Sunday, March 21, 2010

Girls Night Out

Khamis lepas (180310) memang hari yang sangat penat buat aku. Kaki aku 2-3 kali gak nak cramp masa dalam tengah driving.

Pagi Khamis aku pi interview naik LRT, dengan sesat nak ke tempat interview sebab ada minah sorang ni dengan konfiden nyer bagi direction salah kat aku. Dah la kena pakai kasut bertutup (interview keje gomen), siap ada heels lagi. For those yang kenal aku, I am not a big fan of heels nih. Lagi-lagi yang jenis kasut bertutup. Aku ni terkenal ngan sandals; preferably yang flat je. Sebelum ni ada sepasang wedges yang aku hanya akan pakai masa wedding. Diulangi, HANYA untuk wedding. Jarang saja-saja pakai untuk hangout ngan member-member kecuali masa tu hangout ngan Tqah berdua je. Hehe, paham-paham je lah Cik Tqah tu tinggi. Tapi bila dah tinggi sangat, aku pakai heels pon masih rasa aku dipandang rendah oleh Cik Tqah. Hahaha ;D

Balik je dari interview, sampai umah around kul 1ptg, Cik Abang tanya samada nak jumpa or tak sebab kebetulan dia duty malam, and keje-keje pejabat dia sume dah siap. Jadinya dia tak masuk keje petang. Siap-siap, kuar umah kul 245ptg, gi dating kejap, balik dan sampai umah kul 630ptg. Kul 8mlm dah buat appointment ngan Kak Sue (butik pengantin) ngan Tqah dan Ana.

Aku nak citer yang pasal lepak kat butik Kak Sue la ni. Panjang kan mukadimah aku?? Haha ;P Sabor je lerr...

Aku salu pi ronda-ronda survey butik pengantin ni ngan Tqah. Jarang ajak Ana sebab takut dia tak leh kuar malam ngan kitorang. Tapi kebetulan rasa nak cukupkan korum untuk jumpa Kak Sue malam tu, ajak Ana sekali, baru best. Tqah yang jadi driver hari tu (thankie Tqah!!! I owe you big time!).

Alhamdulillah la Kak Sue ni memang friendly habis! Yang bestnya dia ni jenis suka bercerita, berkongsi semua benda sebab dia pon dah lama jugak dalam bidang andaman dan handle pengantin ni. Dia bagi tips-tips cara nak cari make-up artist, pilih jurugambar dan banyak lagi. But one thing for sure, bila kitorang tanya, dia akan cuba bagi jawapan yang panjang lebar. I mean, REALLY REALLY panjang lebar. Macam aku punya mukadimah sebelum aku nak masuk cerita yang sebenarnya kat atas ni. Hehe ;P Punyalah panjang lebar penerangan dia sampaikan... ape yang kitorang tanya tu dia tak bagi jawapan pun, siap kena tanya lagi sekali dan kadang-kadang ada kitorang lupa ape benda yang kitorang tanya dia. Haha ;D Korang bayangkan kitorang duk kat butik dia dari kul 815mlm sampai kul 1030mlm! Itupun nasib baik ada customer lain ada appointment ngan dia kul 10mlm. Kalo tidak, konpem kitorang tak balik-balik sebab Kak Sue tak benti bercerita. Tapi, best la sebenarnya dapat jumpa Kak Sue, sebab dapat kumpul tips-tips yang berguna. Yang bagi aku, mungkin orang lain takkan kongsi ngan customer or potential customer dia. Two thumbs UP untuk Kak Sue! Yippeee~~

Kuar je kedai, Ana kata mama dia mintak tolong belikan roti canai. Singgah la kami kat kedai mamak kat Bukit Indah. Aku saje je mengikut sekali, dah satu hal menyusahkan Tqah hantar kitorang, last-last dia yang balik sensorang. Sorry beb! Kat kedai mamak tu pon kitorang sempat gak la pekena teh ais memalam sebab masing-masing kehausan. Aku sampai umah je dah kul 1130mlm. Ish, ish, ishh... teruk betul anak dara sorang nih! nasib baik sebelum kuar ngan dorang ni aku dah mandi. Balik dari kuar ngan dorang tu tinggal gosok gigi, basuh muka je sebelum tidor. Seriously penat btul hari Khamis ritu tau...

p/s: Ayang, rasa-rasanya sayang macam dah konpem je nak amek Kak Sue. hehe ;))

1 comment:

aTiQue said...

HoHOOOOO~ confirm ker darling???? eheEeeEEEeee best2~ beb no big deal la sape2 bwk keta pon...kita kan always sharing maring...hehe update lagi update lagi yep!