Thursday, February 18, 2010

aku percaya...

  • ... pada qada' dan qadar kerana setiap yang berlaku itu telah tertulis untuk kita.
  • ... pada kebolehan diri sendiri; bukan hanya untuk menyedapkan hati tetapi kerana tiada siapa yang mengenali diri kita selain kita sendiri.
  • ... pada suratan atau kebetulan; bukan kerana apa yang terjadi itu adalah salah satu diantaranya tetapi kerana apa yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya.
  • ... pada cinta; bukan kerana aku sedang bercinta tetapi kerana cinta itu wujud dalam diri setiap makhluk yang bernama manusia.
  • ... pada cinta pandang pertama; bukan kerana cinta itu buta tetapi kerana cinta datang dari mata, turun ke hati.
  • ... pada perkahwinan; bukan untuk menghalalkan yang haram tetapi kerana institusi perkahwinan itu sendiri sesuatu yang indah jika kita berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita; bukan hanya mengharapkan yang terbaik daripada pasangan semata-mata.
  • ... untuk menjadi sahabat yang baik, kita tak perlukan wang berjuta; hanya sekadar ingatan kita pada mereka, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara dan ketawa bersama serta hati untuk didekati.
p/s: aku percaya... setiap dari kita punyai pendapat tersendiri dalam menilai erti hidup ni. Jangankan masih mencari, lantas melukai dan akhirnya tetap menyendiri. Waduhhh... apekah?

No comments: