Saturday, January 3, 2009

10 powerful phrases for positive people

Tadi aku jenjalan kat kedai buku POPULAR Ampang Point, aku terjumpa satu buku ni..berkisarkan motivasi jugak la (tp aku tak beli pon sbb harga mahal beb..dan daripada aku rugi beli dan tak baca buat aper, ye tak?hehe)

Tajuk buku tu '10 Powerful Phrases for Positive People' by Rich Devos.

Ni la 10 ayat-ayat tu:

1. I'm wrong
  • penulis ni cakap, kalo kita ader buat silap, tak salah untuk mengaku bahawa kita ader buat silap tu..lebih baik daripada simpan dalam hati sebab boleh memakan diri sendiri
2. I'm sorry
  • jika kita mengaku kesilapan kita, usah ego untuk menyatakan maaf..sebabnya, bila kita meminta maaf, kita akan lebih tenang dalam menjalani kehidupan kita. leave it and let go, babe! it's better that way
3. You can do it
  • kalo kita tetiba rasa putus asa, kita sebenarnya tak perlukan orang lain untuk memberi motivasi kepada diri kita sendiri..sebaliknya, kita sendiri boleh memotivasikan diri kita dengan mengatakan ayat di atas ini (tetapi diri anda sendiri perlulah kuat+ memaksudkan segala yang telah anda katakan itu..jgn setakat cakap je)
4. I believe in you
  • sebenarnya, tujuan ayat ini adalah supaya kita percaya kepada diri sendiri..percaya yang kita boleh capai impian kita; percaya yang kita boleh gembira; percaya kita boleh dapat result yang sangat best; percaya yang kita boleh berjaya walaupun ader halangan menanti di hadapan kita...
5. I'm proud of you
  • setiap perbuatan yang kita lakukan dengan sebaiknya (walaupun orang lain menganggap perbuatan kita itu biasa2 je), jangan lupa untuk memuji diri sendiri..jangan asyik suka memuji orang lain tp diri sendiri kita lupakan..silap besar tu.....oh,no no no...
6. Thank you
  • haa......ini lagi la..jangan lupa ucap terima kasih kepada diri sendiri...ahahaha...cuba kita nilai dari perspektif dan sudut yang lain..misal kata kita tolong orang buta melintas jalan, takkan kita nak mintak dia bagi habuan dalam bentuk wang ringgit kan pada kita yang dah tolong dia? habuan dalam bentuk ayat 'terima kasih' itu sudah memadai..kita akan lebih rasa seronok+bangga kepada diri sendiri kerana dapat berbuat baik..jadinya, tak salah berterima kasih kepada diri sendiri
7. I need you
  • erm, yang ni pasal keperluan kita kepada tuhan..walau macamana pon usaha kita, kita perlu tawakal kepada-Nya untuk mendapat keberkatan...
8. I trust you
  • yang ni sama macam no.4 tu..lebih kurang jer..
9. I respect you
  • yang ni pon penting tau..jangan sesekali kita lupa untuk menghormati diri sendiri serta orang yang ada disekeliling kita
10. I LOVE YOU!!
  • hehe..yang ini bukan setakat untuk kita cakap pada pasangan kita je..boleh juga kita ucapkan pada diri kita sendiri..sama juga kalo kita cakap pada pasangan kita, bermaksud kita tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada pasangan kita itu..kita nak jaga dia..sebaliknya kalo kita cakap pada diri sendiri..kita akan sedaya upaya menjauhkan diri sendiri daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri, betul tak? (aku percaya, sebenarnya, orang yang ambil dadah tu sebenarnya tak sayangkan diri sendiri)
Oleh itu, jangan sesekali kita lupa untuk memotivasikan diri sendiri..ader banyak kebaikan yang boleh kita perolehi bukan sekadar untuk meningkatkan semangat+nilai diri sendiri, malah boleh juga meningkatkan nilai+semangat orang lain yang berada di sekeliling kita..masih belum terlambat!

No comments: