Sunday, March 21, 2010

Dinner MESSY!

Jumaat lepas (190310), aku ada dinner PAMs (Parks and Amenity Management) kat UiTM. Junior-junior part 3 yang handle dinner ni. Buat kat Dataran ape ntah kat Canselori baru mengadap pintu utama UiTM tuh.

Budak-budak ni buat kat open area. Agak-agak dorang ni tak boleh nak bajet yang malam tu nak hujan kot. Open space kottt, nasib baik ada jugaklah 3 buah khemah yang dorang set up. NASIB BAIK. Cuba bayangkan kalo langsung takde khemah, and hujan lebat??? Aku and the gang datang lewat sket sebab melayankan Kak Aina dimekap, ngan Kak Iza nak jugak pakai bulu mata palsu. Aku? Aku pakai sempoi je. Aku bawak skirt kembang warna putih, ngan seluar slack warna kelabu. Baju plak aku bawak baju blouse warna hitam. Malam sebelum pi dinner tu memang aku terasa nak pakai skirt ngan blouse hitam tu memandangkan nak ikut tema 'Masquerade English Garden'. Abaikan la MASQUERADE tuh sebab aku tak terfikir nak pakai topeng-topeng ni. Ape kes nak tiru-tiru gaya Bandi Amuk?? Hahahah ;D Owh, aku bawak semula ke'sinis'an aku untuk kes-kes tak relevan ni. Hehe. Sorry :P

Back to the story... Petang sebelum aku kuar nak amek Wafi kat LRT Bdr Tasik Selatan, aku tepon Kak Aina nak tanya dia pakai ape masa dinner. Dia kata dia pakai seluar je and dia pujuk aku pakai seluar jugak. Aku pon berat hati sebenarnya nak pakai skirt; jadinya aku pakai seluar slacked kelabu masa pegi meeting alumni PAMs. Kiranya kalo aku ubah fikiran tetiba, at least aku ada plan B iaitu pakai seluar slacked kelabu tuh. Bila aku tanya pendapat Wafi, Wafi swuh aku pakai skirt. Tapi masa tu aku masih berkira-kira; termasuklah buat kira-kira permasalahan add math, modern math, dan fizik segala.

Pas je Maghrib kat umah Kak Aina, nak bersiap-siap untuk ke dinner tuh, aku decide pakai seluar je. Melayankan bulu mata palsu Kak Iza ngan Kak Aina dimekap oleh juru solek tak bertauliah (hehe), aku siap kul 810 mlm, dorang siap kul 840mlm. Kitorang plak macam VVIP malam tu, sampai lewat! Masuk je UiTM, hujan. Parked je kete, hujan lebat! Ok, good! Now, we're stucked dalam kete sebab aku parked kete boleh dikatakan jauh jugak ngan venue dinner (parking penuh la wehhh...)

Memula Kak Iza turun dulu ke dinner, buat memori daun pisang ngan Syazwara; siap basah-basah baju berkongsi payung. Itu berdua. Kitorang ni bertiga. Ngan Wafi, Kak Aina and aku. Hmmm... aku redah je sebab masa kitorang kuar kete tu hujan dah reda sket and bagi Wafi ngan Kak Aina guna payung.

Sampai-sampai je kat venue tu, semua budak lepak bawah khemah. Kitorang ni jadi pemerhati je; tengok-tengok style berpakaian budak junior PAMs. Agak berani. Well, kalo tak, takdela orang luar kata, 'bagi je dak-dak UiTM bergaya, jadi jee...' hehe ;) Tolak aku kot. Aku ni malas nak bermekap, malas nak bergaya. Ikut dan jee... lagipun bukan kegemaran aku. Ada banyak ragam tengok junior sekarang. All out habis lah! Aku rasa zaman aku dalam PAMs dulu, semua pon sempoi-sempoi je. Kalo ade yang macam budak-budak punk pon, si Izar yang dah jadi bapak budak pon sekarang ni. Sekarang ni, tengok junior lelaki dah macam bebudak Bunkface dah! Sekali pandang lagi, macam masuk dalam cerita Enchanted siap pakai baju kembang-kembang ala princess in a faraway land, dan ada yang macam dalam video klip Bienda lah... memacam!

Aku ngan geng aku masa PAMs yang datang malam tu hanya lima orang je; enam termasuk Puan Sue yang bawak baby Zaim (datang ngan hubby, which is one of the lecturer kat dalam PAMs jugak). Aku ngan Kak Aina sempoi je pakai blouse ngan seluar slacked; Kak Iza pakai baju 'yiba yiba andre andre'; (hahahaha... baju Kak Iza ni unik tinggal nak pakai topi yang Mr. Potato pakai tu, konpem jadi minah Latin), Wafi pakai jeans ngan kemeja bunga-bunga; Syazwara pakai slacked ngan kemeja kerja. Hmmm..sempoi kan? Jauh benor kalo nak bandingkan ngan budak junior. Wafi yang terkenal ngan imej dress up dia pon nampak tersangatlah UNDER-DRESSED! But one thing aku bersyukur sangat sebab aku tak buat keputusan pakai skirt kalo tak mesti meleret dan mengelap air hujan kat atas lantai dataran tu. Budak-budak yang pakai skirt kembang-kembang, mekap sakan, dah set rambut lawa-lawa habis basah dek kena hujan. Wafi kata 'bila tengok budak-budak ni rambut basah-basah, baju terlekat-lekat, dah nampak macam party messy dah...bukan dinner' Betul wehhh...macam tak terurus pon ada.
tengokla dressing kitorang. sempoi kan?

tu la baju 'yiba-yiba andre-andre' Kak Iza. hehe ;)

Dahla malam dinner tu, kitorang tak kenal budak-budak baru. Jadinya, kitorang berlima ni buat hal sendiri, buat havoc sendiri, buat majlis sendiri. Hehe :D Selambe macam biasa. Hujan berhenti je kul 1030mlm, kitorang dah gerak ke kereta. Tapi sebelum sampai kereta tu, sempat berposing barang sekeping dua. Siap ada gambar lompat-lompat. Hehe... mati aku kalo Cik Abang tau ada gambar lompat kitorang dalam FB tu ;P
ngan Wafi. sama plak tema warna kitorang malam tu.

pinjam topeng Wafi sat!

before balik sempat lagi posing kat entrance.

owh, ni Encik Zack. Lecturer PAMs jugak tapi aku tak berpeluang belajar dalam kelas dia.


So, malam Sabtu tu aku sampai umah kul 1230mlm. Nasib baik Kak Aina dengan baik hati teman aku balik umah malam tu sebab aku tau aku kena hantar Wafi balik umah kat Tasik Permaisuri. Ye la, LRT habis kul 11mlm. Kitorang balik dari UiTM pon dah kul 11mlm. Balik je, terus mandi kejap ngan air panas, basuh muka, gosok gigi, solat pastu gedebummm...trus terlelap! Bangun pagi tersentap sebab Ibu kejut. Pening kepala den nih. THE END.

p/s: Dinner yang pertama bagi aku hampeh macam ni. Huh! Kalo swuh bagi bintang, dari 5 bintang, aku takmau bagi bintang pon. Even kredit untuk budak junior yang handle dinner tuh pon takde.

3 comments:

Intan Suhana said...

Hahaha..betul..even ak kene paksa pegi dinner tu tau!ak dgn kusut masai balik opis tk smpt tukar baju kene heret dek en ruzed ke sana..benciii!tak mo pegi lagi!apekah tiada tujuan punye dinner!

elanie*Q said...

kan, kan?? takde tujuan. entahapehapentah ;( kalo ikutkan, wafi nak blah je buat dinner sendiri kat McD bila seat sume penuh tau. tapi sebab pikirkan dah dtg punya jauh, hy untuk dinner di McD, ape kess...nak gak tgk junior handle dinner cmne. but, at last,,hampeh je. ngan hujan, junior pon takde kompromi pasal seat duduk sahaja, boleh blah je dinner thn2 akan dtg.

Intan Suhana said...

kite bila pula mahu buat dinner sendiri?ak dah kecewa dgn itu dinner..mahu aja ak tempeleng budak2 tu kerana tk pikir plan B!GRRR~~