Thursday, January 24, 2013

Hazim dah nak 18bulan

Assalamualaikum.

Cukup 30hb ni Hazim dah nak 18bulan. Jangan tanya pasal 1 tahun setengah punya berat, tinggi atau jab yg dia amek ye. Sebab sape yg baca blog aku yg kejap tenggelam timbul ni, mesti tau pendirian aku tentang vaksinasi baby ni. So, disebabkan i'm against vaccines, so aku pun dah xjejak kaki kat klinik dah sekarang untuk buat routine check up hazim :-\

Hazim punya milest0nes setakat ni, dia tengah belajar menyebut2 ape yg kita cakap. Perkataan yang dia mula2 sebut of c0urse la:
-'nak'

-'tetek'/'dedek' bila nak susu,
'buuuah' untuk semua benda yg bentuk lbh kurang buah. Bawang, bunga, daun pun jadi buah jugak ;(

-'ban' ialah fan/kipas.

-'dodok' ialah duduk (mummy dia ajar 'sit' tp mane ntah dia dgr org ckp 'duduk' tu.

-A'tok'. Yg ni kita kena sebutkan dulu 'aaa...' baru dia sambung 'tok'.

-A'bah'. Pun sama jugak gaya cam sebut atok.

-U'bat'. Sama jugak kena sebutkan 'uuu...' baru dia sambung 'bat'. Yang ni xpnah ajar tp dia sendiri yg ingat.

-Sam'bah' ialah sampah. Tu pun sama kita kena sebutkan dulu 'sam' tu. Tapi dia paham kalo kita marah dia main kat tepi tong sampah. Tu kotor.

-'co co' ialah ucu Eli dia. Haha


Tapi sedih ok, 'mummy' atau 'daddy' blum lg pandai sebut. Biasalah budak cam dia pun maseh belajar suku kata yg mudah. Kalo 'mama' atau 'baba/papa' senang sket. Habes, dah hubby nak jugak bahasakan diri 'daddy, mummy', hm, tunggu tahun depan le gamaknye? ;(

ok dah setakat ni. Haha

No comments: