Tuesday, June 14, 2011

i missed RSAT

Wah... since dah duk kat Ampang semula ni, rindu plak kat Johor (sebab encik hubby kat sana sekarang, alone).

Rindu jugak kat servis RSAT. Seriously, I missed RSAT lah. Bila dah pegi dua tempat yang berbeza untuk satu servis yang sama, dah boleh buat bandingan. Salu orang buat bandingan antara klinik swasta ngan klinik kerajaan kan? Tak, yang ni, dua-dua pon klinik kerajaan.

Walaupon baru je 3-4 kali aku datang buat checkup kat RSAT (due to my BP problem), tapi jelas, nyata dan terang servis dorang lagi best! Tapi nak kata bandingan aku ni tak relevan boleh jugak sebab dorang tak attend ramai preggers at one time macam kat KK Au2 tu. Ye ar, servis dorang pon salu one day tak sampai 100 orang mengandung kot sehari. Lagi2 pagi sebab ramai preggers dalam kem tu suka datang checkup petang after kul 2ptg.

And, nurse2 kat RSAT ni semua kenal aku (sebab salu datang RSAT check BP punya pasal. hahaha). Even ngan encik hubby pon, dah macam jiran je, sebut2 nama. 'Qhohar hantar ke pagi ni?', 'kalo stress kat rumah, bagitaula Qhohar, jangan pendam je' or 'Bagitau Qhohar janganlah lewat sangat hantar Elanie balik rumah Ibu, ye la, first pregnant kan...', bla, bla, bla...

Sangat2 friendly. Ye la, maybe sebab yang macam aku bagitau tadi. Kalo kat KK tu, pagi2 kul 8 punya appointment, adelah nak dekat 30 orang. Servis lembab nak .... hehe ;) Pastu sape yang appoinment kul 9 ke atas, semua kena drag masa dorang. Padahal namanya appointment, nama masuk buku tapi ada je yang datang tak ikut jadual. Suka2 hati je.

Memula masa kat KK Au2 dulu, condition sangat ok sebab bila baca experience M2B yang len kat blog ni berkenaan KK, semua macam hampagas kan? And I thought I was lucky enough. Tapi bila dah pindah ke RSAT walaupun untuk satu jangkamasa yang sangat2 pendek, semua pandangan aku dah berubah.

It started this morning. Last checkup aku kat RSAT sehari before aku balik KL ritu, akak nurse tu dah bagitau aku kena minum air gula LAGI SEKALI on my coming 34th weeks of pregnancy. Should be doing it tomorrow la, eh, pagi nanti (14th June). So, sebab last week aku masih lagi berkira2 nak ikut encik hubby balik Johor ke tak sampailah hari Sabtu pagi, I've decided to go to KK AU2 after breakfast pagi tu. Tapi encik hubby ajak teman dia pi betulkan hp dia la, ke sana ke mari, terus aku batalkan niat nak ajak dia teman aku ke KK. Isnin pon boleh je.

Jadinya, pagi tadi aku pon pegi la KK sorang2. Since nak tepon tu, erm... better pegi sendiri je lah. Deal untuk MGTT test lagipon dah 2kali aku buat MGTT test kat KK tu, dorang akan tampal satu slip before and after MGTT test punya bacaan. Dan nama kena booking letak kat dalam buku booking for MGTT tu.

Disebabkan aku nak pegi hari Isnin, aku decide nak pegi lewat sket dalam kul 10 lebih sket la baru nak gerak dari rumah Ibu sebab satu, aku malas nak gerak pagi2 sangat redah jem area MRR2 dan budak2 sekolah pon dah mula ke sekolah semula kan... Kedua, sebab hari Isnin pagi memangggggg agak ramai orang buat apppointment. Supposedly kalo kul 1030pg onwards tu, dah kurang orang dah kat KKIA tu. Rupe2nye tak!

Aku sampai2 KK dah nak dekat 1045pg. Tu pon siap rileks dulu dalam kereta baru kuar. Masuk je dalam KKIA, mak aiii...awat ramai lagi ni? Ni mesti dorang dah kena drag masa appointment nih! Hmm... patutla dalam Metro ada komen yang servis kat KK AU2 ni lembabs~~ memang pon!

Aku sampai2 je trus aku letak buku merah aku kat dalam bakul appointment tu, duduk and tak sampai 10 minit duduk nurse tu dah panggil. Aku bagitau la nurse tu yang aku dulu memang checkup kat situ and after that pindah ke Johor. So, since aku da balik ke KL, nurse di klinik JOhor memang swuh aku buat MGTT yang ketiga. La ni aku datang nak booking untuk MGTT test la. Dia belek buku aku sekejap tak sampai berapa saat (aku pon tak tau la dia baca ke tak ape yang nurse RSAT komen kat buku aku). Trus dia tulis apointment aku hari Khamis ni (16hb) kat kertas tampalan MGTT yang lama tu. Bukan dia amek and tampal kertas baru. Tu satu hal. Pastu dia takde pon letak nama aku kat dalam buku appointment for MGTT! Aku dah pernah buat MGTT kat situ 2kali ok, so aku tau la sepatutnya nama aku ditulis dalam buku MGTT tu!!! Aku tanya la nurse tu, 'erm, tak payah booked letak nama dalam buku ke?' Nurse tu jawab, 'Takpe, nanti saya tulis lah'...


Eh, hello!!! Ko ingat ke nama aku after 10 minutes? ~~~ Orang punya ramai letak buku dalam bakul appintment tu selepas aku, ade ke ko akan ingat nama aku lepas ko dah kehulu kehilir nanti? Ya I know that maybe you're tired attending patients tapi, dah tu keje ko kan? Attend je la. Ade je nurse yang penat melayan M2B yang ramai belah dalam bilik tu ngan perangai macam2 tapi still menten je, boleh senyum, boleh ke sana ke mari attend M2B. Ko duk buat ape je, setakat kat meja depan jaga appointment preggers yang nak balik tu ngan tolong carikan buku pendua preggers dalam laci simpanan before preggers di panggil untuk check up. Tu je. And, by the way, belum pukul 11pg pon macam ko yang pregnant (sorry la kalo ko pregnant huhu).

Pas je dia cakap camtu kat aku, aku bleh je... Tapi otak ligat ni fikir... tak bleh jadi ni. Petang ni kul 2 konpem aku akan tepon KK semula tanya pasal appointment aku tu. I've seen the nurse pernah bising2 sebab ada je M2B yang datang bukan pada hari appointment dorang. Siap panggil preggers tu tanya dorang ade ke tak buat appointment sebelum datang. Dah tu ngan muka tak bersalah dorang jawab takde sebab TERlepas date appointment sebelum ni. Ni lagi satu kes yang aku menyampah! Kalo tak dapat datang, bagila tau KK. Ko dah buat semak jadual orang lain. Orang lain pon keje jugak. Timing dah betul tapi ada plak malaun pi kacau timing dan buang masa orang lain.

Aku tak suka kena marah pasal benda2 macam ni that's why aku datang nak booking tarikh MGTT. Tapi macam ni plak jadinya. Petang tadi dari kul 2 sampai la 4.30ptg aku try tepon KK, tapi tak berangkat! Ko ingat aku duk dekat ke dari Ampang nak ke Au2 tu semata2 nak tanya benda bodoh pasal appointment aku tu???? Memang la tak sampai 10km. Tapi tolonglah...bukan aku takde benda len nak buat, ok?? Bengang je aku hari ni. Ntah2 BP naik lagi. adehhh...

Tengoklah, esok aku nak try lagi tepon KK. Pedulik hape! Biar bingit telinga nurse kat situ asyik2 bunyi tepon. Selagi korang tak angkat, selagi tu aku nak tepon. Yang penting nama aku ade dalam buku appointment tu. Kalo aku datang Khamis ni dorang marah aku sebab pe datang bukan pada time appointment aku, aku cakapla sebab KK ni poyo. Ngaaaaa... :P Menyampah I!


p/s: That makes me missed RSAT more and more. Kalo aku ada kat Johor, sekarang ni aku tengah puasa, esok pagi dah bleh buat MGTT. Dah bleh bersenang lenang dah :((

No comments: