Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Dr.Rose & Mr.Nazri's Reception

Last Friday (221010), one of my closest friend back in Matrix, got married. Tak lain tak bukan Cik Rose, now dah Puan lah...

Majlis resepsi dibuat kat Dewan PDRM, dalam Perumahan Polis kat Bandar Tasik Selatan (owh, that area sangat packed dengan mat-mat polis dan tentera okeh. Serabut otak lalu kat area situ).

Masa matrix dulu, memang aku salu je hangout ngan Rose si bijak pandai bersama Cik Lyz si awek basket. Selain tu ngan Cik Tqah tinggi menggalah. Hahah (mati aku kene sekeh ngan Tiqah kalo dia baca post ni). So, masa Rose kawen ritu, yang dapat datang pon aku ngan Tiqah je memandangkan Lyz dipaksarela bekerja hari Sabtu esoknya tu. Almaklumlah, jauh bebenor Cik Lyz nih nun jauh kat JB sana. If kat area Selangor jugak, konpem bukan Rose yang mengamuk sebab Lyz tak join, aku ni ha yang mengamuk lebih ;P

Malam tu aku bawak encik hubby dan Tiqah bawak tunang dia si Encik Afnan tinggi lagi bergaya itu ke majlis kawen Rose. To think of it, si Tiqah ni kenal si Afnan pon disebabkan Rose. Kalo tak kerana Rose pernah TERminat kat si Afnan dulu, takdelah si Tiqah ni kenal si Afnan ni. Well, kalo dah jodoh kan? Pusing-pusing pon tetap akan jumpa orang yang sama walau macamana terbelitnya story ini :)

All in all, seronok dapat jumpa Rose malam tu. She look stunning habes!! Tema merah ngan hitam okeh. Sangat naik warna tuh ;D Pengantin pon macam pinang dikapak2. Owh, hensem hubby Rose tu ok. Sempat la jugak bergambar ngan pengantin barang sekeping dua sebab dah lewat sangat nak tunggu dorang turun dari pelamin. Dah la pengantin lewat masuk dewan, ngan makanan pon lewat served. Nasib baik, tahap kesabaran masih menebal, jadinya masing2 takde la jadi hulk kat situ walaupon perut si Tiqah masuk angin sampai KEMBUNG dan terserlah kat gambar. ahahahahah ;D

JOm tengok gambar. Sorry gambar tak berapa nak lawa sebab lighting 'kureng' sket dalam dewan bila buat majlis malam2 ni. Tapi, pengantin tetap cuns!! :))

Uhuh, gambar tak lawa ;(

Perut Tiqah masuk angin, KEMBUNG niiii ;D

Encik hubby kekenyangan sampai semput nak sumbat nasi dalam mulut..Tu yang cenggitu gayanya ;D

Ngan pengantins :))


p/s: Kawan rapat masa matrix tinggal lagi sorang je yang nak naik pelamin :)

Sunday, March 21, 2010

Girls Night Out

Khamis lepas (180310) memang hari yang sangat penat buat aku. Kaki aku 2-3 kali gak nak cramp masa dalam tengah driving.

Pagi Khamis aku pi interview naik LRT, dengan sesat nak ke tempat interview sebab ada minah sorang ni dengan konfiden nyer bagi direction salah kat aku. Dah la kena pakai kasut bertutup (interview keje gomen), siap ada heels lagi. For those yang kenal aku, I am not a big fan of heels nih. Lagi-lagi yang jenis kasut bertutup. Aku ni terkenal ngan sandals; preferably yang flat je. Sebelum ni ada sepasang wedges yang aku hanya akan pakai masa wedding. Diulangi, HANYA untuk wedding. Jarang saja-saja pakai untuk hangout ngan member-member kecuali masa tu hangout ngan Tqah berdua je. Hehe, paham-paham je lah Cik Tqah tu tinggi. Tapi bila dah tinggi sangat, aku pakai heels pon masih rasa aku dipandang rendah oleh Cik Tqah. Hahaha ;D

Balik je dari interview, sampai umah around kul 1ptg, Cik Abang tanya samada nak jumpa or tak sebab kebetulan dia duty malam, and keje-keje pejabat dia sume dah siap. Jadinya dia tak masuk keje petang. Siap-siap, kuar umah kul 245ptg, gi dating kejap, balik dan sampai umah kul 630ptg. Kul 8mlm dah buat appointment ngan Kak Sue (butik pengantin) ngan Tqah dan Ana.

Aku nak citer yang pasal lepak kat butik Kak Sue la ni. Panjang kan mukadimah aku?? Haha ;P Sabor je lerr...

Aku salu pi ronda-ronda survey butik pengantin ni ngan Tqah. Jarang ajak Ana sebab takut dia tak leh kuar malam ngan kitorang. Tapi kebetulan rasa nak cukupkan korum untuk jumpa Kak Sue malam tu, ajak Ana sekali, baru best. Tqah yang jadi driver hari tu (thankie Tqah!!! I owe you big time!).

Alhamdulillah la Kak Sue ni memang friendly habis! Yang bestnya dia ni jenis suka bercerita, berkongsi semua benda sebab dia pon dah lama jugak dalam bidang andaman dan handle pengantin ni. Dia bagi tips-tips cara nak cari make-up artist, pilih jurugambar dan banyak lagi. But one thing for sure, bila kitorang tanya, dia akan cuba bagi jawapan yang panjang lebar. I mean, REALLY REALLY panjang lebar. Macam aku punya mukadimah sebelum aku nak masuk cerita yang sebenarnya kat atas ni. Hehe ;P Punyalah panjang lebar penerangan dia sampaikan... ape yang kitorang tanya tu dia tak bagi jawapan pun, siap kena tanya lagi sekali dan kadang-kadang ada kitorang lupa ape benda yang kitorang tanya dia. Haha ;D Korang bayangkan kitorang duk kat butik dia dari kul 815mlm sampai kul 1030mlm! Itupun nasib baik ada customer lain ada appointment ngan dia kul 10mlm. Kalo tidak, konpem kitorang tak balik-balik sebab Kak Sue tak benti bercerita. Tapi, best la sebenarnya dapat jumpa Kak Sue, sebab dapat kumpul tips-tips yang berguna. Yang bagi aku, mungkin orang lain takkan kongsi ngan customer or potential customer dia. Two thumbs UP untuk Kak Sue! Yippeee~~

Kuar je kedai, Ana kata mama dia mintak tolong belikan roti canai. Singgah la kami kat kedai mamak kat Bukit Indah. Aku saje je mengikut sekali, dah satu hal menyusahkan Tqah hantar kitorang, last-last dia yang balik sensorang. Sorry beb! Kat kedai mamak tu pon kitorang sempat gak la pekena teh ais memalam sebab masing-masing kehausan. Aku sampai umah je dah kul 1130mlm. Ish, ish, ishh... teruk betul anak dara sorang nih! nasib baik sebelum kuar ngan dorang ni aku dah mandi. Balik dari kuar ngan dorang tu tinggal gosok gigi, basuh muka je sebelum tidor. Seriously penat btul hari Khamis ritu tau...

p/s: Ayang, rasa-rasanya sayang macam dah konpem je nak amek Kak Sue. hehe ;))

Monday, March 15, 2010

over the rainbow~

Kat PWTC ada Pameran Pengantin dari 13 hingga 15 Mac.

Memandangkan weekend Ibu nak balik kampung, jadinya aku bawak Ibu ngan Ellie pi pameran tu. Ye lah, aku nak melibatkan parents aku dalam persiapan hari bahagia aku, lagi-lagi Ibu aku. WAJIB! What matters more is whether my mom likes it or not. Kalo dia tak berkenan ngan idea aku, aku cuba jugak dengar pendapat dia. Pastu nanti aku try la tukar sana sikit, sini sikit sampai dia puas hati; dan janji aku pon puas hati.

Janji kena pandai amek hati Ibu. Weehee~ ;D

Pi PWTC Jumaat ritu naik LRT je sebab aku kureng sket jalan-jalan area PWTC tu. And biasalah kalo Jumaat mesti Jalan KL jammed kan. Jalan kat pameran tak sampai 2 jam pon, sampai umah je Ibu kata dia penat. Hehe ;D Sumpah mesti Ibu dah takmau ikut aku jalan-jalan ngan aku pasni, lagi-lagi melibatkan naik kenderaan awam. 'Sabar ye, Bu~'

Sabtu plak aku pi pameran ngan Liyanaroxx. Tengahari kami pi wedding kawan sekolah rendah, Aida Zamri kat Kampung Melayu Ampang. Memandangkan kami nak ke pameran lepas majlis tu, selamba je aku ngan Ana pakai blouse and jeans. Hahaa ;D Jangan diikutkan perangai kami ni tau ;P Sebabnya aku malas nak redah pameran yang ramai-ramai orang ni dengan baju kurung, rasa macam berserabut. Mesti berpeluh lagi sebabnya nak naik LRT jugak tuh. Tqah plak join kami pi wedding Aida tapi pegi pameran ngan mak dia. Jumpa kat sana je.

Aku kuar umah dari kul 1230tghari, sampai umah dah kul 930mlm. Heheh ;) 630ptg kami sampai kat LRT Cempaka, terus ke Wangsa Walk. Ana belanja makan Ayam Penyet untuk belated birthday aku. Weeeheeee~~ 'TQ Ana! ;)'

Pastu round-round kat mall tu and baru balik. Hmmm... Balik je siap sambung mesej ngan Cik Abang, mandi pon dah lewat malam, siapn sambung YM ngan Tqah and Ana. Ish, ishh... ye arr, salu hangout bertiga, kali ni bertiga pon masa majlis tu pun kejap je. And the rest of the day hangout ngan Ana je. Tak puas. Tak cukup korum.

Tapi, tak cukup korum pon, penat gelak tau tak ngan Ana ni. Asyik kena 'bahan' je pasal aku nak kawen nih. Hishhh! Hahahaha ;D Dari jumpa sampai la hantar Ana balik tu, asyik la kenakan aku. Adeh~~ Penat gelak tau! ;P

p/s: 'Abang body kental-kental'... phrase of the day! You guys made my day! TQ dearest! :D

Thursday, February 4, 2010

Wedding B'chap

Ahad 310110 ritu classmates aku masa kat sekolah menengah kahwin. Arni Hafizah atau nama panggilan masa kat sekolah dulu sampaila sekarang ni B'chap. Dapat orang Durian Tunggal, Melaka. Nikah berbaju biru (ooo yee... nape ye mentaliti orang masa nak nikah je mesti baju warna putih? Boleh je warna lain kan, kan?) Tabik ar B'chap ni berani guna warna biru masa nikah. Bersanding baru guna putih. And biru pon bukan biru lembut, tapi biru terang!

So, majlis persandingan B'chap kat Dewan Besar UTM Jalan Semarak. Aku pi ngan aTiQue je memandangkan Ana ada kelas sepanjang hari ahad tuh. And sadly, ramai jugak memember ARGS yang tak dapat datang hari tu. Yang datang aku, tqah, Ayie + hubby, Ita + hubby + baby dalam perut (hehe), Aliah, Erni, Aina + bf, Liyana Nasir, Awin + bf. Muka-muka yang suka buat gempak macam Bond takde plak hari tu sebab pi holiday kat Penang (kad lewat sampai and dia dah booked hotel segala. Alamatnye rugi la kalo tak pi kan...).

Sempat gak la berposing barang sekeping dua ngan pengantin ngan bebudak ni. Pastu aku ngan Tqah blah sebab rasa dah lama sangat kitorang lepak kat situ. Hehe :)

p/s: Selamat Pengantin Baru buat Arni + Rashid. Semoga murah rezeki dan berbahagia selalulah hendaknya. Amin~

Monday, March 30, 2009

Azida Mutalib's Wedding 210309

Yang ni entry pasal kawan PAMs kitorang jugak. Geng rapat Sue, si Azida atau lebih dikenali sebagai Zida atau Gda.

Majlis Gda ni dibuat kat Juasseh, Kuala Pilah (ha'ah..jalan yg ader berapa 32 selekoh-sampai nk termuntah kira-dan aku yg pening drive belok2 tu..haha) Kitorang bertolak kul 1.30pm sampai kat umah pengantin kul 3.20pm (mak aii..sama jauh cm aku balik kampung kat Muar je). Disebabkan jauh yg amat sangat campur ngan selekoh2 tu, last2 kitorang lepak kat umah Gda sampai kul 4.20pm, gerak balik + sampai kat Bandar Tasik Selatan kul 6pm kot (ape lagi, aku merempit la masa kat highway, penat beb!).

Gda ni aku tak rapat mana pon. Biasa2 je, kadang2 ber'ym' gak ngan dia. Sekarang ni jadi isteri+student Master sepenuhnya kat UPM, amek Environmental management jugak rasanya.

Majlis Gda ni kitorang berlima je pegi (aku, Wafi, Kak Iza, Kak Aina + Angah), wakil dak2 klas PAMs dulu sbb jauh, kan..yang mana keje tu ader yg tak dapat cuti, takde transport..huhu..

so, ni je antara gambar yg sempat di'snap' kan masa kat Kuala Pilah tu..

Semoga murah rezeki + panjang jodohnya...Amin~

Friday, March 20, 2009

Intan Suhana's Wedding

yep, another friend's wedding..I know, I know..when will it be my turn? hurm, Insyaallah, kalo ader jodoh, ader rezeki tak kemana :) (dear kawan2 yg dikasehi sekalian, dun u ever say...'lambat lagi kot...'.. that one is a BIG NO, NO...haha)

Well, enough of me rambling on this wedding thing (only god knows when will I stop ranting about it..bla, bla, bla)

So, trus kepada cerita asal..Intan Suhana ni bukannya member rapat aku masa kat UiTM PAMs tu pon..tp since dh grad ni, kitorang byk chatting skali kat ym..ble layan gak la otak dia yg lebih kurang sama bengong cam aku tu..hihi..

Alkisahnya dia ni bertemu jodoh ngan senior kitorang masa kat Park Amenity Management (PAMs) dulu..jatuh chenta masa sem 1, balik dari induction kitorang junior kat Batu Maloi, N9. Masa tu..ecececeh....poyo je dating depan bilik AV konon (FSPU)..Alhamdulillah, berkekalan la jugak..Insyaallah sampai bila2 bukan setakat anak + cucu je...bak kata orang putih, till death do them apart..yup, that's more like it..eheh~

Nikah 140309 di Masjid Putrajaya kul 930 am (kot la, sbb aku tak dpt join tgk nikah). Bersanding pulak di Dewan Kejiranan Presint 8 kul 1330pm dengan baju warna putih..

Tak ramai classmate kitorang yang dapat datang masa tu..bayangkanla, esoknya 150309 (Ahad) majlis kawen Ani Kluang (tapi aku tak pi la, jauh + tak sempat kejar due assignment)..minggu ni 210309 member satu geng Sue jugak kawen, si Azida tu (gda) kat Kuala Pilah (aku pi jugak..member kan, wajib datang..hehe).

Hari tu majlis Sue, dak2 yang dapat datang ader berapa kerat je..Wafi, Wan Melaka, Faiz, Maya, Kak Ani Sobirin, Cek Liza, Syarah, Nanie, Kak Iza, Kak Aina, Gda, Shasha, Nor (pengapit), Adda, dan Kak Sue.

haih, banyak plak nak cter..let d pic do the talking ya..haha


Semoga perkahwinan kawanku ini diberkati oleh-Nya dan dikurnia seramai mana zuriat kepadanya...Amin~