Sunday, May 9, 2010

Baju pari-pari...

Isnin lepas, Pagi masa hantar Ellie ke sekolah, Ibu tanya bila aku nak belikan baju pari-pari. Memandangkan petang Isnin tu Ibu nak ponteng kelas agama dia, kami pun trus ke kedai kain. (Nama kedai kain terpaksa di rahsiakan. hehe)

Lega bila dah belikan kain dorang. Nak kena distribute cepat nih.

Here are my list of pari-pari:
  1. Liyanaroxx (my maid of honour)
  2. aTiQue
  3. Along
  4. Alang
  5. Bong
  6. Tj
  7. YesO
  8. Kak Aina

Sorry, I can't upload the photo here since bukan semua dah dapat kain pari-pari tu. Nanti tak surprise plak. Kehkehhhh ;D

p/s: Design la ikut suka korang. Janji yang kain bunga tu, jadi kain, bukan sebagai baju okeh? Tudung, cari sendiri. That one is not provided. hihi ;))

Ahad plak

Ahad esoknya tu pagi-pagi lagi Enck Q dah amek aku kat umah. Plan hari tu nak ke Teluk Intan, nak cari baju untuk majlis pihak lelaki (a week after majlis belah aku).

Plan asal, nak terus ke Teluk Intan pastu before balik KL nak singgah umah Puan Halimah kat Bidor. Belum sampa tetibe Puan Halimah tepon Encik Q, ajak pi kenduri kawen dulu kat area Bidor.

Adeh...

Aku pakai jeans ngan T-shirt lengan pendek je ni. Haruslah dipandang serong oleh penduduk kampung kalo macam itulah gayanya kannnn....

Puan Halimah swuh aku pakai baju Kakak Encik Q ni yang comel lottee...konpem-konpem la aku tak muat pakai kot sebab punggung extravaganza nih. Last-last aku pakai baju Puan Halimah. Phew~~

After kenduri baru la kitorang ke Teluk Intan. Dapat baju warna biru and slightly turqouise.

Balik petang tu pon aku yang drive sampai KL. Jammed jugak kat Kuala Kubu Bharu. Hmmm...


p/s: Sorry, ayat macam buat karangan BM yang dapat gred C-. Takde mood :'(

Sabtu yang lepas

Ni nak kata update, tak update jugak. Saje letak citer basi kat sini.

Pagi-pagi tadi mendung je kat area umah aku. Hati aku pon mendung. Pagi ni tak hujan sebab semalam dah hujan 'lebat'.


Last Saturday, aku bawak Encik Q jumpa atok kat Muar. Since hari Sabtu tu public holiday, biasalah, highway Utara-Selatan jammed giler! Belum exit ke Bangi lagi kereta dah bertunggu tangga kat atas jalan. Dan port yang biasanya menyebabkan jammed tu sampai kat persimpangan Seremban. Lepas dari Seremban, kereta masih banyak tapi tak la teruk sangat. Benti kat Restoran Jejantas Ayer Keroh, refresh ape yang patut pastu tukar pemandu plak.

Tinggal lagi beberapa meter nak sampai kat signboard 'Sempadan Negeri Johor Darul Takzim', temperature kereta Encik Q naik!

Encik Q: Awak bawak berapa tadi?

Aku: err... 125 km/j je. Huhu... Awak tak pernah kena macam ni ke sebelum ni?

Encik Q: Tak pernah.


Hm...good. Bila aku bawak la tetiba nak jadi ehhh... Nak dijadikan cerita la tuh. Last-last kitorang sampai umah kampung pukul 4 petang! Dah naik kematu punggung ni duduk dalam kereta tau. Nak bawak laju-laju dah tak berani padahal -once a minah rempit, always be a minah rempit- SERIK!

Malam tu masa balik dari Muar, tukar driver lagi sekali. Aku drive dari Ayer Keroh, bawak 70 km/j je.

Encik Q: Ai awak, ni bawak 70 je bila nak sampai KL ni??

Aku: Ermm...tak berani nak bawak laju-laju dah. Nanti temperature kereta naik lagi.

Iye, cukuplah sekali je pengajaran buat aku. Lagi pun bawak kereta orang. Dengan tak biasa satu hal, dah dikejutkan dengan suhu kereta naik petangnya tuh... Tambah itu ini, jumlahnya jadi la 70km/j.

p/s: Sampai umah kul 1030 mlm. Hasil dari bawak kereta yang teramat slow ;P

Monday, May 3, 2010

Mei pon bermula...

Dah masuk bulan Mei dah... Hari ni dah 3hb... Esok 4hb, lusa 5hb... pejam celik, pejam celik dah nak 29hb...

29mei2010 atau 29052010 atau 29/05/10...

InsyaAllah dipermudahkan...

Awal tahun ritu, lepas bincang-bincang, nak tunggu bulan Mei macam lambat je masa...

Sekarang ni, bila diingatkan semula, rasa kejap je plak. Mungkin sebab aku pon busy walaupon belum keje, tapi keje kat umah ni menanti aku, punya la banyak. Tu yang aku rasa baru semalam aku buat countdown ke tarikh nikah aku kat FB, dalam 100 ++ hari lagi. Hari ni dah tinggal 75 hari je. Where are the 25 ++ days go?

p/s: InsyaAllah sume pon akan settle sedang elok ngan masa yang dah ditetapkan tuh...

hmm...

Hellooooo people~

Sorry, dah beberapa hari ni tak menyempat je nak update ape yang patut.

Busy bee lah katakan. Siyes nih. Agak busy. Kalo tak busy pon, aku membusykan diri kat atas katil sebab mengganti rehat. hehe ;) Opppss...tidak jugak sebab aku lebih kepada relaks tengok tv sambil lipat kain. Okeh, enough. Mengarut je lebih.

Bulan ni dah nampak gaya aku jarang dapat update ape2 yang patut. With all stuffs need to be ready-at-a-go hujung bulan nanti sebelum majlis kecil-kecilan tu...

Thanks kepada pari-pari yang dah bagi green light nak hulurkan bantuan korang (Ana, Tiqah, Tj, Along, Alang + Bong) even YesO yang dari Ukraine pon nak tolong... But, for the time being, takde ape pon lagi yang korang boleh tolong. Hehe...sebab mostly pon keje-keje umah. Majlis bulan 7 nanti mungkin aku nak kerah korang tolong ape yang patut. But for now, thanks yeah for your kindest to ask.

Senarai keje bulan ni:
  • Jahit langsir rumah baru (langsir tingkap [2 set], sliding door [2 set])
  • Siapkan gubahan dulang tunang
  • Jahit baju untuk family
  • Kemas bilik

Aku kan nak pindah. Ade rezeki, InsyaAllah dapatla aku bertunang kat umah baru... kalo tak, bertunang kat umah yang sekarang ni je la. Tapi majlis besar, InsyaAllah kat umah baru. Renovation pon dah nak siap. Tinggal tunggu surat dari bank je. Lembsss sungguh bank yang handle benda-benda ni. hihi ;P

So, bab-bab kemas bilik dan rumah ni, memang agak mencabar la jugak. Sebab habuk tuh... Pastu mood. Kalo datang mood beriya nak kemas bilik, konpem, jangan sesape ganggu aku... Nak kuar bilik pon aku malas sebab dah mengadap habuk; siap pakai topeng muka H1N1 tuh haa...

p/s: Saje nak biar entry tergantung. huhu~