Thursday, February 18, 2010

jalan-jalan cari...

kain!

Jumaat lepas (120210), Cik Abang ajak aku pi Jalan TAR sebab tempat keje dia dapat pelepasan cuti raya cina petang tu jugak (lepas solat Jumaat). Memandangkan petang tu dah cuti, marilah buat sesi jalan-jalan cari kain.

Bukan kain ape ye, tapi kain ela sama jenis dan corak untuk famili dia masa majlis bertandang untuk majlis kecil-kecilan tu (lagi meriah plak dari belah aku). Bukan setakat dia ajak, tapi aku pon memang beriya offer diri sendiri nak mengikut dia. hehe ;) Alaaa... anything untuk spend time ngan dia.

Plan asal nak pegi pagi Sabtu sebab Ellie ada terlibat ngan Ko-K kat sekolah, jadinya ada peluang la aku nak kuar ngan Cik Abang sebelum ikut Ibu balik kampung. Tapi tetibe pagi Jumaat tu masa tengah breakfast ngan Ibu, Ibu kata Ellie takmau pegi Ko-K. And Ibu kata kalo Cik Abang aku ajak pegi Jalan TAR petang tu, pegilah. Ahah! Ibu bagi lampu hijau plak tuh dan kebetulan jugak masa tu Cik Abang aku baru je mesej aku tanya pasal benda yang sama. Lampu hijau dah dapat, ape lagi, aku ON je la kuar ngan dia pi Jalan TAR.

Penat gak la kehulu kehilir ngan dia. Dari masuk Kamdar ke Nagoya, ke Kamdar semula dan Nagoya balik... Fuh! Dengan panas teriknya boleh tahan penat la... Tapi berbaloi jugak, nasib baik jumpa gak dengan kain yang berkenan di mata dia. Kalo tak, mau aku geget telinga dia sebab penat berjalan tapi takde hasil. Hahaha ;P (ok, ok..tu part bergurau je ok).

Memandangkan petang tu dia kena lapor diri kul 630ptg (sebab keje malam), terpaksa la balik dari Jalan TAR seawal 5ptg. Itu pun terlewat gak sebenarnya sebab dia amek aku kat umah dan dah konpemlah dia kena hantar aku balik semula sebab kami pi Jalan TAR naik LRT. Tapi masa sampai kat Stesen LRT Cempaka pon sket lagi nak kul 6ptg. Last-last dia ajak pi tempat keje dia dulu, bagi can dia lapor diri, nanti baru dia hantar aku balik umah. Ehehe... bila tepon Ibu mintak kebenaran nak ikut dia pi lapor diri dulu, Ibu bagi.

Masuk la tempat keje dia untuk kali kedua. Risau gak sebab kot-kot karang kena tahan. Hahaha... nasib semua ok. Sebelum balik kitorang pi makan malam sama-sama dulu kat Kg. Baru. Fuhh~ lega satu benda belah dia dah settle.

p/s: Tinggal tudung je blum beli...

2 comments:

Mimy Hamid said...

bila tarikh tunang nya dik

elanie*Q said...

hai kak mimy!! :)
insyaAllah hari sabtu minggu terakhir bulan mei (saje2 tak nak letak tarikh).hehe

bdw, congrats tau dah jd tunangan org! pelamin tu vogue de vass mcm orang yg pakai persalinan hijau duk atas kusi tu jugak ;))