Memandangkan dua hari lepas ak bersalinkan Hazim, musim puasa bermula, sudah2 konpem la yang aku memang kena ganti 30 hari tu. Sedih kan? Kadang2 nak ganti yang seminggu punya tertunggak setiap tahun pon malas, tunggu last minit nak masuk bulan Ramadhan lagi sekali baru terhegeh2 nak ganti; inikan pulak 30 hari. Sebulan weyhhh... lama tuh!
Ibu dah warning awal2, cepat2 ganti puasa sebelum Hazim besar sebab kalo dah besar nanti payah, penat nak berkejar ngan Hazim. Memula tu aku risaukan production susu je kalo mula puasa sekarang tapi selepas aku cuba puasa sehari 2 minggu lepas, alhamdulillah Hazim ok, aku pon ok. Takdelah penat sangat or lapar. Ye la.. orang kata kalo breastfeed anak ni, perut cepat lapar kan? Alhamdulillah la, aku lapar pon towards the end of the fasting day tuh. And kebetulan ada member nak puasa sama iaitu my darling hubby. Alasan dia nak mengganti hari2 yang dulu2 kot2 ada yang tak sempurna walaupun pahalanya takkan sama macam puasa di bulan Ramadhan.
Setakat ni aku dah ganti 7 hari. Wohhhh...another 23 days to go. Hari ni masuk hari ke-8. InsyaAllah bertahan.
Cara aku puasa time2 breastfeed Hazim? Takde ape..cuma tawakal je production susu tak putus. Supplement aku memang amek dari usia Hazim sebulan lagi. Supplement dari Shaklee. Tapi aku amek supplement tu bukan bertujuan untuk menambah production susu, cuma untuk tenaga seharian aku. Ye la, supplement menyusu Shaklee tu setakat Vit C, Vit B Complex, Alfalfa ngan Vitalea. Vitalea tu sebenarnya multivitamin. Yang orang kata alfalfa tu penambah susu, bagi aku sendiri, biasa je susu aku...Takdelah melimpah ruah sangat, cukup untuk Hazim je. Lain orang lain kot booster susu nyer.
Pastu, selain amek suplement, aku minum air rebusan kurma merah kering ngan longan kering. Dua2 ni boleh je beli dari k4, tesco atau kedai ubat cina. Tapi kalo nak murah, baik beli kat kedai ubat cina. Murah pon murah, banyak pon banyak. Aku ada jugak beli barli tapi belum buat lagi air barli. Nak habiskan dulu longan ngan kurma kering tu. Aku rebus pastu tambah gula sket bagi manis. Hee~ Best jugak...aku jadikan air rebusan tu sebagai air minuman seharian time aku berpuasa. Minum segelas besar masa berbuka ngan segelas besar masa bersahur.
Aku pernah terbaca kat buku Berpantang Cara Alami, segala bentuk air rebusan macam air longan kering, kurma merah kering, barli, air lobak putih, jintan, halba etc tu tak menjamin menambah pengeluaran susu kita kalo tak disekalikan ngan pemakanan yang seimbang. Karbo, protein segala. Sebab tu time breasfeed anak ni, kita tak digalakkan berdiet sakan untuk turunkan berat badan. Berat badan tu sendiri akan turun kalo anak kita breastfeed ngan kita secara ekslusif. Wahhh, macam blog info kesihatan plak kan? hahaha ;D Tapi betulla jugak. Kalo tak makan, macamana nak dapatkan zat untuk diri sendiri, nak produce susu segala kan? Aku time puasa ritu, berbuka makan nasi, sahur makan nasi. Before kawen, sahur kadang2 minum air panas ngan kurma je boleh tahan. Tapi sebab sekarang ni bf anak, tak boleh, tak boleh... I need rice.
p/s: ok, takat ni je...nak keluar kejap la rasanya. Si kecik tido nih..huuuu
1 comment:
ohhh akak tak gantipose lagi....pregnant early mmg tak leh pose langsung....muntah belahak yang teruk...terignat ingat lak
Post a Comment