Monday, March 15, 2010

over the rainbow~

Kat PWTC ada Pameran Pengantin dari 13 hingga 15 Mac.

Memandangkan weekend Ibu nak balik kampung, jadinya aku bawak Ibu ngan Ellie pi pameran tu. Ye lah, aku nak melibatkan parents aku dalam persiapan hari bahagia aku, lagi-lagi Ibu aku. WAJIB! What matters more is whether my mom likes it or not. Kalo dia tak berkenan ngan idea aku, aku cuba jugak dengar pendapat dia. Pastu nanti aku try la tukar sana sikit, sini sikit sampai dia puas hati; dan janji aku pon puas hati.

Janji kena pandai amek hati Ibu. Weehee~ ;D

Pi PWTC Jumaat ritu naik LRT je sebab aku kureng sket jalan-jalan area PWTC tu. And biasalah kalo Jumaat mesti Jalan KL jammed kan. Jalan kat pameran tak sampai 2 jam pon, sampai umah je Ibu kata dia penat. Hehe ;D Sumpah mesti Ibu dah takmau ikut aku jalan-jalan ngan aku pasni, lagi-lagi melibatkan naik kenderaan awam. 'Sabar ye, Bu~'

Sabtu plak aku pi pameran ngan Liyanaroxx. Tengahari kami pi wedding kawan sekolah rendah, Aida Zamri kat Kampung Melayu Ampang. Memandangkan kami nak ke pameran lepas majlis tu, selamba je aku ngan Ana pakai blouse and jeans. Hahaa ;D Jangan diikutkan perangai kami ni tau ;P Sebabnya aku malas nak redah pameran yang ramai-ramai orang ni dengan baju kurung, rasa macam berserabut. Mesti berpeluh lagi sebabnya nak naik LRT jugak tuh. Tqah plak join kami pi wedding Aida tapi pegi pameran ngan mak dia. Jumpa kat sana je.

Aku kuar umah dari kul 1230tghari, sampai umah dah kul 930mlm. Heheh ;) 630ptg kami sampai kat LRT Cempaka, terus ke Wangsa Walk. Ana belanja makan Ayam Penyet untuk belated birthday aku. Weeeheeee~~ 'TQ Ana! ;)'

Pastu round-round kat mall tu and baru balik. Hmmm... Balik je siap sambung mesej ngan Cik Abang, mandi pon dah lewat malam, siapn sambung YM ngan Tqah and Ana. Ish, ishh... ye arr, salu hangout bertiga, kali ni bertiga pon masa majlis tu pun kejap je. And the rest of the day hangout ngan Ana je. Tak puas. Tak cukup korum.

Tapi, tak cukup korum pon, penat gelak tau tak ngan Ana ni. Asyik kena 'bahan' je pasal aku nak kawen nih. Hishhh! Hahahaha ;D Dari jumpa sampai la hantar Ana balik tu, asyik la kenakan aku. Adeh~~ Penat gelak tau! ;P

p/s: 'Abang body kental-kental'... phrase of the day! You guys made my day! TQ dearest! :D

4 comments:

Liyana said...

wakakakaka...takpe nanie....dun worry...masih "ADA MASA" lagik okeh? *evil grin*

elanie*Q said...

tgk tuh! JAHAT ye..babap karang!!! Heeeee...geram btul! ;P

Liyana said...

Berani nanie babap ana?bluerrrrkkkkk~!! takpe..."ADA MASA" nanti nanie babap okeh?tuh pon kalo "ADA MASA" lahhhhh~!! muahahahaha!!!

elanie*Q said...

ohooo..melampau nih. Aygggggg!!!! tgk Ana ni. Ish, siap ana, jumpa makan mee Taiwan nanti.. (jgn aku yg kena bahan lagi sudah.errr)