain? Ibu! Aku ni sebab dah set dalam kepala otak aku nak ape, so, point aku pada benda-benda tu je. Aku dapat 3 pasang termasuk ngan lining satin untuk baju chiffon tu, Ibu dapat 2 pasang kain Viscose. Hmmm... bagus jugak bawak Ibu pi shopping nih :))
Hmmm... lega dah. Petang tu jugak aku pi hantar kat kawan Ibu untuk jahit. Aku mintak pada acik tu, paling-paling lewat awal bulan 4. InsyaAllah siap mengikut waktu. Aku pon takde nak rush sangat cuma aku letak tarikh awal bulan 4 tu at least dia ada masa dan aku ada masa; kot-kot dia tersiap lewat takde la aku haru nanti.
Well, I am indeed a perfect melancholy girl. Aku letak masa dalam setiap benda yang aku buat. Bukan nak hantar cepat maksudnya aku nak cepat, tapi aku ni jenis pikirkan setiap kemungkinan yang boleh berlaku. Kalo hantar lambat, ada jaminan aku akan dapat on time, takpe. Ini kalo TETIBE something jadi, camana? What if this happen, what if that happen; bla, bla, bla... Aku bukan seorang yang sukakan risiko. I live in a comfort zone; I play safe. Huhu... safe la sangat kan??
p/s: Jadinya, satu benda siap! :))
No comments:
Post a Comment