Thursday, December 23, 2010

baby-sitter

Ni bukan pasal aku nak cari babysitter ke ape. Ye la, baru preggy nak masuk 9 minggu dah nak cari babysitter, buang tebiat ke?? Eheh!

Takla, ni pasal orang lain tanya aku samada aku ni nak jadi babysitter ke tak untuk anak dia.

Serious wehhh... Aku ni kalo bab2 jaga budak, takde la terror mana. Penah jaga anak buah aku si Myra tu je seminggu tapi masa tu Ibu ngan Ellie ada. Myra pon Ibu yang mandikan. So, all in all, experience jaga budak tu agak terhad la jugak.

Nak dijadikan cerita, 3minggu lepas, ketua blok tempat aku duduk ni tanya kat encik hubby samada aku dah keje ke blum. Dia kata kalo belum, dia nak hantar anak dia swuh aku jagakan throughout the working days la starting next year. Kat blok aku ni kalo tak silap aku ada 2 rumah atau 2 orang yang jadi babysitter ni; kat tingkat 4 ngan tingkat 9 kalo tak silap. And maybe dah terlampau ramai kapasiti budak yang dorang jaga sampaikan si ketua blok ni desperate nak mintak surirumah yang ada kat blok kami ni tolong asuh anak dia.

Memula masa encik hubby citer kat aku tu, dengan tenangnya aku kata yang kalo anak dia 3 tahun ke atas aku ok lagi walaupun hati masih rasa was2 ngan diri sendiri. Maghrib tu masa encik hubby pi turun nak solat berjamaah sama2 kat surau blok, jumpa lagi ngan ketua blok. Dia kata anak dia dua orang. Sorang umur 3 tahun, sorang lagi baru 3 bulan.

3 BULAN???

Oh.My.Gucci!

Si ketua blok ni siap merayu mintak encik hubby pujuk aku jaga anak dia. Siap bagitau, nanti dia ngan wife dia nak datang rumah kami nak tanyakan pasal tu. Terus encik hubby bagitau yang aku macam tak berani nak jaga baby berumur 3 bulan tu. And aku memang dah bagitau encik hubby awal2 lagi, boleh HANYA kalo budak tu 3 tahun ke atas.

Selang seminggu, aku chat ngan bestfriend aku masa kat UiTM dulu, Zuhaini. Terkeluar pasal bab jadi babysitter ni la. Dia kata aku patut try sebab tak lama lagi aku pon nak jaga baby sendiri. Kumpul experience katanya.

Bila difikir2 balik, memang la good for my experience. But, we're talking about other people's baby nih. Kalo anak sendiri secara otomatiknya perasaan tu akan timbul, ye la, sape tak sayang anak yang dah dikandung selama 9 bulan tu? Nak tak nak, kena pandai jaga sendiri la ye tak? Tapi ni anak orang beb, anak orang. Budak umur 3 tahun boleh lagi aku bawak pi toilet kalo dia nak mandi ke, nak kencing berak lagi. Kalo baby umur 3 bulan, swuh aku mandikan, surrender awal2. Uishhh... risau sangat. Ye la, bila jadi babysitter ni, kita main ngan nyawa orang. Seriau bila difikir balik.

Aku tak kesah kalo masa ni aku dah ada baby, and dia nak aku tolong jaga anak dia plak. Maybe, and just maybe, aku akan accept permintaan dia. But, for now, aku lebih rela duk rumah jadi fully housewife buat keje2 rumah saje daripada bagi risiko pada sesiapa. Fuhh...


p/s: Alhamdulillah ketua blok tu dah tak pujuk2 hubby aku. Hubby aku ni kalo bukan aku yang mudah kena pujuk, dia pon boleh dipujuk kalo ditanya banyak kali. Ibu pon tak bagi kalo aku nak jaga baby 3 bulan tu.

2 comments:

Liyana said...

PLEASE JANGAN!!!Sila jangan amik risiko jaga baby 3 bulan okeh?me agree ngan ibu...bukan tak kesian BUT SILA PIKIR DIRI SENDIRI dulu..this is your 1ST PREGNANCY & ANA TAKMO NANIE AMIK HIGH RISIKO camtuh..bahaya..kamu mana leh lasak-lasak..dok umah jaga suami udah...ok darling?

elanie*Q said...

erk, hari tu nanie sdri xterpikir diri sendiri ana. seriously. ms tu nanie pikir baby tu je...ni bila ana komen cmtu, owh, ye lahh...i am forgetting myself at that moment...erk...boleh plak terlupa psl diri sdri ye? ish3x....

thanks for reminding me darling! :D