Heyp, heyp~~
Assalamualaikum semua :)
Ya Allah, sorrylah lama bebenor nak amek masa update blog ni. Nak masuk 2 minggu bulan Jun ni baru hari ni ada masa nak update tau. Almaklumlah kat Johor tu problem ngan line internet. Suka2 hati je line nak ok ke tak. Hangin satu badan. Time2 line ok, time aku nak masak la, time nak sidai baju la... Karang bila syok line ok, tak reti nak benti plak. Sedar2 la diri Puan Nanie oiii ;P
By the way, ni dah nak masuk seminggu aku kat umah Ibu di KL. Last week masa awal2 cuti sekolah, Ibu Abah ngan adik aku tu turun Tjg Pengelih nak jenguk2 aku. Aku nak dorang lepak kat kuarters je sebab ye lah, dah datang jauh2, takkan dorang nak duduk kat hotel ye tak? Tujuan datang nak jenguk anak dorang yang membuyung ni, tapi duk hotel, aku pon tak seronok pikir dorang datang jauh2 duk kat hotel. Ape daaa aku ngarut ni. Hah, paham2 je la ye? hehe :)
Ibu datang 3 hari. Hari nak balik tu, sedih nye Allah je tau :(( Sangat2... aku tak hantar Ibu ke gate pangkalan pon, encik hubby je yang hantar. Bukan pe, silap2 karang berjurai air mata kalo hantar sampai gate. Memandangkan umah aku mengadap jalan besar, aku hantar dari jauh je... Bila tengok kereta Abah lalu siap hon, ha kan...menangis tak benti aku tau...Haha ;D Nak kata anak manje, tak jugak, cuma tak biasa duk jauh ngan family. Gedik jugakla... 2 weeks jauh ngan dorang ok lagi, ni bila dorang datang dan nak balik tinggalkan aku, sedih bukan main!
Petang lepas parents aku balik KL, encik hubby duty pangkalan. Esok paginya dia balik rumah, aku da bangun dah. Dia bagitau aku yang masa dia duty kerani pagi buta tu, ada shoot message ke pangkalan dan nama dia naik untuk pegi kursus kat PD on 5th till 10th June ni (hari ni la last day kursus dia kat PD tu). Ngeee... Parents aku datang Johor on 31st May sampai 1 Jun, 4 Jun aku plak turun KL :D Berkat nangis kot? Wahahahaa ;D
Supposedly, 18hb encik hubby nak amek cuti sampai 23hb bawak aku balik KL. On that time dah masuk 34th week. Sedang2 elok la kot nak balik KL sebab nak bersalin sini kan... Tetibe dia plak kena pi kursus kat PD 5 hari, takkan aku nak tinggal kat Johor sensorang kot?? Jadinya aku ikut sekali tapi aku dok umah Ibu la since penginapan ngan makan disediakan untuk orang2 pi kursus tu. Bila plan dah berubah, dia teringat semula yang 18hb - 21hb tu Tengku Mahkota Johor nak turun Tjg Pengelih. Dia sebagai PR konpem2 tak dapat cuti sebab kena jadi fotografer. Nak weekend 25hb dia plak duty pangkalan. Dia nak mintak cuti selalu, risau plak sebab 5hb yang dia start kursus tu patutnya dia duty, tapi dia takde sebab kursus. Nanti asyik takde je, orang2 lama kat pangkalan bising plak sedangkan dia orang baru. Keputusan tak berapa nak akhir before kitorang balik KL 4hb tu, encik hubby kata dia cuba cuti awal Julai (masa tu aku dah masuk 36 minggu = 9 bulan). Memula aku macam... "errr..tak lewat sangat ke nak balik? Kalo sakit nak TERberanak masa atas jalan ondaway balik KL tu, nak singgah hospital mana kan? Dahla perjalanan 6 jam beb!" Tapi ku buat2 tak kisah je sebab masa tu pikir, huhu...ritu dahla kesian encik hubby kena tinggal 2 minggu, la ni takkan nak tinggal lelama jugak kan?
Bila balik je KL, borak2 ngan Ibu, Ibu bising sebab takkan nak balik masa baby dah masuk 9 bulan. Perjalanan jauh, bukannye dekat. Ape2 berlaku atas jalan, kita tak tau. Bila pikir2 balik, memang betul pon... awal2 masa encik hubby bagitau dia tak bleh nak amek cuti 18hb tu and terpaksa lewatkan balik KL pon aku da terpikir macam Ibu pikir tapi aku asyik menafikan je... And then masa baca entry Yun pasal Doktor Zarul tak bagi dia travel jauh2 bila dah masuk 8 bulan ni, aku dah mula tak sedap hati.
Last2 aku buat keputusan nak stay je terus kat KL sampai bersalin. It means, aku terpaksa berjauhan ngan encik hubby lagi sekali, untuk satu jangka masa yang sangat2 lama~~ Bincang punya bincang ngan encik hubby pasal benda yang sama, dia pon terpikir jugak akhirnya... Dia pon dok tanya orang2 senior yang ada pengalaman handle isteri mengandung ni (orang2 senior yang sama2 kursus ngan dia kat PD tu ye kawan2), dorang tak sarankan untuk perjalanan jauh ni. Pasrah la encik hubby terpaksa meninggalkan aku kat KL sampai aku bersalin. Tu baru nak tunggu bersalin. Belum lagi time pantang. Haishhh... lama bebenor weyh~~ Decision aku ni pon belum final lagi. Hari2 pikir benda yang sama. Kalo encik hubby dapat cuti weekend 25hb tu, konpem aku balik Johor ikut dia. Tapi sebab dia pon tak konpem dapat cuti ke tak... tu yang buat aku pon 50-50% sekarang ni :((
Tapi, kalo dia dapat cuti weekend sekalipon on 25th tu, kesian kat encik hubby kena drive jauh lagi sekali, kan?
p/s: Bencinya nak berjauhan ngan encik hubby!! tak suka, tak suka!!!!! :(
2 comments:
sbr je la nanie..btol kata ibu tu..buatnya nnt nk terberanak awl, x ke ssh..mcm yuyu ni, x smpt nk g hospital yang dibooking..nasib la kemaman ni dekat je hospital nye..
yuyu doakan nanie slmt
nanie,lamenye xupdate..rindu!!hehe!
nanie,jgnla tnggu smpai 36th weeks,betul ckp yuyu,kalau sakit2 leh cpt2 g hospital,kite xtaukan sbb anak 1st..suh parents nanie amik bwk KL k,yun pn da lepak KL nie..hehe!
take care k! =)
Post a Comment