Thursday, February 5, 2009

miscellaneous~

tajuk pon rojak..hehe..here it goes~

Ceritera 1:

Seminggu ni aku drive Neo abang aku sebab kereta Kelisa aku bapak aku nak hantar pi servis. Penat la bawak kete tu..fuhh~ Nak dijadikan cerita, semalam semalam masa aku nak kuar ngan Cek Ain nak pi jalan-jalan kat Mid, aku pi isi minyak kete, tinggal la lagi 1/2 tank. Cukup-cukup nak pi balik Mid + balik umah lepas kelas Khamis tu.. On da way ke Mid, kat depan KL Sentral, aku TERlanggar lubang mainhole. Diulangi lagi sekali, TER, okey? hehe..bila aku dah parking kete kat Mid tu aku check la tayar kete, kot2 bocor ke, rim tayar bengkok ke..tapi sume ok, tik tok..

Balik tu, masa nak sampai Tol Bangi, aku tengok meter minyak Neo tu tinggal 1/4 tank balik, sama macam pagi tadi sebelum aku isi minyak. Aku pelik la, sebabnya aku tak bawak laju pun, aku bawak slow+steady je 80-90km/j (tapi cecah gak 100..my usual driving up to 120-140 km/hr)..hurmm...tapi aku buat tak tau je..bila lepas roundabout pertama, aku baru teringat aku nak bli limau nipis..so, pusing balik ke kedai-kedai belakang Petronas nat Seksyen 15 tu..no luck! Round ke kawasan kedai-kedai dekat Shell, baru ader. Tapi aku tak turun kete pon, Cek Ain nak tolong bli kan. So, aku tunggu dalam kete je la. Nak dekat 5 minit tunggu, baru Cek Ain kuar..

Aku pusing je nak balik UKM, tetiba aku tengok meter minyak Neo dah nak habes!! diulangi lagi sekali, NEAR ZERO! gambar pam minyak tu pun dah on warna kuning pon...aduih... terkejut aku jadinya, tapi aku trus pusing ke Pusat Keselamatan UKM, kat mana yang ader ramai lelaki yang boleh tolong+tau bab-bab kete ni..eh, of course la lelaki yang boleh dipercayai (pegawai2 keselamatan UKM).. Bila aku park kat situ, aku cek balik tayar; ok jugak, tak kempis pon (tayar selamat). And then, aku undur, nak tengok kot-kot ader minyak menjejes sbb tangki bocor ke; takde gak (so, tangki minyak pon selamat).

Last-last, aku call bapak aku.. Naseb dia tak marah..huhu..Dia swuh tutup aircond+ try isi minyak lagi, nak tengok sama ada meter minyak tu turun lagi ke.dan dia kata kalo tak berani, then isi minyak+balik Ampang tukar kereta Kelisa. Aku cuak gak sbb Pusat Keselamatan UKM tu tengah2 antara dua stesen minyak; jauh antara kedua-duanya! Aku dok pikir, kalo kete TERhabis minyak tengah2 jalan, sape nak tolong aku? Indons ke? (mak aii..aku jadi berdebar len macam bila aku pikir tang ni)..Bila aku hang up hp tu, aku tak trus gerak ppi stesen minyak..aku dok meng'calm down'kan jantung aku, jangan panik sangat.. bila aku dah ok, baru nak tekan clutch, aku tengok meter minyak tu naik balik sampai aras yang sepatutnya, which is in between 1/4 - 1/2 tank; where the meter suppose to stay after a trip (back+fro) to Mid la..

Aku pon drive slow2 pi Petronas dekat ngan tol Bangi. Aku isi pon lebih kurang sama banyak cam aku isi pagi tu before nak pi Mid. Lepas je isi, mula2 meter minyak tu naik nak dekat 3/4 tank..Tak sampai seminit, meter tu turun sket2 nak sampai kat jarum 1/2 tank tu..(aduhai...apesal plak kene kete ni?) Last2, aku call bapak aku, inform yang aku dah isi minyak+on da way balik Ampang (padahal kelas aku esoknya-which is today- sampai kul 10pg je and pastu aku mmg balik umah trus)..nak tak nak..

1st time la aku drive se'slow' semalam.. Aku bawak 70-80 km/j. Pelik kan? Aku ni bukan kaki kura-kura beb..Sbb aku ni jenis tak focus kalo bawak slow2 ni..siyes (bukan nak berlagak aku bawak kete mcm driver F1 eh, but it's the truth)..Pecah rekod sem lepas la bila aku start dok ulang alik dari rumah ke UKM, time tu aku bawak 90-100 km/j..Itu pon aku dok rasa aku dah slow sangat dah..ekekeke ;D

Kesimpulannya, petang semalam (Rabu) aku buat keje bodoh bila drive balik Ampang kul 5 ptg..Tukar kete Kelisa semula, drive balik pi UKM sampai kul 5.30 ptg (aku merempit!)..Hari ni, aku balik semula Ampang kul 11pg sampai umah..errrr......

Ceritera 2:

Yang ni berlaku malam tadi, selepas sepetang mengarut di jalanraya. Aku balik je dari ambik kete aku kat Ampang petang semalam, malam tu aku+Cek Ain ader plan nak pi makan ngan geng JJCM baru, si Nadya+Shidah..dok pikir2 nak pi makan kat mane, terlintas kat otak aku nak makan kat D' Limau Nipis berdepan ngan PKNS Bandar Baru Bangi. Ye la, ader sorang kawan aku pnah kata masakan kat situ sedap. Kalo malam-malam pon meriah orang datang situ makan. Disebabkan dapat rating mcm best, aku pon tanya si Nad, nak try situ tak. Dia kata no hal.

Dalam kul 8mlm kitorang gerak dari UKM, sampai dalam 15 minit pas tu. Kitorang masuk kedai utama D' Limau Nipis tu (dia ader dua kedai, selang sebuah kedai lain, tapi yang tukang masak nya kat kedai utama)..kat dalam kedai tu ader kitorang berempat je. Ok la, malas nak bersesak ramai-ramai sangat. Aku order Kuey teow Kungfu, Cek Ain order Char Kuey Teow Kerang, Nad order Nasi Goreng Daging Merah and Shidah order Nasi Goreng Seafood. 15 minit lepas order sampai la order kitorang..Tapi muka masing-masing macam pelik tengok Char Kuey Teow Kerang cek Ain..Aku ni takla pandai sangat masak beb, tapi aku tau la, sekali imbas aku tengok order cek Ain tu, sebijik cam Kuey Teow Hailam, berenang je kuey teow tu. Udang ader la 4 ekor, kerang ader 3 biji (betul ke tu,biji?) dan yang paling pentingnya, kuey teow dia, sikit giler macam nak makan kat bajet hotel je tau! Cek Ain dah buat muka dah..dia siap cakap yang dia nak kena cari kedai lain lepas ni..tak kenyang. cepat giler dia habis..ngomel je mulut dia (takle nak komen aper dah sbb mmg kalo korang tgk pon, kuey teow tu takde gaya Char Kuey Teow Kerang)..

Yang aku punya plak, bila sampai je Kuey Teow Kungfu depan aku, aku dah bau hanyir dah..erm, bila aku makan sotong tu, aku rasa macam bau sotong tak masak..tapi sbb dah lapar, aku layan je la..Tapi makan bukan main slow lagi..sebab rasa geli..uwekk :p

Shidah plak, bila dah halfway makan, tetiba dia ketepikan nasi goreng dia. Bila tanya kenapa, dia kata sotong dia rasa hanyir..Aku ingatkan aku punya sorang je hanyir..rupenya dia punya pon sama..Aku pon masa tu baru makan setengah, trus stop jugak..Nad plak benti makan sebab rasa nasi dia macam dah nak basi..

ish, aper la, jual macam tu..harga dahla macam standard makan kat foodcourt, tapi tak berbaloi. Kalo kat foodcourt, dengan harga tu, mee pon banyak, sedap pon sedap (kena pandai pilih menu la)..sumer makan tak habis kecuali cek Ain sbbnya kuey teow dia mmg dah awal2 sket..last2 kitorang blah..keluar kedai je, baru aku nampak, orang ramai duduk kat luar, dekat open table kat tempat parking kete tu..gelap..

OOOOO...patutla...diorang kata sedap, sbb duduk kat tempat gelap, tak nampak presentation makanan tu+bau makanan pon dah dikaburi dengan bau asap kete yang lalu lalang..huh~

dan-dan kitorang mmg dah lapar, last2 aku drive pi seberang jalan, makan kat KFC PKNS..hehe..lapar+tak puas makan punya pasal, siap bleh makan KFC plak lepas tu.. dalam masa 1 jam, kitorang makan kat dua tempat..terror btul perut kitorang ni..hihi..

Kesimpulannya, jangan makan kat D' Limau Nipis kecuali jika anda berperut cekal+ ske terlibat dalam rancangan Fear Factor..yuckks!!!

No comments: