Hehe... bila taip title entry ni, teringat aku kat Cik Abang aku.
Alkisahnya, Sabtu lepas dia terlibat ngan marathon 10km sempena... aku pon tak pasti sempena ape tapi yang aku tau, awalnya dia tak terlibat pon. Tup, tup last minit dia ganti kawan dia untuk larian tuh. Dah siap amek nombor nih. Dan malam sebelum larian tuh sempat dia pi ronda kat uptown cari seluar track pendek. Semangat btul!
Malam tu aku tau Cik Abang aku tido pukul 2pg sebab sebelum dia tido sempat lagi kitorang borak nak dekat sejam.
Pagi tu dalam 645pg aku hantar mesej ke dia swuh dia bangun siap-siap nak pi daftar marathon kul 7pg. Ok, dia tak reply. So, aku ingatla dia dah pegi mendaftar dan tak bawak tepon. Fine la, aku pon kebetulan siap-siap nak pi joging ngan family aku kat Tasik Perdana.
Balik dari joging around kul 1045pg camtu masa aku tengah sidai kain, tetibe dia tepon. Of courselah aku tau dia sebab ringtone lagu Marie Digby.
A: Assalamualaikum Sayang...
S: Waalaikumussalam Cuk...
A: Macamana? Dapat nombor berapa?
S: Cukk... Abang baru bangun tido nihhh... Tersedar-sedar tengok dah terang dah kat luar.
A: Laaaaaa???? Hahahahahaha ;P Ye ke (sempat lagi aku gelak besar ke buah hati aku nih)... Baru bangun? Tak lari la nih?
S: Takkkk laaaa... Hukhuk... ish, patutla asal la Abang rasa lama betul nak kul 6pg nih, rasa lama sangat tido. Rupa-rupanya dah terlajak...
A: Alalala sian dia. Takpelah, len kali kan ada lagi.
S: Yang tak tahannya Cuk, malam tadi Abang siap pi uptown pi cari seluar track baru ingat nak pakai untuk larian pagi ni. Siap dah gantung depan almari tuh. Tup tup, Abang tersedar lewat plak...
A: Tu la, kalo Cuk tau camni jadinya, Cuk kejut Sayang pagi tadi. Ingatkan pagi tadi masa Cuk hantar mesej kul 645pg tu Sayang tak reply sebab dah pi mendaftar, tak bawak tepon. Dan dah siap-siap nak berlari dah. Rupanye berlari atas katil ye Sayang??? Hehe ;D
S: Alaaa... (tetibe dengar suara orang bercakap). Nasar pon dah balik tuh. Ok la Sayang, nak pi tanya dorang jap.
A: Ok (sambil tahan gelak).
Tak lama lepas tu, dia mesej aku semula. Kawan dia dua orang dapat nombor kurang dari 20 dapat saguhati tuala. Yang lain sume takde nombor.
Tak habis dia ngadu ngan aku lepas dari tu yang buat penat dia pi beli seluar track baru dan ape dia nak buat ngan seluar tuh. Aku swuh dia pakai bawak joging kat maktab dia dulu pagi tu sebelum dia pi mandi. Buat lepas gian la katakan sebab terlepas marathon. Hehehe ;D Tau plak masa tu dia kata kat luar cuaca dah panas. Last-last dia pi bawak kereta dia pi servis kat worksyop pakai seluar track tuh. Dan petang pas dia pi bela kereta dia tu, kami jumpa. First time tengok dia pakai seluar pendek! Auwwww~
p/s: Sorry Sayang sebab Cuk gelakkan Sayang. You made my day lah... hehe ;D
No comments:
Post a Comment