Sabtu lepas aku pi tengok wayang ngan buah hati kat MBO Galaxie Ampang ni je. Plan asal ingatkan nak pi tengok kat Mid, but since meeting antara parents aku ngan Cik Abang sampai kul 11pg, maka dengan itu, konpem la tak sempat nak kejar tiket yang aku booking online kat Mid kul 1120pg tu selain dok pikir konpem la parking penuh kat Mid ngan The Gardens tu. Weekend kan, paham-paham je la. Alangkan kalo weekdays pon parking kat area Mid tu boleh penuh pukul 11pg. Wehh... korang ni semua tak keje ke ape? Ke sama je jadi penganggur kehormat macam aku kat umah ni? Poyos btulla ;p
Hari tu tengok citer Adnan Sempit, saja melayankan buah hati aku ni nak sangat tengok citer tu. Tapi, siyes la, citer tu BEST! Lawak dari awal sampai ke habis. Kalo Liyanaroxx suka part bila Adnan tu cakap 'I don't want banana fruits two times', aku suka part bila Cat Farish open table bagi nasihat percintaan kat si Adnan tu, the one yang Cat swuh Adnan pandang mata Intan Ladyana pastu dia nyanyi 'mata ke mata, ke hati. Hati ke hati, hati-hati. Rindu merindu bicara janji...'. And then satu lagi part bila Adnan tengah sedih dia gaduh ngan Intan, Cat cakap something and Along Raja Lawak sambung menyanyi. Cat marah Along, dia kata 'asal aku cakap je ko nyanyi, asal aku cakap je ko nyanyi, ko perli aku ke?' Hahahaa... Lawak btul. Aku duk gelak je tengok citer ni dari awal sampai la ke habis. Jarang aku nak gelak tengok citer Melayu ni, and sebenarnya aku tak layan sangat tengok movie Melayu. Sometimes lawak ntahapehapentah. But citer ni, kalo boleh bagi bintang, aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Tengok weh, kena tengok. Boleh pecah perut ketawa tengok citer Adnan Sempit ni ;D
Setakat ni berjela list movie yang aku nak tengok, tapi tak sempat lagi. Korang ingat aku tengah menganggur kat umah ni takde buat ape, goyang kaki je?? Helloooo~ Silap ye. Aku ni dah ibarat jadi bibik tau. Sidai kain, angkat kain, lipat kain, amek Ellie dari sekolah. Gaji je takde. huh~ So, nak menyelitkan agenda 'tengok wayang' tu hanya boleh pada waktu weekend je yang konpem, sure, pasti ramai orang kat movie. Aku tak ske ramai-ramai sangat, aku suka weekdays bila aku boleh santai-santai, takyah pikir nak beratur panjang-panjang. So, setakat ni list aku:
- Sherlock Holmes
- Tooth Fairy
- Spy Next Door
- Old Dogs
No comments:
Post a Comment