Wednesday, November 30, 2011

i'm in the same boat

...semalam ada masa banyak sket ngadap laptop ni blogwalking sebab selalunya takde kesempatan. Semalam plak abah baru balik dari kampung, adela geng si Hazim tu bermain. Ibu ngan abah ngadap Hazim, aku pon ngadap laptop. Ececehhhh... Kerjasama yang baik kan?

So, semalam baca la entry dari Ryehanna, katanya, the hardest job in the world is being a navy wife. I would second her. Betul, wa tak tipu lorr...

Before this, masa belum kawen berangan2 la memang kalo boleh nak suami navy sebab the white uniform tuh ;P Ade jugak terpikir pasal all the pindah randah etc tapi tak pernah terpikir, how hard it is the feelings to left all the best things that ever surrounds you like family, friends, malls (hah termasuk list jugak hampeh!), dan macam2 lagi.

Masa bercinta ngan hubby dulu, kebetulan dia memang keje di KL dekat2 area Mindef sana. Boleh dikatakan ade je masa terluang memang akan pi dating kat Titiwangsa (romantik habis kitorang ni tau sebab everytime dating mesti kat sini. Korang nak tanya kat mana pokok kelapa mana yang tempat buat shooting citer Adnan Sempit tu pon kitorang tau haha). Before kawen pernah hubby tanya, dah sedia ke nak kawen ngan Navy ni sebab selalunya the longest time seseorang Navy tu akan service kat satu2 tempat hanya 3 atau 5 tahun the most. And masa kitorang kawen, dia dah pon 2 tahun setengah kat KL. Tapi aku pikir, takpelah, kalo dah jodoh ngan dia, kita kena redha lah kan?

And then come the dreaded news, hubby kena draft ke Johor, Tanjung Pengelih sana nunnn... Tak pernah2 aku terpikir dalam otak ni aku akan jadi orang Tanjung okehhh?? Hahaha;D Selama ni, I am a proud city girl walaupun bukan semua tempat kat KL ni aku pnah masuk ronda contoh macam kat BB etc. Aku budak baik lerr...tak reti merayau tak tentu arah kat tempat2 'popular' cemtu.

Bila dah jauh dari segala kemudahan macam mall, wayang etc. terpaksa jugakla terima. Nak buek camno, kan? Sebabnya aku pon belum ade rezeki nak kerja lagi before kitorang pindah ke Johor. Bila dah pindah ke sana? Keje ape aku nak buat? Nak jadi working housewife, keje online je, internet pon payah kat sini. Apetah lagi barang2 yang memerlukan pos2 laju dihantar ke rumah, konpem barang tak sampai. Sedih kan dengar? So, jadila fulltime housewife sajo den nih.

Hubby dok kata, pasnih kalo nak draftkan dia ke mana2, hantar la ke Sabah ke ok lagi katanya sebab boleh makan seafood hari2 sebab murah. Well, unfortunately, kat sini seafoodnye sama harga cam kat KL. Sayur usah cakap la... Nama je ada kampung nelayan tapi semua ikan yang ditangkap hanya ikan tongkol. What the heck kan?? hiiii =] Atau hantar ke Lumut ke...yang itu aku tak mau sebab konpem bila ade peluang cuti mesti dia nak balik kampung dia je. Tak boleh, tak boleh....BOSAN! Sabah aku ok je...takpelah, jauh dari keluarga pon, jauhla. Biar sama2 jauh takpe. kui3... Tapi, adekah perasaan yang sama akan dirasai saat betul2 dah jauh dari family? Wallahualam.


p/s: Even up until now pon, masih belum ade rasa syok dok kat Johor ni. As long as I'm not into beaches yet (kat sini melambak pantai, cakap je nak pi pantai mane), perasaan tak syok t masih ade....owh perasaan best, silalah datang....

Monday, November 28, 2011

ganti puasa

Memandangkan dua hari lepas ak bersalinkan Hazim, musim puasa bermula, sudah2 konpem la yang aku memang kena ganti 30 hari tu. Sedih kan? Kadang2 nak ganti yang seminggu punya tertunggak setiap tahun pon malas, tunggu last minit nak masuk bulan Ramadhan lagi sekali baru terhegeh2 nak ganti; inikan pulak 30 hari. Sebulan weyhhh... lama tuh!

Ibu dah warning awal2, cepat2 ganti puasa sebelum Hazim besar sebab kalo dah besar nanti payah, penat nak berkejar ngan Hazim. Memula tu aku risaukan production susu je kalo mula puasa sekarang tapi selepas aku cuba puasa sehari 2 minggu lepas, alhamdulillah Hazim ok, aku pon ok. Takdelah penat sangat or lapar. Ye la.. orang kata kalo breastfeed anak ni, perut cepat lapar kan? Alhamdulillah la, aku lapar pon towards the end of the fasting day tuh. And kebetulan ada member nak puasa sama iaitu my darling hubby. Alasan dia nak mengganti hari2 yang dulu2 kot2 ada yang tak sempurna walaupun pahalanya takkan sama macam puasa di bulan Ramadhan.

Setakat ni aku dah ganti 7 hari. Wohhhh...another 23 days to go. Hari ni masuk hari ke-8. InsyaAllah bertahan.

Cara aku puasa time2 breastfeed Hazim? Takde ape..cuma tawakal je production susu tak putus. Supplement aku memang amek dari usia Hazim sebulan lagi. Supplement dari Shaklee. Tapi aku amek supplement tu bukan bertujuan untuk menambah production susu, cuma untuk tenaga seharian aku. Ye la, supplement menyusu Shaklee tu setakat Vit C, Vit B Complex, Alfalfa ngan Vitalea. Vitalea tu sebenarnya multivitamin. Yang orang kata alfalfa tu penambah susu, bagi aku sendiri, biasa je susu aku...Takdelah melimpah ruah sangat, cukup untuk Hazim je. Lain orang lain kot booster susu nyer.

Pastu, selain amek suplement, aku minum air rebusan kurma merah kering ngan longan kering. Dua2 ni boleh je beli dari k4, tesco atau kedai ubat cina. Tapi kalo nak murah, baik beli kat kedai ubat cina. Murah pon murah, banyak pon banyak. Aku ada jugak beli barli tapi belum buat lagi air barli. Nak habiskan dulu longan ngan kurma kering tu. Aku rebus pastu tambah gula sket bagi manis. Hee~ Best jugak...aku jadikan air rebusan tu sebagai air minuman seharian time aku berpuasa. Minum segelas besar masa berbuka ngan segelas besar masa bersahur.

Aku pernah terbaca kat buku Berpantang Cara Alami, segala bentuk air rebusan macam air longan kering, kurma merah kering, barli, air lobak putih, jintan, halba etc tu tak menjamin menambah pengeluaran susu kita kalo tak disekalikan ngan pemakanan yang seimbang. Karbo, protein segala. Sebab tu time breasfeed anak ni, kita tak digalakkan berdiet sakan untuk turunkan berat badan. Berat badan tu sendiri akan turun kalo anak kita breastfeed ngan kita secara ekslusif. Wahhh, macam blog info kesihatan plak kan? hahaha ;D Tapi betulla jugak. Kalo tak makan, macamana nak dapatkan zat untuk diri sendiri, nak produce susu segala kan? Aku time puasa ritu, berbuka makan nasi, sahur makan nasi. Before kawen, sahur kadang2 minum air panas ngan kurma je boleh tahan. Tapi sebab sekarang ni bf anak, tak boleh, tak boleh... I need rice.


p/s: ok, takat ni je...nak keluar kejap la rasanya. Si kecik tido nih..huuuu

presenting...

waahh..setelah nak masuk 4 bulan si kecik ni bernafas di muka bumi Tuhan ni, baru aku ada kesempatan nak upload gambar si kecik ni kat blog. Tapi tak dapat letak dari gmbar 1st day dia sebab yang ni pon amek dari FB aku.


MUHAMMAD DANISH HAZIM BIN MOHD QHOHAR
1 week old


1 week old


3 months old


3 months old


3 months old


p/s: ape yg ada, adelah kat sini :) pon cukup :) nanti bila2 aku upload lagi gmbar Hazim, tp bila ntah ye??

Monday, November 14, 2011

henpon, stroller n carseat..

hm,nampak gaya mmg kna tukar hp jugak ni. X kira! After taking a lot of consideration, nak amek nokia je la. Tp yg UP sket la dr yg aku pakai ni. Janji qwerty keypad. And touchscreen. Nak amek BB or Iphone xmampu la kan.. Tp blum lg belinye. Tggu blk kl nanti. Hehe..

Berbalik pada kisah stroller tu, i've decided not to buy it. Byk pikir ni tp xpelah. Mcm kwn aku bgtau, kalo aku jenis kaki shopping, everyweek pn p mall jalan2, or suka bjalan la pendek citer baru berbaloi nk beli stroller. Tp aku ni jauh dari segala mall, jauh dari segala anasir shopping menyopping, baik x usah. Save paling kurang nk dkt2 rm500.. Itu stroller yg ok tp dlm lingkungan harga bleh tahan ler. Haha.. Not to mention stroller yg rege dh lbh kurg nk beli TV plasma. Baik angkut tv je ye x? Xpelah.. Time flies, n tgk2 nanti anak aku pun dh x perlukan stroller bl sebuk nk guna kaki dia berjalan..

Tp skrg aku tgh pikir samada nk beli car seat for hazim atau x.. Ktrg mmg xbyk jalan2 kat mall tp ktrg lbh byk travel dlm kereta je. Yela, nk blk kl je dh 6jam. Tu belum hubby nk blk bidor lg tmbh lg 2jam. Atau paling2 pun 2jam dr pgkalan nk ke kulai p tesco. Selama ni aku letak tilam kekabu yg agak tebal utk hazim baring2, tdo atau tukar diapers dia kat seat belakang. N bl dia baring kat situ, memang aku akan duk kat seat belakang terus utk jaga hazim.


P/s: nak beli baby carseat ke x eh?