Ok, dari hari Jumaat lepas, kediaman Encik Khair ni telah di sergah oleh seekor musang. Iyee... tak salah lagi. Musang. Musang bandar bak kata abang Bomba tu. Bayangkan la dalam banyak-banyak umah kat Jalan Da***g 1 ni, musang tu syok sangat kat umah kitorang ni. Awat la wehh??
Pagi Jumaat tu sempat lagi aku disergah musang ni kat tingkap loteng umah, sebelah tangki air. Masa tu aku sorang-sorang kat umah, baru lepas sidai kain dan nak bersiap keluar ngan Along ngan Bong. Ape lagi bila dah disergah tu sempat jugak la menjerit, sambil aku sembur Shield**x. Mamai trus musang tu. Memula aku ingatkan la tikus. Fuhh~ kalo tikus, that is one BIG MOUSE la wehh~ Bila abah tepon, abah kata tu bukan tikus, most probably musang sebab dari cara aku citer, abah kata if ada bunyi growling, then it's musang, not tikus. Mana ada tikus menggeram, tikus kan mendecit (
Petang lepas aku settle kuar hangout ngan Along dan Bong tu, Ibu tepon swuh balik cepat sket, teman Ibu men ngan musang tu sebab musang tu dah masuk umah, siap duduk kat atas gril rumah. Tau plak la musang tu dia tak bleh nak turun bawah and turun pon, musang tu tak boleh nak panjat semula. So, bertenggek la musang tu sampai abang aku tepon bomba. Tapi abang bomba tu tak sempat nak tangkap, musang tu laju-laju keluar semula kat tingkap tu.
Sabtu tu aku tolong abah buat pengadang baru untuk gril tingkap atas tu. Sakit-sakit tangan aku ni tolong potong dawai guna playar yang dah tak berapa nak tajam tu. Siap mengadu kat buah hati; poyo je. hehe ;P
So, sekarang ni musang tu dah macam binatang peliharaan plak. Tiap malam musang tu balik, nak masuk umah tak boleh; dahtu digigit-gigit dawai tu. Haishhh... tiap kali musang tu duk gigit-gigit dawai tu, Ibu marah musang tu macam marah anak-anak dia ni haa... lawak btul ;P
p/s: Ok, since musang ni akan lama menghuni loteng umah kitorang ni, aku bagi nama ChiChi lah. Nope, bukan QiQi ye. QiQi tu nama bunga Flip Flap Cik Abang aku bagi aku. Tapi bunyi sama je.
No comments:
Post a Comment