...zaman bercinta + tengah bercinta by --> Miss Liyanaroxx.
(Ana, zaman bercinta tu bermaksud zaman dah lepas. So, nanie buat tag zaman tengah bercinta ye? haha...giler Melayu dah aku sekarang ni bila belajar kat UKM!)
Well, ape yang specialnya zaman bercinta aku sampaikan aku di tag oleh si Miss Liyanaroxx ni? Aku rasa biasa-biasa je. Bagi sesetengah orang mungkin cara aku ni agak cliche, takde yang romantiknya, takde yang indahnya. Tapi bagi aku, 'wehhh!!! Ni tag aku la wehh, aku punya story la kan?' ;P
So, here we go:
1) First time jumpa buah hati + di mana?
Kat mana? Kat dunia siber. Kan aku dah kata, memang cliche. Zaman teknologi kan, jadinya semua di hujung jari. Aku tak petik jari, tapi aku dok menekan. Dari tekan keyboard hingga tekan keypad.
Siyes, siyes... Kenal pon secara kebetulan kat Tagg*d.com. Ala, lebih kurang cam Fb, Fs jugak la. Aku tak pnah terpikir pon nak bukak account Tagg*d ni. But, ada sorang kawan aku kat UKM ni dok la invite aku join Tagg*d ni kat emel. Memula tu, aku delete je invitation dia tapi tiap kali aku bukak emel nak check emel, ada lagi minah ni invite aku. Adeh~~ So, layankan je la. Masa aku bukak account tu, ada lagi sebulan kot nak habis semester 2 kat UKM. Awal-awal kat Tagg*d ni aku bukak sekadar tengok mesej. Kalo aku nak reply, reply la. STRICTLY NO PHONE NUMBER GIVEN (at all). Durh~ Alam siber kot, mana bleh senang-senang nak bagi nombor tepon.
Tapi nak dijadikan citer, masa cuti semester UKM tu, aku rajin jugakla layan Tagg*d tapi sekadar suka-suka. Online Tagg*d tapi tak layan mesej orang. Saje tengok page orang lain, tengok gambar-gambar girls yang act comel. Aku plak pi letak gambar tengah makan KFC, dengan mulut ternganga as my profile picture. Sebab aku takde intention nak cari kawan lelaki. Bagi aku, mana-mana guys nak kawan ngan aku, terima aku seadanya. Ada sorang mamat ni tegur aku sebab banyak makan! 'Huh~ Aku pun tak hingin nak kawan ngan ko! Tak suka, sudahlah. Pi la cari kawan kurus keding sana.'
One night ni, masa aku tengah update blog aku pasal My Mr. Right, ada sorang guy ni mesej aku kat Tagg*d. Profile picture takde. Check profile dia, dia pon bukak account selang seminggu awal dari aku. Yang dia ni, tetibe aku curious lebih. Aku layan mesej dia. Selang berapa hari pastu, aku dengan baik hati bagi no.fon aku pada dia. Tapi, bukan no.tepon aku yang sebetulnya. And then, semuanya bermula masa aku pi Sabah. Dari situ mula-mula tepon dan berborak ngan dia, buah hati aku sekarang.
2) Cinta pandang pertama?
Obviously BUKAN CINTA PANDANG PERTAMA. 'Kan sayang, kan?' Sebab kitorang bermula dari alam siber, ke alam mesej-mesej, ke alam bergayut di hp, selang sebulan kot baru jumpa dia. Owh, tindakan paling berani aku pernah buat --> couple ngan random stranger tanpa aku knal muka dia camaner (dia pernah tengok muka aku kat dalam Tagg*d). Ye la, kot-kot takde gigi ke kan?? Who knew, aite?
3) Siapa dia pertama kali anda berjumpanya?
Apekah motif soalan ni? Ada skema jawapan ke? Takde kan? Erm...Dia seorang pekerja kerajaan. Senang citer, Ashkar. Haha... sorry, sorry...Navy lah. Tapi masa aku jumpa dia kali pertama, sempat jumpa tak sampai seminit pon. Masa tu janji nak jumpa kat Tasik Titiwangsa sebab dia nak bagi bunga Flip Flap yang dia tolong belikan untuk aku (surprise, surprise!). Masa tu hujan, dan aku tak turun kereta pon, setakat bukak tingkap kereta dan dia hulurkan plastik pada aku. And masa tu, aku tak sempat nak digest muka dia pon, cuma perasan ada tahi lalat kat pipi kanan dia. Tahi lalat pemanis. Tahi lalat dia tu yang jadi igauan aku! Hahah ;D
4) Berapa lama jangkamasa untuk si dia mengajak saya keluar dating?
Hah! Agak lama! Katanya pemalu. Aku yang awal-awal ajak dia kuar jumpa tau (ni silap orang la. Patutnya aku yang kat tempat dia, pemalu. Tapi terbalik plak). Kali pertama dia ajak jumpa, masa yang dia bagi bunga Flip Flap tu pada aku. Masa tu aku dah tawar hati nak ajak dia jumpa dah. Tetibe dia ajak. Aku pon on je la.
5) Tempat dating pertama?
Kat Tasik Titiwangsa. Giler poyo kan? hehe... tapi bagi aku, memori terindah tu wehhh~
6) Macamana dia melamar? (Erk... ok, ok...lamaran jadi gf ye. Kena tukar sket)
Awal-awal dulu aku jugak yang mulakan. Tapi masa tu aku pon tak berapa nak serius. Sikit-sikit baru dia tunjuk serius, macamtu jugak aku pun sama. And the rest, dia yang buat move dulu. Tanya pasal kawen, adat orang Jawa. Tapi, satu benda yang dia buat dan aku sendiri terkejut --> bila dia bagi cincin emas dan dia sarungkan kat jari aku. Masa tu kitorang saje-saje pi Taman Orkid, KL. Katanya --> 'tanda Cuk terima cinta Abang'... awww~ Sweet sangat!
7) Special date dengan buah hati?
Jawapan cliche lagi: setiap kali kuar jalan-jalan ngan dia kat taman tasik, kuar makan ngan dia dan semua aktiviti yang melibatkan kami berdua, semuanya istimewa bagi aku. Sebab aku jarang dapat hangout lama-lama ngan dia. Jadinya, masa itu emas kan? Gunakan sebaiknya. hehe ;)
8) Perubahan yang dia mintak aku buat?
Perangai kena lembut sket. Sebab dia tau aku kasar. Dan aku sendiri tau aku kasar orangnya. Mungkin dia tak biasa berdepan ngan orang yang terlebih huha macam aku ni kot. Selain tu, dia mintak aku berbincang ngan dia sekiranya ada problem yang timbul antara kitorang ni. 'Ada ape-ape lagi yang Sayang nak Cuk ubah?'
9) Ape yang anda suka tentang buah hati anda?
Jawapan cliche lagi: Semuanya. Terutama sekali tahi lalat kat pipi kanan dia dan hidung dia; mancung tak macam hidung aku yang pesek ni ;p Dia rasional dan matang dalam berfikir walaupun umur kitorang ni sebaya. Last but not least, buah hati aku ni spontan orangnya, aku takkan tau ape yang dia fikir, tup-tup nanti dia akan buat surprise pada aku.
10) Ape yang anda inginkan dia berubah?
Setakat ni takde ape kot? Nanti kalo ader, aku update ye? boleh tak cenggitu?
11) Anda akan hilang akal jika dia...
Tetibe senyap, tak reply mesej aku lepas beberapa jam. Masa tu aku kena bukak balik sent item dalam hp, check semula ayat aku dalam mesej-mesej sebelumnya, kot-kot ada yang berunsur ayat ganas, ayat kasar. Selalunya jadi bila ada ketengangan urat antara kitorang berdua. Biasalah, dalam relationship memang takkan selalunya tenang. Mesti ada turun naiknya kan?
12) Anda akan tersenyum sepanjang hari sekiranya...
Buah hati aku ni buat ayat-ayat jiwang dia melalui sms. Dia ni romantik semulajadi. Tapi dia tak sedar dia tu romantik. Memula agak payah jugak la aku nak sesuaikan diri sebab aku ni jenis kasar, huhahuha. Lama-lama... ala, paham-paham je la ye? Ataupun dia bagi kata-kata semangat kat aku; contoh masa aku breakdown pasal tesis awal bulan 11 ritu. Selain parents dan kawan-kawan rapat aku, aku bertuah ada dia. 'Thank you Sayang!'
13) Cinta anda terhadap buah hati anda adalah sebesar...
Cinta aku pada family aku, pada diri aku, pada kawan-kawan rapat aku. Tapi tak la sebesar cinta aku pada Tuhan yang satu. 'Cuk harap perhubungan kita ni berkekalan hingga akhirnya dan ape yang kita impikan selama ni menjadi kenyataan, InsyaAllah satu hari nanti...'
14) Ape perasaan anda bila dah buat tag ni?
Aku rasa perangai jiwang aku dah terkeluar plak kat entry nih. Ahhh... what to do kan? Mengaku je lah. Hahaha ;D Sorry, terjiwang plak ;P
p/s: Mak aiii... penat buat tag ni. Habis pon.
2 comments:
wa tabek lu yakin dgn keputusan lo w/pun lo tak kenai dia..cayalah! hehe all d best cyg!
instinct kot? maybe la. insyaAllah + tq dear :)~
Post a Comment