Tuesday, August 31, 2010

comel II

The conversation was between me and Alya, anak Pak Teh.

Alya: Mak su, nanti adik simpan duit syiling ngan pemadam ni Mak su cari ye.

Aku: Ok.

Alya: Mak su pejam mata tau!

Aku: Iye, Mak su pejam mata.

Alya: Adik simpan pemadam bawah bantal Mak su, duit kat bawah tikar tau.

Aku: (Eh, pulak bagitau Mak su?) *pelik kejap*

Alya: (Tengah simpan barang) Ok Mak su, kat mana adik letak pemadam?

Aku: Dekat.... bawah bantal Mak su.

Alya: Ehh... betulla... duit lak?

Aku: kat bawah tikar.

Alya: Betul lagi la.... alaaa... cuba la Mak su bagi jawapan salah pulak.

Aku: (Erkk...camtu plak) Okey2.

Alya: (simpan barang lagi) Ok, Mak su kat mane adik letak duit?

Aku: Kat bawah bantal Mak su.

Alya: Salah la Mak su...

Aku: Larh, tadi swuh Mak su salah teka. Ni dah salah la (adehh...pening kepala den!)


p/s: Last-last aku terlelap masa sesi sila-jawab-ngan-salah ni. hehe ;P

Saturday, August 28, 2010

comel I

I supposed to be in Bidor, as in now. Tapi hubby terpaksa duty kat blok kul 4m-8pm ni. Hmm... sigh~

Last night pi amek Tok kat umah Pak Teh, anak Pak Teh ikut kami, sebab nak jumpa Tasha kat kampung. Tapi memandangkan hubby duty, kami bawak balik ke rumah kat AU3 nih.

The problem was, si hubby tak bagitau Tok yang kami nak bawak dia balik ke rumah kami dulu. Tok punya la ingat kami nak terus balik ke Bidor kul 1130 mlm tadi. Si hubby pi kona sana, kona sini bawak Tok ronda satu KL sampai kul 1 pagi. Aku ni pon sampai tersengguk-sengguk tahan mata, akhirnya tertido terus (moga2 takde la aku tido sampai mendengkur. ish...malu den!).

Last stop, hubby kejut aku. Dah sampai rumah pon. Bila Tok tengok... boleh bayang ape yang terjadi?

Membebel panjang Tok! ;D Aku yang tengah moody sebab lambat sangat nak balik rumah ni pon nak tergelak dengar Tok membebel kat hubby.

'Ya Allah, dia bawak kona sana, kona sini, ingatkan nak balik kampung, siap bawak ronda bandar. Ya Allah, budak ni... memang nak kena ni...kita ingatlah dia nak bawak ke mana, rupanya bawak balik rumah dia...'

It goes on and on...ranting on the same thing...gile comel! :D

p/s: Mane taknye, gayat la Tok bila dok pikirkan dia kena duduk kat tingkat 15! ;P

Friday, August 27, 2010

jodohku ketentuan-Nya II

Sambung lagi. ehehee :D

I remembered my dream-man I told Along, once if not every morning, whilst we - having a breakfast on the floor of Zaaba's room in UKM.

Angah kalo boleh nak cari laki yang boleh buat lawak, matang dalam berfikir dan boleh terima Angah seadanya. Handsome tu hanya bonus. Kalo dapat orang beruniform lagi laa... smart je tiap2 hari. Lagi, lagi kalo dapat Navy...uishhh... Tapi kalo boleh, jangan la orang kampung...

But, wanna know why I chose him as my other half?
  • Aku pilih hubby aku sekarang ni, bukan berdasarkan paras rupa. Bukan dari segi pekerjaan dia yang aku idam-idamkan sangat tuh. Tapi aku terpikat satu benda ni - dia matang dalam berfikir dan bercerita. I like that much! Not to mention, we are both 25 years old. Aku pernah berkawan ngan orang yang tua sikit dari umur aku, tapi pemikiran masih kebudak-budakkan. Pembawakkan diri langsung tak matang.
  • Pertama kali aku jumpa dia, zupp... jatuh cinta pandang pertama walaupon tu bukan kali aku berborak ngan dia dalam tepon. Dalam entry aku yang lama dulu, aku pnah bagitau yang aku bercouple ngan dia dalam mesej and after 3 weeks baru kami berjumpa. And YES, he was my love at first sight! Hahah... He is my first love, and indeed a love at first sight. Macam complicated. Tau ape yang buat aku jatuh cinta pandang pertama pada hubby? Tahi lalat pemanis kat pipi kanan dia :)) Even sampai sekarang kalo aku menyakat pasal tahi lalat pemanis dia tu, dia akan tersipu2 malu :) heee :D
  • Bila aku ngan dia, rasa selamat walaupon kami dulu tak berpegangan tangan :)
  • Aku boleh jadi diri aku sendiri. No make up, no dressing up. Just me - the casual me - Tshirt, jeans, selipar crocs rm15, cermin mata, ngan beg tangan tak serupa beg tangan wanita berumur 24 tahun. Bila pakai lawa sket, dia plak pelik. Bila pakai mekap sikit, dia tanya kenapa bermekap. Dia suka aku sebagaimana aku yang dia jumpa pertama kali dulu. Simple sesimple nya.
  • Dia suka tolong aku. I know he's my biggest supporter. Aku ingat lagi, last November aku breakdown pasal tesis. He's been there for me, like my family ngan Along, Alang ngan Bong. Cumanya my family bukan jenis bagi semangat tapi kena marah adalah. Itu cara bagi semangat family aku. haha ;D Dia pulak, bagi sokongan, bagi nasihat supaya aku jadi lebih positif... Itu yang buat aku cair lagi :)
  • And, dulu aku kalo boleh takmau dapat orang kampung sebab tandas kat luar. La ni, yang ni yang aku dapat, dan aku redha, aku terima seadanya. Orang kampung atau tidak, tu tak menggambarkan dalaman diri dia. Sebab dia budak kampung la, dia sebaik diri dia tu. Dia takkan mengaku dia budak baik, tapi itu adalah dia. Hidup dibesarkan di kampung la membuatkan dia matang dalam kehidupan. Itu yang aku nak. Itu yang aku suka tentang hubby aku :)

p/s: Kitorang kenal dan akhirnya bercinta. 13 days after our first anniversary, kami bertunang.
After 49 days of being called fiancee and fiance, kami berkahwin.

Bagi aku, tempoh masa berkawan, bercinta tu tak pernah ada limit sebelum membuat kata putus nak menjalin kan satu perhubungan yang suci. Ada yang ambek masa bertahun- tahun bercinta barulah buat keputusan nak kawen. Tapi macamana plak yang bertahun-tahun bercinta tapi akhirnya putus ditengah jalan? Ada yang singkat tempoh bercintanya macam kami. Bukan kami aje, tapi ramai jugak yang seperti kami. Ada yang panjang jodohnya, ada jugak yang tidak. Aku mengharapkan yang baik-baik saja dalam perkahwinan kami. Siapa yang taknak kan? Doakan yang baik2 saje yee :)

One thing for sure, tempoh bercinta itu tak menjamin sesuatu perhubungan. Tak semestinya yang lama bercinta, akan kekal sampai bila2. Dan tak pula yang sekejap zaman bercintanya, takkan kekal lama. Cuba pandang ibu bapa kita. Adakah mereka sempat bercinta sehingga 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkawen? Tapi sekarang hubungan mereka tetap utuh bukan, selepas berpuluh tahun? Itulah jodoh namanya :) InsyaAllah, kekal lama.

p/s (lagi?): Ok, penat dah... off we go, shall we? :)

jodohku ketentuan-Nya I

Hey, hey peeps!
Hari ni selain nak update pasal W-day tu, aku nak kongsi sket ngan korang pasal 'bagaimana kita nak mengenal jodoh kita'. I've taken this from Redlife2love's blog, posted on 25th August baru2 ni. Share ye dik oii :)

Bagi aku, memang susah kita nak cari orang yang serasi ngan kita. Once, my friend pernah tanya kat aku, whether I'm looking for someone yang sama seperti kita atau mencari seseorang yang completes us. Jawapan aku, of course la nak cari yang melengkapi aku sebab kalo nak cari seseorang yang macam kita, kita tak pernah akan jadi lengkap. Kalo semua ciri-ciri pon macam kita, lebih baik kita sendirian sebab kita dah cukup sempurna, no need others. Atau kalo kat rancangan Astro Ceria tu, 'untuk kita-kita aje'. Dah memadai.

Tapi, dalam Quran sendiri pon dah menyatakan bahawa hidup manusia ni memang dijadikan berpasangan, siapa kita sebagai hamba-Nya nak menidakkan nya bukan? Cepat atau lambatnya jodoh kita tu, dah ditentukan oleh-Nya. Tapi kita tak boleh jugak tunggu macam menunggu bulan jatuh ke riba. Kena usaha mencari walaupon kita kaum wanita. Bila dah berjumpa, cari keserasian; kalo tiada keserasian walhal dah cuba mengalah dalam banyak hal, tapi jangan pula sampai memudaratkan; mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita, sila lepaskan untuk kebaikan bersama. Betullah ungkapan orang kini, 'mungkin antara kami tiada jodoh'. Sebab tu lah, Allah letakkan hukum supaya kita menjaga aurat kita, perilaku kita dengan bukan mahram kita, erti kata lain, bukan dengan kaum sejenis kita yang tiada pertalian darah dengan kita. Sebab kalo kita menjaga maruah kita, andai kata suatu hari nanti, orang yang kita angkat-junjung-kasihkan tu bukan jodoh kita, sekurang-kurangnya, kita tak menyesal kerana kita tak lepas laku dengan si dia. Tak rasa hilang maruah sebab kita pandai jaga diri sendiri.

hoh, tetibe topik berat pulak. Siapa aku nak memandai bercerita tentang hukum-hukum Allah ni. Hamba yang khilaf yang juga tak lepas dari berbuat dosa. Tapi, jika difikir dari sudut logika, itulah logiknya segala hukum Allah.

Berbalik kepada isu yang awal tadi, aku boleh kategorikan orang ni kepada 2 jenis:
  1. Senang je bercouple. Jenis yang in relationship tapi at the same time ramai yang bertunggu tangga, dah ada waiting list. Break up je, trus dapat pengganti, tak payah susah2 cari. Kiranya petik jari 10 yang datang tau :) Mungkin belum bertemu keserasian, belum jodoh, bertukar2 la pasangan. Kita yang melihat pon kena positif.
  2. Orang yang tak pernah bercouple. Tak lawa, cun melecun macam artis. Body tak macam biola dan berperut kempis etc. Orang lelaki tak pandang. Orang yang jatuh kategori ni yang perlu positifkan diri sendiri. Orang lain kata, kita memilih sangat padahal orang yang memilih kita :P
Aku ni jatuh yang kategori nombor 2. Memang tak pernah ada couple, boyfren ke hape ke. Tetibe one day aku berjumpa buah hati aku tuh kat internet (sekarang ni hubby aku ler). Waahhhh... internet? Sebelum aku kawen bulan Julai lepas, ada berjumpa 2-3 orang kawan lama. Dorang tanya jugak mana aku kenal bakal hubby aku masa tu. Aku cerita la serba sedikit. Dorang macam agak pelik jugakla yang aku bertemu hubby aku kat dunia siber. Bukan pelik, tapi agak sinis bila bertanya itu ini lagi pada aku lepas dorang tau history kami yang sebenarnya. Aku buat2 biasa je sebab yang kenal bakal hubby aku tu, aku. Bukan dorang.

Kenapa perlu ada ke'sinis'an? Sebab aku kenal hubby dari internet? Tempat yang rasanya banyak berlaku penipuan identiti? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tak kesah la dari mana kita kenal pasangan kita, asalkan kita tak membabi buta membuat keputusan sudah... Hak memilih ada pada kita jugak. Kalo kita kenal, tapi mamat tu tak 'betul' sket, tak berapa baik perangainya, kita masih ada pilihan untuk menolak secara baik.

Ingat orang atau pasangan yang kita jumpa secara bersemuka tu semua nya baik-baik belaka? I've deal with the worst and I've met the pervert. I've deal with a few of them if not so many. So, takde beza pon antara yang kenal di dunia nyata atau dari dunia siber. Dan yang penting, kita yang kena tentukan pilihan kita; baik buruknya. Bukan amek tangkap muat je.

Kalo kita dengar cerita kawan-kawan kita, macam-macam gaya nak jumpa jodoh ni. Ada yang memang bermula dari kawan sekolah rendah bawak ke jinjang pelamin, ada yang mak bapak carikan, ada yang kenal sebab sama-sama terlibat dalam accident, ada yang jumpa ngan laki orang, ada pulak yang kenal duda, dahtu yang umur lagi lanjut atau sebaya ngan umur bapak sendiri, ada yang berkawan sejak dari kecik, ada yang perempuan mengorat lelaki dulu dan tak lepas jugak dari yang kenal dari fs ngan fb. Semuanya pon dah selamat berkawen dan insyaAllah nak naik pelamin dah. So, what's the fuss?

Sebelum anda mentertawakan, memandang sinis dan mengutuk orang lain, sila perhatikan diri sendiri. Kalo cinta pandang pertama, Alhamdulillah... mudah2han dipanjangkan jodohnya. Kalo macam salah satu dari pilihan yang ada aku sebutkan di atas, ok la...it's your life and your choice. Do what's best for you and your future life.

p/s: Yang penting, kita yang tentukan hidup kita, bukan orang lain. Buatlah pilihan yang terbaik :)

I got this...twice!

on my E day~



Both taken on my Solemnization :)


See the above pictures eyh? I love my mak andam for both occasions. Sebab they make me wore kinda like a cekak on my E day, and somewhat like a brooch kat tudung masa Solemnization. I love it!

p/s: Sila abaikan gambar tunang tu, nampak mekap dah tak serata sebab dah petang. Masa nikah baru tau yang u cannot wear anything on your face (cream esp.) before applying make up on it. I used two mak andams on separate occasions. My wedding mak andam yang inform me that. See the flawless end result masa nikah? hehe ;D Angkat bakul sendiri la, kalo bukan kita sendiri yang puji, siapa lagi kan?? ;D

the truth behind...

... our baju nikah :)

Tajuk entry macam poyo je kan?
Nahhh...nothing yang benar sebenar2 baju nikah tu ok.

Cuma aku beli kain satin- inner untuk kain lace aku tu kat Gulati's. Everybody knows, kain2 kat Gulati's ni mana sama kat kedai kain lain. Even satin putih tu kalo nak pi cari kat kedai biasa pon, you can never find the same tone. Nak kata off-white bukan, nak kata white-white pon bukan.

Nak dijadikan cerita, aku ngan hubby masa tu beli asing-asing. Dan bukan kat kedai yang sama. Aku beli dulu and selang seminggu, aku ikut dia pi beli kain baju nikah untuk dia plak. Masa beli kain dia, aku tak bawak la contoh kain satin aku sebab rasa macam ingat je putih aku tu gaya mana. Last-last, a week before we're getting engaged, hubby passed ke aku baju nikah dia untuk jadikan hantaran tunang. Belek punya belek, baru aku perasan yang satin putih kami lain warnanya. Siap amek gambar lagi. And then aku ngadu kat hubby. Memula dia ingat tak beza sangat. Bila kitorang jumpa a few days before the majlis, dia tgk gambar, haa... memang sah beza sangat. Even under natural light pon nampak beza. Aku nye lebih kurang off-white, hubby punya bluish white. Aku dah dok berkira-kira nak beli baju lain tapi hubby tak bagi. Dia kata biar dia yang buat baru. Cumanya, masa tunang tu, bagi je baju nikah yang dah ada.

Lagi 2-3 hari sebelum tunang, sempat la kitorang ronda kat Jalan TAR cari kain satin putih yang lebih kurang sama since hubby takmau beli kat Gulati's. Ye la, mahal la beb, rm33 per meter. Ada yang murah sket tapi warna pon tak sama ngan yang harga rm33 tu. So, 2-3 jam jugakla kami keluar masuk kedai kain kat Jalan TAR. And akhirnya jumpa jugak. Tak dapatla 100% yang sama, tapi janji warna lebih kurang. And, yang penting, masa tu spend time ngan hubby :)) Owh, menyelam sambil minum air kan... ahaks!

*credits to Positive Emagez


p/s: Alhamdulillah la sempat gak siap baju dia... But I prefer baju nikah yang jadi baju hantaran tunang dia tuh. Sebab dat one tempah yang ada sulam kat leher and poket baju warna biru, biru yang sama ngan warna sampin hubby. Tapi, apekan daya, pandai sangattttt ;P

Thursday, August 26, 2010

Kalau aku stress...

...aku suka:

  1. cari taman, tengok kehijauan. Salunya bila time exam masa kat UiTM dulu suka lepak tepi TTSA sambil baca nota.
  2. beli aiskrim. Lega bila dapat makan aiskrim time2 stress. Rasa lega kat hati jugak :)
  3. pegi kedai buku. MPH & Popular memang favourite habess!! Tak beli ape2 pon takpe asal dapat masuk, baca review untuk 2-3 buah buku cerita, then boleh keluar dengan senang hati :)
  4. dengar lagu
  5. duk diam-diam atas katil but I can't never sleep; cuma tarik nafas dalam2 and then lepaskan...bukan kentut ok?? hahaha ;D
  6. buat bising. Semua benda nak hempas; u name it. Pintu, buku, almari etc. But hanya sementara. Bila dah buat yang no.5 tu, pastu ok dah :)

p/s: Huish...xde mood btul hari ni.

mind boggling therapy!

Semalam hubby ada jamuan berbuka puasa kat tempat kerja dia. Staf sahaja. Aku ni orang luar, takde la join sebab x dijemput kan... jadinya permintaan aku kat si hubby, nak berbuka kat rumah Ibu sebab majlis dia dari kul 630ptg sampai 1030mlm. Malasnye nak berbuka sorang-sorang, dahtu sorang2 jugak sampai la ke malam. Petang dalam kul 330ptg kami ke Ampang dan dia bersiap ke majlis tu around 530pm.

Arakian sekian kalinya aku berbuka kat umah Ampang. Rindu giler kat umah Ampang ok???? Oh, silap, RINDU GILER kat Ibu, Abah, Ellie kat em, em...kat bilik, kat katil sendiri, kat Mr.Blacky...kat em,em... kat semua benda yang ada kat umah Ampang tuh. Complete set! ;D

Tapi bila dah ada umah sendiri, life sendiri, jarang dapat balik Ampang. Hubby no.1 sekarang ni. Duk kat sini, memandangkan belum keje lagi, so, duk umah je la. Keluar pon bila ada hubby whether merempit atau naik kereta, semua nak dia yang bawak. Ye la, of course la aku tak boleh nak bawak motor kan...yang itu konpem dia yang kena bawak aku :D haha

Selain tu, pi kedai pon dia yang offer diri. Gila malas nak kuar rumah. One thing, nak kuar rumah kena mintak izin dia. Pastu nanti dia swuh bawak kereta dia yang bila aku bawak, dah rasa macam masuk litar Sepang tuh. Sungguh tak minat ok? (Hehe...maaf ye Ayg :) Tapi betul ni, Syg pening kepala bunyi bising sangat tau)

So, semalam masa hubby pi majlis berbuka tu, aku mintak izin nak pi Ampang Point ngan Ellie. Nak ke Popular. One of my favourite plae on earth. Yipee! Akhirnya!

Sebenarnya takde benda nak beli pon, nothing on my list. Tapi... alkisahnya, I love bookstores. Any bookstores. Bila aku masuk kedai buku (tolak kedai buku sekolah je), rasa semua stress hilang, semua masalah terbang. Not that I have any of those, cuma dah lama sangat rasanya tak menjejakkan kaki ke kedai buku ni. Even before kahwin haritu lagi sebab tak sempat.

Malam tadi pegi Popular tu tujuan nak jalan-jalan je, bawak Ellie sebab aku tau memang aku sorang je suka layan Ellie ke situ. Ni bila aku dah kahwin, tang satu aktiviti tu yang dia mesti rindu nak buat. And bukan dia je, even aku pun rindu nak melayan adik aku yang sorang tu.

At last, kitorang lepak kat Popular nak dekat 45 minit. Tak boleh lama-lama sebab parking kat dalam AP rm2.50 untuk sejam. Kejarkan masa rm2.50 tu jugak la selain dari balik sebelum hubby balik dari majlis dia. Heee ;))

In the end, dari takde benda nak beli, beli jugakla novel sebuah, adik aku pon sebuah jugak :)

p/s: Takde motif pon membebel hari ni. hehe ;) Cuma taknak update ape2 pasal W-day aku hari tu...

Monday, August 23, 2010

Bilik pengantin

First of all, I didn't bought a new set of bed or wardrobe and I dun like the idea of buying a new one just for the sake of getting married. Boleh blah la Majalah Pengan***ss yang konon-kononnya memberi idea untuk berjimat cermat dalam berbelanja untuk majlis kawen anda. Cet! Ko ingat murah ke hape nak beli set2 yang sebegitu lawa itu? Mana nak dapat harga 1K? Atau paling2 tidak pon rm999. But, not to mention, that rm999 tanpa deko lagi tuh. Do the math will ya?

And because I knew that I will not live here in Ampang after I got married (kes nak hidup berdikari ngan hubby selepas kawen).

But, if you have power to make-do your room, do it. It doesn't cost that much since you already minus the budget for a new set of wardrobe or bed which will cost you around 1K++ (the cheapest with the mattress)

Decorate it the way you want. Not the way other people's want. Afterall, it's your room. Bak kata sorang kakak ni, 'orang lain tak suka takpe, janji hubby kita suka:)' Thank you kak Diyana! :)

Aku nak kongsi gambar bilik aku tapi yang ada ni gelap sket. Yang dari cammy aku sume dah transfer ke laptop aku yang tetibe menunjukkan gaya ingin rosek dan tetibe takmau on. Penat je aku transfer kat ko tau, hempuk kang! ;P hukhuk

Anyways...

  1. Cadar tu dapat murah masa Sale kat JJ sekali beli yang ada dengan quilt cover.
  2. Bantal, semua pon dah ada. Takyah beli langsung.
  3. Sarung bantal yang untukbantal comel tu jahit sendiri.
  4. Table runner jadi bed runner dah :D
  5. I dun need 4 poster bed to make my dream bed. I just need 2 walls opposite from each other.
  6. The kelambu are from kain organza. Beli kat Nagoya, cari yang murah2 je semurah rm2 semeter. Tapi yang ada sulam2 tu semurah rm5. Bilik tak besar mana. Ok la tuh. Within budget :)
  7. Langsir jahit sendiri.
  8. Nampak macam ada bling-bling kan? Itu manik2 yang besar2 tuh, beli kat kedai jual barangan kawen Sayang You kat C4 Wangsa Maju, murah saje :)

p/s: I don't need a decorator. So can you :) Just do a little magic with your hand, then everything will be superb! :))

Pelamin

Ngeh2... You know people, I couldn't care less about my dais sebenarnya.

I dun mind how it look.

I dun mind how it turns out when they ensemble it.

I dun mind where would it will be placed.

I dun... care less.

I just want, 1 panel-white-dais-with-white-flowers and ada kerusi sanding.

That's all.


Yang penting masa tu -->
  1. My kasut bersanding yang bertutup itu tidak tanggal semasa berarak
  2. My make up tik tok lawa walaupon berpanas (sebab aku tak lawa la aku kesahkan mekap nih)
  3. The dress tak terkoyak sebab panjang meleret atas jalan yang memanggil2 orang untuk memijaknya
  4. Aku tak jatuh tergolek bila berjalan pakai heels dengan terrain baju yang panjang meleret itu dan...
  5. Semestinya tetamu yang datang, dapat makan, dapat goody bags.

That's all kawan-kawan.

bdw, ni la the dais. Gelap sket picture nih, amek dari FB kawan. Dun remember who's FB. Dah banyak sangat dah..hihi :)

p/s: Ruang pon memainkan peranan. Nampak crowded kan? Well, I counldn't care less :)

pink, peach, peach pink...erk?

Haaa.... ok, ni nak share pasal family and my pari-pari's dress.

Punya penat ok fikirkan warna kain yang sesuai untuk Abah ngan Abang pakai. Untuk yang perempuan, senang saje sebab, pink, kan? Perempuan sangat2 kena saje ngan warna pink tuh so takde la perah otak, perah santan sangat... Ni yang untuk kaum lelaki nih, fuhhh... masa pi Gulati's tu, dok tercari-cari warna yang sesuai. Dah la Abah ni takla cerah orangya, jadinya kena la fikirkan Abah yang nak pakai baju tu nanti. Abang plak, dia hentam saje lah. And dia pon pernah ada t-shirt warna pink peach ni dulu. Ok je aku tengok dia pakai. Takde la nampak gay sangat. hehe ;) So, last2 pon, bila dah asyik turun naik tangga kat Gulati's tu, dan memikirkan bajet yang ada, belila 2 set warna yang berlainan. Yang perempuan pink terang dan yang untuk lelaki plak peach pink. Nasib baik Abah ok memandangkan masa tu Abah tak join pegi beli kain. Sakit kaki katanya ;P

See the different between Abah's and Ibu's colour?
(No, bukan lain dari segi warna kulit. hahaha)

And untuk yang pari-pari plak, warna tu sekali aku jalan masuk kat kedai kain, terus tertancap kat kain batik tuh. Bila dah dapat, cari warna baju yang sesuai plak. Bila balik rumah, rupa2nya, warna baju dorang ni in-between antara warna baju Abah ngan Ibu tuh. But I love it :) And I do hope they love it too. Sesekali berhabis untuk BFF, pasni, dah takde dah peluang macam ni.

*credit to Positive Emagez
See the colour? Alamak...tak berapa nampak la. Boleh click kat gambar ni nanti. Dun worry.

*Ana, nanie pinjam badan Ana sat :)
Ni la, baju and the kain. Nak bagi dorang lain dari family aku, belikan dorang kain batik, baru nampak chomel :))


p/s: Ada gambar dekat tapi Along tak post plak kat FB. Hmm...

My little black book

Morning! Everyday pon my first entry will be in the morning. Ingatkan pas solat Subuh nak tido jap tapi apekan daya, encik suami pi keje plak. Pas hantar dia kat muka pintu, terus masuk bilik on laptop. Mata terus takleh nak lelap. Aiseh~~ Tapi everything pon akan mula selepas update, komen atau membelek2 ape yang patut kat FB and doing some blog hopping.

Topik pagi ni pasal B2B's blogs. Banyak aku tengok bila nak kawen je siap bukak acc blog untuk update segala preps. Gila gigih korang ni kan? Ehehee ;D Aku ni plak, nak kata preps tak banyak aku share kat sini sebab tak sempat nak snap picture and upload it here. Lebih kepada share benda2 yang dah lepas. Bukan kedekut tapi takde masa untuk itu semua. My life's before getting married had been busy sama macam orang yang dah keje dan tengah sibuk buat prep untuk kawen. Like seriously.

Ada orang buat blog kawen sebagai reminder, ape lagi yang belum settle dalam preps dia. But to me, aku masih lagi suka keje-keje manual. Manual as in using books as a medium for me to update my preps. Lagi seronok main silang pangkah, main cancel2, main conteng2 bila tengah blur takde idea, main lukis2, buat kira2, tampal segala resit pembelian yang ada bila berlaku pengkreditan dari akaun bank; all sorts of thing yang secara zahirnya korang tak boleh buat bila dalam blog ni. Except the part yang korang buat garisan cancel tuh. The rest, mati berangan la korang... Haha ;D

And one thing for sure, bila ada buku ni, kat mana korang pegi, korang boleh bawak. Lupa je prep untuk hari sekian-sekian, sila selak ke helaian bla, bla, bla... Kalo blog? Unless korang ada hp yang maha hebat, update di hujung jari saje, boleh la. Cari signal, masuk web, login blogspot, update... But, bukan semua orang mempunyai kemampuan macam tu kan? Paling tidak pon, laptop seberat2nya yang nak dipikul kesana kesini. Tak mampu lah aku nak usung ke sana kesini semata-mata untuk update prep aku.

So, sebagai kesimpulannya, ada nya my little black book nih (MLBB). It helps me A LOT during my wedding preparation. Nope, bukan setakat W-preps tapi dari masa aku nak bertunang lagi.

MLBB

;)

Segala tampalan, ideas of decorating

tengok tu semua list yang ada yang perlu dibuat and disiapkan. Siap satu, garis cancel!

Detail kira-kira, segala resit perbelanjaan sebagai bukti.

Siap ada gambar lukis2 lagi haa...

p/s: But, anyhow, I enjoyed doing it manually...Different people have different sets of mind. So, do what you enjoy the most :) Happy prepping!

Sunday, August 22, 2010

Kasut sanding

Peeps!!

Ni nak cerita pasal kasut bersanding aku tuh.

I've posted it here about 4 months ago. But never the picture kan?

Actually, sejarah kasut sanding tu takla panjang mana atau berbelit2. Aku beli kasut tu like 2-3 weeks after aku dah finalize kan warna yang aku nak untuk baju sanding aku ngan Kak Sue. Kak Sue kata dia takde provide kasut saiz besar. Almaklumlah kakiku ini saiz gajah. Maka dengan gagah nya bertemankan Along kesayangan pegi la Ampang Park cari kasut yang berkenan disitu. Perlu diigatkan, kasut bertutup ye. Aku ni ada problem sket ngan kasut bertutup. Kalo berjalan, mesti kasut tu nak tertanggal. Salu pon aku beli peep-toes.

Nasib baik baru berjalan sikit, jumpa pon yang berkenan! Sangat comel! Bila hantar MMS kasut tu pada Kak Sue, dia kata ok, boleh beli. Aku pon beli la. Tapi biasalah, bila dalam kedai, dia guna cahaya lampu yang warna kuning2 buat sakit mata tu, tak sama warna bila kat luar. Bila dah balik rumah, barulah perasan, warna pink kasut tu sangat TERANG! MERIAH gitu!! Memula aku dah risau yang warna kasut tu tak sesuai ngan warna baju, sampai terpikir nak pi tempah baru kat kedai. Tapi, lama-lama, biar je lah...malas nak keluar duit lagi semata-mata untuk kasut.

But, bila pi final fitting baju sanding kat kedai Kak Sue, 3 days before the reception, ALhamdulillah, warna kasut tu sangat kena ngan warna baju yang Kak Sue buat khas untuk aku! ;D Yey!!! Masa tu, Kak Sue mintak aku bawak semua barang aku; baju nikah and kasut sanding. Sekali, bila tengok baju tu, keluarkan kasut tu, Kak Sue pon kata sangat sesuai! ;D Dahla masa tu gamble je pi beli ngan Along.

Yang ni masa dalam kedai. Takla nampak terang sangat kan? Gambar ni yang aku MMS kat Kak Sue.

Ni plak bila amek gambar kat rumah. Natural light je. Nampak tak terang?


p/s: Alhamdulillah, sesuai je warna kasut ngan baju sanding. If not, memang haru lah~~

Friday, August 20, 2010

tema

Tema majlis aku hari tu of course la pink.

Memang la tunang pon pink, kawen pon nak pink jugak haa... eh, peduli ape aku? Ade rules ke yg mengatakan tema kawen ngan tunang tak bleh sama? Kalo ada, sape yang buat rules tu? Rules manusia, semua orang boleh langgar. Even adat Melayu pon kita dah tak berapa ikut sekarang ni kan? Kenapa nak susah2 kan diri?

Berbalik kepada persoalannya... aku suka warna pink, ikut aku la nak pakai warna ape. Yang penting, aku yang kawen, bukan korang kan? So, shut ur mouth up. Aku tak marah, tapi tak suka ngan minded sesetengah orang...ianya terpulang kepada individu. 'Nuff said.

Aku pakai pink pon, 2 ton pink yang berlainan. Masa tunang soft pink and masa sanding ritu warna pink pekat sket. Memula aku mintak pink belacan. Tapi nanti nak kena buat baju lelaki baru plak and tambah kos lagi. Last-last aku buat keputusan biar lebih kurang warna ngan pink sepersalinan lelaki. Tawakkal je la pandai-pandai Kak Sue la alter warna bagi sesuai, jangan sama ngan Ita punya sudah.

And it turns out, sangat lawa!!! I love the dress, and even the colour. Orang lain tak suka pon pedulik hape aku. Janji, aku yang pakai, aku rasa selesa, aku rasa konfiden. Sudah. End of story :D

Selain tu, tema majlis aku ni coklat. Ada gak orang tanya, sesuai ke coklat ngan pink? Bagi aku sesuai je. And dah terbukti, sesuai sebab I've seen it before masa kakak sepupu aku kawen last 2008. Pink dia lagi meriah. Combination kena la sesuai. Ini, asyik2 lawankan ngan warna putih, BOHSAN!

Antara orang yang terlibat pon, I made sure dorang pon pakai pink.

Family: Yang lelaki - peach pink. Yang perempuan - pink terang.
Pari-pari: Pink peach (slightly pink - warna ni in between warna utk belah lelaki ngan belah perempuan. Gila susah nak cari tudung hehe)
Bunga telur: Coklat cream
Pelamin: Putih
Hantaran: Pink silver
Paperbag 4 doorgift: Rose pink
Scallop 4 khemah: Coklat+pink
Air minum: Soda bandung (pink ye kawan-kawan)
Kotak telur: Coklat
Bilik tidur pengantin: Ton coklat + cream

p/s: So, combination warna terdiri daripada ton-ton pink, coklat and...sedikit peach and cream. Semua pon complimentary colour for pink.

bunga telur

morning peeps!

Since aku pon masih blur tak tau nak mula dari mana, ape kata kita start dari citer pasal bunga telur. Sorry, gambar semua ada dalam laptop aku yang buat hal tuh. Ni pon pakai laptop hubby.

Bunga telur aku simple je, warna coklat cream. I bought it even before we both getting engaged. Awal kan? Sebab kebetulan masa tu kitorang berdua keluar sama dari pagi sampai malam. Menyiapkan dua hal sekaligus. Kalo tak silap masa tu aku ngan hubby aku pi shopping barang hantaran kawen kat Sogo. Kemudian baru pi ke Nilai nak ronda-ronda.

Erm, nak kata barang2 kat Nilai murah..hurmm...tak jugak. Tapi kena pandai pilih tempat. Kalo korang nak beli barang-barang murah, beli kat kedai first yang korang nampak bila masuk kawasan borong Nilai tuh. Erm, banyak barang aku beli kat kedai yang first tuh. Alamak, nama kedai lupa la... But obviously bukan kedai Th**kQ. Rasa macam kedai VS? erk...cam pelik je bunyi nyer? hehe...

Tapi kalo kat kedai tu, affordable la jugak harga bunga telur nyer berbanding kedai lain. 3 kotak rm75; satu kotak ada 50batang. Atau stok lama yang nak bagi habis? ahhhh...peduli ape aku. Janji ada bunga telur yang masih ok conditionnya (I mean takla reput ke ape ke kalo stok lama). Dan yang pasti, aku memang nak bunga telur yang simple saje, takmau yang crowded gila ngan kristal la, manik2 la ape lah. Nak buat sendiri memang tak menang tanganla kan...

Memula tu nak beli warna pink tapi jenis yang aku nak takde plak warna pink plak. Tapi naseb baik ada warna coklat cream tu, complimentary colour dengan warna pink. It should be ok kot. hehe... And Alhamdulillah turns out ok bila tengok dalam gambar :)

p/s: nanti kalo ada gambar lain untuk bunga telur tu aku letak kat sini ye :)

Thursday, August 19, 2010

yeyey!

Sebab dah lama tak update kat blog, tetibe mood nak tengok header ngan layout berwarna gelap sudah bertukar.

So, seminggu lepas aku tukar header (gambar kawen) and tadi baru je aku sempat tukar layout baru. Yipeee!! ;D That's why kalo baca entry2 sebelum bulan Ogos ni, banyak warna font ada lari sikit sebab layout aku sebelum ni warna hitam. Sangat macho gitu tapi sudah bosan. What to do kan...


Selamat dah pasni mata tak payah nak juling lagi. eheh~

p/s: Ok la, aku chow dulu. Nak masak awal hari ni sebab nak ikut hubby pi cari Roti John kat Pasar Ramadhan :)) Ngidam sebab tengok gambar stall kawan jual roti john. Dahtu pi post kat FB n tag aku plak tuh...Esok-esok aku update lagi k darl? :)

stucked lagi

Otak aku dah jammed semula nih. Dah lama tak post sekali bundle macam ni. Kering idea dah. Heh~

The next entry tak ikut turutan la ye. Senang cerita. Mana yang aku teringat akan aku post, kalo tak, abaikan saje. Susah nak ikut turutan sebab I have lost track of it since Wedding prep's time lagi. Ye la, semua pon aku handle sendiri, mana tak banyak benda yang aku lupa... Pastu selalu gelak tak hengat, banyak ilmu keluar. Agak-agak betulla orang tua-tua cakap, banyak gelak, banyak la ilmu keluar... Guessed so.

p/s: Tengah perah otak ni :)

kantoi!

Seminggu setengah masa on plan tu, kad jemputan kawen belah aku habis. Padahal masa tu ramai lagi jemputan yang belum dijemput. Tanya kat tunang, nasib baik dia ada lebihan kad. Tapi sebab masa tu kami ni dalam proses tak boleh jumpa, masing-masing macam serba salah. Aku yang rasa macam nak tercekik sebab risaukan pasal kad jemputan, dia plak risaukan plan dia tu hancusss...

Memula dia jual mahal, kata nanti dia hantar je kat rumah.
Aku plak jual mahal jugak, cakap la nak datang kul brape supaya aku bleh bagitau abah, nanti bleh abah amek dari dia kat luar rumah.

Huishhh..siap tanya aku nak pi amek adik kat sekolah agama kul brape so that dia bleh datang time tuh. Aisehhh~

Ni yang nak majuk nih!

Last-last, aku direct tanya kat dia, nape dia taknak jumpa aku?

And tunang aku pon mengalah....muahahahaah ;D

Perjanjian pertama sudah di langgar! :P


Jumpa la kami petang tu, balik rumah lepas dinner bersama. Perjanjian dirombak kembali dengan boleh sms sampailah dah nak hari akad nikah :D Tapi ada syarat lain ditambah :( Kalo tetibe dalam pada masa tinggal lagi seminggu lebih tu aku merajuk and kitorang ada selisih faham, secara automatiknya perjanjian baru terbatal and kembali kepada plan yang asal which are no nothing. Hmmmm...

Berbalik kepada cerita asal, petang masa jumpa tu, aku amek dia kat Maktab. Aku yang drive memula nak pi dating kat Titiwangsa. Biasalah, jalan kat depan Istana Budaya tu, bila dah petang-petang sentiasa jammed. Masa kereta tengah banyak tu, nampak la satu kereta Swift Biru...macam kenal je...tengok nombor plate; alamak, Tqah!

Tunjuk kat tunang aku, sekali masa kami berdua tengah pandang ke Tqah, minah tu pi menguap besarrrrr punyaaaa!!! Hahahahhaa ;D Dan-dan la tunang aku swuh sms kat Tqah, cakap ke Tqah yang Tqah tu nguap besar sangat. Minah ni plak, ngantuk-ngantuk pon masih dapat pickup plak tuh, sambil tanya, 'ko pi jumpa En.Q ka??' tettttt....TERKANTOI disitu! aku gelak je dalam sms yang aku reply ke Tqah. Paham la minah tu ;P

p/s: Pasal perjanjian baru tu, what do u think about the ending? hmm?

zaman bertunang

Orang kata zaman pertunangan la paling banyak dugaan. Have you ever wonder? In my case, nak kata banyak, tak jugak tapi naseb baiklah aku bertunang sekejap je (49 days). Alhamdulillah in that part. Cuma merajuk tu extra sket dari kebiasaan. hehe ;P

Memandangkan tempoh bertunang kitorang ni singkat je, banyak persiapan yang kitorang buat bundle skali bersama. Kadang-kadang ajak dia pi Jalan TAR, dah ada plan kena cari ini, ini dan itu. Ended up, buah hati aku yang lebih beli banyak dari aku untuk persiapan belah dia.

And then, masa bertunang tu, buah hati aku buat permintaan; a month before we're getting married, kitorang nak stop seeing each other and stop the communication. Motif? Kalo ikut orang dulu-dulu, motif buat macam tu konon-kononnya bila tak jumpa, bila tak berkomunikasi untuk seketika tu dapat membuakkan perasaan rindu dendam pada pasangan kita. Menyemarakkan perasaan cinta katanya. Aisehh~~ Kalo ikut adat Melayu Perak dulu-dulu lagilah... 2 bulan! Haru bebs! Dah tak jumpa tu satu hal...and bila mana persiapan memerlukan pertolongan dia, kan susah tu.

Berbalik kepada permintaan tunang aku masa tu, aku takmau...aku mintak 3 minggu je. Kurangkan sikit demi sikit.

Minggu pertama - tak bleh jumpa. Hanya boleh sms dan telefon
Minggu kedua - tak boleh jumpa dan tak boleh telefon. Hanya boleh sms.
Minggu ketiga (minggu terakhir) - No dating, no calling, no smsing. Pendek kata, no nothing.

Tapi tunang aku tetap nak sebulan jugak. Bermula dari 21 Jun sampai la 16 Julai, the day before the akad. He insist on following the rules. Cuma satu minggu extra, minggu keempat tuh akan sama macam minggu ketiga; which is going to be 2 weeks no nothing from him. GILO KE APO?? Giler risau aku kalo tak boleh semua. Cukup la tak boleh telefon. Ni NO SMS at all, TAKMAU aku! Dah la nak kawen. Kita nak pastikan keadaan terkawal, dia boleh pulak nak buat rules macam tu.

Kalo tunang korang mintak yang bukan-bukan camtu, sila jangan terima. Kalo setakat tak bercakap dalam telefon dan berjumpa, ok lagi sebab dah patut kurang-kurangkan jumpa pon sebenarnya. Tak manis orang tengok bila asyik keluar berdua ngan tunang masa tu. Memang dah nama pon tunangan kita, tapi... sebab tinggal lagi 1 step untuk ke jinjang pelamin, mengelak untuk berjumpa tu sama jugak macam mengelak dari melakukan maksiat dan mengelakkan dari mulut orang mengata tentang kita yang bukan-bukan. Hati dan niat orang kita tak boleh baca,kan? Jadinya, fikir-fikirlah sendiri :)

p/s: Akhirnya aku mengalah. Ikut plan tunang aku...hukhuk ;(

where do i start?

hmmm...heyYa!

First question that come to my mind is... where do i start?
Sebab lama giler dah tak berupdate blog aku ni. Kalo tengok stat kat sebelah ni, bulan 6 and to be exact on June 7th was my last post pasal majlis tunang aku and then bulan 7 langsung tak sempat nak blogging, bulan 8 baru-baru ni sempat tukat header ngan update sket. Giler bersawang - bukan sawang kat blog je, ngan otak aku pon bersawang bila dok pikirkan dari mana aku nakmula nih. Nak mula dari after bertunang ke, atau persiapan majlis besar hari tu ke atau... SKIP sahaja yang dulu-dulu?? Haha...my mind says, SKIP ON BEBEH... the other part of my brain plak swuh update dari after tunang until majlis besar bulan Julai ritu...wahhh...giler rajin aku nak update segala?

Padahal nak mula dari mana pon aku tak tau. Sumer cerita basi...

p/s: Skop nak kena kecikkan tapi nak kecikkan takat mana tuh? ahahaa ;D

Saturday, August 7, 2010

ish, ish, ishhhh...

Ya rabbi...

nak masuk 2 bulan aku tak sempat nak update ape2 kat sini...Kesian cik blog nih.

Sorry la ye, i've been busy like...seriously... before and even after the majlis. Ni pon ada masa sket sebab suami balik ke kampung kejap. Kalo tak, takde maknenye nak buat cubaan meng'update' ape2. Tapi, malam ni aku just bagi hint je la ye.

I won't and I couldn't start the updates as if, right now. But InsyaAllah sooner lah, ok? Tunggu ye. It would be the story behind the scenes of all the persiapan for my majlis, my wishes, the pictures and all lah. I wish I could share all of it with you but we'll see. Kalo mood menggunung, InsyaAllah tak tinggal ape2. Kalo tidak, hanya yang penting sahaja lah yang akan aku update kat sini :) Bare with me :)

p/s: Walaupon dah basi, tapi suka hati aku lah. Blog aku pon kan. Nak baca, baca...tak nak baca, sudah. Aku tak paksa pon. Hanya nak share je :) pengalaman kahwin sendiri, somehow nak gak share. Cumanya terbalik dari orang lain, aku tak buat before, tapi aku buat after. kihkih :D