Thursday, February 11, 2010

kemas rumah!

Penat la hari ni...

Hari ni Cik Syam tak datang sebab demam. Cik Syam ni cleaner kitorang, dia datang seminggu sekali je selalunya hari Khamis. Bukan bibik kitorang tau. Tapi cleaner je.

Alkisahnya Ibu amek cleaner ni sebab tak larat nak kemas rumah sorang-sorang (tugas-tugas mengemas macam basuh toilet, lap tingkap, bersihkan kipas, vacuum rumah atas bawah, mop lantai). Sebab dulu-dulu kan aku belajar, duduk kat kolej, hujung minggu baru balik rumah. Ibu plak dah memang tugasnya amik Eli dari sekolah, dengan nak masak lagi; kemas rumah tu macam extra work plak untuk Ibu. Abah kesian sebab tengok Ibu penat, tu yang kami amek cleaner tuh.

Tadi Cik Syam tak datang, aku ngan Ibu la mengemas rumah. Tak sempat nak masak sebab tengok-tengok jam dah kul 1130pg, aku trus mandi siap-siap nak pi amek Elllie plak kat sekolah.

Tadi Ibu kemas tingkat bawah, aku kemas tingkat atas. Settle je vacuum bilik, aku decide nak kemas buku, nota-nota UKM aku. 2 jam weh buat spring cleaning bilik aku tang kemas buku ngan nota-nota je! Nak kata berserabut tak la sebab aku susun elok. Tapi sebab dah habis belajar kan, dah tak guna dah benda-benda tu sume, jadinya tu yang kemas letak dalam kotak-kotak trus. Yang mana dah tak guna, kertas conteng-conteng nota tu selamat dalam plastik sampah.

Tujuan selain kemas nota tu, sebenarnya aku nak cari kertas keputusan exam UKM aku. Hehe... tang yang tu, aku memang suka letak merata. Sebab tengah sebuk-sebuk nak cari kerja kan, nanti ada interview ke ape, naya aku baru terhegeh-hegeh nak punggah semua benda cari dua keping kertas punya pasal. Huhu ;P

p/s: Akhirnya berjumpa juga! Muah, muah my result!! Hahaha ;)

No comments: