Thursday, February 4, 2010

seharian bersama...

...buah hati pengarang jantung! :))

Isnin lepas kan hari wilayah, jadinya seharian keluar ngan buah hati aku.

Niat nak pi beli kain kat Gulati's Jalan TAR tempat aku survey kain ngan aTiQue and Liyanaroxx hari Sabtunya tuh. But end up beli kain satin putih je, inner untuk kain lace majlis besar nanti. Nak cari untuk kain majlis kecil-kecil, dapat untuk kain majlis besar nanti. Well, jauh kan perginya tuh?

Nak pergi je mood aku tak berapa nak best sebab ibu komen pasal kain yang aku booked tu mahal sangat. Ok, nasib baik la Cik Abang aku ni pandai amek hati aku. Tak reti nak moody lama-lama tau :) Tu yang end up beli benda lain tuh. Seharian ngan dia round-round kat Jalan TAR tu, Cik Abang cari baju untuk famili dia. Tapi, keyword untuk hari itu ialah S.U.R.V.E.Y sahaja ok?? Haishhh... tak habis Cik Abang perli aku pasal survey tuh. Heeee~ 'Cuk tarik hidung yang dah sedia macung tu karang~~'

Tapi satu perkara yang dah jelas, nyata dan terang pasal Cik Abang aku ni, dia sangat cerewet ok? Lagi cerewet dari aku yang cerewet ni. Tapi, bagus jugaklah tahu dari sekarang kan, at least bermula dari sekarang ni boleh belajar untuk berkompromi ngan dia dan dia berkompromi ngan aku. Hehe... 'Iye sayang, sayang ni, MasyaAllah cerewetnyer mengalahkan cuk ni tau...'

'...takpe Sayang, Cuk tak mintak Sayang berubah ape pon, sebab dari mula dulu Cuk sayangkan Sayang sebab Sayang sendiri...'

Petang tu lepas je makan, baru dia hantar aku balik. Itu pon dah kul 5ptg baru sampai rumah. Alhamdulillah Ibu ni makin sporting. Dan percaya atau tidak, Ibu lagi salu bising kalo aku kuar hangout lama ngan Tqah and Ana berbanding aku kuar ngan Cik Abang. Ok, what is wrong with this picture? hehe :P

p/s: Tqah kata sebab bila aku kuar ngan dia, masing-masing perempuan. Bila aku kuar ngan Cik Abang (of courselah dia lelaki kan) secure sikit. Lagipun kalo kami kuar makan malam naik kereta asing-asing pon, balik tu dia akan follow belakang kereta aku hantar sampai depan rumah. Hmm... relevan jugak alasan Tqah tu.

No comments: