Friday, November 9, 2012

Product Review: Moooved by MooGoo!

Assalamualaikum.

As you can see from my previous, previous and previous entry, I never did a review on beauty/health product. Kalo review baby carrier adala tapi xla review detail. Sbb aku bukan kaki me'review' pun. Yela, nama pun blog suam2 kuku je, ntah ada org baca ntah tidak kann..so kalo nak bwt review cam hampeh je haha..

Tapi, tapi, tapi..nape hari ni nak bwt review produk plak? Buang tebiat mungkin? Hehe.. Xla, saje and rajin sebenarnye. Produk ni aku nak bwt review sbb mane tau if one day, someone who has eczema stumble upon my review ni, terbuka hati nak try produk ni menggantikan segala mak datuk emolients/cream yg di prescribe by doctor yg konpem2 ada steroids tu. Dari komen2 kawan yg dah pegi jumpa doktor or even pakar berkaitan eczema ni, doktor kata nak manage eczema memang perlukan steroids.

Says who?

They said that sbb, yelah, dorang tu doktor. Cube kita bygkan kita kat tmpt dorg, mesti kita nak pesakit kita CEPAT sembuh kan? By cepat, it means using steroids sbb kesan penggunaan steroids memang cepat. CEPAT SEMBUH, dan CEPAT JUGAK JADI SEMULA. And most of the time, after quite some time, kulit xdapat terima lagi the cream and perlukan an even stronger cream to manage and heal it. Some of my friend, doktor siap bg ubat sapu steroids yg powerful untuk sapu kat MUKA. Muka anak plak tu! Can you imagine what will happen to that child's face 'after quite some time' tu? Kesian sgt ok. Keadaan ni dipanggil 'Topical Steroid Addiction' bila mane kulit dh xserasi ngan krim steroid yg diguna sampai perlukan krim yg lebih kuat dan akhirnya kulit jadi immune dan menjadi semakin teruk.

I have a son of my own. And he has eczema. A mild one. Tapi, alhamdulillah i stumbled upon Shehan Ismail's blog and got to know a support group in FB yg gunakan natural healing produk untuk rawat eczema. Aku xsempat pun bwk hazim jumpa doktor or doktor pakar berkenaan eczema dia. So, i am save from 'steroid' cream from the beginning. Alhamdulillah.

Tapi, biasalah.. Dah nama pun 'natural product', it will take time to heal. Dan bukan setakat kena rawat dari luar dgn pakai krim2 ni semata-mata tapi kena tau, ape trigger factor yg sbbkan eczema si anak. Dari segi environment dan pemakanan kena amek tau. Hazim setakat ni environment xde masalah. Dustmite ke, habuk ke.. Xde problem cume setiap 3hari aku tukar cadar and sarung bantal even sarung bantal dia. Alergik Hazim lebih kepada pemakanan. Ada dua tiga benda yang dia xbleh makan mcm ikan tenggiri, ikan tongkol atau ikan/ayam yg xfresh, carrot, jagung dan kcg peas. If tersalah makan, naik la rashes dia kat pelipat lengan dan dada. Bila kita dapat avoid benda2 yg buatkan anak alahan, dapat la kita kawal eczemanya sekali. Xsusah pun cume susah pada awalnye bl kita kena try and error ape yg sbbkan eczema anak naik. Masa tu memang lerr...rasa nak nanges tgk anak xselesa dok tergaru2 kegatalan. Pakai krim pun dah xlaku sbb dia dah xtahan gatal. Yang boleh kita buat, just keep on sapu the krim gatal and bl kulit merah2, letak moisturizer.

Krim gatal dan moisturizer bukan sebarangan ye. Ni la produk yg aku nak review ni. Haaa..panjang mukadimah aku atas tu, dh penat baca bru la product review nak muncul ye. Hehe..

Produk yg aku guna ni memang 100% from natural ingredients. Memang mahal tapi setiap satu jenis tu kadang2 sampai 2/3 bulan bru habis. Sbb eczema hazim xbyk tmpt. Kalo ada yg byk tmpt yg kena alahan tu, cpt la kot hbs nye. Kalo korg bleh berhabes duit beli handbag, baby carrier, stroller bagai, makan tempat2 mewah or salu mkn kedai, nape untuk berhabes bli krim dari natural product untuk rawat anak xbleh kan? :) haha sinis habes ye? Aku xde kata sesape k...

Natural product yg aku guna, suka and menjadi poojaan hati ialah dari rangkaian jenama MooGoo. Antaranya adalah:

1. Krim gatal - ISB (irritable skin balm)
2. Moisturising cream - MSM
3. Milk wash

Tiga benda diatas ni yang salu aku guna untuk hazim. Tapi ada byk lg yg bleh jadi moisturizer nye.
Moisturising cream MooGoo yg lain:
3. udder cream
4. full cream
5. scalp cream

dalam byk2 moisturizer yg aku sebut tu, scalp cream yg lg berkesan untuk kes2 kulit kering yg melampau. Udder cream ialah moisturizer yg paling light. MSM yg aku guna tu yg tengah2 and dapat kurangkan radang kulit jugak. Kalo kulit memerah, bleh guna MSM.

ISB plak bg aku adalah wonder cream. Nama pun 'irritable skin balm', mane2 kulit gatal, sapulah ISB, insyaallah kurang gatal/xgatal trus. Yelah, kulit yang ada eczema ni memang kerap naik rashes and gatal2 kalo silap makan, silap environment. Dulu masa hazim awal2 kna eczema, silap makan je, habis naik rashes kat pelipat lengan dia. Bila dh naik rashes, memang la si hero ni syok menggaru sampai luka berdarah! Bila ada open wounds, aku rajin2 sapu ISB. Minyak gamat dah langsung simpan. ISB is the new 'minyak gamat' for us. Open wounds lebih cepat kering dan baik dgn menggunakan ISB. Selain mempercepatkan penyembuhan, dapat jugak kurangkan kegatalan pada luka yg tengah nak sembuh tu.

Milk wash MooGoo plak bagus sbb ianya jenis krim susu. Takde chemical, itu yg penting. Kalo hazim ada open wounds, memang mandi pakai milk wash MooGoo. Even sampai sekarang hazim xpernah luka akibat menggaru pun, dia tetap mandi pakai milk wash MooGoo yg boleh juga jadi pencuci muka. Hihi..

There are ingredients that we should avoid using in our skin care product. Contoh mcm:
1. Yang ada pewangi
2. Parabens (petroleum by-product)
3. Mineral oil (petroleum by-product)
4. Sodium Laureth Sulfate, sodium lauryl sulfate (SLS - traces of formaldehyde and suspected carcinogen)
5. Petrolatum
6. Propylene glycol (bersifat anti-freeze and elak dari produk menjadi kering)

Kebanyakan skin care product, beauty product ada guna 2/3 bahan yg disebut di atas. Produk mandian kanak2 pun kebanyakan ada SLS tu yg bleh bg skin irritati0n. Tapi, dgn produk MooGoo, afraid not :)) semua bahan diatas langsung xde digunakan dan dijamin hanya menggunakan bahan2 semulajadi.

Satu lagi produk MooGoo yang aku guna ialah deodorant nye, Fresh Cream Deodorant. Sangat best walaupun xde pewangi dan yg paling penting, it's Aluminium free! Aluminium Oxide dikatakan bahan penting untuk menghilang bau badan dgn bertindak menutupi liang2 peluh. Tapi liang peluh berdekatan dgn nodus limfa. So, it's a BIG NO-NO.

Jadinye, marilah kita sama2 mengubah lifestyle kita. Jom pakat ramai2 kita guna natural product, yo! ;))

4 comments:

Siti Munirah said...

Salam Perkenalan..

Wah, banyaknya Moogoo punye cream. Anak saya pun ade eczema. Sekarang pakai Eczema Rescue Kit from Buds Organic. Tapi saya tengok sama je, masih merah2 lagi. Ingat nak try Moogoo. So antara ISB, MSM, Udder, Full Cream, nak start dgn mana satu dulu ye? (Saya plan nak beli 1 cream je dulu)

Uni recently posted...

Frust Tak Dapat Naik Train

Siti Munirah said...

Hai Nanie. Lebih kurang je bunyi nama kita kan? Hehehehe... cerita pasal diet elimination, rasanye macam tak relevan gitu, sebab alkisahnya anak saya ni dah start merah-merah dan gatal-gatal masa dari dalam pantang lagi. So memang takde kaitan dengan pemakanan la, sebab masa dalam pantang cuma bf je.

Doc cakap anak saya ni ekzema nye akan jadi teruk bila dia kat tempat panas. itu jelah puncanya. Faktor pemakanan rasanya takde kot.

Selain daripada tu, saya tukar cadar dan sarung bantal 1x/week, dan juga dah pasang cadar anti dust mite tu.

Btw, saya baru dapat tau yg Moogoo dah ada kat Watson JTC. So haruslah saya serbu Moogoo kat JTC nanti! :)

Uni recently posted...

Nak Senang Punya Pasal, Akhirnya Rebah Taubat

Anonymous said...

Mana blh dpt produk ni blah johor?

Mommy's Diary of Life said...

stumble on Shehan Ismail's blog hehehe. sweet! Here i come :)