Hehe... motivasi ok, bukan motibasi.
Dah nak masuk 3 minggu aku settle kan tesis, senang citer habis master's study aku kat UKM. Lega. But still aku masih nak duk kat umah. Masih belum ada motivasi dari diri sendiri untuk cari kerja. What to do ye?
Dulu masa aku dah habis praktikal kat Zoo Melaka, aku amek masa dua bulan untuk dapatkan motivasi untuk cari kerja sebelum aku sambung semula study aku. Aku dah kenal sangat ngan diri aku. Aku tak boleh dipaksa. Lagi dipaksa, lagi slow aku buat keje, lagi aku malas. Tapi once aku dah kata, 'i've had enough, and it's time to move on', then aku akan stop dari buat benda takde faedah, dan cari keje. Hehe... agak lambat jugak sebenarnya aku ni nak memotivasikan diri sendiri.
Sama la macam tesis yang baru lepas aku siapkan ni. Memula tu, MasyaAllah, payah bebenor aku nak mulakan, nak dapatkan momentum nak menaip nak cari bahan semuanya. Tapi bila dah mula, kadang-kadang aku boleh skip makan, boleh skip mandi hanya sekadar nak siapkan keje aku. Bukan kadang-kadang, tapi selalunya. Alamak, terlepas plak tang yang aku skip mandi tuh. Hehe ;P Tapi betulla, itu gaya aku. Aku boleh tak kuar bilik kalo aku memang jenis betul-betul dah dapat motivasi nak siapkan sesuatu keje tu.
Sekarang ni, aku dah ada motivasi iaitu nak kahwin. Ibu abah cakap, selagi tak kerja tak boleh kawen. OK, motivasi dah ada cuma motivasi dari diri sendiri yang belum ada. Tak cukup kuat. Takpe, aku nak cukupkan dulu sebulan la menganggur ni, pasni aku cari kerja ok?. A promise that i made two weeks ago. Boleh Nanie, boleh punya ;)
p/s: Nak cari kerja, nak cari kerja jugak... sebelum tu nak buat movie marathon dulu. hehe ;D
No comments:
Post a Comment