Showing posts with label tagging. Show all posts
Showing posts with label tagging. Show all posts

Friday, April 23, 2010

pandu laju-laju

Lama tak buat tag ni. Cik Liyanaroxx bagi mandat buat tag memandu ni dari hari tu lagi tapi baru sempat nak update sume benda hari ni... Ok, ni dia~

(Gambar takyah letak. Dah ada kat entry bawah ni dah. hehe)

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Of course lah ade kan?? Kalo tidak, takdenyer dapat kereta free dari abah ;P Dan kalo tidak, takde maknenyer aku merempit...

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Lepas SPM trus amek. Tapi aku punyalah lambat nak habiskan kelas. Last-last dari habis SPM tertangguh sampai la besday aku yang ke 18. Kiranya hadiah besday yang ke-18 la tuh.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Dapat lesen umur 18. Now dah 25 tahun. So, 7 years of experiences.

Pengalaman pahit ketika memandu?
ACCIDENT lah ape lagi! And it's totally not my fault. Aku pernah citer pasal accident tu dalam blog ni. Kereta aku kena hentam dari belakang by some CARELESS man yang pi merempit kat tempat yang salah. HANGIN satu badan aku tau! Tak pernah-pernah aku melanggar kereta orang dan dilanggar, tu kali pertama. Depan belakang plak tu yang kemek teruk. Alhamdulillah aku takde pape kat dalam kereta masa tu. Ada lah nak dekat 3 minggu jugak kat worksyop.

Pengalaman manis?
Pengalaman manis ye...erm...pengalaman manis memandu? erghhh...banyak kot? Ntah la, aku pon tak tau la plak pengalaman manis bila memandu ni. Cuma boleh tekan minyak lepaskan geram bawak laju-laju je. hehe ;P

3 tabiat ketika memandu?
1- Suka pasang lagu kuat-kuat and melalak sorang-sorang bila tengah memandu.
2- Suka merempit. This one tak boleh nak elak. Sebaik mana niat aku nak bawak kereta slow pada hari tu, mesti ada je sebab lain menyebabkan aku tekan minyak puas-puas. Hurrmmm...
3- Membebel sorang-sorang bila tengah syok memandu, ada je driver yang drive macam konon-konon bagus. Dok kat lane memotong tapi bawak slow giler! HANGIN la kan... dah terkumat-kamit mulut aku ni membebel dalam kereta sorang-sorang.

3 pantang time anda memandu bila...
1- Orang drive slow tapi drive kat lane belah kanan. Sila kekiri-kiri-kiri lagi yerrr... Sentap btul!
2- Orang drive masuk lane kita tapi tak bagi signal. Oittt! Takut bateri kereta ko kong ke kalo bagi signal tuh? Tak mati okeh kalo jadi pemandu lembab tapi reti bagi signal tau. Aku yang gila-gila suka merempit dan even nak memotong kereta lain pon aku bagi signal.
3- Orang yang suka memotong lane yang panjang kat traffic light. Penat-penat aku beratur... Dah la memotong, tak bagi signal nak masuk, dahtu sebabkan dia je, lane lain yang jammed.

p/s: Okeh, siap!

Tuesday, January 5, 2010

< tag >

...zaman bercinta + tengah bercinta by --> Miss Liyanaroxx.

(Ana, zaman bercinta tu bermaksud zaman dah lepas. So, nanie buat tag zaman tengah bercinta ye? haha...giler Melayu dah aku sekarang ni bila belajar kat UKM!)

Well, ape yang specialnya zaman bercinta aku sampaikan aku di tag oleh si Miss Liyanaroxx ni? Aku rasa biasa-biasa je. Bagi sesetengah orang mungkin cara aku ni agak cliche, takde yang romantiknya, takde yang indahnya. Tapi bagi aku, 'wehhh!!! Ni tag aku la wehh, aku punya story la kan?' ;P

So, here we go:

1) First time jumpa buah hati + di mana?

Kat mana? Kat dunia siber. Kan aku dah kata, memang cliche. Zaman teknologi kan, jadinya semua di hujung jari. Aku tak petik jari, tapi aku dok menekan. Dari tekan keyboard hingga tekan keypad.

Siyes, siyes... Kenal pon secara kebetulan kat Tagg*d.com. Ala, lebih kurang cam Fb, Fs jugak la. Aku tak pnah terpikir pon nak bukak account Tagg*d ni. But, ada sorang kawan aku kat UKM ni dok la invite aku join Tagg*d ni kat emel. Memula tu, aku delete je invitation dia tapi tiap kali aku bukak emel nak check emel, ada lagi minah ni invite aku. Adeh~~ So, layankan je la. Masa aku bukak account tu, ada lagi sebulan kot nak habis semester 2 kat UKM. Awal-awal kat Tagg*d ni aku bukak sekadar tengok mesej. Kalo aku nak reply, reply la. STRICTLY NO PHONE NUMBER GIVEN (at all). Durh~ Alam siber kot, mana bleh senang-senang nak bagi nombor tepon.

Tapi nak dijadikan citer, masa cuti semester UKM tu, aku rajin jugakla layan Tagg*d tapi sekadar suka-suka. Online Tagg*d tapi tak layan mesej orang. Saje tengok page orang lain, tengok gambar-gambar girls yang act comel. Aku plak pi letak gambar tengah makan KFC, dengan mulut ternganga as my profile picture. Sebab aku takde intention nak cari kawan lelaki. Bagi aku, mana-mana guys nak kawan ngan aku, terima aku seadanya. Ada sorang mamat ni tegur aku sebab banyak makan! 'Huh~ Aku pun tak hingin nak kawan ngan ko! Tak suka, sudahlah. Pi la cari kawan kurus keding sana.'

One night ni, masa aku tengah update blog aku pasal My Mr. Right, ada sorang guy ni mesej aku kat Tagg*d. Profile picture takde. Check profile dia, dia pon bukak account selang seminggu awal dari aku. Yang dia ni, tetibe aku curious lebih. Aku layan mesej dia. Selang berapa hari pastu, aku dengan baik hati bagi no.fon aku pada dia. Tapi, bukan no.tepon aku yang sebetulnya. And then, semuanya bermula masa aku pi Sabah. Dari situ mula-mula tepon dan berborak ngan dia, buah hati aku sekarang.

2) Cinta pandang pertama?

Obviously BUKAN CINTA PANDANG PERTAMA. 'Kan sayang, kan?' Sebab kitorang bermula dari alam siber, ke alam mesej-mesej, ke alam bergayut di hp, selang sebulan kot baru jumpa dia. Owh, tindakan paling berani aku pernah buat --> couple ngan random stranger tanpa aku knal muka dia camaner (dia pernah tengok muka aku kat dalam Tagg*d). Ye la, kot-kot takde gigi ke kan?? Who knew, aite?

3) Siapa dia pertama kali anda berjumpanya?

Apekah motif soalan ni? Ada skema jawapan ke? Takde kan? Erm...Dia seorang pekerja kerajaan. Senang citer, Ashkar. Haha... sorry, sorry...Navy lah. Tapi masa aku jumpa dia kali pertama, sempat jumpa tak sampai seminit pon. Masa tu janji nak jumpa kat Tasik Titiwangsa sebab dia nak bagi bunga Flip Flap yang dia tolong belikan untuk aku (surprise, surprise!). Masa tu hujan, dan aku tak turun kereta pon, setakat bukak tingkap kereta dan dia hulurkan plastik pada aku. And masa tu, aku tak sempat nak digest muka dia pon, cuma perasan ada tahi lalat kat pipi kanan dia. Tahi lalat pemanis. Tahi lalat dia tu yang jadi igauan aku! Hahah ;D

4) Berapa lama jangkamasa untuk si dia mengajak saya keluar dating?

Hah! Agak lama! Katanya pemalu. Aku yang awal-awal ajak dia kuar jumpa tau (ni silap orang la. Patutnya aku yang kat tempat dia, pemalu. Tapi terbalik plak). Kali pertama dia ajak jumpa, masa yang dia bagi bunga Flip Flap tu pada aku. Masa tu aku dah tawar hati nak ajak dia jumpa dah. Tetibe dia ajak. Aku pon on je la.

5) Tempat dating pertama?

Kat Tasik Titiwangsa. Giler poyo kan? hehe... tapi bagi aku, memori terindah tu wehhh~

6) Macamana dia melamar? (Erk... ok, ok...lamaran jadi gf ye. Kena tukar sket)

Awal-awal dulu aku jugak yang mulakan. Tapi masa tu aku pon tak berapa nak serius. Sikit-sikit baru dia tunjuk serius, macamtu jugak aku pun sama. And the rest, dia yang buat move dulu. Tanya pasal kawen, adat orang Jawa. Tapi, satu benda yang dia buat dan aku sendiri terkejut --> bila dia bagi cincin emas dan dia sarungkan kat jari aku. Masa tu kitorang saje-saje pi Taman Orkid, KL. Katanya --> 'tanda Cuk terima cinta Abang'... awww~ Sweet sangat!

7) Special date dengan buah hati?

Jawapan cliche lagi: setiap kali kuar jalan-jalan ngan dia kat taman tasik, kuar makan ngan dia dan semua aktiviti yang melibatkan kami berdua, semuanya istimewa bagi aku. Sebab aku jarang dapat hangout lama-lama ngan dia. Jadinya, masa itu emas kan? Gunakan sebaiknya. hehe ;)

8) Perubahan yang dia mintak aku buat?

Perangai kena lembut sket. Sebab dia tau aku kasar. Dan aku sendiri tau aku kasar orangnya. Mungkin dia tak biasa berdepan ngan orang yang terlebih huha macam aku ni kot. Selain tu, dia mintak aku berbincang ngan dia sekiranya ada problem yang timbul antara kitorang ni. 'Ada ape-ape lagi yang Sayang nak Cuk ubah?'

9) Ape yang anda suka tentang buah hati anda?

Jawapan cliche lagi: Semuanya. Terutama sekali tahi lalat kat pipi kanan dia dan hidung dia; mancung tak macam hidung aku yang pesek ni ;p Dia rasional dan matang dalam berfikir walaupun umur kitorang ni sebaya. Last but not least, buah hati aku ni spontan orangnya, aku takkan tau ape yang dia fikir, tup-tup nanti dia akan buat surprise pada aku.

10) Ape yang anda inginkan dia berubah?

Setakat ni takde ape kot? Nanti kalo ader, aku update ye? boleh tak cenggitu?

11) Anda akan hilang akal jika dia...

Tetibe senyap, tak reply mesej aku lepas beberapa jam. Masa tu aku kena bukak balik sent item dalam hp, check semula ayat aku dalam mesej-mesej sebelumnya, kot-kot ada yang berunsur ayat ganas, ayat kasar. Selalunya jadi bila ada ketengangan urat antara kitorang berdua. Biasalah, dalam relationship memang takkan selalunya tenang. Mesti ada turun naiknya kan?

12) Anda akan tersenyum sepanjang hari sekiranya...

Buah hati aku ni buat ayat-ayat jiwang dia melalui sms. Dia ni romantik semulajadi. Tapi dia tak sedar dia tu romantik. Memula agak payah jugak la aku nak sesuaikan diri sebab aku ni jenis kasar, huhahuha. Lama-lama... ala, paham-paham je la ye? Ataupun dia bagi kata-kata semangat kat aku; contoh masa aku breakdown pasal tesis awal bulan 11 ritu. Selain parents dan kawan-kawan rapat aku, aku bertuah ada dia. 'Thank you Sayang!'

13) Cinta anda terhadap buah hati anda adalah sebesar...

Cinta aku pada family aku, pada diri aku, pada kawan-kawan rapat aku. Tapi tak la sebesar cinta aku pada Tuhan yang satu. 'Cuk harap perhubungan kita ni berkekalan hingga akhirnya dan ape yang kita impikan selama ni menjadi kenyataan, InsyaAllah satu hari nanti...'

14) Ape perasaan anda bila dah buat tag ni?

Aku rasa perangai jiwang aku dah terkeluar plak kat entry nih. Ahhh... what to do kan? Mengaku je lah. Hahaha ;D Sorry, terjiwang plak ;P


p/s: Mak aiii... penat buat tag ni. Habis pon.

Wednesday, September 9, 2009

random Tag

LiyanaRoxx tag aku untuk buat tag ni. Hehe... pastu dia tak bagi cut+paste plak tu. Hish budak nih...

1. Apa perasaan anda sekarang?
Takde perasaan. Haha :( sebabnya supposedly kena present proposal 15hb minggu depan, tapi bila nak konpem semula ngan prof tu dia kata dia busy 15hb and kena tukar ke 16hb dengan Alang tak beli tiket balik raya lagi, itu ini... last-last dah takde rasa nak present trus. Boleh tak cenggitu?

2. Saya nak makan?
Popiah yang saya buat sendiri tapi malas nak buat. Haish~

3. Impian saya?
Jawapan cliche - nak jadi anak yang solehah. Selain tu, nak bukak kedai kek/ pastri cam cik f@nna (jom f@nna, kita join venture?), nak ada family sendiri, anak-anak yang comel :)) InsyaAllah~

4. Haiwan yang saya tak suka?
LIPAS, CICAK, semut yang beremba-remba (geli!)

5. Saya harapkan...
Saya sentiasa sihat, berjaya dalam hidup dan ada masa yang secukupnya untuk luangkan dengan family, ngan kawan-kawan baik saya (LiyanaRoxx, aTiQue, Along, Alang+Bong), dan sudah semestinya dengan Cik Abang saya :))

6. Jika boleh putarkan masa?
Bak kata Cik Abang saya, hidup kena pandang kedepan. Saya cakap perlu gak toleh kebelakang untuk buat perubahan yang positif pada masa akan datang. Jadinya, kalo untuk putarkan masa... erm... toleh je tak boleh? Tak nak 'sejarah mungkin berulang' dah. hehe

7. Saya pada 10 tahun akan datang?
InsyaAllah ada family yang sendiri, ada anak-anak yang comel, berjaya ngan bisnes buat kek (sangat tak relevan ngan benda yang aku belajar sekarang -- Pengurusan Persekitaran -- tapi better buat benda yang kita suka, kan?)

8. Handphone saya adalah sebuah?
Alat penghubung yang sangat penting. Seriously saya tak boleh hidup tanpa handphone. Penghubung saya pada family, pada kawan-kawan dan juga... pada buah hati saya~ ;)

9. Saya pernah bercinta sebanyak...
Ntah. Semua tak serius pon. Yang ni sorang je betul-betul serius. InsyaAllah kekal :)

10. Saya suka pada...
Benda yang comel-comel (sebab tu saya suka cupcake), Bear froggy yang warna hijau tu (kalo dapat nih bestnye!), dan for the time being saya suka warna pink - merah - biru.

11. kawan-kawan saya...
Semuanya sporting habis dan gila bergambar macam saya jugak! Hee~

12. Pernah dikhianati?
Tak pernah kot. Kalo ada pun, saya tak amek peduli kalo benda-benda macam ni. Yang penting saya boleh teruskan life saya macam biasa.

13. Apa yang anda hendak lakukan terhadap dia?
Tak terpikir pon nak balas balik. Well, sekarang ni takde tunggu akhirat nanti baru dapat balasan, la ni jugak dapat... tunggu je la. Sebab tu aku tak amek kesah. Lagi satu, nak aniaya orang tu apesal? Awat la hasad sangat...

14. Kalo orang kentut, awak buat ape?
Orang tu kentut sebelah saya ke? Kalo ya, saya blah je dari situ. Jaga maruah dia kot. Takkan nak tanya 'weh, ko kentut eh?' ...

15. Awak suka kopi atau teh?
Teh tarik! Teh hijau. Kopi bukan faveret, tapi kalo dah duduk berborak kat Oldtown ke, Kopitiam ke, order je kopi tuh.

16. Awak berkawan tak dengan girlfriend/ boyfriend kepada ex awak?
Erm... tak amek tahu pasal dorang. hehe~

p/s: Nak tag f@nna + aTiQue je. hehe...

Thursday, July 16, 2009

-- i'm CANDIDLY tagged --

Waaa...sudah lama aku tak buat keje tag nih. Tadi jenguk page Liyanaroxx, dia tagged aku buat tag ni: MY CANDID MOMENTS.

Peraturan tag ni: Selongkar pc/lappy anda, cari SEKURANG-KURANGNYA 3 KEPING gambar candid...kalo lebih lagi bagus! Letak dalam blog anda dan citer serba sedikit pasal gambar candid tuh.

Persoalan utama: Aku ada gambar yang candid ke? Selalunya takde sebab mata aku selalu awas dengan setiap kamera disekeliling aku nih (berlagak nampak? hehe).

Tapi, cuba lihat nih:

Masa ni satu kelas aku ada kajian lapangan kat Nusajaya, Wilayah Iskandar, JB. Dok meninjau Singapore dari arah JB sebelum kumpulan Joe buat persampelan air kat area tuh. Masa ni aku tengah borak ngan Mama Sal, tetibe Joe panggil. 'Yeeee?' [Snap]

Ni baru balik dari Nusajaya. Kitorang satu kelas lepak kat lab ujikaji air kat Fakulti (sudah tentulah nak buat test air yang kitorang dok kumpul masa kat Nusajaya tu). Along pegang kamera aku masa ni dan time tu aku baru lepas siap basuhkan bikar yang baru lepas guna.

Masa ni aku, Along + Shidah main badminton kat Kolej Za'aba semester lepas. Tengokla tu, tak pakai pakaian yang betul pun nak bersukan. Sebenarnya time tu baru balik dari kuar makan ngan dorang. Tetibe Along tanya, 'eh korang, jom main badminton nak?' Kitorang ape lagi, trus iya kan ajelah ;) (tak nampak shuttlecock kan?magic!)

Muka serius je nak ajar Bong pam tayar kete (amboi, sebelum ni adik dia yang rajin tolong pam kan). Tapi dia sempat nak posing, aku yang kene pam kan tayar kete dia. Ceh~

Ni buat kajian lapangan kat Langkawi plak. Masa ni saja amek gambar Phua. Tup, tup, rupanya dia candid aku amek gambar dia jugak. Heee~ 'Thanks Phua!'

Ni masa buat presentation tesis aku kat Klana Resort bulan April lepas. Muka memang senyum, tapi dalam hati masa tu 'panasssssss...'. Sempat Ain candid gambar ni sebab aku senyum tak lama masa tu ;p

Haaaaa... ini memang real candid dari Bond! Gambar ni kesinambungan untuk gambar aku yang aku ada letak kat [PicasaWeb]. Aku tengah snap gambar aku, LiyanaRoxx dengan aTiQue. Bila Bond upload dalam Facebook, tengok-tengok ada gambar nih. Walaweiiii... Semangat giler aku! hahaha...

Jadinya, ini je... Gambar candid lain banyak jugak. Tapi malas nak tunggu upload kat sini. aku taknak tag sesape. Sesape yang baca tag ni, dan ada blog, nak tag diri sendiri, silalah... lalalala ;D

Wednesday, June 3, 2009

5 things..no need to count

Yer...lama sudah tak buat tag. I've been tagged by my dearest kawan-baik-since-sekolah-menengah; Miss LiyanaRoxx. Enjoy~

Owh, there might be some speculation going around after reading this tagging thingy, but hold your thoughts ya aTiQue + LiyanaRoxx (I know u'll ask me anyway). I dun need to be drag along to the gossip corner...haha ;D

5 nama timangan anda:
  • Nanie : Nama yang biasanya dipanggil oleh orang yang dah lama kenal aku. My family (abah, ibu, abang, my sister-in-law), classmates, kawan rapat, kawan tak berapa nak rapat (tapi dah lama kenal). Semualah.
  • Elanie : ATOK aku (so, sape nak sama taraf ngan atok aku dipersilakan...ekekeke...juz kidding), Mak Yah (jarang jumpa dia), semua lecturer yang kenal aku. Atau orang yang baru kenal aku secara rasmi.
  • MakNgah Nanie : hehee...ni panggilan untuk anak buah aku yang sorang tu. Dia belum pandai bercakap sangat. Hah, susah sangat; untuk semua anak buah aku nanti...Owh, untuk semua anak buah tak kiralah anak buah sepupu sepapat pon boleh ;)
  • E=MC² : panggilan di Blog.
  • Cuk : Owh, ader sorang kawan aku panggil aku dengan nama ni. Sebabnya masa aku call dia, aku tak mandi lagi ;p

5 tabiat/ sifat buruk anda:
  • Moody : Aku senang moody tapi aku senang cool-down jugak.
  • Love Speeding : Aku suka sangat speeding kat highway. It's addictive la (tekan minyak). And I can't help it!
  • Pendendam : Aku senang dendam ngan orang. Sebab tu aku buat resolution tahun ni (dan untuk tahun-tahun akan datang jugak) nak buang sifat pendendam dan jadi pemaaf.
  • Shopaholic! : Pantang ada duit! No, no...tak boleh tengok ader duit! But mostly my money goes out to MPH, POPULAR Bookstore. Teheheee~ Beli novel atau buku cerita untuk adik.
  • Pemalas : Malas bukan malas aper. Selalunya malas nak buat assignment. Suka buat keje last minit. House chores aku boleh tahan lagi. Masuk dapur masak; erm, aku suka masak sekarang ni tapi tolak kalo ibu ada kat rumah je. Aku tak masuk campur hal dapur. Huhuhu...Pejabat dia kan. Tak boleh kacau!

5 makanan favourite:

  • Masakan ibu tershayang (semua!!!) ~
  • Spaghetti Meatballs dari SR
  • Japaness Soba dari SR
  • Fish and Chips dari Manhattan Fish Market
  • Shah Alam Beef Kuey Teow dari Kedai Kopi Seksyen 4, Shah Alam

5 matapelajaran favourite:
  • Art! (owh, definitely art!)
  • English
  • Modern Math (I'm hopeless in Add Math...hehe)
  • GIS (degree UiTM dulu)
  • Kemahiran Hidup (bukan THE kemahiran hidup yang aku belajar dengan Puan Sal dan Puan IntanSue tu...haha...I mean KH subject masa high school dulu. Aku paling suka menjahit, bertukang dan electrical. Pelikkah? haha)

5 benda wajib dalam purse (jap, purse comel yang sangat simple yang aku pakai sekarang atau purse betul?):
  • Duit lah!
  • IC
  • Driving License
  • ATM card
  • Resit-resit pembelian + resit keluar duit (cukup bulan buang la)

5 topik yang biasa dibual dengan kawan
  • Nak makan kat mana hari ni? : Dengan member JJCM kat UKM (sape lagi kalo bukan dengan Ain, Nad + Shidah)
  • Jodoh (ekekeke) : Dengan member seperti diatas nih dan dengan member rapat terutamanya dengan Kak Aina
  • Family : Dengan Kak Aina (dengan dia aku boleh borak ape saje. One of my friends yang tak pernah judge apa yang aku buat. She's really like my own sister).
  • Everything : Dengan my bestest friends (LiyanaRoxx + aTiQue). Itupon try nak catch-up everything dalam masa yang singkat sebab dorang ni sangat BUSY!
  • Pouring my hearts out -- pasal kawan -- masalah study : Ibu!!! ;)

And, aku taknak tag orang lain. Feel free to tag yourself (pada sesape yang baca blog aku ni).

Saturday, May 9, 2009

Tag dari LiyanaRoxx

ye, ye Ana, I'm updating my blog oredi. No fuss ya, babe...haha...Alkisahnya saya tidak meng'update' blog saya sekian lamanya kerana saya kesuntukkan masa untuk menstabilkan diri membaca segala nota-nota kuliah yang perlu saya habiskan menjelang peperiksaan tiga minggu lepas (wah, penat berbahasa melayu taraf A1 SPM nih).

So, Nanie buat tag ni yer...

1) If u can be an animal, what will u be? why?
  • owh, I would like to be a CAT. No specific reason why I chose cat but since I LIKE, owh, LOVE cat, I think it's going to be the best answer lah...haha...But if it's not enough, then I'll give you another reason then. Erm, maybe because cat wears their fur quite arrogantly and they thinked that they're cute enuf (haha...angkat bakul je nih...nak reason kan, so aku bagi la ni)
2) If u robbed a bank, what do u want to do with the money?
  • Ish, berdosa mencuri nih. Erm, but if given a chance to hold up a tremendous amount of money, I think I'll buy a car of my dream -- VW Golf GTi/ R32 -- and buy my dad's old time favourite's as his birthday gift ever -- Mini Cooper S (any colour he wants) --, buy my mom a big house and a servants (two, the most) that will do all the chores and leave my mom to cherish her own leisure time (ceramah agama, kelas mengaji, kelas fardhu ain yang dia suka pergi tu)
3) If u can teleport urself anywhere in the world, where do u want to be and why?
  • Aaaa...I wanna go to Italy, New Zealand and Australia (errr, there's no place limit kan?) Reasons:
  • Italy because they say they got the superb Pizza + Spaghetti in the world (but please no non-halal thingy in it ya)
  • New Zealand because they got a superb view of green area especially the cow's grazing area and to drink cow's milk fresh from the cow...haha (I dun like milk actually but I would like to taste the fresh milk for once)
  • Australia because I wanna visit the place they shoot for waterfall scene in TWILIGHT's movie.
4) If u know that u're dying, what is the last meal that u want? why?
  • we're in the same page here Ana. What kind of question is this? hahah...But, I would like to have my mom's dishes.
5) If u can kill one person in this world, who is the person? why?
  • Aaa...I dunno. I dun have any particular person in my mind, seriously. It's a sin to killed a man, and I dun have a reason to do so either...
6) If u can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is ur choice and why?
  • more than 24 hours, please!!! So that I can do all the stuffs that I LOIKE in one day, every day...Like going for a movie everyday for an instance...Having to release my tensions for the day...Heaven cenggitu! owh, but minus the extra work hours la. There's a regulation in labour laws...Our bosses should know about this...haha ;)
7) If u can date celebrities, who is that person? why?
  • I simply adore this Q. I've said it twice in my blog already. It better be Fahrin Ahmad!!! wohooo~ Dia sgt2 KACHAK, dan GENTLEMAN! Itu sahaja.
8) If u can only have one thing in this world, what would it be? why?
  • LOVE or MONEY? I chose MONEY over LOVE. Not that I don't want to loved, to be loved; but since it's a new millennium, LOVE won't go far except tagging along the MONEY with it. Everything needs MONEY, habis tu takkan nak makan pasir je, Bang oiii?

Thursday, April 23, 2009

Tag Wallpaper Desktop

Jalan-jalan kat blog LiyanaRoxx tu sambil makan Choki-Choki, rasa cm nak buat tag ni gak.

Wallpaperku:



Kenapa aku suka wallpaper tu?
Menunjukkan aktiviti kegemaran dua adik beradik (aku+abg aku). Sorang camwhore, sorang lagi mmg suka mengambil gambar (photographer sambilan la katakan) dan si camwhore mengambil gambar orang yang mengambil gambar skali. ehehe. Aku teman abang aku snap view Istana Budaya waktu malam. So, time ni aku ader peluang guna camera baru + menunjukkan ke'power'an camera baru aku tu : Canon IXUS 980 IS -- ISO 3200 (berlagak nih.muahaha). Takde lagi kamera se'best' itu. ekekeke...Abang aku pon kagum tau!


Ahh.....habis dah! ;)

Friday, February 27, 2009

Born For This: A Musical Tag

Rules:
  1. put your iTunes, Windows Media Player etc. on shuffle mode
  2. for each question, press the next button to get your answer
  3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS
  4. DO NOT CHEAT! (I solemnly swear..haha)

Yeah, another tag to be completed+ I've been tagged by Anna Ramly..
it's easy because nowadays I only played from my PARAMORE's playlist..

  • IF SOMEONE SAYS 'ARE U OKAY', U SAY?
Pressure
  • HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Adore?
  • WHAT DO U LIKE IN A GUY/GIRL?
That's What You Get
  • HOW DO U FEEL TODAY?
Decode
  • WHAT IS UR LIFE'S PURPOSE?
Misery Business? (haha)
  • WHAT'S UR MOTTO?
For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic
  • WHAT DO UR FRIENDS THINK OF U?
My Heart? (yeah, right)
  • WHAT DO UR PARENTS THINK OF U?
Decoy
  • WHAT DO U THINK ABOUT VERY OFTEN?
Fences (my god, why?)
  • WHAT IS 2+2?
Conspiracy (what do conspiracy got to do with 2+2? math geeks outnumbered..haha)
  • WHAT DO U THINK OF UR BESTFRIEND?
Let The Flames Begin (the Ex's)
  • WHAT IS UR LIFE STORY?
Here We Go Again
  • WHAT DO U WANT TO BE WHEN U GROW UP?
All We Know (go figure)
  • WHAT DO U THINK WHEN U SEE THE PERSON U LIKE?
Brighter (wheeee~)
  • WHAT WILL U DANCE TO AT UR WEDDING?
Miracle! (sgt comel lagu ni)
  • WHAT WILL THEY PLAY AT UR FUNERAL?
We Are Broken (you better be because I'm not there anymore masa tu..mourning~)
  • WHAT IS UR HOBBY/INTEREST?
I Caught Myself (what the heck..takde keje len ke?haha)
  • WHAT IS UR BIGGEST FEAR?
Never Let This Go (yup, because life's must goes on kan?)
  • WHAT IS UR BIGGEST SECRET?
Emergency (nape plak?)
  • WHAT DO U WANT RIGHT NOW?
CrushCrushCrush (another crush on a guy..yup, I need one)
  • WHAT DO U THINK OF UR FRIENDS?
When It Rains (they're there when I really2 need them..Tqah, Ana, Ain, Sal)
  • WHAT WILL U POST THIS AS?
Born For This

Saturday, February 21, 2009

25 Things: A Voluntary Act of Useless Facts

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

Now, now, i've been tagged by Anna Ramly in Facebook..aiyoh, nowadays ah, it's all about tagging la..nvm, i enjoyed it oso maa..

  1. i LOVE chocolate..chocolate cake, chocolate's chocolate (haha), but never chocolate ice cream
  2. i LOVE VW Golf (red)..i dreamed everyday of buying it..but of course using my own money when i'm finally got a stable work la..or BMW 1.30i (white)
  3. i'm usually torn between buying Nokia's hp or Samsung's..up until now if ever going to buy one
  4. i LOVE children's fictions movie eventho i'm 24 (this coming March)..longtime favourite- Harry Potter, SpiderWick etc.
  5. i HATE pink but nowadays, my wardrobe's being stuff in with pink shirt, pink tudung, pink all that..
  6. i am NEVER one of a romantic lady/ girl..ekekeke...and never wish to be one
  7. i LOVE pop-punk music especially by Paramore+ metal band (Avenged Sevenfold)..i told u i'm not romantic kan?
  8. i LOVE shopping!!! nvm even if it's only window shopping..but it's still my favourite pastime..wheeee~
  9. i LOVE reading..but definitely not newspaper or textbooks..give me any reading materials from Meg Cabot, Sophie Kinsella, L. J Smith, Stephenie Meyer, and J. K Rowling ya..
  10. hey, it is a long lists..penat nak jawab..erm, i LOVE guy with a clean cut style..metrosexual ke? idk, but i like guy with short hair.period.
  11. i'm a camwhore..but in other people's camera..wakakaka..
  12. i LOVE singing..alone; in the car, in the toilet..i can sing-a-long every songs that i heard but don't ask me to sing any nasyid's songs...ekeke..idk any of it except from Raihan's 1st album..
  13. i never really have guts to karaoke-ing in front of people..but last week's trip, i sang in front of my classmates with suara sengau (caught a flu a day before my fieldtrip)! and they said i sang ok..durh~haha..'dari kerana mata.....lalalala'
  14. i LOVE abstract thingy..nuff said..
  15. i LIKE collecting books; one thing that i never regret buying eventho sometimes it's only a one-time reading thing
  16. i LOVE shoes!! but for the time being, i keep it hold because too many shoes in my waiting list to be use..ekeke..
  17. i LOVE speeding on highway..the fastest that i ever drive was 190km/hr; last month, on my way to KLiA picking up my dad.
  18. i LOVE eating..anything except rice, masak lemak ikan, anything with dried coconut..
  19. i LOVE collecting Movie CDs..eventho some of my collections i already watched it in cinema
  20. i LOVE cats..used to have one but not anymore..my mom hated their smells
  21. i used to hate baby/ kids but now not anymore..hehe..myra..oh myra...
  22. i want to grow a long hair.. the longest i've ever kept was 6 inches below my shoulder when i was in Form 2; and that's it..nowadays, i LIKE it short and simple..
  23. i am one of a SHY girl around boys..go ask my friends..haha..
  24. i LOVE writing or should i say, i LOVE rambling? but i never have time for it..busying myself reading..
  25. and lastly......i am my dad's daughter..'abah....' hahah
  26. eh, aku nak tambah lagi satu...i'll always get what i want in life..with my own effort..
hah, finish already!!

Sunday, February 15, 2009

tag Wedding dari LiyanaRoxx

Tag dari Cik LiyanaRoxx..jawab jela..hear ye~hear ye~ (mcm zaman raja2 dolu2 je bila ader pengumuman dibuat)

1.How old are you?
+soon to be 24 dis coming March

2. Are you single?
+yep..happily single and available...ekeke :)

3. At what age do you think you'll get married?
+hurm...entah..bf pon xde lg, so,umur nak kawen pon takle nk ckp

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
+err...aku xde calon lg la wehh..

5. If not, who do you want to marry?
+eishh..aku nk kawen ngan org yg lebih kurang cm Fahrin Ahmad! ..uiii..berangan bole la ;D

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
+yg ni angan2 je la. kalo bridesmaid: erm, nk atiqah+tj+ana (tp kalo adat melayu sorg je kan? ha, pilih yg mn blom kawen lg la antara 3 tu) bestman? adat melayu py wedding ader bestman ke?aku pilih wafi/zu kot (kwn rapat)..huhu

7. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
+garden la..nk buat kat Taman Metropolitan Kepong..area belakang yg dkt2 ngan rumah2 tu..cantiks btol view kat situ..angin pon bleh tahan la mcm kat oversea..tp, muat ke?

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
+mane ye?ha....kat Mediterranean! ecececeh...tak la, kat umah sendiri pon boleh ;D

9. How many guests do you think you'll invite?
+500? entah..kawan aku tak ramai..

10. Will that include your ex'es?
+tak kuasa aku..aku tak amek tau alamat+no fon dorang dah pon

11. Do you want an extravaganza wedding or a simple wedding?
+simple2 je dah la...

12. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
+traditional vows la..adat melayu mmg dh ader skrip kan?

13. How many layers of cake do you want?
+satu je cukup..kalo aku dapat buat sendiri Moist Choc Cake aku tu pun dah cukup best dah..ekeke

14. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?
+kalo boleh nak buat kat dewan je (malas nak bersepah umah) tp sure, confirm, pasti mak aku+bapak aku nak buat kat umah kampung kitorang je..hish...nanti AKU jugak kena kemas :(

15. When do you want to get married, morning or evening?
+nikah siang kul 10pg, sanding petang pas Zuhur..ok x?

16. You'd rather have your reception outdoors or indoors?
+outdoor la mcm abang aku punya wedding ritu

17. Do you like a grand entrance for your bride?
+pastilah!

18. Name the song/tune you'd like to play at your wedding
+aku nak lagu2 dari Paramore bleh tak?ahahaha...ganaz la plak..be serious..Avenged 7fold (Dear God+Warmness of Your Soul), Secondhand Serenade (Fall For U), Christina Millian (Us Against The World)..heheh..banyak lagu yg baru2 la..aku ni bukan minah jiwang layan oldies..kikiki

19. Are you a morning person or a night person?
+definitely not night person..pagi sampai petang-yes-

20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
+light la..nanti ms aku kawen, aku jd 'raja sehari' je..hihi

21. Is your partner now is your ideal husband/wife?
+entah..kalo dh ader partner,or bf, boleh le aku mengiyakan atau tak..

22. Describe your ideal husband/wife.
+bleh jadi kawan yg baik, ader sense of humor (jgnla siyes je, senak perut tengok), tak romantik sgt, aper lagi? nak list kan panjang2 pon, tak tentu aku dapat yg mcm tu kan? mls la..

23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
+fine dining pon boleh...tapi yg simple2 je, fine dining yg tak terlalu kaku..

24. Champagne or red wine?
+air suam je..air manis menggemukkan..wakakaka :D

25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
+bila2 pon boleh..aku tak kesah pon kalo honeymoon kat umah je..ekeke :D

26. Money or household items?
+mestilah kedua2 nye sekali!! bestu nak beli makan guna ape? pasir?

27. Who will pay for the bills?
+duit dia, duit saya; duit saya, duit saya la! tapi kena pandai bertolak ansur la..tp bagi aku, biar dia je bayar sume, itu tanggungjawab dia, kalo tak nanti dia lupa..

28. Are you ready for married life?
+entah? yg pasti belum 100% (sbb bf pon takde)..tp aku dah ready untuk ader bf dah..tunggu masa je

29. Do you think you will still be a virgin until you get married?
+wehh!! penting ok! insyaallah akan ku jaga keperawananku sehingga sah jadi istri orang

30. Will you always be true to your wife/husband?
+insyaallah...jodoh, ajal ditangan-Nya..

31. How many kids would you like to have?
+maximum 4..tp berapa2 Allah nak bg aku terima je..

32. A new house for a newly wed or an old one?
+new house bole?nak privacy...heheh...tp kalo awl2 tu, nak dok umah parents dulu pon ok..tp kena parents aku la..

33. What kind of cuisine would you like for your wedding?
+masakkan orang kampung! erm, ikan asam pedas, masak lemak nenas ikan masin, sayur kailan..uish..kecur air liuq~

34. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
+dvd la, gempak sket..uih..macam sempat je..

35. Whose wedding plans would you like to know next?
+Tj, tiqah, ain (dorang baca ke blog ni?)