Friday, February 26, 2010

♥ stats

++ Elanie Qhohar ++

--------------------------------------------------------------
9 hari
lagi nak masuk 25 tahun (erk!)

59 hari lagi, masuk 18 hari aku tua dari buah hati aku (ceh~)

92 hari lagi nak ke majlis kecil-kecilan tuh...

InsyaAllah lagi 225 hari untuk... Hehe :)
--------------------------------------------------------------



p/s: Love him dearly with all my heart. Mmuahhh~

Semalam...

Yeayy... selepas seminggu tak jumpa buah hati... tadaaaaa...

Semalam lepas pon rindu! Dok kat tepi tasik sambil disimbahi tempias air pancut kat tengah tasik... Uhhh... romantik habis! (romantik ke??) Angin plak best btul petang semalam, tu yang sampai kena tempias air pancut tuh. Habis basah cermin mata aku. Hihi :)

Pastu pi makan malam kat kedai biasa kitorang salu makan kat Kg. Baru tuh. Mak aiii, pedasssss sungguh sambal belacan kedai tuh! Dahtu pi order makanan pon mintak pedas. Dah double trouble pedas! Pasni nak makan situ aku kena kunci mulut dari sebut 'pedas' lah. Naya aku makan tak hadam sebab tak kunyah nasi pon, adalah dalam 2-3 kali je pastu terus telan sebab tak rasa lidah. Hahaha ;P Tak terikut dah cara Nabi S.A.W kunyah 44 kali. Mungkin zaman dulu-dulu takde sambal belacan la kot... Hihi :)

p/s: Syukur dah dapat buah hati aku semula :)) Missed him much!

Thursday, February 25, 2010

itu dulu...

I used to wear cynicism alright.

But I want to put it aside and start looking at the world positively. Come what may, I'll cherish it and accept it openhearted :)

InsyaAllah :))


p/s: "For a pessimist, I'm pretty optimistic!" Tapi itu dulu la... sekarang kalo boleh, nak jadi optimist je :D

make up

Tengahari tadi aku pi Jusco Maluri. Niat hati nak pi cari buku kat MPH. So, lepas masak lunch ngan Ibu, terus je aku siap-siap pakai scarf nak pakai tudung. Kebetulan masa aku nak pakai tudung tu Cik Syam tengah lap meja solek kat ngan meja makan tempat semua krim, bedak, lipstick kitorang.

Memandangkan aku nak pakai tudung hitam je, tudung tu takyah tengok cermin pon aku tau mesti ok punye aku pakai (ecehh.. berlagak btul) sebab tudung tu senang dibentuk. Tetibe:

Cik Syam: Eh, Nanie nak pakai cermin ke? (slanga Indons)

Nanie: Takpe la Cik Syam, tudung ni senang je pakai.

Cik Syam: Guna la dulu, nanti saya boleh lap meja tu kemudian.

Nanie: Ala Cik Syam ni, bukan Nanie nak pakai mekap pon, takyah tengok cermin pon takpe. hehe...

Cik Syam: Ehhhhh... janganla pakai mekap, nanti masa kawin takde seri.

Nanie: Ha, jangan pakai mekap eh? Ok, ok... (sempat aku gelak)


Kebetulan aku ni memang bukan jenis orang yang suka pakai mekap pon. Kalo dulu zaman awal 20-an, masa nak keluar umah ngan kawan-kawan pi shopping ke, mesti aku pakai blusher ngan lipstick. Lama-kelamaan tinggal lipstick je. Ntah, mungkin kulit muka aku ni jenis yang cepat berminyak kot, so bila keluar lama sikit, kena panas, nanti mekap cepat cair. Sememeh plak rasanya dan tak selesa.

La ni pon kalo aku kuar pi wedding kawan-kawan ke, aku hanya pakai krim muka (pelembab la katakan), bedak compact (pakai nipis je) ngan letak lipstick. Ok, I'm all set.

p/s: No komen. Yang penting ikut mana selesa. Ada orang rasa 'naked' je muka tu bila tak bermekap. Aku lebih senang simple dengan hanya berlipstick bagi bermaya sket. Hihi :)

'tak akan!'

Ni bukan entry nak membuat penegasan ke ape. Cuma nak kongsi sket la pasal perkataan 'tak akan' ni.

Selama aku hidup ni beselah aku salu letak rules dalam setiap yang aku buat. Tapi kali ni aku nak cuba buang rules tu. Ada benda dalam hidup ni kita kena ikut buku dan ada jugak yang kita kena ikut flow. Ada benda yang kita buat kena ikut jalan selamat, ikutlah. Dan ikut flow tak bermaksud kita langgar semua adat, sampaikan maruah diletak tepi. Yang penting pandai jaga diri dan tau bezakan yang mana baik, yang mana buruk. Tapi bila ikut buku sangat mulalah kita akan guna perkataan keramat 'tak akan' tuh.

'Aku tak akan itu, aku tak akan ini... aku tak akan buat macamtu, aku tak akan buat macamni... bla, bla, bla...'

Aku percaya Allah kalo nak bayar cash trus kat dunia nih, Dia akan bayar trus.

Sebab tu lah aku nak buang perkataan 'tak akan' tu dalam ayat seharian aku. Aku akan cuba. Ye la, kita ni manusia, bukannya kita perasan sangat ape yang kita cakapkan tiap-tiap hari. Bukannya ada tape recorder yang boleh kita ulang dengar untuk dengar semula ape yang kita cakapkan supaya kita boleh tau silap kita tang mana and bila dah tau salah tang mana, kita boleh ajar diri sendiri tak ulangi benda yang sama pada masa akan datang. Dan kita ni bukannya komputer; bila silap boleh backspace, boleh delete, boleh pause, silap-silap boleh insert semula atau fast forwardkan keadaan.

Aku salu ingatkan kawan-kawan rapat aku terutamanya Along, Alang ngan Bong pasal ayat penegasan 'tak akan' ni. Adalah pasal satu topik ni yang kitorang salu borakkan, takyah aku sebut pasal ape. Risau btul aku bila kalo diorang salu ulang-ulang perkataan tu, takut-takut nanti one day akan kena batang hidung sendiri.

Sebab perkataan keramat ni dah salu sangat aku dengar di kalangan kawan-kawan aku dari sekolah menengah dulu sampai la nih. Dan tak payah pergi jauh, aku pun sendiri kadang-kadang ada terjilat ludah sendiri. Sebab tu lah, aku nak cuba peringat diri sendiri dan orang-orang yang ada terbaca blog ni, cubalah jangan salu sangat cakap ayat penegasan 'tak akan' tu melainkan korang tau dan korang sangat pasti korang tak buat langsung benda tu, which is quite impossible lah. Macam aku cakap awal-awal tadi; Allah kalo nak bayar cash trus kat dunia nih, Dia akan bayar trus. Nanti gedebuk kena sebijik bertepek kat muka sendiri baru korang tau tinggi atau rendahnya langit. Serius nih.

Nasihat aku (terutama pada diri sendiri; hamba Allah yang sangat khilaf dan banyak kekurangan), takyah la nak dibuat penegasan sangat pada perkataan 'tak akan' tu. Kalo tak suka sesuatu benda, sampaikan benci membenci; simpan-simpan kan je lah perkataan 'tak akan' dalam hati. Biar diri sendiri je yang tau ape yang disukai atau dibenci. Jangan dicanangkan kat semua orang, biar semua orang tau kelemahan kita. Sebab kita hidup ni, kita kena ingat bukan semua orang suka kita dan ada je orang yang akan cari silap kita. Period.

p/s: Nanie, ingat tuh...