Thursday, October 29, 2009

i LOVE you~

[Elanie + Qhohar]

'I've been spending all my time
Just thinking about ya
I don't know where to
I think I'm fallin' for you
I've been waiting all my life
And now I found ya
I don't know where to
I think I'm fallin' for you'

I LOVE YOU, sayang :)
InsyaAllah kekal hingga ke akhirnya... Amin~

brokenhearted

Pernah dengar lagu Brokenhearted Girl dari Beyonce? No, no... i'm not broken hearted ok... I'm enjoying my love life ngan Cik Abang saya. Cuma suka lagu ni sangat sweet je melodynya :) I'm not a big fan of Beyonce. Setakat ni suka dengar lagu dia yang sangat-sangat melodious macam If I Were A Boy ngan Halo tu je.

'I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no...'

Hmmm...

Wednesday, October 28, 2009

D.U.G.A.A.N

Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan kan? Hmm... bagi aku, luas perjalanan, buat perabis minyak keta dan penat. That is sooo true okeh?

Tapi kalo untuk pelajaran, takpe la, aku rela. Nak berjaya bukan mudah kan? So, itu yang terjadi kat aku semalam ngan kelmarin. Total aku bawak kereta dari hari Isnin ngan Selasa (semalam) 444km!

Mulanya plan poyo hari Isnin tu nak pi hantar surat kebenaran untuk dapatkan peta Daerah Seremban kat J***NS. Tapi masa sampai kat Seremban tu, terpikir gak, awat la lengang je bandar Seremban ni sebab most of the time bandar Seremban tu tersangatlah busy. Tapi agak best sebab bila tersesat mencari Wisma Negeri tu, takde la kereta yang nak hon-hon aku. Hihi... Memula tersesat sampai ke mana ntah, pusing balik, cari signboard ke Wisma Negeri. Ada sekali tu arrow ntah tunjuk ke arah jalan sehala. Ape mengarut. Pusing-pusing, last sekali keluar kat jalan nak ke Klana Resort. Hampeh! Kalo tau, takde susah sangat aku nak cari jalan.

Kepelikkan bermula bila masa dah jumpa Wisma Negeri tu. Macam pelik je, awat la takde kereta ni? Parking kat dalam pulak lengang. Dahtu kereta takde pelekat takleh masuk. 'Encik, saya ada pelekat UKM pon tak bleh ke???' haha... Jadinya aku pon parked la kete kat tepi jalan tu. Tanya je kat guard yang jaga tu, dia kata hari Isnin tu dorang cuti. Cuti sebab pertabalan Yang Di-Pertuan Besar N9. Hadoiii~ Tu la, Cik Abang dah swuh tepon dulu J***NS sebelum pegi, tak mau dengar cakap, kan dah kena patah balik semula ;(

Balik je dari Seremban, lapar, singgah terus kat Alamanda. Pas je round kat Alamanda tu, ingat nak balik dah, tetibe ada orang Maxis ni panggil pasal Broadband. Boleh kasi UP itu Mbps jadi 7.2 instead of 3.6 yang aku pakai skrg ngan bayar lagi kurang dari sekarang, which is rm78 (yang 3.6 tu rm138 sebulan. Giler cekik darah). Tapi nak tukar dari 3.6 ke 7.2 tu, memula kena la bayar registration rm100 (hmmm...sambil angkat kening tak puas hati), untuk 3 bulan pertama ni hanya bayar rm55. Lepas 3 bulan tu, bayar rm78 permonth plak. Ok la kan. So, dat jurujual kata aku kena bawak broadband yang lama untuk dia buat cancellation. Dia mintak datang hantar esoknya (Selasa). Ok, great. Kebetulan plak esoknya tu (Selasa) aku memang nak kena ke Seremban semula (sebab orang dah mula kerja semula). Alang-alang dah keluar, baik kehulu-kehilir ye tak? Jadinya, berjanji la ngan salesman tu nak datang semalam bawak broadband lama. Ok.

Semalam: keluar rumah kul 9am --> UKM --> Seremban --> UKM --> PKNS, Bangi --> Seremban --> Alamanda, Putrajaya --> UKM --> Ampang. Total masa 12jam keluar rumah dengan memakai baju kurung. Fuh!

Masa pi J***NS tu, orang tu kata kena ada surat kebenaran lain. Tapi kalo aku datang ngan surat yang lain tu pon, aku memang kena datang lagi sekali berserta ngan cop Jabatan lagi. So, takla aku hangin satu badan ke atau bengang ke sebab tak bawak surat kebenaran yang lagi satu tu. Janji ngan Encik Akmal tu, aku akan datang PETANG TU JUGAK (semalam) sebab aku nak bagi settle semua.

Drive balik la semula ke Bangi. Masa dalam kereta ondaway ke Bangi tu, susun plan ngan Alang so dat aku takyah pi UKM/ Bangi/ Putrajaya/ Seremban hari ni. Biar full satu hari aku. Takpe, bagi aku biar all out.

Plan dah bagus dah. Tapi aku ni kalo nak buat keje, mana bleh main-main. Nak bagi perfect satu hal. Last-last plan asal yang disusun masa ondaway balik Bangi tu kena rombak semula on the spot! Siap solat zuhur je dah kul 1.45ptg. Alang-alang, baik aku terus print surat kebenaran yang baru tu sekali ngan dapatkan cop Jabatan. Senang citer. Settle je dapat cop kul 2.10ptg, kami pon pi makan dulu kat PKNS Bangi. Isi perut sebab masing-masing dah lapar. Sempat gak pi bli kain cotton yang aku dah aim nak beli untuk Ibu ngan untuk aku sekali kat PKNS tu. Hihi :D (Pi makan kat PKNS tu ada maksud tersirat sebenarnya. Hehe).

Kul 3.10ptg gerak ke Seremban semula. dah la ngan hujan lebatnye kat highway masa tu. Tawakal je yang kat Seremban tu tak hujan. Ye la, aku pakai baju kurung tau. Ish, tak selesa ok kalo nak basah-basah kena hujan tu. Sampai je Seremban, alhamdulillah tak hujan. Lega. Tapi kitorang masuk je J***NS tu, trus hujan. Pun Alhamdulillah tau, terlepas dari kena hujan. Encik Akmal pon mintak aku tunggu, dia nak try siapkan peta yang aku mintak tu. Lagipon peta yang aku mintak tu, peta yang simple je. Bukan peta guna tanah ke, perumahan ke... 5.15ptg siap, kami pon balik la. Menuju ke Putrajaya plak. Nak hantar Broadband Maxis aku kat salesman Maxis tu.

Sampai Alamanda je dah kul 6.30ptg, Asar dulu baru pi booth Maxis, makan dan balik. Hantar Alang kat UKM, kul 8.20mlm aku gerak balik Ampang. Merempit aku kat highway malam semalam. Penat punya pasal. Sampai umah kul 9.00mlm. Sempat gak tengok Sumpah Bunian setengah jam. Oraits ar tu...

10.30mlm pas je dapat dengar suara buah hati, trus tido~~ ZzzzZz...

p/s: 'Bagus jugakkan pakai baju kurung ni? Sebab semua orang layan kita dengan baik :)) Tadi abang kat kaunter jual air tu baik hati tolong betulkan penutup cawan kertas tu takut tumpah ;p haha'

Monday, October 26, 2009

kursus kahwin

Ehem, ehem...

Last week's weekend aku pi kursus kahwin kat Precint 16, Putrajaya. Nasib ada member nak join kursus ni ngan aku. Ajak aTiQue, Encik Nan ngan Killeroses. Ajak jugak Cik LiyanaRoxx tapi sebab dia exam, jadinya dia tak dapat nak join la kami-kami ni kematu punggung duduk kat dewan yang sangat sejuk tuh.

Kursus kahwin yang pernnah aku dengar dari kawan-kawan aku sebelum ni, ada yang kata bosan. Tapi alhamdulillah kursus yang aku join ni semua best; dari tajuk hingga ke penceramah. Not bad la untuk kursus yang melibatkan bab agama nih.

Dalam kursus tu ada la sentuh bab akhlak, ibadah, akidah, komunikasi, pengurusan krisis, talak dan jugak prosedur perkahwinan. Bab yang talak tu penting jugak kita tau walaupun sape la yang terpikir nak bercerai kalo dah berumahtangga kan? Mintak dijauhkan, nauzubillah~

Dua hari punya kursus tu, Cik Abang yang tolong hantarkan. Dua-dua hari dia datang lambat nak amek aku kat umah. Nasib la aku ni bukan jenis orang yang marah lama-lama atau tengking-tengking. Cuma dok senyap dan buat muka masam je. Cepat je pon aku ok, cuma saja tak nak bukak mulut... 'Sorry sayang...'. Part yang best sebab dapat bunga!!! Hehe :D 'Tq sayang'.

All in all, dapat jumpa buah hati kesayangan untuk dua hari berturut-turut walaupon masih rasa tak puas. Ye la, dua hari tu pon jumpa masa dalam kereta, pegi balik dari kursus. Dahtu ada Kak Aina sekali. Malu la I nak jadi manja-manja gitu ngan dia. hehe ;p

p/s: awww... masih rindu ni, ape kes?? ;(

Friday, October 23, 2009

mengidam [part II]

hehe...puas dah hati aku. Hari rabu ritu dapat rambutan dari Cik Abang. Memandangkan dari hari Isnin sampai la ke petang Rabu tu tak dapat jumpa dia (balik lambat dari UKM, hujan etc), dia datang umah tolong hantarkan rambutan tuh. Heee~ (Terima kasih, sayang).

Terharu plak. Tsk, tsk...

Dari minggu lepas lagi sebenarnya dah mengidam nak makan rambutan. Bila tengok kat tepi jalan kat sebelah Sekolah Kosas tu, terliur jap, tapi malas nak benti (malas je alasannyer ;p).

Kebetulan plak hari ni aku takde plan nak ke mana-mana pon, trus je aku sarapan rambutan. Ngeh ngeh :D best btul! Habis semua aku makan, sorang! ;p Happy la aku untuk sepanjang hari ni :D

Monday, October 19, 2009

Ibu's 49th Birthday

Semalam (181009), birthday Ibu yang ke-49 tahun. Erh, dah 49 dah Ibu aku nih. Tapi kalo aku jalan ngan Ibu pi mana-mana, orang masih salah anggap kitorang ni adik beradik. Even kawan Cik Abang aku ingat Ibu aku tu, kakak aku! Nasib bukan Cik Abang aku tu yang buat komen macam tu. Kalo tak, siap dia, gigit hidung dia karang~ muahaha ;D

Petang Sabtu tu (171009) lepas pi melantak kat umah terbuka LiyanaRoxx + kawan-kawan Ibu, saje bawak Ibu ngan Ellie layan movie kat MBO Ampang. Tengok citer Papadom. Heheh... I'm not a big fan of Malay movies, actually. But it's worth watching something from Afdlin Shauki and our late Yasmin Ahmad. Fresh je movie-movie dorang. Yang penting Ibu boleh gelak, then I dun mind bringing them along...hihi :D

Tapi Sabtu malam Ahand tu, Ibu panggil tido billik dia (Abah pi Myanmar). Dia rasa badan seram sejuk, rasa nak demam. Jadinya aku rendamkan Panadol Soluble nak bagi Ibu. Malam tu tido la kat bilik Ibu yang sejuk (nak tutup aircond Ibu tak bagi plak, Ibu eksyen lebih konon boleh tahan). Sejuk okeh, aku dahla tak tahan sejuk lepas lemak-lemak kat dalam badan ni dah berkurang. Brrrr... (macam iklan Co*a-C*** plak).

So, ni la birthday Ibu yang paling... paling ape yer? Dah la birthday sendiri, demam plak tu. Abah plak kena pi Myanmar, ada keje kat sana. Tapi nasib baik Abang datang ngan Myra. Ada gak peneman bosan-bosan semalam. Kak Lin datang petang lepas kelas ganti dia habis. Semalam Ibu demam kan, jadinya dia biarkan je aku memporak perandakan dapur dia. Memula masak spageti pastu buat cupcake untuk Ibu. Hurrmmm... dua-dua mendapat sambutan, bukan daripada birthday mom, tapi dari Abang, Kak Lin, Myra ngan Ellie. Wahh... at least habis! Best perasaan ni bila ape yang kita masak tu habis dimakan tau. Baru tau perasaan Ibu kalo tiap kali yang dia masak tu habis kitorang makan. BEST!

Malam plak bila makanan sume dah habis, Abang beli tapau Nando's (sebab Ibu tak larat nak kuar pi makan). Wehhooo~ makan lagi. Dua hari berturut-turut makan je kerjanya tau. Hish~

Dan... Ibu senyum je bila aku sampaikan birthday wish dari Cik Abang aku tuh. Hehe :D


Happy 49th Birthday, Ibu! Nanie sayang Ibu, forever and ever~ MuaxxXx!!! :)

Friday, October 16, 2009

loving it~

Tak best kan kalo kita berahsia ngan parents kita? Lagi-lagi kat Ibu kita...

Hari tu masa awal-awal dapat 'the unexpected gift' dari Cik Abang, takut nak bagitau Ibu. Well, nama pon Ibu. Pemikiran dia jauh ke depan dari kita ni yang baru setahun jagung hidup. Takut dia fikir yang Cik Abang bagi cincin tu ada maksud lain. Padahal, maksudnya ehem-ehem je (biarlah rahsia. hehe).

Tapi bila pakai seludup-seludup lagi tak best. Cara aku ni senang je; samada pakai atau tak pakai langsung. Bila kejap pakai, kejap tanggalkan, nanti aku naik rimas.

Last-last, tengahari semalam masa aku nak mintak izin Ibu nak kuar jumpa Cik Abang, aku cerita sekali pasal cincin tu. Ibu senyum je and there's a part where Ibu kata 'jiwang jugak si Qhohar tu ;D'... 'yes, indeed he is, Ibu'. (I guess Ibu dah bagi green light? kan, kan?)

Pas je bagitau Ibu tu, trus rasa lega yang amat. Terus je pakai, tak tanggalkan langsung kecuali masa basuh pinggan (tak rela tengok cincin tu kena sabun pencuci la. hihi... gediks). And I like the feelings of having something wrapping around my jari kelingking. Yep...

Aku ni bukan dak perempuan yang suka cincin. Aku tak suke pakai cincin. Like, seriously... Rasa geli je. Aku ni lebih kepada gelang tangan. Rantai pon biasa-biasa je. Tapi sebab dah Cik Abang bagi cincin, aku terima lah. Awal-awal ritu rasa geli-geleman jugak kat jari kelingking tu. Tapi alah bisa tegal biasa, kan? Dah tu, sekarang ni rasa pelik plak bila takde cincin tu kat jari. Hihi... seronok. Bukan selalu dapat kejutan macam tu.

p/s: Cuk suka cincin tu, sayang :)

data analisis

hah~ there you go my 3rd chapter mcm poyo je stucked!

Alang dah stucked with her 1.2 million data. I repeat, 1.2 million. Orang bahagian Jabatan Rekod kat PPU** pon macam tak mau bagi je data tuh. Now, tajuk dia macam ada sedikit goyah; dengan lecturer kami yang selalu meeting sana sini sampai tak dapat contact. Haish...

Along, pon sama stucked ngan data dia kat SYA***. Owh, poyos je kalo mintak data ngan pihak swasta. Camnilah gayanya. Hold memanjang. Nak proceed pada analisis data pon tak boleh. Jadinya, stucked kat bab 2, sampai bila pon tak tau lah.

Bong plak, tajuk pon goyang-goyang lagi. Yang itu macam sangat common, yang ini pon common... Sumer tajuk macam orang len pnah buat sebelum ni. Tak boleh ke tak payah buat tesis if semua tajuk tu semua orang pnah buat dan tak boleh ada sebarang repetition dengan guna kawasan kajian yang berlainan? Kalo nak sangat yang baru, meh bagi kami ni buat PhD trus. Boleh jadi lecturer trus ;P

Aku plak? While my other adik beradik stucked kat data, aku plak data ada. BAAAAANYAK data. Sumer dah dapat. Tinggal nak analisis je. Tapi sangkut kat bab 1. Banyak plak tu kena selitkan sikit kat situ, selitkan ini kat sini. Macam-macam. Aku ni plak jenis, selagi yang awal-awal tak siap sepenuhnya, aku tak mau proceed benda lain. Jadinya...

p/s: 2x5 je ngan adik-beradik yang lain. Hahaha :D

Thursday, October 15, 2009

aiskrim

Esok petang, nak jumpa buah hati aku. Kat... tempat biasa. hehe :D

Terasa nak makan aiskrim. Yey, nak makan aiskrim ngan Cik Abang! tak sabar!


p/s: Lama btul tak makan aiskrim. Last2 plan makan makanan yang aku rindu ngan orang aku rindu~ :))

picture holds a thousand words

Betul eh pepatah lama ada mengatakan - a picture holds a thousand words -. No need to citer yang panjang-panjang, hanya dengan sekeping gambar menggambarkan semuanya. Happy, sedih, teruja, nakal, serius etc.

Hari Isnin ritu aku upload la 3 keping gambar kat FB. Erm... banyak plak komen. Membina, mengutuk, nasihat pon ada. hehe...

  • Untuk segala komen yang membina, menyokong tu, THANKS.
  • Untuk sebarang komen mengutuk, I DUN MIND AT ALL.
  • Dan untuk sebarang komen berbentuk nasihat, THANKS jugak!

But the truth is, I know who I am. I know what I'm doing at the exact moment. And trust me, I know how to take care of myself.

p/s: "The picture shows me at one glance what might be spread over ten pages in a book" (Ivan S. Turgenev)

...on progress...

Kadang-kadang tension jugak buat tesis ni. Tang data sangkut la, tang tajuk macam ntahapehape ntah, tang nak edit isi dalam tesis la, macam-macam. Dugaannnnn... dah nama pon student kan? Ataupun, secara umumnya, hidup kat dunia ni mana ada yang senang je (petik jari semuanya selesai); mesti ada dugaan. Tapi, takpelah. I dun mind a bit, owh, tidak... I do mind but it's ok (tipula kalo sikit pon tak kesah kan? hehe). But life's without challenge aren't life at all. Yang penting jangan putus asa. So...

p/s: Life's must goes on, Nanie. Cheer up + gud luck!

Monday, October 12, 2009

Unexpected Gift~

Sabtu lepas (101009), saya, Elanie Khair, dapat hadiah kejutan dari buah hati saya.

Sangat tak sangka. Patutlah dia ajak duduk sangat kat Tmn Orkid tu sebelum balik ke kereta (yela, sebab kat dalam kereta nanti pon akan duduk, kan? Pastu dia duduk pun tak sampai berapa saat).

Tetibe...jeng, jeng, jeng~
Okey, 'nuff said :D


p/s: Tq sayang! :)

sabtu yg lembik~

Sabtu lepas (101009), jadual aku dari pagi sampai ke malam penuh.

Jumaat tu cik abang cakap nk jumpa hari Sabtu tu (almaklumlah dah nak masuk 2 minggu tak jumpa, kan...rindulah gamaknye~). Plan punya plan tetiba dia ajak pi Taman Bunga Raya (kat area KL/ Tmn Tasik Perdana tu). Memula ingat nak jumpa somewhere and pi naik kereta dia. Tup, tup dia kata nak datang jemput kat umah. Ok lah. Since ritu Abah boleh tersilap orang (masa cik abang datang beraya ngan kawan dia kat umah), so, this is the perfect time la Abah nak TENGOK balik buah hati aku. Ye lah, kenalah masuk umah kalo nak mintak izin Ibu ngan Abah, kan?

Kejap je, tak sampai 5 minit camtu kami pon gerak la. Park kete kat Tmn Burung, jalan ke Taman Bunga Raya, pas round kat Taman Orkid dalam kul 12tghari kami pon balik. Panas la. huhu~ Boleh jugak la kalo nak kata aku ni puteri lilin. Hehe ;)

Sampai umah kul 1ptg, Cik Abang hantar sampai depan pintu rumah! Siap cakap kat Ibu --> 'makcik, saya nak pulangkan anak makcik ni' (Cik Abang saya ni kalo mula perangai tak senonoh dia, camtulah ;D)

Trus je pi mandi, siap-siap nak pi kenduri kawin anak Aunty Norli kat Restoran Felda Villa. Balik tu jem la seperti biasa kat Jelatek. Sampai umah nak dekat kul 3ptg. Angkat kain segala, zuhur, pas Asar dah janji nak kuar ngan aTiQue plak. heee~

aTiQue ni, Jumaat malam Sabtu tetibe je hantar mesej kat aku ajak pi tengok cter The Ugly Truth petang Sabtu tu. Nasib jadual aku ngan family sampai pi kenduri kawin je, so, melayan la aTiQue. Ajak LiyanaRoxx, kebetulan plak dia dah dibooked awal-awal untuk ke open house kawan ayah dia dan open house rumah family cik Abang dia (Ana, ala Nanie tau, seawal mana Ana dibooked oleh kami ni, Ana mesti tolak last minit permintaan kami kan? Sebab famili ur hubby yang buat open house. hehe...Takpe, kami faham ;p).

Ingatkan nak tengok movie kat Galaxy Ampang je, tup-tup cter yang aTiQue nak tengok tu dah tak ditayangkan kat wayang. huhu... Nasib baik la aku ni ada excess internet, trus pi booked kat TGV KLCC. Hurm... Malam tu sampai umah kul 945mlm ok? Sempat lagi jem kat waterfront tuh. Huh~

Dah sampai umah, keje aku tak stop kat situ je. Lipat kain dan kena paksa diri baca buku 'meteorologi' plak. Hurmmm... dan akhirnya, terlelap sambil baca buku... ZzzZzZzzzz...

p/s: lembik gak la satu hari tu kuar masuk umah. Jarang aku mandi dan tukar baju sampai 4 kali dalam sehari. Paling banyak pon 3x mandi, 2x tukar baju. Haha ;D But lembik-lembik pon badan, tetap hepi~

Thursday, October 8, 2009

~kari~

Dulu aku tak suka makan kari. Siyes nih.

Kari, kurma dan masak lemak. 3 lauk ni, aku paling tak suka makan.

Aku ni bab makan memilih. Ada setengah orang sume benda dia boleh makan, sume benda bleh masuk mulut. Aku memang tak.

Tapi sekarang ni, masak lemak tu boleh la. Tolak masak lemak ikan. Yang itu aku surrender. Siap jeling je lauk tu kalo orang hidang depan aku. Kalo masak lemak sayur ke, masak lemak nenas ikan masin ke, masak lemak udang ke, aku konpem tak tolak. hehe ;D

Kurma plak. Bagi je lah kurma ape pon, selagi aku boleh tolak tak makan, aku tolak. Ibu suka buat lauk kurma sebab favorite adik aku. Aku plak, sama jugak la, dok jeling je. Kalo dah lapar sangat dan bila makan ngan nasi tu, letak kicap banyak-banyak. Sebab nak bagi rasa kurma tu hilang. Aku pon tak tau la awat geli btul lauk kurma tu aku nak telan.

Kari. Hehe... Dulu-dulu, kari ni pon aku tak minat. Tapi la ni, dari bulan Ramadhan ritu Ibu asyik buat kari ayam, aku tak de komen. Siap mintak Ibu masak lagi. Makan ngan roti. Nyum, nyum... Tadi, balik je dari library memang tak makan lunch lagi. Tengok-tengok kat dapur, rupanya Ibu masak kari tulang. Sedap wooo~ Terliur lagi sekarang ni walaupon dah 2 jam lepas aku makan. Kari, kari dan kari lagi...

p/s: 'Sayang suka kari kan? Nanti cuk belajar masak kari yang kaw-kaw dari Ibu okeh before kawen :))'

rindu~ [part II]

I have to admit this...


I MISS MY BUAH HATI!!!


Buah hati saya tu tak lain tak bukan anak buah kesayangan, Myra. Dan kat... Encik Qhohar!

'Sayang... rindu la kat sayang... jangan lupa makan ubat ok? Cuk risau la sayang tak sihat lagi...'

Cik abang saya tu tak sehat dari hari Sabtu ritu. Alalala... sian kat dia:( Dahtu dia tak nak jumpa selagi dia tak sihat. Hukhuk... nak kacau dia tiap-tiap malam pon kadang-kadang kena fikir 2-3 kali, takut dia tengah rehat pas makan ubat. Jadinya, tahan je la dari ganggu dia. Kalo tak, tiap malam, hp tu tak lekang bunyi mesej masuk.

'Mudah-mudahan cepat sembuh ye sayang. Cuk rindu, risau...'

p/s: Sori, saje je nak buat entry menggediks kat sini. Lagipon blog aku, suka hati aku la kan? hehe

oktober dah...

haish... kejap je rasa dah masuk Oktober.

Ape yang aku dah buat 9 bulan ni selain pi balik kelas masa sem lepas, kuar beronggeng ngan Along, Alang dan Bong, pi makan-makan sambil bergambar ngan mereka-mereka yang terlibat... dan sebuk ngan assignment segala.

Baru dapat tau tadi, tarikh akhir hantar tesis 13nov ni!

what the...?

Ok, ok...takpe, tarik nafas panjang-panjang... InsyaAllah boleh siap. Kena positif nih. Aku nak keje dulu sebelum kawen.

Tadi saje je bagi gempak kat Along ngan Alang. Well, they need to know, what... Kalo tak, masing-masing hepi, tak hengat tesis kena hantar cepat. Ambek ko, terkulat-kulat dorang bila aku bagitau. huhu :(

p/s: So, untuk bulan 10 ni, insyaAllah usaha akan dilipat ganda kan. Dan... jangan marah kalo aku tak meng'update' blog ni ok. Tapi, buat sementara waktu (lepas dah peningkan kepala kat library pagi tadi), aku nak layan updet blog jap. heee~ :D