Friday, February 12, 2010

makhluk bernama manusia

Tadi baca post dari Liyanaroxx, pasal 'kenapa perempuan suka foto mukanya sahaja?' and since Ana ada gak bagi link pada blog kak Mimi Hamid pasal orang kutuk dia kaw-kaw tuh, terdetik gak kat kepala otak aku ni, 'ada gak manusia macam ni kat dunia ni kan?'.

I am indeed a silent reader la kat blog kak Mimi nih. Di katakan silent reader sebab aku tak pernah pon post comment pada blog dia, senyap-senyap sahaja (ohooo... sorry kak Mimi ye. hehe..). Baca pon kadang-kadang. And obviously lah aku pon ter'missed' entry dia yang pasal kutukan-kutukan yang melampau tu.

Bila baca tuh, MasyaAllah, gila punya kutukan orang tu bagi. Aku yang baca ni pon rasa macam bergegar jugaklah jantung nih walaupon dia tak tujukan komen tu pada aku. Penggunaan bahasa orang tu SANGAT KASAR! Tolonglah, kalo ko tak suka sekalipon, takyah la ko komen melampau-lampau sangat. Atau kalo niat ko tu nak bagi nasihat (sebab mata ko bernanah tengok aksi-aksi manja kak Mimi tu), masih ada lagi ayat-ayat yang sedap di pendengaran dalam kamus dewan tu; selak je mana-mana edisi). Siap nak guna bahasa kesat, mencarut segala. Macam lah ko tu bagus sangat (eh, eh... aku plak ter emo disini. hehe).

Yang bestnyer, awat la orang tu jeles sangat ngan kak Mimi tu badan besar sekalipon? Aku kata orang tu jeles sebab; yang dia busy body sangat ngan ape yang kak Mimi pakai, ngan ape yang kak Mimi buat tu apehal? dah terang-terangla ko tu jenis manusia yang 'kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata diabaikan' (aiyokk, betulkah peribahasa nih? almaklumlah, orang Jawa celup. wakakaka) Atau agaknya dia tuh kurus melengking dan jeles ngan segala aset yang kak Mimi ade kot ('well, kak Mimi, I used to be comel like you before, I know how it feels if certain somebody tried to put u down about it').

Pastu, ada gak yang menyebuk nak komen tak puas hati sebab terlebih sikit citer pasal love story dalam blog sendiri. Tak suka, tak yah baca. Btul tu. Nama pon personal blog, bukannya educational blog. Personal bermaksud diri sendiri. Mestilah dia nak citer pasal diri dia, memori dia, life dia, aktiviti dia. Macam poyo plak, nama personal blog tapi citer pasal tokoh negarawan mana ntah, atau paling poyo nak citer pasal sejarah negara.

Likewise, aku bercerita semua pasal benda yang jadi di sekeliling aku. Right now aku tengah tak keje lagi, takdela benda nak cerita pasal keje ye tak? Macam sekarang, aku banyak menulis pasal preparation aku untuk majlis kecil-kecilan tuh (InsyaAllah), pasal family aku, pasal kawan-kawan aku (termasuklah pari-pari), buah hati aku, aktiviti harian aku. Pendek kata, everything yang revolve around me at any particular moment, with any particular people. Contoh macam aku tengah busy ngan tesis ritu, pasal tesislah aku mengomel dalam nih. Cuma ada some other entry tak puas hati aku je aku tulis gak kat sini. Other than that, everything was all about me, me and me :) (Blog aku kan, suka hatilah aku nak tulis ape).

p/s: untuk pengutuk tegar yang mulut dah basi ngan ayat-ayat mencarut camtuh, cari keje lain la weh! you are not welcome at all! (owh, ini sekadar 'bagi pihak' je..hihi)

1 comment:

Mimy Hamid said...

hi adik bff liyana aka silent reader...ehhehe..biasa ar dik orang bodoh mental mmg gitu...till now tak berani balas komen balik...tunggu gak ni..dasr takut la tu