Wednesday, February 22, 2012

Review CD Bamboolite

Hai peeps!!

Today nak buat review sket untuk Bamboolite CD ni. Aku beli kedua-dua Perfect Days ngan Perfect Nights. Dua-dua pon best! Setakat ni jenis AI2 yang aku suka ni lah dari BambooLite. Yang second best dari Weehuggers :) oh ye...sorry ader gambar terbalik tu, tak bleh nak rotate. Masukkan gambar baru pon sama je terbalik jugak. Ape ke halnye tah...

Perfect Days Diapers 
Aku beli yang Regular with Dry-Touch liner
kalau beli yang regular (untuk moderate wetter), ni dipanggil set Hybrid Soaker set. Datang ngan long bottom microfiber insert (gambar atas)
And boleh pilih samada liner tu nak Natural Touch (Natural Bamboo Velour -- lebih hypoallergenic untuk skin yg sensetif) atau Dry-Touch (Stay Dry Suedecloth -- punggung baby akan sentiasa kering walaupun dah penuh ngan pee)

Perfect Nights Diaper
(Rembat keempat-empat design yang ada)
Yang Perfect Nights ni aku pilih Premium untuk  heavy wetter macam hazim.

Alamak, gambar insert nyer kat bawah la plak tak bleh nak cut n paste plak...

scroll down lagi ok :))

Beza antara Perfect Nights (kiri) ngan Perfect Days (kanan).
Yang belah kiri bahagian crotch nyer lebih lebar where else yang belah kanan tu lebih slim.
Saiz pon ade nampak beza kan? Satu besar, satu lagi kecik.

Inner view Perfect Days CD. Ni jenis AI2, just snap and go.
Kalo soaker set dah basah tapi shell nyer masih clean and clear, boleh guna  lagi sekali cuma tukar soaker set je. Anginkan sebentar sebelum letak soaker set baru. 

Beza insert bagi Perfect Days (atas) ngan insert Perfect Nights Premium (bawah)
yang atas tu microfiber biasa, yang bawah tu campuran bamboo velour ngan bamboo fleece. Material bamboo fleece tu memang super menyerap! :)
Ni insert set untuk Perfect Nights; Foldover insert ngan  Bamboo Booster

Beza inner view Perfect Days (kiri) ngan Perfect Nights (kiri)
Inner Layer bagi Perfect Nights ialah Bamboo Velour manakala inner layer bagi Perfect Days ialah Microsuede Cloth.


Dah dua malam aku try pakaikan hazim ngan Perfect Nights CD dari Bamboolite ni. It works wonders eventhough aku baru prewash 3 kali. Kalo bamboo ni paling best penyerapannya kalo dah basuh 6 kali. Aku baru basuh 3x pon dah best, apetah lagi kalo dah masuk basuhan ke-6 nanti kan?

Dua hari yang aku pakaikan hazim perfect Nights tu, aku guna sekali ngan booster. Dapat la tahan 7 jam baru kena tukar CD lain. Dari kul 9mlm pakai, sampai kul 4 pagi. Ok la kan dari pakai microfiber 2 helai dapat paling2 pun 3 jam je... Sampai kul 4 pagi tu memang basah habes la...

So, pasni malam2 dah bleh pakai CD, sebab hazim memalam ehh...pepagi macam kul 4pg tu memang dia biasa bangun nak menetek (erk, ayat lucas). Alang2, boleh tukar sekali CD dia walaupon ngan mata mummy dia yang terpisat2 tu. hahaha ;D

Untuk Perfect Days CD, memang best la macam aku dah bagitau awal2 tadi. Kalo satu shell tu boleh la dapat pakai 3kali tukar soaker set. Bila berak pon alhamdulillah la tak sememeh terkeluar ke hape sebab liner Suedecloth tu macam tahan poo baby daripada jadi sememeh... or mungkin sebab poo hazim dah bukan runny poo lagi jugak kot. Some of the reason jugakla why hazim's poo macam melekat je kat liner tu tak macam liner2 lain yang aku pernah guna :)

And kadang2 even tak sampai 3x tukar soaker set pon shell dah kena tukar bila hazim aktif meniarap tu, pee hazim sampai kena kat diaper shell and jadi basah... Nak tunggu anginkan sampai kering, alamatnyer anak aku dah kencing telanjang lerrr... hehe :))


OK la, tu saje :))


Next-next entry nanti aku citer pasal CD lain plak k. Ade Swaddlebees Simplex OS jenis AIO, BumGenius ngan Blueberry minky and deluxe punya. Semua selain Simplex tu CD jenis pocket. Tapi kalo sape rajin baca blog Ryehanna, dia dah banyak buat review pasal CD2 yang aku ondaway nak dapat tu...errr... cari sendiri la entry yang mana eh..tak sempat nak cari, nak pi suap hazim makan...



p/s: Daaaaa....

No comments: