Saturday, June 18, 2011

ayat2 geli zaman bercinta

Sape ade dgr radio Era hari Khamis lepas, siaran pagi2?

Topik pagi tu ayat2 geli zaman bercinta. Tak semenggah la Pak Nil siap bacakan ayat2 puitis yang kalo orang2 berhati rock macam aku ni dengar, memang terjuih bibir atau geli anak tekak sampai batuk2 keluar kahak. Hahaha ;D

Aku sempat dengar sikit je before aku keluar kereta nak pi check up 34 minggu kat KK masa tu. Dapat la dengar dua cerita.

Conclusionnya, aku rasa sekarang ni bebudak yang bercinta pon dah sangat2 open. I mean, budak2 muda yang lagi muda dari umur aku ni. Kecik2 zaman sekolah dah panggil bf atau gf dorang ngan gelaran Mama-Papa la... Padahal belum kawen lagi. Secara logiknya, even orang dah kawen pon tak panggil spouse dorang ngan panggilan tu kan? Maybe ade tapi kebanyakkan nya panggil dalam blog or dalam sms.

I have this one friend, even da kawen pon masih panggil 'I', 'you'. Time bercinta pon panggilan tu jugak, dah kawen pon sama. Menten... But, too western rasanya. Aku plak masa awal2, konon2 nak try bahasakan diri dia 'Abang' tapi last2 aku yang tak reti nak panggil dia ngan panggilan tu. Sebab sebaya kot??? hahaha... and before bertunang, kitorang terus tukar ke panggilan 'Ayg' dan 'Syg'. Lekat la sampai sekarang :) And sometimes 'manjee' (ok, sila muntah darah ye).

So, time2 korang bercinta dulu, ada bagi ayat geli geleman kat bf korang tak? Hehe ;D

As for me, yang mula2 bagi ayat jiwang karat tahap besi kimpal tu, as usual, encik hubby la ;D Aku layankan je.. try nak buat ayat agak2 jiwang mesti tak bleh. Dari nak jiwang2, trus jadi ayat macam poyo last2 bila baca semula aku dah gelak sakan ;P

Ingat lagi Abah pernah tanya kat aku, husband aku ni pernah marah aku tak? Sebab Abah aku tengok encik hubby aku tu mcm jenis 'slow' je walaupon bila dia berborak ngan Abah. hahaha... Seriously, tak pernah. Not even once. Sebab bila dia marah, dia akan senyap and cool sendiri. I am a lucky wife la sebab dia pon tak pernah naik suara kat aku.

Kalo ayat2 jiwang plak, he's a sms person. Kalo face to face, takdenye ayat2 jiwang ni. Aku rasa kalo dia cakap ayat jiwang depan aku, konpem aku gelak guling2 atas lantai kot? haha ;D Setakat buat gaya manje lentok2 tu aku ok je (hah, jgn nak membayangkan aku manje plak), jangan swuh aku cakap sudah. Terus terlentok tido adelah ;P


p/s: Ape daa entry hari ni... macam tak masuk tajuk. pedulik! ;D

2 comments:

Noli said...

haiiii..jenguk mommy2be jap...

..noli bantai pggil en.suami 'abg' jugak even noli lagi tua dari dia..hehe..tua beberapa bulan jer..haha..

elanie*Q said...

Noli: tak pe, takpe... age is just a number. Bila panggil abang tu baru terdetik rasa hormatkan suami. betul tak? I've tried once, but encik hubby nanie plak gelak2. Terus tak jadi nak panggil dia 'Abang'. haha ;D