Showing posts with label W-preps. Show all posts
Showing posts with label W-preps. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Bilik pengantin

First of all, I didn't bought a new set of bed or wardrobe and I dun like the idea of buying a new one just for the sake of getting married. Boleh blah la Majalah Pengan***ss yang konon-kononnya memberi idea untuk berjimat cermat dalam berbelanja untuk majlis kawen anda. Cet! Ko ingat murah ke hape nak beli set2 yang sebegitu lawa itu? Mana nak dapat harga 1K? Atau paling2 tidak pon rm999. But, not to mention, that rm999 tanpa deko lagi tuh. Do the math will ya?

And because I knew that I will not live here in Ampang after I got married (kes nak hidup berdikari ngan hubby selepas kawen).

But, if you have power to make-do your room, do it. It doesn't cost that much since you already minus the budget for a new set of wardrobe or bed which will cost you around 1K++ (the cheapest with the mattress)

Decorate it the way you want. Not the way other people's want. Afterall, it's your room. Bak kata sorang kakak ni, 'orang lain tak suka takpe, janji hubby kita suka:)' Thank you kak Diyana! :)

Aku nak kongsi gambar bilik aku tapi yang ada ni gelap sket. Yang dari cammy aku sume dah transfer ke laptop aku yang tetibe menunjukkan gaya ingin rosek dan tetibe takmau on. Penat je aku transfer kat ko tau, hempuk kang! ;P hukhuk

Anyways...

  1. Cadar tu dapat murah masa Sale kat JJ sekali beli yang ada dengan quilt cover.
  2. Bantal, semua pon dah ada. Takyah beli langsung.
  3. Sarung bantal yang untukbantal comel tu jahit sendiri.
  4. Table runner jadi bed runner dah :D
  5. I dun need 4 poster bed to make my dream bed. I just need 2 walls opposite from each other.
  6. The kelambu are from kain organza. Beli kat Nagoya, cari yang murah2 je semurah rm2 semeter. Tapi yang ada sulam2 tu semurah rm5. Bilik tak besar mana. Ok la tuh. Within budget :)
  7. Langsir jahit sendiri.
  8. Nampak macam ada bling-bling kan? Itu manik2 yang besar2 tuh, beli kat kedai jual barangan kawen Sayang You kat C4 Wangsa Maju, murah saje :)

p/s: I don't need a decorator. So can you :) Just do a little magic with your hand, then everything will be superb! :))

My little black book

Morning! Everyday pon my first entry will be in the morning. Ingatkan pas solat Subuh nak tido jap tapi apekan daya, encik suami pi keje plak. Pas hantar dia kat muka pintu, terus masuk bilik on laptop. Mata terus takleh nak lelap. Aiseh~~ Tapi everything pon akan mula selepas update, komen atau membelek2 ape yang patut kat FB and doing some blog hopping.

Topik pagi ni pasal B2B's blogs. Banyak aku tengok bila nak kawen je siap bukak acc blog untuk update segala preps. Gila gigih korang ni kan? Ehehee ;D Aku ni plak, nak kata preps tak banyak aku share kat sini sebab tak sempat nak snap picture and upload it here. Lebih kepada share benda2 yang dah lepas. Bukan kedekut tapi takde masa untuk itu semua. My life's before getting married had been busy sama macam orang yang dah keje dan tengah sibuk buat prep untuk kawen. Like seriously.

Ada orang buat blog kawen sebagai reminder, ape lagi yang belum settle dalam preps dia. But to me, aku masih lagi suka keje-keje manual. Manual as in using books as a medium for me to update my preps. Lagi seronok main silang pangkah, main cancel2, main conteng2 bila tengah blur takde idea, main lukis2, buat kira2, tampal segala resit pembelian yang ada bila berlaku pengkreditan dari akaun bank; all sorts of thing yang secara zahirnya korang tak boleh buat bila dalam blog ni. Except the part yang korang buat garisan cancel tuh. The rest, mati berangan la korang... Haha ;D

And one thing for sure, bila ada buku ni, kat mana korang pegi, korang boleh bawak. Lupa je prep untuk hari sekian-sekian, sila selak ke helaian bla, bla, bla... Kalo blog? Unless korang ada hp yang maha hebat, update di hujung jari saje, boleh la. Cari signal, masuk web, login blogspot, update... But, bukan semua orang mempunyai kemampuan macam tu kan? Paling tidak pon, laptop seberat2nya yang nak dipikul kesana kesini. Tak mampu lah aku nak usung ke sana kesini semata-mata untuk update prep aku.

So, sebagai kesimpulannya, ada nya my little black book nih (MLBB). It helps me A LOT during my wedding preparation. Nope, bukan setakat W-preps tapi dari masa aku nak bertunang lagi.

MLBB

;)

Segala tampalan, ideas of decorating

tengok tu semua list yang ada yang perlu dibuat and disiapkan. Siap satu, garis cancel!

Detail kira-kira, segala resit perbelanjaan sebagai bukti.

Siap ada gambar lukis2 lagi haa...

p/s: But, anyhow, I enjoyed doing it manually...Different people have different sets of mind. So, do what you enjoy the most :) Happy prepping!

Sunday, August 22, 2010

Kasut sanding

Peeps!!

Ni nak cerita pasal kasut bersanding aku tuh.

I've posted it here about 4 months ago. But never the picture kan?

Actually, sejarah kasut sanding tu takla panjang mana atau berbelit2. Aku beli kasut tu like 2-3 weeks after aku dah finalize kan warna yang aku nak untuk baju sanding aku ngan Kak Sue. Kak Sue kata dia takde provide kasut saiz besar. Almaklumlah kakiku ini saiz gajah. Maka dengan gagah nya bertemankan Along kesayangan pegi la Ampang Park cari kasut yang berkenan disitu. Perlu diigatkan, kasut bertutup ye. Aku ni ada problem sket ngan kasut bertutup. Kalo berjalan, mesti kasut tu nak tertanggal. Salu pon aku beli peep-toes.

Nasib baik baru berjalan sikit, jumpa pon yang berkenan! Sangat comel! Bila hantar MMS kasut tu pada Kak Sue, dia kata ok, boleh beli. Aku pon beli la. Tapi biasalah, bila dalam kedai, dia guna cahaya lampu yang warna kuning2 buat sakit mata tu, tak sama warna bila kat luar. Bila dah balik rumah, barulah perasan, warna pink kasut tu sangat TERANG! MERIAH gitu!! Memula aku dah risau yang warna kasut tu tak sesuai ngan warna baju, sampai terpikir nak pi tempah baru kat kedai. Tapi, lama-lama, biar je lah...malas nak keluar duit lagi semata-mata untuk kasut.

But, bila pi final fitting baju sanding kat kedai Kak Sue, 3 days before the reception, ALhamdulillah, warna kasut tu sangat kena ngan warna baju yang Kak Sue buat khas untuk aku! ;D Yey!!! Masa tu, Kak Sue mintak aku bawak semua barang aku; baju nikah and kasut sanding. Sekali, bila tengok baju tu, keluarkan kasut tu, Kak Sue pon kata sangat sesuai! ;D Dahla masa tu gamble je pi beli ngan Along.

Yang ni masa dalam kedai. Takla nampak terang sangat kan? Gambar ni yang aku MMS kat Kak Sue.

Ni plak bila amek gambar kat rumah. Natural light je. Nampak tak terang?


p/s: Alhamdulillah, sesuai je warna kasut ngan baju sanding. If not, memang haru lah~~

Friday, August 20, 2010

tema

Tema majlis aku hari tu of course la pink.

Memang la tunang pon pink, kawen pon nak pink jugak haa... eh, peduli ape aku? Ade rules ke yg mengatakan tema kawen ngan tunang tak bleh sama? Kalo ada, sape yang buat rules tu? Rules manusia, semua orang boleh langgar. Even adat Melayu pon kita dah tak berapa ikut sekarang ni kan? Kenapa nak susah2 kan diri?

Berbalik kepada persoalannya... aku suka warna pink, ikut aku la nak pakai warna ape. Yang penting, aku yang kawen, bukan korang kan? So, shut ur mouth up. Aku tak marah, tapi tak suka ngan minded sesetengah orang...ianya terpulang kepada individu. 'Nuff said.

Aku pakai pink pon, 2 ton pink yang berlainan. Masa tunang soft pink and masa sanding ritu warna pink pekat sket. Memula aku mintak pink belacan. Tapi nanti nak kena buat baju lelaki baru plak and tambah kos lagi. Last-last aku buat keputusan biar lebih kurang warna ngan pink sepersalinan lelaki. Tawakkal je la pandai-pandai Kak Sue la alter warna bagi sesuai, jangan sama ngan Ita punya sudah.

And it turns out, sangat lawa!!! I love the dress, and even the colour. Orang lain tak suka pon pedulik hape aku. Janji, aku yang pakai, aku rasa selesa, aku rasa konfiden. Sudah. End of story :D

Selain tu, tema majlis aku ni coklat. Ada gak orang tanya, sesuai ke coklat ngan pink? Bagi aku sesuai je. And dah terbukti, sesuai sebab I've seen it before masa kakak sepupu aku kawen last 2008. Pink dia lagi meriah. Combination kena la sesuai. Ini, asyik2 lawankan ngan warna putih, BOHSAN!

Antara orang yang terlibat pon, I made sure dorang pon pakai pink.

Family: Yang lelaki - peach pink. Yang perempuan - pink terang.
Pari-pari: Pink peach (slightly pink - warna ni in between warna utk belah lelaki ngan belah perempuan. Gila susah nak cari tudung hehe)
Bunga telur: Coklat cream
Pelamin: Putih
Hantaran: Pink silver
Paperbag 4 doorgift: Rose pink
Scallop 4 khemah: Coklat+pink
Air minum: Soda bandung (pink ye kawan-kawan)
Kotak telur: Coklat
Bilik tidur pengantin: Ton coklat + cream

p/s: So, combination warna terdiri daripada ton-ton pink, coklat and...sedikit peach and cream. Semua pon complimentary colour for pink.

bunga telur

morning peeps!

Since aku pon masih blur tak tau nak mula dari mana, ape kata kita start dari citer pasal bunga telur. Sorry, gambar semua ada dalam laptop aku yang buat hal tuh. Ni pon pakai laptop hubby.

Bunga telur aku simple je, warna coklat cream. I bought it even before we both getting engaged. Awal kan? Sebab kebetulan masa tu kitorang berdua keluar sama dari pagi sampai malam. Menyiapkan dua hal sekaligus. Kalo tak silap masa tu aku ngan hubby aku pi shopping barang hantaran kawen kat Sogo. Kemudian baru pi ke Nilai nak ronda-ronda.

Erm, nak kata barang2 kat Nilai murah..hurmm...tak jugak. Tapi kena pandai pilih tempat. Kalo korang nak beli barang-barang murah, beli kat kedai first yang korang nampak bila masuk kawasan borong Nilai tuh. Erm, banyak barang aku beli kat kedai yang first tuh. Alamak, nama kedai lupa la... But obviously bukan kedai Th**kQ. Rasa macam kedai VS? erk...cam pelik je bunyi nyer? hehe...

Tapi kalo kat kedai tu, affordable la jugak harga bunga telur nyer berbanding kedai lain. 3 kotak rm75; satu kotak ada 50batang. Atau stok lama yang nak bagi habis? ahhhh...peduli ape aku. Janji ada bunga telur yang masih ok conditionnya (I mean takla reput ke ape ke kalo stok lama). Dan yang pasti, aku memang nak bunga telur yang simple saje, takmau yang crowded gila ngan kristal la, manik2 la ape lah. Nak buat sendiri memang tak menang tanganla kan...

Memula tu nak beli warna pink tapi jenis yang aku nak takde plak warna pink plak. Tapi naseb baik ada warna coklat cream tu, complimentary colour dengan warna pink. It should be ok kot. hehe... And Alhamdulillah turns out ok bila tengok dalam gambar :)

p/s: nanti kalo ada gambar lain untuk bunga telur tu aku letak kat sini ye :)