Thursday, December 23, 2010

what i've read...

Hari ni dan untuk minggu2 yang mendatang menandakan masuknya minggu baru pregnancy aku.

So, this very day, my baby-bum dah masuk 9weeks! Owh, cepatnya masa berlalu. First aku dapat tau aku preggy tu pon masa tu baru masuk 5weeks, on thursday jugak. And appointment bukak buku merah pon the very next week nye tu on Friday. La ni dah masuk 9minggu pon... pejam celik-pejam celik, 4minggu yang berlalu ni, mcm2 yang aku da rasa.

And from what I've read:

They said in Week 7 (mostly sampai habis 1st trimester)

Jantung bayi dah mula membentuk. 'Morning-sickness' dan beberapa side-effect untuk 1st trimester yang lain akan terjadi.

So, what are the side-effects of pregnancy that I have experience so far? It's those colored in red!

* exhaustion (weariness common from first weeks) -penat je sekarang ni-
* altered appetite and senses of taste and smell -hoyehhh...i can't eat Malay food dari nasi sampaila ke lauk2nya, even nak menggoreng ikan pon tak lalu ngan bau minyak.hmmm...
* nausea and vomiting (50% of women, first trimester) -alhamdulillah yang ni takde-
* heartburn and indigestion
* constipation -yep, sejak minum susu ibu mengandung ni, dapat poo-poo sekali dalam masa 2hari. Kalo tak, tiap2 hari memang melabur-
* weight gain
* dizziness and light-headedness -ni salu gak tapi alhamdulillah tak teruk-
* bloating, swelling, fluid retention -hah, bloating tu sgttt!!! kadang2 minum air suam sket dah bloating tau sampai rasa nak termuntah!-
* hemmorhoids
* abdominal cramps
* vaginal discharge -memang ada sket2 and tiap2 hari kena pakai pantyliner kalo nak sentiasa selesa-
* yeast infections
* congested, bloody nose
* acne and mild skin disorders -kulit kering saje, tetibe eyhhh-
* skin discoloration (chloasma, face and abdomen)
* mild to severe backache and strain
* increased headaches
* difficulty sleeping, and discomfort while sleeping -awal2 dulu ye masa baru 5-6minggu preggy, skrg alhamdulillah dah ok-
* increased urination and incontinence -awal2 masa dapat tau tu memang, skrg ni agak back to normal tapi tak berapa nak normal sangat-
* bleeding gums -ha'ah, memang-
* breast pain and discharge
* swelling of joints, leg cramps, joint pain
* difficulty sitting, standing in later pregnancy
* inability to take regular medications
* shortness of breath
* higher blood pressure -alhamdulillah tak. setakat ni bp normal berbanding sebelum preggy. mcmana tu?-
* hair loss
* tendency to anemia
* varicose veins


p/s: Hurmmm...banyak gak tapi yang paling lega and syukur, sebab aku tak muntah2 macam other pregnant ladies. Lega sangat. They said, kalo dah start muntah2 badan pon penat. Ni aku yang tak kena macam tu pon salu je penat. Pagi2 nak bangun dari katil pon sangat malas sebab badan penat :(

rindu

Tetibe pagi ni nak bukak acc fs yang dah lama berhabuk tu.

Hmmm.... FS...

Dulu zaman2 belum ada FB ni, FS ni la penyambung and talian hayat antara kawan2 semua. La ni bila FB dah ada dengan segala application ntahapehapentah tu, fs ni dah makin kurang orang layan. Sama macam aku la gamaknya :P

Tadi godek2 semula, ternampak link blog fs aku. Dulu b4 aku tau blogspot ni, aku conteng2 kat blog fs. Nak kata banyak tak jugak tapi ada la cukup2 makan and most of it in english. Aku pon tak tau la nape masa tu macam ada grudge kat bahasa ibunda ni. ngehngeh ;P Maybe sebab masa aku bukak blog tu, masih belajar kat UiTM and thus everything pon in english. After aku masuk UKM la baru penulisan aku banyak in malay. Macam dalam blogspot ni. Better that way lah. Bukannya aku pandai sangat membebel dalam emglish pon, dulu2 tu berlagak je lebih. Ececehhhh~~ Muahahaha ;D Nevermind me :))

Ni la, buat tatapan umum :) I'm presenting you, my used-to-be-heart-and-soul:

*misZnaniE* it's about living a life: hope+desire+love


p/s: Citer pasal love jugak. But, I am married already. Citer2 dalam blog fs tu masa aku single mingle dulu...rindu la, cinta la, ape lahhh... Life sekarang pon masih ada cinta, buat encik hubby tershayang :))

baby-sitter

Ni bukan pasal aku nak cari babysitter ke ape. Ye la, baru preggy nak masuk 9 minggu dah nak cari babysitter, buang tebiat ke?? Eheh!

Takla, ni pasal orang lain tanya aku samada aku ni nak jadi babysitter ke tak untuk anak dia.

Serious wehhh... Aku ni kalo bab2 jaga budak, takde la terror mana. Penah jaga anak buah aku si Myra tu je seminggu tapi masa tu Ibu ngan Ellie ada. Myra pon Ibu yang mandikan. So, all in all, experience jaga budak tu agak terhad la jugak.

Nak dijadikan cerita, 3minggu lepas, ketua blok tempat aku duduk ni tanya kat encik hubby samada aku dah keje ke blum. Dia kata kalo belum, dia nak hantar anak dia swuh aku jagakan throughout the working days la starting next year. Kat blok aku ni kalo tak silap aku ada 2 rumah atau 2 orang yang jadi babysitter ni; kat tingkat 4 ngan tingkat 9 kalo tak silap. And maybe dah terlampau ramai kapasiti budak yang dorang jaga sampaikan si ketua blok ni desperate nak mintak surirumah yang ada kat blok kami ni tolong asuh anak dia.

Memula masa encik hubby citer kat aku tu, dengan tenangnya aku kata yang kalo anak dia 3 tahun ke atas aku ok lagi walaupun hati masih rasa was2 ngan diri sendiri. Maghrib tu masa encik hubby pi turun nak solat berjamaah sama2 kat surau blok, jumpa lagi ngan ketua blok. Dia kata anak dia dua orang. Sorang umur 3 tahun, sorang lagi baru 3 bulan.

3 BULAN???

Oh.My.Gucci!

Si ketua blok ni siap merayu mintak encik hubby pujuk aku jaga anak dia. Siap bagitau, nanti dia ngan wife dia nak datang rumah kami nak tanyakan pasal tu. Terus encik hubby bagitau yang aku macam tak berani nak jaga baby berumur 3 bulan tu. And aku memang dah bagitau encik hubby awal2 lagi, boleh HANYA kalo budak tu 3 tahun ke atas.

Selang seminggu, aku chat ngan bestfriend aku masa kat UiTM dulu, Zuhaini. Terkeluar pasal bab jadi babysitter ni la. Dia kata aku patut try sebab tak lama lagi aku pon nak jaga baby sendiri. Kumpul experience katanya.

Bila difikir2 balik, memang la good for my experience. But, we're talking about other people's baby nih. Kalo anak sendiri secara otomatiknya perasaan tu akan timbul, ye la, sape tak sayang anak yang dah dikandung selama 9 bulan tu? Nak tak nak, kena pandai jaga sendiri la ye tak? Tapi ni anak orang beb, anak orang. Budak umur 3 tahun boleh lagi aku bawak pi toilet kalo dia nak mandi ke, nak kencing berak lagi. Kalo baby umur 3 bulan, swuh aku mandikan, surrender awal2. Uishhh... risau sangat. Ye la, bila jadi babysitter ni, kita main ngan nyawa orang. Seriau bila difikir balik.

Aku tak kesah kalo masa ni aku dah ada baby, and dia nak aku tolong jaga anak dia plak. Maybe, and just maybe, aku akan accept permintaan dia. But, for now, aku lebih rela duk rumah jadi fully housewife buat keje2 rumah saje daripada bagi risiko pada sesiapa. Fuhh...


p/s: Alhamdulillah ketua blok tu dah tak pujuk2 hubby aku. Hubby aku ni kalo bukan aku yang mudah kena pujuk, dia pon boleh dipujuk kalo ditanya banyak kali. Ibu pon tak bagi kalo aku nak jaga baby 3 bulan tu.

Malas tahap gaban!

Ya rabbi!!!!

Sejak dua menjak ni aku menjadi seorang pemalas yang maha hebat tau! Sangat2 malas, walaupun tiap2 hari log in blog tapi bila sampai aku klik je button 'new post' tu, trus macam hanged... bukan laptop yang hanged; aku ni haa... blogwalking ke sana ke mari ok lagi. Pastu bila perut lapar, kepala pening segala, trus takde mood, and last sekali trus log out dari lappy. Hampeh je. Banyak benda nak share, banyak info nak selit2 tapi ada je masalah KEMALASAN ni melanda. Bosan nye lahhhh...

Friday, December 17, 2010

Check gigi

Heee~~

10hb aku pi check gigi kat Klinik Kesihatan. Kan aku cakap dalam post yang lepas2, KK kat situ memang wajibkan ibu mengandung buat check gigi, once in every pregnancies.

Aku, dengan problem jumpa doktor ni terpaksa la kuatkan semangat kena buat checkup jugak. Nak buat camne dah requirement klinik tu camtu :( Berdebar2 pagi nak jumpa doktor tu tau. Ye la, ape la agaknya doktor tu nak komen kat gigi aku ni sebab the last time aku ada kena check gigi masa kat sekolah menengah la, which was 8 years ago! Ngee~~ dah nama pon 'doktor' kan, so, doktor gigi pon musuh ketat aku :P

Ada sorang lagi ibu mengandung sebelum aku. Dia punyala lama dalam bilik tu. Aku dah risau nih. But then, bila nombor aku disebut je, aku masuk, baring kat kerusi check gigi, doktor pon godek gigi belah kanan, gigi belah kiri. Ada dua je komen doktor tu kat assistant dia yang pegang kad rekod aku:

  1. 'Gigi dia semua ok'...
  2. 'Gigi dia semua ADA'.

doktor: Ok, dah.

Aku: Erh? dah sudah?

doktor: Iyelah, sudah. Gigi awak takde masalah, kan bagus tu...

Aku: owh, ok. Terima kasih doktor! :D


p/s: Punya la susah nak pi check gigi. Sekali check tak sampai 3 minit dalam bilik tu :D And, aku boleh makan macam2 sebab GIGI AKU SEMUA ADA!! :D Teheee~~ Aku tak tau la plak kalo sebelum ni ada orang check gigi tapi gigi dia tak cukup?? Whattheee?? And gigi aku MEMANG SEMUA ADA sebab SEMUA 4btg GIGI BONGSU aku dah tumbuh :))

western taste

For the past 2-3 weeks, tetibe taste buds aku nak merasa makanan barat. Pembawakan budak la katakan...ehehe :)

Tapi, tu la, macam orang tua2 yang dah lagi banyak makan garam dari kita ni, dorang tau la yang bila pregnant ni, mengidam lain macam sket. Mintaknya bukan-bukan tapi alhamdulillah setakat ni yang aku mintak still within bajet and benda2 yang senang nak cari.

Awal bulan baru2 ni, tetibe teringin nak makan spegeti. Nak buat tapi encik hubby tak gemar plak lagi2 la mee spegeti tu ala2 mee kuning yang memang dia tak suka makan. Hancur harapan nak buat ;'( Kemuncaknya bila TERINGIN SANGAT2 nak makan spegeti masa 5hb lepas. Nak buat kat rumah Ibu, Ibu ngan yang len2 nak pegi pameran MAHA sebab dah last day. Terbayang2 kat mata ni spegeti last2 mesej Tj, tanya dia free ke tak petang Ahad tu. Nasib baik dia free, dapat gak makan spegeti kat SR Bdr Baru Ampang. Yippeee!! :D

Tapi kan, bila makanan dah ada depan mata, nak mengabiskan punya payah! Memula taknak habiskan pon bila halfway through eating my Spaghetti Meatballs tu, rasa muak tapi tahankan je :( huhu... Salunya bila aku order spegeti tu, mmg konpem habis, cuma, tu lah, mengidam je kan, dapat rasa sikit pon dah ok sebenarnya.

Next few days plak, after check gigi kat Klinik Kesihatan, mintak encik hubby bawak ke Carrefour Wangsa Maju, tetibe aku nak makan Chicken Chop. Siap bagitau detail kat encik hubby yang aku nak chicken chop yang jual kat foodcourt k4 tu. Bila balik rumah, makan tak sampai separuh, rasa nak bagi encik hubby makan, tapi dia dah kekeyangan melantak pizza plak. Jadinya TERpaksa habiskan jugak walaupun tekak dah rasa geli2 :(


p/s: well, setakat ni, baru tu je western food yang aku mengidam nak makan. Hari tu, dah nak masuk seminggu tak makan nasi, first nasi yang aku sentuh adalah nasi lemak makcik taman saga. All time faveret dari kecik2 dulu. Itupon, halfway through makan, geli tekak tapi sebab pikir nasi lemak makcik tu sedap, terpaksa paksa diri makan sampai habis :(( Semua pon macam terpaksa je sekarang ni :'(

hujan ke ni??

Let see this picture:

pic 4

pic 3


pic 2

pic 1

Napela aku ni saje nak bagi korang pening kepala tengok gambar susunan dr gmbr no.4 ke no.1 kan? Jawapannya, aku saje nak annoys korang :D But, it suits the post's title kan?

Balik dari pameran MAHA tu kami singgah umah Ibu. Nasib baik la awal, kalo tak, konpem jem kat depan Dewan Dato' Ahmad Razali tu sebab ada accident.

Memula kami nak balik dan gerak ke arah Ampang Point, tetibe awatla hujan kat depan dewan tu... kereta pon sempat jem. Tapi pelik gak, kenapa la hujan tu pancut dari bawah; bukan dari langit. Hehe :P Banyak kereta gak benti kat dewan tu. Kereta yang belah kami ni plak slow sebab air yang 'turun' kira lebat jugak. Lagi 4-5 meter dari tempat kejadian tu, rupenya nampak pili air tepi jalan tu senget and air 'hujan' tu datang dari situ. Dekat2 ngan pili air tu, ada satu kereta Honda lama ni tersadai sebelah tayar masuk dalam longkang. Paham la yang sebenarnya kereta tu langgar pili air tu and terus accident masuk dalam longkang. Tak nampak plak orang yang cedera just kereta je yang tinggal kat situ. So, petang tu, ramalan kaji cuaca hanya dapat baca hujan kat depan Dewan Datok Ahmad Razali je..ngeee~~


p/s: Memula masa nampak air 'hujan' tu dari jauh, encik hubby cakap ngan nada berlagak nya, 'Ish, kalo Ayg ada kat area situ, Ayg nak lama2 sket, boleh basuh kereta.' And you know what happened bila kereta kami betul2 bawah pancutan air tu? Encik hubby terkedu jap sampai lama betul dia nak gerakkan kereta kedepan padahal lampu hijau. Saja nak mencetuskan jalan jem lagi. Rupenya, air deras sangat sampai wiper kereta tak boleh nak wipe cermin and we can't see the road ahead! ;D Padan muka encik hubby cakap berlaak lagi ;D muahahaha ;D

Tuesday, December 14, 2010

MAHA 2010

Korang pi tak pameran MAHA kat MARDI tahun ni? MAHA stands for Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism. Segala produk Malaysia yang berasakan 3 komponen tu dorang pasarkan kat situ.

Ecehhh, bunyi macam aku pergi tiap2 kali pameran ni ada je kan? hehe :) Taklah. This is my first time ngan encik hubby. Kitorang pegi 4hb, one day after bukak buku merah. Esoknya 5hb tu last day and kebetulan encik hubby duty, so, we're decided pegi hari Sabtu tu sebab encik hubby free.

MARDI ni saje dah besar and luas, so, memang dorang gunakan keseluruhan kawasan untuk pameran tu. And they don't call it MAHA for fun. For me, it was:

  • MAHA besar dan luas kawasan pamerannya;
  • MAHA penat berjalan;
  • MAHA sakit pinggang bila encik hubby kalo boleh nak round satu MARDI tu

Pagi tu hujan renyai2 kat area MARDI and kebetulan kitorang sampai awal seawal kul 9pg padahal pameran mula kul 10pg (semangat haaaa...). Disebabkan tapak pameran semua belum bukak and hujan plak tu, kami masuk dulu dewan pameran tempat aku exam PTD bulan 4 yang lepas. Kat dewan utama tu ada pameran makanan2 popular Malaysia. Dorang bahagikan mengikut negeri. Nama makanan pelik2 sungguh tapi kami tak benti pon sebab sebelum datang situ kami dah breakfast dulu. Plus, bau macam2 sampai rasa nak termuntah. Maafla ye, pregnant lady macam saya ni memang terkenal ngan benda2 camtu; tak bleh salah bau sket, mula la nak uwekkk tapi belum uwekk, hanya rasa nak uwekk and it wasn't the best feeling at all, i tell you! :( Penat tau!

Naik ke atas untuk ke dewan pamera yang sebenar. Kat atas tu ada 3 dewan; A,B,C. ketiga-tiga dewan tu memang besar ok. So, encik hubby saya ni kalo boleh nak masuk ketiga-tiga dewan and nak berjalan keempat2 bucu dewan. Aku ni dah la memang jenis tak larat nak jalan lama2 camtu bila time macam ni. Masuk dewan ketiga, rasa nak moody pon ada :( Pastu encik hubby bawak ke dataran tapak pameran plak. Memula dia nak jugak naik tram pi tempat pameran haiwan liar. Kat situ ada rodeo la, kuda la etc. Tapi, mak aiii... barisan nak naik tram punya la panjang bebenor!! Muka aku dah kelat macam coklat dah sebab penat. At last, round2 kat tapak pameran je baru aku ok sket walaupun badan dah sakit2 :( And then kul 1.30 ptg camtu kitorang balik la... Lapar satu hal, penat satu hal..hmmm... But, having fun halfway through ngan encik hubby :) Itu yang penting :D walaupun separuh jalan je sebab penat ;P

Tengok kat lantai tu, basah; masa ni tengah hujan gerimis lagi and dewan pameran belum bukak.

Map untuk kawasan MAHA.

Kat dalam dewan pameran. Blok A, untuk pameran dari agensi kerajaan.

Belakang tu semua fresh flowers! Wangi2 bau bunga2 tu tau :)

Hydroponik. Rasanya la kot. Tak tanya but looks like it; in an advance way better than 10 years ago punya teknologi hidroponik.

Sudah nampak berisi kan? Ishhh...

Encik hubby tekun tengok makcik2 tu buat sulam riben

Penternak berjaya- 'iye, inilah hasil penternakkan kambing kami :D'

Aku plak ternak lembu ;P ahahaha ;D

Kat dataran tapak pameran. Banyak kedai jual orkid je. And encik hubby saya memang suka orkid :D



p/s: Nak muntah!

Monday, December 13, 2010

buku merah

3hb lepas ada appointment kat Klinik Kesihatan AU2, Keramat. Appointment nak bukak buku merah untuk ibu-ibu mengandung. Enchek hubby temankan.

Nasib baik la dia temankan. Aku ni fobia jumpa doktor sebenarnya! :D Nampak je luaran macam ganas lagi berhati kental, tapi jiwa boleh tahan sentimental beb :P And, truth to be told, dari dulu lagi, aku ni sah2 la penakut jumpa doktor. Tiap kali demam and paling teruk dulu sakit gusi sebab nak tumbuh gigi bongsu; aku ugut je diri sendiri nak jumpa doktor, trus demam and sakit gigi hilang! Betapa kuatnya penangan perkataan keramat 'doktor' tu saje. Eheee~~

Kalo jumpa doktor je pon aku dah naik seram, bulu roma terangkat segala, apetah lagi kata nak kena inject atau kena amek darah yang konpem menggunakan jarum. Jarum jahit baju and jarum cross-stitch je aku tak takut, i tell you ;D

And, appointment bukak buku merah Jumaat tu ada kena mengena ngan amek darah plak tuh! Suspen! Kakak nurse tu siap cakap, 'nanti kita akan amek sampel darah cik, sikit je, tak banyak; 3cc je'. Dia tak cakap 3cc tu banyak mana. But, masa aku isi personal detail buku merah tu aku ada terbaca 10ml. Ok, maybe orang lain akan kata, 'alarhhh, 10ml je, sikit benor tu'; but untuk orang yang tak pernah di ambil darahnya -- macam aku ni --, 10ml is indeed quite a large amount!

Tapi aku terkejut, my blood pressure normal sebab the last time aku pi klinik kat Shah Alam untuk inject Rubela bulan 4 lepas, punyala takut nak kena inject sampaikan bp aku naik ke 144 over something, tak ingat. Nurse tu cakap if julat 120 sampai 140 lebih tu kira ok lagi jangan sampai naik ke 160 plak, itu kira high blood pressure (betul ke?). Sebab nurse tu check bp aku 3 kali sebab yang first bacaan 160 something. Dia swuh aku cool down, tarik nafas bagai, check kali kedua 150 lebih and yang ketiga baru turun 144 tu. And this time around, sekali je bacaan 118/73. Alhamdulillah but I don't know la ok ke tak.

Kakak nurse tu cuma cakap:
  • jangan angkat benda berat2,
  • kena makan vitamin yang diprovide,
  • kalo ada bleeding kena cepat2 pegi hospital where they got scanner thingy to scan the tummy,
  • jangan makan ubat ngan air teh or kopi sebab tak serap zat besi. Tapi kalo nak minum ngan juice boleh tapi bukan air kordial.
Tak banyak nurse tu bagi information sebab nurse tu sangat busy sebab jadi kaunter pertanyaan bila dah duduk dekat sangat ngan pintu bilik nurse tu. And plus, nurse tu macam tak tau nak bagitau ape. The rest of the info pon aku curik2 dengar dari patient yang berdekatan ngan aku sebab nurse yang attend dia cakap kuat and cakap banyak, but good jugak. hihi ;D

So, dari yang aku dengar2:
  • kena banyak kali makan but everytime makan dengan portion yang sedikit.
  • emosi kena jaga. Hubby memainkan peranan dalam emosi si isteri.
Haishhh, lupa plak ape yang nurse tu cakap lagi. hehe ;D

p/s: And, kat Klinik Kesihatan Au2 ni, semua ibu mengandung kena check gigi. Once every pregnancies. Ok, itu len cerita plak. So, all in all, aku dah ada buku merah! :D

makan di kg.baru

Haaa... ni biasalah, mmg keje aku. Kalo korg tengok awal2 haribulan setiap bulan tetibe entry banyak giler, konpem start esoknya xde entry dah. Hehe ;D

The typical me, i shall say :P

Tapi, kena merangkak sket2 la semula lepas tu sebab momentum nak menaip takde buat masa ni. Aisehh...

Back to the title, 2hb lepas tetibe tekak aku ni terasa sangat nak makan mihun kungfu kat Kg. Baru. The last time I was there having my dinner dengan dear hubby (masa tu masih boypren lagi) and kak Aina baru balik dari kursus kawen kat Putrajaya.

Masa tu, mihun kungfu kedai tu TERSHANGATlah shedap and after one year aku TERmengidam nak makan makanan yang sama kat kedai yang sama jugak...

Tapi, sangat tak puas hati sebab mihun kungfu yang aku mintak, tak sama rasa dahhhhh... Ceh!! Ni konfem len tukang masak ni! The only one time aku terasa dan termengidam, time tu la dah tak sesedap dulu ok?? Hangin kejap satu badan, tapi, takpe, asalkan dapat makan, layankan sampai habis sudah.. heh ;P

Yang penting, view malam tu sangat syok! Sambil makan, mata dijamu jugak ngan menara KLCC yang betul2 nampak atas bumbung kedai makan tu :))



p/s: memasing nak posing ngan KLCC diatas kepala! :D

Saturday, December 4, 2010

Kenduri cukur jambul

Owhhh..terlepas sudah..ngeee~~

Patutnya post ni letak awal2 bulan ni lagi tapi disebabkan excited nak cerita pasal tang aku susah nak minum susu tu, terkebelakang sket dah. Takpe2, yang penting tetap mau updet kat sini.

28 November lepas, ada majlis cukur jambul kat Kg. Poh, Perak. Majlis cukur jambul anak buah aku and encik hubby. Kak Lang hubby aku bersalin bulan Oktober lepas, baby Lang sama tarikh lahir ngan Ibu aku (18 Oktober). Majlis buat kat umah mak mertua Lang. Uihh, meriah! Lauk punya banyak ngan udang petai, ayam berempah, ikan bakar, daun turi masak lemak, sup sayur, ngan daging rendang hitam (erkk, jap, lupa nama rendang tu tapi rendang ni fofular kat Perak).

Majlis tu bagi aku lain la dari cara orang Muar. Dorang ada baca maca satu kitab ni dinyanyikan macam mengaji tapi...ntah la. Sebab kat kampung aku hanya selawat Marhaban biasa je sepanjang2 cukur jambul baby tu. But, that was something new for me :)

The buaian. Dorang panggil majlis ni majlis 'naik buai'. Ecehh..simbolik je sebab baby Shahmi dah naik buai dulu la sebelum majlis ni lagi sebab dia tak lena tido atas tilam je. Mesti tido tak sampai setengah jam nanti dah ok,ek,ok,ek bising ;P

Geng marhaban Kg.Poh. Sedondon baju haaa...

The parents pakai tema biru.

Baby Shahmi dah settle dicukur jambulnya, letak dalam buai plak.


p/s: Video nanti la ye. Lama giler nak upload padahal brape saat je ;(

Wednesday, December 1, 2010

sms encik hubby

Selalunya, around 1240pm camtu aku akan sms encik hubby, bagitau dia, dia dah boleh balik umah sebab lunch sudah siap. Mostly lah sebab kesian plak kalo dia TERbalik awal tp lauk tak siap lagi kan..hehe...

Tapi, hari ni sudah terbalik plak. He 'sms'ed me;

"Ayg dah boleh balik sekarang tak?' (exactly on 1240pm)


p/s: Kadang2 dia memang suka buat lawak yang dia sendiri tak perasan :D

mengidam nasi goreng

Ha'ahhh...mengidam nasi goreng, bukan nasi goreng sebarangan. Tapi nasi goreng ala warung!

Ala, yang rencah maggi yang sibuk2 ada iklan kat dalam radio Era tuh. Penah dengar?

Citernye camni. Yesterday, ada nasi lebih memandangkan encik hubby sudah kekenyangan makan nasi berulamkan sambal belacan, ikan goreng dan sayur goreng saje. Ish, takkan la nak buang nasi tu kot, jadinya tetiba teringat kat perencah tu dan teringatkan yang hari tu aku ada kata kat encik hubby aku rindu nak makan nasi goreng. Ye la, selalunya aku masak nasi goreng every weekend je. Tapi disebabkan daripada lepas raya puasa hari tu asyik2 kena balik Bidor boleh dikatakan setiap minggu, mana nak masak nasi gorengnya dah...

Aku ni pon bukan jenis masak guna rencah2 dalam peket ni. Baikla tumbuk rencah sendiri sebab dijamin sedap sehingga menjilat sudu ;)) Tapi sebab mengidam punya pasal, tetibe kuar la bubble-orang-berangan-kat-sebelah-kepala-hotak-aku-yang-marveles ni nak try perencah nasi goreng ala warung tuh.

Pagi tadi breakfast nasi goreng tuh. Not bad lah! Aku letak ayam, kacang panjang ngan fish cake. Letak kicap sket. Lalalala~~ Nyum2... tetibe aku lapar semula :P


p/s: Tengahari ni nak masak Nasi Beriani Ayam! :D Tak sabar!

caca merba

Owh, please and please just dun hesitate to keep reading this blog. Jangan pulak pasni korang baca tetibe rasa cam baca blog mom-to-be. Yes indeed memang I am a mom-to-be pon tapi this blog is supposedly to be an open blog.

Open blog means open in all sorts of post. Ye la, dulu aku nak kawen or after kawen jadi blog b2b, pastu jadi blog ex-b2b, pastu blog mom-to-be plak kan... Aku ni nak kata organize sangat orangnya, tak jugak but nak kata messy, owh tidak juga. I'm just lucky to be in-between but slightly towards organize je hehe ;D Tak lebih tak kurang :)

Sebabnya, aku rasa aku tak mampu nak manage 2 akaun blog untuk benda2 ni. Contoh macam blog personal + blog b2b. Pastu like right now, blog personal + blog m2b. Sungguh! Yang satu ni je pon kadang2 tak berupdate ini kan pula nak ada 2. Enough is enough.

So, I'll be posting semua benda yang jadi dalam life aku kat sini whether it is about me, my family, my baby or my friends. It is all the same. Tak suka nak sesakkan otak aku ngan benda2 macamni, mau relax, take a breath, have a kit kat or two and chill bersama lappy. Itu saje :)


p/s: Caca merba it is, but it's mine afterall :) Enjoy reading peeps!

Susu + madu

I'm not a big fan of milk but kalo disuruh minum susu tu, I don't mind either cuma takde la galak sangat minum macam one of my housemate dulu; minum susu macam minum air masak. Erk?

So, since I am a pregger now, minum susu tu macam satu keperluan sebab untuk keperluan kalsium (ye ke?). Saje2 je aku try minum susu ibu mengandung but... Now I wonder why la pregnant women susah sangat nak minum susu. Tau nape? Sebab nak buat susu tu tak bleh air panas sangat. By the time dah bubuh susu dalam air, air pon dah bertukar menjadi tak berapa nak suam dalm erti kata lain, sudah sejuk.

For me, nak minum air ape2 pon (kecuali air masak), it is best to be just slightly hot like teh tarik hot and sejuk habes. Kalo yang in-between tu, euww~~ it taste yuck!

So, sekarang ni minum susu pon rasa macam satu dugaan je. Tak minum, minum, tak minum, minum... adeh~ Tapi, kuatkan semangat jugak minum susu ibu mengandung tuh. Walaupon mata rasa nak naik juling, tapi takpe, kena jugak minum puan Elanie.

And, the other hand plak, my encik hubby belikan madu untuk aku. Dulu aku tak suka sangat madu ni sebab rasanya yang manis-tapi-pelik. Tapi dah meningkat dewasa ni Ibu selalu beli madu untuk makan ngan quacker oat, aku pon terikut sekali. Instead of susu, aku lebih suka madu. Malam tadi, aku buat susu campur sekali ngan satu sudu madu. Sedap.

And the most important thing was, I manage to sleep! Itu yang penting :)


p/s: But, still, kena minum susu kott??? Haish!

Alhamdulillah

Phew~~

Alhamdulillah, malam tadi dapat pon aku tido dengan nyenyak nye! :)

Tapi sempat gak la bangun kul 4 lebih kot tutup kipas sebab...brrrrr... Sejuk!

Pastu sambung tido semula and terbangun kul 6pg, nak kena gosokkan baju encik hubby plak.

Ish, lega sungguh dapat tido malam tadi, after 2 days of restless nights. Tapi masih rasa penat, jap lagi plan nak take a nap jap, bagi lega selega-leganya dari rasa penat ni :)


p/s: Hopefully boleh tido sebab susah nak tido lepas matahari naik ni :(