Tuesday, November 30, 2010

Ehem!

Memula tak perasan, tapi bila difikirkan semula 2 weeks ago, memang my sinus datang balik.

Adakah sebab itu?

Adakah?

Owh, adakah?

Maybe la jugak kot.

And I have trouble sleeping at night too :( Restless habes!

Yesterday pukul 5pg baru dapat tido and hanya dapat tido sekejap sebab jam sudah berdering2 suruh bangun.

And then pi movie ngan adik tersayang, sampaikan sakit sangat. Maybe sebab tak cukup tido + penat --> yang kat dalam tu stress :(( Sorry sayang :(

Malam tadi pon same :( Can't sleep and keep tossing and turn around sebab tak selesa and I had a headache :(

Adeyhh~~~

The worst is yet to come. Then I need to prepare mentally and physically with all the morning sicknessnye, the mengidam part (encik hubby yang suka benda masam sekarang ni, lucky me :)) and segala yang setaraf dengannya :(


p/s: Ya Allah, kuatkan semangat hambamu ini~

Friday, November 26, 2010

Char Kuey Teow!

At last! Pagi tadi encik hubby masuk keje lewat sebab dia duty semalam. So, memandangkan roti dah habis disambar encik hubby petang semalam sebelum pi duty, pagi ni aku decide nak buat char kuey teow! Telur pon berbaki dua kat dalam peti ais, bagus sungguh! Cukup2 je bahan, lagipon weekend ni nak balik Bidor, ada kenduri naik buai anak Kak Lang. Jadinya, habiskan segala stok yang ada dulu. Balik dari Bidor, bleh pi shopping barang dapur :)

Ahhhh..... lega dapat masak char kuey teow, buatan sendiri tau! Cuma terlebih bawang putih je, tapi, hmmm... satu paket kuey teow tu, kami berdua yang sapu bagi licin!! hahaha ;D Mana la encik hubby tak menternak badan kan?? Dia pon suka makan :) Kira satu kerjasama yang bagus, sorang tukang masak, sorang lagi tukang ngabeskan :D

Oh yee... kami konon2 tak nak makan malam or nak makan 2x sehari je, but disebabkan my condition sekarang, dia je tidak, aku ni tetap kena makan 3x sehari... No diet for the time being, hanya jaga makan je.

p/s: The good news shall be spread soon (tapi ada jugak yang nakal dah pi letak kat wall aku...takpe, anda dimaafkan ♥) And for now, biarlah ini saje coretan mengenai nya :) I'm praying the best for myself, InsyaAllah :))

Raya Haji II

Oppsss..lambat nak sambung part II nih.

Me and encik hubby buat korban tahun ni di Bidor.

OK, let the pictures do the talking ya :) Malas nak taip panjang2. Takde mood nak taip banyak2 pukul 11pg ni :P


Memula encik hubby tengok2 je

Baru nak dekat2 sket, malu ngan lembu la katanya :P Ahahaha :D

Ni la lembu kami yang dikorbankan. Tahun ni lembu2 semua macam tak cukup zat je...Lebih tulang dari daging. Atau Labu Labi kata, 'tinggal tulang ngan jam je encik' ;P

Masa untuk melapah hoyehhh!!!


p/s: Selepas tu, aku pon balik sebab matahari dah tegak atas kepala; panas! Aku kan puteri lilin.. Hekhek ;P So, takde gambar encik hubby tolong lapah daging lembu ;)

Nasi beriani ayam masala

Last Sunday dapat pon aku makan nasi beriani!!!

Yabedabedu!!!

Gila teringin nak makan nasi beriani ntah dari bila sebab dah lama tak makan. And tetibe teringat kat Along pnah kata nasi beriani kedai mamak depan Menara Celcom kat Semarak tu sedap. Mintak kat Ayg. Sekali pegi ngan abah, Ibu dan Ellie jugak :))

Amek lauk ayam masala. Nyum2!!

Tak la se'best' nasi beriani Mahbub kat Bangsar tu, but it'll do, for now. Lagi2 dapat ayam masala yang aku pon teridam2 kan lama dulu. Siap google resepi nih. But aku tersalah jangkaan, pi letak santan sebab tengok rempah macam sikit and aku guna ayam bahagian peha, takut tak masak sampai ke tulang. Pi letak santan, jadi kari ayam masala. Ermm... pas ni dah tau kalo nak buat, no more santan then it will be perfect! :D

Encik hubby kata sedap lagi aku buat ayam masala tu tapi bagi aku yang tengah teridam2 dan teringin2kan ayam masala mamak, dapat yang tu dah cukup puas hati dah!


p/s: Pasni nak tuntut nasi beriani dari cik Atiqah plak :))

Wednesday, November 24, 2010

lambat lagi

Petang semalam,macam biasa la encik hubby balik rumah untuk makan tengahari.

Tengok jam; 1.35ptg

EH: Alamak, dah lambat ni (tapi tangan siap ceduk ayam, nak ratah ayam plak)

Tengok jam lagi; 1.40ptg

EH: Alamak! (baru gerak ke dapur nak basuh tangan)

Tengok jam lagi; 1.45ptg

EH: Huishhhh!!!! Dah lewat ni!!!! Syg, Ayg pi keje dulu ehh...

(Aku kat dapur nak basuh pinggan)

A: Ok, leklok ye Ayg...

EH: InsyaAllah syg...

A: Jangan lupa pakai kasut...

EH: Hehehe ;D


p/s: Asal lambat biar dapat ratah ayam sebagai moral of the story ke?

501 post

My last post dah post yang ke 500 rupenye :))

Bangga aku :) Yipee!!

Walaupon blog aku ni blog yang emm...underground je, tapi aku suka membebel kat sini. Ada yang tau sebab memang aku inform atau ada menggodek melalui picasaweb album aku.

Underground sebab blog ni memang semua pon kisah aku. So, life aku bukan interesting mana berbanding orang lain and aku malas nak update segala benda dalam ni. Dan tak tentu lagi semua orang pon nak baca pasal aku kan? So, I've decided to leave it underground. Tengoklah, kalo aku naik gatal tangan nak meng'open'kan dan mem'public'kan blog ni satu hari nanti, akan publiclah blog ini dimata kau, kau dan engkau yang baca :P

Sebab lain pula; I don't have any intention untuk mem'private'kan nya juga :D Kalo ada yang terbaca sebab dapat link dari 7 orang yang follow aku, dipersilakan baca. I don't mind at all :) Diingatkan sekali lagi, maybe and just maybe my life stories didn't sound and looked hippier or funnier than you, I just don't care :)

Dah buat post yang mengarut sampai post ke 500 ni pon cukup membanggakan. It is about me, my life, my family and my friends je. Tak lebih, tak kurang. Cukup2 makan je haa...


p/s: I am the proud me :D Cuba untuk lebih mengarut untuk post2 yang akan datang :))

Monday, November 22, 2010

Raya Haji I

Raya Haji yang lepas aku and encik hubby celebrate kat Bidor. Lama betul duk kat kampung dari petang Selasa sampai la tengahari Sabtu tu.

And so I've celebrate it at Bidor, my first time ever. Knowing it, encik hubby kata la yang kalo Raya Haji kat tempat dia, kadang-kadang budak2 datang raya. Kalo dah nama pon budak2, biasalah nak duit raya. And it's not even RAYA AIDILFITRI pon! ;D Budak2 kan... what do they know? Kalo raya je nak duit raya. Time raya Deepavali ke, raya cina ke tau plak tak nak datang beraya kat rumah ;P

And my niece pon siap bagitau kat encik hubby yang surau buat makan2 dari pagi sampai la ke malam on that day. Ye la, pihak surau buat korban and ramai2 gotong royong kat surau potong bawang segala untuk masak daging korban tu. Mak pon dari lepas solat raya, pi kubur and balik dari tu tak lekat kat rumah sebab sebuk kat surau sampai la ke petang.

And one thing yang sangat pelik bagi aku yang dah 24 tahun sambut Raya Haji kat Selatan ni, orang Bidor ni bila nama pon dah raya, siap pi beraya kat rumah orang. Kalo orang2 belah pantai Timur mungkin la mengamalkan cara tu sebab dorang memang meriah sambut Raya Haji berbanding Raya Puasa. But, it's Bidor. Tak tau la plak kan... And, bila dah nama ada buat daging korban, segala menu pon bertukar kepada daging lembu. Erkkkk... I have never experience a single moment bila segala menu berkaitan ngan daging ada depan mata and nothing except beef.

For 2 days in a row, kat rumah pon menu daging. SAHAJE. Encik hubby sampai tak bleh nak 'membuang' sebab padat kot?? haha ;D Even aku pon, rasa muak tengok lauk daging atas meja makan. Asyik2 daging, asyik2 daging. Dah boleh rasa kat tekak hanya sekadar tengok lauk daging tu je ;P

I eat beef, but not extremely into beef. I prefer chicken or fish.

p/s: Kalo Raya Haji kat Muar, senang dan mudah je. Tak kesah pasal beraya, korban pon korban la nothing special about it. Lepak kat rumah je tengok tv :))

darn!

I bought two Snickers; for me and for my darling niece, Tasha.
Si Tasha ni mula la citer dia suka coklat ni bla, bla sampai la dia tanya some questions and dia tujukan soalan tu pada aku masa dalam kereta nak balik dari kedai. My hubby and my MIL pon ada dalam kereta masa tu.

Tasha: Acha suka coklat ni Maksu. Ni satu Maksu punya, satu Acha punya kan...

Aku: Hmm... Acha jangan makan banyak2 tau. Makan sikit2 je. Pas makan gosok gigi ok? Nanti ulat datang gigit Acha...Eeee...

T: Ok, Acha makan sikit-sikit je nanti. Acha suka coklat yang ni. Ngan coklat yang cair2 tu.

A: Hah? coklat cair? (blur kejap)

T: Yang coklat keras tu ape namanya Maksu?

A: Coklat keras la.. (ok, mak gelak dengan jawapan aku)



p/s: See, who says adult don't says the darndest thing? I know I am ;D

Tuesday, November 16, 2010

bosan...

Ok, takde mood nak update ape2 hari ni. Or untuk yang exam hari tu. But, I'll update later, k?

Petang ni nak balik Bidor for Hari Raya. Kat sana raya haji pon budak2 datang rumah nak raya. Hish... salah konsep betul la budak2 ni ;(

Ok, I'll let you know later yeah? :)

Thursday, November 11, 2010

another 1 day left

Erkk, semalam dah membebel dalam blog ni sebab malas nak baca nota untuk exam dis coming saturday kan?

Haaa..alkisahnya, semalam pas je aku mengarut tak sudah kat blog, aku sms encik hubby. Cenggini la ayat sms aku pada dia:

"Ayg!! Tolong syg!! Syg mals sangat nak baca buku ni. Camane? Huhuhu"

Ayat tak boleh blah... sila abaikan ;P

Dan dan je trus encik hubby tepon aku.

Encik Hubby: Assalamualaikum syg..

Aku: Waalaikumussalam ayg..

EH: Syg malas nak baca buku2 tu? Camana ni, exam Sabtu ni kan... jangan la malas2. Memang la exam dulu tu dah baca buku, tapi mesti ada lupa2 kan... Syg baca ye?? Nanti ayg bagi upah cakoi ;)

A: Cakoi?

EH: Ha'ah, cakoi makcik AU2 tu. Sedap kan? Lembut, gebu, syg kan suka ;) Syg baca buku ye?

A: Ehehe... syg boleh je tipu ayg kata syg dah baca buku ;P

EH: Eyhhh... kena ikhlas kannn...

A: Hukhuk... tau, tapi syg malas sangat... Tak tau nape ;(

EH: Ok, syg takyah masak hari ni ye. Syg pi baca buku ok?

A: Mana boleh... nanti ayg nak balik makan syg tak masak ape2 plak :(

EH: Takpe, syg takyah masak, nanti ayg belik KFC ok??

A: (Terasa seperti ada sinar) Iye?? Ok2... Yeyey ayg nak belik KFC :D

EH: Ni nak ayg beli sekali ngan yang ada nasi atau...

A: Eh, takpe, nasi biar syg masak. Ayg beli ayam je ok :))

EH: Ok, nanti ayg balik ayg beli KFC ye. Syg jangan lupa baca buku tau.

A: Ok ayg... hehe, terima kasih..


Sila marah aku cepat2. Hahahah ;D Teruk betul aku ni kena disogok macam tu baru la nak bergerak sket baca buku. Kalo tidak, ketepi-ketepi wahai buku untuk exam ;P Aku ni memang jenis kena dimotivasikan secara ekstrinsik bila datang bab2 baca buku nota ni. Kalo novel, laju2 aku baca eheh~~

So, tengahari semalam aku pon buatla nasi ayam ala2 nasi ayam KFC tuh untuk dimakan bersama ayam goreng atok janggut putih :)) Berselera encik hubby makan sampai sendat baju uniform dia ;D Agagagga ;D

Nasi ayam yang aku masak. Nyum2 shedap weyhhh (sila angkat bakul sendiri)

The famous recipe of atok janggut putih :D

p/s: Dengan jayanya aku pon membaca buku2 yang ada sebelum encik hubby balik makan tengahari and lepas dia balik ofis semula. Baca sampai tertido2 and malam tadi pon baca jugak b4 tido ditemani oleh enck hubby. Love you ayg!! :D

Wednesday, November 10, 2010

another 2 days left

Woit!!!!

Ada lagi 2 hari nak study ni (hari ni takyah kira, buang masa je).

Tak study ape pon lagi. Bukan otak je cramped, badan, kaki, tangan segala lah.

Nak exam dis time around takde perasaan. How ahh?? Sekali kalo masuk exam esei pasal ekonomi, etc2, konpem aku akan tinggalkan blank page. Boleh tak? Ish, tak bleh pulak, nanti pemeriksa tengok, mesti marah aku atau buat2 angkat2 kening kat aku. Tak mau cenggitu, takmau!!!!

Bebs, you're a master's degree student, how come you failed your ptd exam?

Jawapan: Malas nak ambik tau perkembangan dunia.

Boleh tak reply camtu?

Siyesly ni, memang malas sangat.

Last week encik hubby tanya bila nak study bila dia tengok buku2 tebal aku amek dari rumah Ibu.

I said, weekend ni lah.

Supposedly, yes, supposedly weekend lepas nak study tapi... aku kuar berdating ngan encik hubby the whole two days. Balik je dah penat. Tak bleh jadi nih. So, he asked again, bila nak study ni? So, I said, next week which is dis entire weekdays la. Tapi... tengok, banyak TAPI kan?? Orang kata, nak seribu daya, TAK NAK seribu dalih. OOoo yeahhh... it's true darling. Itu pon salah satu dalih aku ;D ahahahaha ;P

Nak baca buku je; owh, nak kena masak.
Nak baca newspaper je; nak tengok tv, ada program best kat DIVA 702.
Nak belek nota2 lepas; nak kena angkat kain kat jemuran, nak hujan tuh.

What else? I mean, I am completely a lazy ass now. Eyh, tak jugak! Aku jogging setiap petang ni (ecehhh...baru 2 hari jogs, berlagak hampeh plak). So, how, how, how? I'm asking myself quite a few times sejak dari hari Isnin ritu nape la aku ni malas sangat, but I still insists takmau baca nota, buku or newspaper.


p/s: Hoitt!!! TOLONG LAH!!!!!

Monday, November 8, 2010

Raja Lawak

Semalam pepagi lepas sarapan, encik hubby bawak aku pi The Mall, ada audition Raja Lawak musim ke-5.

Pepagi kul 1030, ingatkan belum ada orang sebab dari luar nampak sunyi je. Ghupenyerr... punya ramai la manusia yang mengkategorikan diri mereka lawak. Ok fine lah. Menyelit la kami nak berdiri dekat ngan pentas utama. Teramatlah ramai lelaki, nasib bek la encik hubby aku seorang yang protector :D Alhamdulillah :))

Tapi semalam masa pi audition tu aku terlupa yang amat nak bawak miss cammy aku. Ceh!! Tang nak buat bukti la tak bawak cammy la kan??? Hadoiii...

Jadinya semalam hanya dapat meng'capture' artis Malaysia pakai mata aku je la gamaknya. Kalo la boleh print straight dari mata, dah lama aku buat ;D

Semalam ada Afdlin Shauki, Sathiya (a.k.a Baby Face - panggilan dari pagi sampai 1230 tghari/ Antonio Banderas - selepas 1230 tghari... Gile lawak Sathiya ni rupenye), peserta Raja Lawak musim pertama (tak ingat nama) yang sekarang ni co-host program Warung Kita Astro Prima ngan Farouk Hussein (dia ni as a pengacara untuk audition hari semalam), Zizan datang lewat skit (kurus yang amat mamat ni tau!) and Adira AF8.

*tak bawak miss cammy, menyesal!*

Adira tu aku terjumpa masa aku nak balik dari The Mall. Ok, dak2 AF ni memang stok2 rendah la. Adira tu sangat rendah! Rendah sket dari Liyanaroxx tapi putih melepak! Memang dia lawa arr :) Dah la memang minat dia masa AF8 dulu :)

Ok, back to the story. Dari 30 peserta pertama yang aku tengok (the rest malas nak tengok dah sebab nak balik), hanya sorang je yang bagi aku boleh buat lawak. Thumbs up! Dia buat slanga Chinese citer pasal kongsi gelap. Ada satu part dalam lawak dia tu... 'You tak payah mau pinjam itu Along, Along... Kat lumah itu ada Angah, Achik, Acu... apa pasal mau pinjam sama itu Along juga??' Sengal mamat ni tapi konpem lawak! ;D Terkekek-kekek encik hubby aku. And Afdlin bagi 'YES' kat dia! hip hip hoorey!!

But who says it is easy to make people laugh? Susah sebenarnya. Macam aku bagitau tadi; dari 30 orang peserta yang sempat aku tengok, hanya sorang je yang bagi aku cukup lawak. Yang lain tu langsung! Yang macam strory telling ada, yang mengarut pon ada dan yang ntahapehapentah pon ada. Mamat yang dapat YES tu pon dah 5 kali datang audition, kali ke-5 datang baru ada rezeki. Hmmm... And yang dapat menyelamatkan keadaan tak lain tak bukan dari pengacara sendiri. Selamat...

Aku ni... nak kata minat sangat ngan program Raja Lawak ni; tak la tapi layan je kalo terbukak saluran Astro Prima. And mostly the contestant dari program ni takde la lawak sangat. Kalo yang lawak pon hanya 2-3 orang dan yang pasti, Johan ngan Zizan still the best; kumpulan Sepah dan... sape lagi?? Eheh, lupa plak yang lain. See, dah ramai sangat sampaikan yang the rest tu tak kenal sebab lawak tak melekat kat otak.


p/s: Hari ni takde ape yang nak di p/s kan. Nak kena baca buku untuk exam minggu ni ;(

Sunday, November 7, 2010

post-cakoi

Aahhh... tajuk entry cam tak betul je.

Tapi nak gak letak 'post' tu.

Not the 'post', post like this kind of post (I mean entry).

But, 'post' yang after cam post-mortem, post-natal or whatever lah.

Got what I mean or not?

Tak faham lagi??

Ok, last Friday kan aku buat cakoi. And for me, the cakoi memang completely failed lah. So, ended up encik hubby bagi idea yang dia nak bawak bagi kat dutymate dia kat pangkalan petang tu. Dia duty, so ramaila budak bujang plus ngan yang duty akan melepak kat pos pengawal. Kalo dia bawak ke tempat duty, konpem ada orang boleh tolong habiskan cakoi-yang-failed itu.

Rupenya betul!

They said it was tasty; tak cukup sampaikan ada yang mintak aku masakkan lagi nanti.

Ecehhhh...

For me, sape yang kata sedap tu konpem blum pnah rasa cakoi makcik depan JJ AU2 tuh. Naik gelak aku dengar encik hubby aku kata kawan2 dia puji kata sedap ;P


p/s: Betulla kot orang kata perempuan ni susah nak menerima pujian. Bukan ape, I ni pemalu orangnye ~~ Boohouhooo~~

Friday, November 5, 2010

failed!!

Petang tadi teringin sangat makan cakoi.

Memula mintak tolong encik hubby belikan kat makcik yang jual kat depan pintu masuk JJ AU2 tu (my fave!) tapi teringat plak hari tu dah beli mauripan just for the sake of buat donat. So, alang2 bahan semua dah ada, aku pon buat la... encik hubby pon tolong sket2 :)

FIY, aku suka cakoi. Sangat suka. Lagi2 kalo yang bagi kuah manis sebagai pencicah nya. Uihhh, minat sangat, terliuq dah ni.. So, I was basically craving for the makcik's cakoi sebab cakoi yang dia buat, TERSANGAT lah FLUFFY okeh?? Hari tu aku beli rm3 (rm1=3 biji). And aku makan all 9 of it! See, macamana la tak menternak badan??

Hari tu google resepi buat cakoi. But, bila buat petang tadi... ok, I need the makcik's cakoi jugak!! I want, I want! My cakoi was... completely and totally failed!!! Encik hubby kata sedap, but then, it wasn't the same like makcik's cakoi. So, basically I called it off. Yang aku punya crispy di luar, lembut didalam. No, no, no... aku nak yang sebijik cam makcik tu punya. Fluffy inside out! Haishhh!!!

Selagi tak jadi cam makcik tu punya cakoi, selagi tu aku akan kata cakoi yang made by me tu failed!

*nak cakoi*

*nak cakoi*


p/s: Arghhhh...esok nak jugak cakoi makcik tu! Tak kira!! KOnpem malam ni mimpi cakoi ;D

Thursday, November 4, 2010

Otak dah berkarat

This coming 13th November, aku ada panggilan exam PTD lagi.

*sigh*

*sigh*

*sigh*

Exam lagi? I should be at kampung on dat that day. My cousin will get married. Not that I somewhat close to her pon, tapi disebabkan masa aku kawen ritu, dorang satu family turun KL dari Johor :( So, ni kira macam ucapan terima kasih jugak la. Lagipun Tok Ngah dah bagitau awal2 masa raya ritu. Tak seronok plak tak datang. Dah plan ngan encik hubby pon (sebab dia salu duty kat pangkalan every weekend, tu yang kena booked dia awal2). Tapi, biasalah, kita merancang, Tuhan yang tentukan.

Semalam Ibu tanya jugak, jadi tak aku balik kampung? Aku kata, tak dapat la sebab ada exam tu :( But, if aku tanya Ibu sekalipun, konpem Ibu akan swuh pegi exam; mana tau, rezeki dapat ke kan (hmmm... macam tak percaya je).

Dah la ada esei. Ok, me dun like it. Aduhhh... dah lama tak buat esei. Yang exam PTD bulan 4 lepas pon esei aku macam hampeh giler. Kalo bagi kat budak Form 5 pon kena gelak kot? Sangat2 simple dan... kebudak2kan ;D Even aku yang tulis esei tu, bila baca semula sebelum hantar, aku gelak. Of course la bukan gelak terguling2 macam ikon YM tu. Ni gelak dalam hati je or senyum2 sumbing ;D Agak2 pemeriksa pon dah tolak kertas esei aku awal2 ke tepi. Agak tak?? ;) See, I wasn't sad, but I'm laughing myself out ;D

Hmmm... I guess, another one good laughing will come lah. Wait and see :)

Jadinya 13hb ni kena bertapa kat SMAKL, kat Bandar Manjalara, Kepong. Dah la dari 9pg sampai 5ptg. Punggung aku sure, konpem, pasti kematu!


p/s: Nak studi, kena studi, perlu studi. Perlu ke??

alahaiii...memory habes!

Tetibe pagi ni rasa nak layan YouTube plak. Diperingatkan, aku ni bukan kaki layan YouTube tau.

Wonder what I've been searching?

Oldies...

Nak kata oldies sangat tak la. Tapi lagu2 zaman 90an dulu. Demam boyband. What to do, dah memang membesar zaman 90's kan. Lagu2 pengubat rindu.

I remembered that I love to listen to N'SYNC, BSB, A1, O-Town larh segala... Tapi sekarang ni dah takde grup A1 tapi ayam A1 adelah. O-Town pon takde, tinggal Old Town Black Coffee ;P

Masa tu aku pon layan lagu2 Melayu yang zaman2 80's. BPR lah yang paling aku ingat :)

Ni bila dengar2 balik lagu2 lama dorang, mengimbau balik zaman sekolah rendah, zaman remaja yang hingusan lagi. Eceehhh..sekarang pon hingusan jugak tapi hingusan kalo kena sinus attack je. Bluweekkk ;P


p/s: Pagi2 dah nak jiwang2 ni. Encik hubbyyyyy!!!!! ;'(

Wednesday, November 3, 2010

satay, satayyyyy...

Sabtu lepas aku buat satay. Percaya tak? Silalah percaya ye :)

Encik hubby nak sangat buat satay sendiri. Tiap kali pi pasar malam, dia akan beli or tengok orang bakar satay. Well, bab2 masak ni memang dah tetibe jadi fave aku pon. Melayan kan dia, jadi je resepi macam2 ni :)

First time buat, so perap ayam tu TERcair sket, so, tak berapa nak best. Encik hubby bagi kawan2 dia makan. The next day, the same batch of ayam yang lebih di bawak balik Bidor, yang tu aku dah alter sket untuk bagi mak mertua makan. Birthday mak, mestilah bagi sedap lagi :) This time around, sebijik macam satay jual kat tepi jalan tuh :)

Batang satay tu kena rendam air dulu supaya tak terbakar masa kita bakar ayam atas api.


Ayam yang diperap paling tidak semalaman perlu di cucuk2 kat batang satay tu.


Ok, encik hubby nak bagi presentation nampak lawa, tu yang buat cam orang jual satay kat tepi jalan tu :)


Ni masa kat Bidor, berasap encik hubby aku ni :D



p/s: Who knew that I can make satay? Even I doubted myself at first :D Tapi, orang kata, if you believe in yourself, you can do anything. The proud me!

EAT. PRAY. ♥. SLEEP.


HOyehhhh!!! Another book on the shelf!

Been meaning to buy this a looonggg time ago tapi tak jumpa. Best-selling macam pisang panas kan... So, last Sunday pi hangout kat Popular Bookstore ngan adik, jumpa pon haaaa...

Tapi, tak sempat baca lagi. Now, tengah buat marathon novel2 by Meg Cabot dulu, after that baru tadah mata untuk novel ni pulak. Movie tak sempat nak pi tengok, dapat baca buku pon dah ok. Baca review dari kawan2, dorang kata buku better than the movie. But, perlu dimengerti, movie hanya sekadar kependekan buku. Kalo nak buat setiap satu scene based on the novel, mau berjela panjang movie.


p/s: Heh, kadang2 semput jugak nak ngabeskan baca sebab keje2 di rumah ni banyak.

jogging bersama tersayang :)

The title says it all :)

Pi jogging Jumaat lepas ngan encik hubby kat Taman Tasik Ampang Hilir (dekat2 Tesco Ampang tuh).

We used to date kat sana dulu and pernah terkantoi ngan kakak ipar kepada Kak Lin. Ehem!! Dulu datang nak berdating. La ni, datang untuk menguruskan bahagian badan yang diternak selepas berkawen ni. hahah ;D Lagi2 aku ni ha yang ada problem metabolic rate rendah. Ntah bila nak dapat high metabolic rate nyer...Bluwekkk ;P Aktif pon cam gini badan, bek takyah aktif kan? Hampeh!

Takpe, takpe, semangat nak kurus masih ada. Sebab encik hubby dah naik 10kg after 2 bulan kawen. Aku? Takmau timbang. Aci tak? Aci larhhhh... yang penting nak kurangkan makan sket. Ye Nanie, kena kurangkan makan. Cuba jadi macam 2 tahun lepas, stress naik turun tangga umah sewa lama yang kat tingkat 4 tu setiap hari, sebulan dapat turun 10kg. Ni macamana nak turunkan dat extra 10kilos tu? Aku pon tak tau. By hook or by crook, I need to. Walaupon dat 10kilos yang aku turunkan dulu tu takde la kurus mana pon aku ni, but I look nice. Keh, angkat bakul lagi. No, like seriously. I know I look better than before aku kurus sket tuh.

Berbalik kepada citer jogging kami tu, di hitung2 sepanjang track jogging tu, adala 100m je yang aku jogging kot? Sebab macam malu2 kot dengan tak pakai tight singlet underneath, rasa macam bergegar dunia. Hahahhaa ;D Owh, you know what I mean. Jadinya berjalan2 saja selebihnya. Encik hubby pon semput padahal sebelum kawen, jogging tu memang faveret dia, memang champion! La ni, kena start from zero lah gamaknya. Tu la...sape swuh asyik2 beli petai, kan dah naik 10kg. Sape nak tolong buangkan extra baggage tu? Sendiri punya hal ;D

Alkisah yang len pulak, encik hubby belikan kasut jogging baru untuk aku. Teman dia jogging. So, last Friday tu kali pertama la kami ada jogging-date bersama selepas 3 bulan berkawen :)) Weheee~~ Dari sebelum kawen, encik hubby buat permintaan ni kat aku. So, this is it :)

Pasni boleh dah buat cinta jogging plak ;)


p/s: Hmm...pasni plan nak panjat tangga Batu Caves akan aku pastikan tercapai jugak. Nak buat the biggest luzer jugak :)

Tuesday, November 2, 2010

NOvember dah?

NOvember sudah?

Errr... ada 2-3 post nak update but due to some works, tak sempat2 lagi ni. Yesterday plak sinus melanda, badan lembek semacam lepas makan ubat ;( I need a rest.

The update?

Nanti okeh? Will update ASAP, here :D


p/s: Nak kena pi k4 la nih... but still, rasa malas nak angkat punggung dari kerusi ;((