Wednesday, March 13, 2013

shopping cotton yuk!


*ini adalah sticky post. Untuk entry baru, sila scroll ke bawah lagi ok*


Assalamualaikum dearestttt!!!!

JOM SHOPPING KAIN COTTON!

Cari Cotton.Lovelies kat Facebook ok??

Cepat sementara stok masih ada!!! Ni seminggu punya SALES ni... dah macam JJ buat sales pon iye...


Why seminggu?

Bermula semalam sebab semalam birthday admin -- aku la tu -- and berlarutan sampai 13Mac sebab 13 Mac tu marked sebulan Cotton.Lovelies beroperasi di Facebook.

So, jom grab the discount!

Tuesday, March 5, 2013

REVIEW Cotton.Lovelies

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, selamat dah upload kat blog. Aku tak jadikan blog sebagai medium untuk berniaga online sebenarnya. Tapi, takpelah, tengah ada kerajinan nak upload and plus, I've blogged about my business here yesterday rite? So, why not? Mungkin ada readers yang tak aktif FB dan mungkin takde FB (ada lagi ke?)


Our team sells a wide variety of cotton fabrics ranging from kain pasang, readymade baju kurung Pahang (beaded and non-beaded), shawl (cotton shawl, coming right up!), instant hijab and many more to come.


So, jom shopping dear lovelies!!



Kain Pasang yang dah tinggal 20 helai. Kena masuk page kat FB baru tau harga sepasang berapa sebab lain jenis, lain harga :)

Shawl Halfmoon Paddlepop - RM57 / RM59 (SS) Dijamin antara yang termurah di pasaran online

Shawl Halfmoon Miscellaneous (ada jenis Sakura, Deliana, manik tabur etc) - RM77/ RM79 (SS)

Baju Kurung Pahang Bermanik - RM125 / RM130 (SS)

Baju Kurung Pahang Tak Bermanik - RM90 / RM95 (SS)




SEMUA DAH TERMASUK KOS POS :)

Monday, March 4, 2013

Welcome to Cotton.Lovelies

Assalamualaikum dearest2 yang masih sudi baca update dari blog aku ni :)

Last month aku ada bagitau yang aku tengah dalam mood berbisnes kan?

Dah nak sebulan pon mula bisnes, baru sekarang aku ada mood nak update kat blog. Bukan ape, biasalah bila WAHM ni, bukan ada masa senggang yang banyak pon nak duduk mengadap laptop 24/7. There are if not tonnes pon, there are a few other things that I need my attention. Contoh macam melayan anak bujang yang makin hari makin banyak ragam dan akal tu. And house chores some more.

Walaupun sekarang ni based kat rumah Ampang; rumah Ibu, tapi takkan aku nak duk goyang kaki je tak tolong ape2 kat dalam rumah kan? Bukan ada bibik pon rumah ni. So, rutin harian aku salu mula pagi2 bangun untuk Subuh, mandi plak aku salu tunggu Hazim bangun baru mandi sekali. Turun bawah, masuk kain 2 round dalam mesin basuh. Sidai yang basuhan 1st round sambil layan Hazim main kat laman rumah. Masuk rumah, sarapan dulu ngan Hazim. Kadang-kadang tak sempat pon nak duduk bukak laptop, 2nd round punya cycle basuhan dah habis. Sambung lagi sidai kain. Most of the time, pukul 9.30pagi la baru dapat bukak laptop. Edit-edit gambar yang patut before upload kat FB, itu ini, tengok-tengok jam dah pukul 10.30pg. Dah kena buat susu plak untuk Hazim.

Hazim jarang minum susu pagi-pagi lepas mandi. Orang kata, baby/ toddler ni pas mandila best minum susu and sambung tido kan? Owh, not mine. Hazim ni kalo aku buat susu awal-awal, konpem dia tak minum pon. Dan jangan harap dia nak tido semula lepas mandi.

Kalo takde urusan nak ke bank, memang sampai pukul 12.30 tgahari aku mengadap latop sambil layan Hazim every now and then. 12.30tghari stop untuk lunch dulu sambil suap Hazim makan. Owh, yang best bila duk umah Ibu ni, Ibu memang tugas memasak je. Aku bab2 sidai kain, and lipat kain; HARI-HARI. Ni yang aku paling suka sebab takdela aku pening kepala nak kena masak lagi, kena ngadap laptop lagi, nak layan Hazim lagi etc. Ibu plak dia support aku 100% buat bisnes ni, so dia pon tak bising aku tak amek kesah bab nak tolong dia masak :) Owh, thank you Ibu! I LOVE YOU TONNES!!

Petang2 plak aku selalu jenguk page aku through handphone je. Memang tak sempat nak bukak laptop dah. Mostly, hari2 total aku mengadap laptop hanya 5-6 hours top, termasuk waktu malam. Petang2 memang tak dan nak mengadap sebab nak layan Hazim tido petang lagi, nak lipat kain lagi. Malam plak, aku salu curi masa mengadap laptop time Hazim dah tido pukul 10.30mlm cenggitu. Kalo dapat online awal pas isyak ke, malam sket aku dah tak lalu tengok laptop dah. Aku plak bukan jenis tido petang, so, malam memang kadang2 tak larat nak stay up lelama. Selalunya kalo bukak laptop pon, pukul 12.30mlm mata dah terpisat-pisat dah sambil menguap2.

Ada orang tanya, mana dapat modal buat bisnes ni. Aku memang totally guna modal sendiri and plus Ibu pon jadi penyumbang jugak. Dah nama pon team kan....Team la sangat. Hahaha... Orang len ada team, tolong beli, tolong buat photoshoot gambar, tolong edit, tolong promote kan? Team aku ni (which is me, my mum and my SIL), sume pon aku buat sendiri. Ibu cuma tolong kuar modal separuh, and SIL plak tolong promote kat cikgu-cikgu sekolah tempat dia keje :) Ok lah tu kan... couldn't ask for more. Setakat ni, half of our modal dah payable pon. Modal Ibu. Yang penting, lepaskan modal Ibu dulu. I'm happy dah :) Modal aku, nanti pon takpe...

Hubby pon memang support aku buat bisnes online ni. Dia pon siap offer if aku nak modal nak mula berniaga. But, nooooo...memang aku tak amek modal dari dia. Bukan ape, aku cuma taknak if let say one day ape2 jadi kat bisnes aku, tak kan ade ruang untuk dia kata, 'I TOLD YOU SO...'. If it comes from him, owh, boleh buat sakit hati ok? Hahahahaha....So, selagi aku mampu untuk tak bergantung pada dia, aku akan teruskan...



Haih, banyak plak membebel kat sini..


Eh, meh-meh readers yang ada Facebook, jemput LIKE page aku kat --->>


kat page ni ada jual kain pasang cotton (japanese cotton, english cotton, cotton sateen, cotton silk etc), baju kurung Pahang cotton readymade, shawl comel-comel, tundung instant and many more to comeeee!!! :))



Tuesday, February 26, 2013

RIndu Memori Lama

Alkisahnya...




A few weeks back, Ibu ajak pi makan kat restoran Santai dalam Tesco Ampang. Before balik tu Abah swuh beli kek kat Secret Recipe. Tengah teleng2 tengok kek ape yang best, ternampakla OUR memories --- VIENNA BROWNIES ---

Walaupun aku dah lama tak makan kat SR, tapi once in awhile aku pi jugak SR kat Bdr Baru tu pi beli kek. And I never see that brownies on the displayer ever again. Tapi tak tau la time aku tak datang, brownies tu dorang buat pulak kannnn...

That brownies hold so much memories between me with somebody that so dearly to my heart. Haip, haip....bukan ex-boyfriend ye. Tapi kawan baik. Sangat baik sampaikan bila ada selisih faham, it became a serious matter. Serius eh, bila kita rapat ngan orang, jgn la rapat sangat sampai macam takde hari esok. We used to be that closed. Tapi pas je selisih faham, trus masing2 buat hal sendiri, 2 tahun tak bertegur even in facebook.

Tapi Alhamdulillah, last August dia pon dah mintak maaf. Aku dah lama maafkan dia, so for me, no hard feelings lah...bila dia PM mintak maaf kat fb hari tu, aku terkejut gak tapi aku terima dengan hati terbuka sebab memang aku rindu dia. I remembered, at one time, I couldn't say her name out loud. Aku sebut 'hamba Allah' je sebagai ganti nama dia. My heart shattered a thousand pieces. Walaupun dah maafkan dia, tapi mulut tu masih taknak sebut nama dia sebab banyak memori ngan dia. Kawan baik kan, mesti lah ada banyak memori. Bila keadaan dah ok tahun lepas, baru aku boleh sebut nama dia.

Dulu masa zaman aku single, dia pon single, memang salu lepak kat SR Bdr Baru Ampang tu. SR tu kitorang buat macam mamak je. Kadang2 makan vienna brownies ngan ice blended je boleh sampai berjam2! Giler tak giler kitorang ni dulu. Alahai...portion brownies besar manelah kan...tapi boleh tu bertahan lama dok kat SR dengan hanya makan benda tu. Pastu sampai terlebih gula, tergelak macam kena geletek. hahah...cuma tak keluar air liur je masa gelak tu hahahahahhaaha :D


And ada satu incident ni sampai sekarang. Kalo teringat balik, I could laugh my heart out tau.

Kawan aku ni kata cheese naan best giler. So, masa puasa, tak ingat tahun bila dah, dia ajak pi kedai mamak, nak tapau cheese naan. Pegi pon dah tinggal sejam dua lagi nak berbuka. Masa tu parents aku balik kampung. Aku pon, ok, ikut je la... nak jugak rasa cheese naan yang dia kata best sgt tu.

Pegi la kedai mamak sebaris ngan SR Bdr Baru Ampang tu. erm, S.A Nasi Kandar? Kot la...


W: Mamak, kasi itu naan cheese 2, bungkus.


TUNGGU PUNYA TUNGGUUUUU>>>>>

Tetibe mamak tu letak 2 bungkus air laici atas meja kitorang.

W: Mamak, saya takde order air laici pon.
M: Tadi you kata air laici 2 bungkus.


OK, FINE!!! 

Can you tell me, which part of NAAN CHEESE that similar to AIR LAICI???


Disebabkan masa tu memang dah nak pukul 7ptg, last2 kitorang tapau nasi putih, ayam goreng mamak letak kari sikit. Fed up ok, tunggu lama2, sekali dapat benda lain. 

Oh, and kitorang tak amek pon air laici tu. Phuiii...

Tapi, bila diingat2 balik, memang bantai gelak je ;D

Missed the moments. Missed her :(

Wordless Tuesday?

 Just sharing something that might be an answer to some parents, something to think about.

YOUR CHILD. YOUR CHOICE. THEIR FUTURE


















Taken from: The Thinking Mom's Revolutions (Facebook's page)

Thursday, February 7, 2013

Business mode and Hazim

Assalamualaikum.

I'm in my business m0de. *muka sengih-sengih*

Still ada banyak lg nak kena prepare. Blum lg set up page kat FB. Nak kata busy sgt, pun x juge. Yelah, dah nama pun keje dari rumah, settlekan keje umah dulu. Umah serabut, otak ribut. Eh, terbalik.

Semalam dah selesai coding barang bisnes. Amek gambar baru separuh. Lg separuh, kena tunggu dapat mannequin. Or mintak tlg adik jd m0del dulu lah k0t? Nak tunggu mannequin, next week hujung minggu baru dapat kot sebab PosLaju mesti tengah busy. Alangkan aku ada beli barang online yang dh diposkan hari Isnin minggu ni pun, aku still xdapat lg barangnye. Malas nak pi amek sendiri kat pejabat pos.

Aku xde bagitau lagi yg aku nk bisnes ape kan? Tapi kalo dah cakap 'mannequin', konpem bleh agak dah, rite? Samada bisnes baju ready made atau kain pasang. It's the latter one.

Aku xnak reveal banyak2 dulu. Tunggu sat. Dah settle nanti aku heboh kat blog yg serba xbyk readers ni hehe...

And in the meantime, tu ha gambar Hazim tengah trim rambut ala askar. Ni kenan rambut paklong Arief dia la ni. Rambut abg aku tu memang tercacak dari dulu lg. Xde makne nak turun meleper. So, rambut Hazim pun ada gaya jadi mcm tu jugak sebab aku pnah biarkan rambut Hazim panjang, memang x meleper pun, jadi panjangggg ke atas. Kalo dibiar lagi, k0npem jadi mcm kartun Fido Dido yg popular tahun 90an dulu. Cume xkerinting je. Hahaha.. Kalo biar je panjang, pun xlawa. Mcm org sakit, like seriously! Biarla pendek je, dah nama pun anak askar. Muehehe..

So,chow dulu. Nak tidokan Hazim sat.

Wednesday, February 6, 2013

Today's Reality

Taken from 'Page of Quotes' (rasanyalah sbb terlupe nak catit dr page mane) kat FB.

Big house but small family.
More education but less common sense.
ADVANCE MEDICINE BUT POOR HEALTH.
Touched moon but neighbours unknown.
High income but less peace of mind.
High IQ but less emotions.
Good knowledge but less wisdom.
And finally,,,

Lots of human beings but LESS HUMANITY.

*yg nombor 3 tu saje je nak stress kan. Ngeee ;D

Tuesday, February 5, 2013

Busy Minded VS Business Minded

Assalamualaikum.

Mintak maaf la ye, beberapa hari ni agak busy sket. Otak ligat memikir ni nak set up bisnes ape... Yela, dari duduk sesaje kat umah ibu ni xbuat ape selain membesarkan badan, biarla membesar berisi dgn ilmu nak berbisnes.

Siyes, aku bukan otak berbisnes walaupun berbisnes MLM yg dah ada flow, cume kena follow je tu. Mulut aku xmanis pun, berat lagi ada laa.. Ni apetah lg nak berbisnes sendiri, dgn xde ilmu bisnes lg, xtau akaun lg. Perghh.. Agak mencabar. Tapi, aku kuatkan semangat jugak ni. 'Learn along the way' sebagai prinsip aku sekarang ni.

Tak cube xtau, right? Lgpun dalam quran dah menyatakan, 9 dari 10 pintu rezeki datang dari berniaga. Cume kena rajin usaha, luaskan prospek, bukak minda.

Kalo keje biasa2 pun, kalo xusaha, xkemane jugak melainkan hang keje dok mengarah org je sampai xtau buat keje sendiri. Huhu.. Jauhkan aku dari digolongkan dikalangan org2 mcm tu.

So, wish me luck, dearies! I hope that this business set up will be sm0oth sailing as I expect it to be. InsyaAllah.

Sunday, February 3, 2013

New projects!

Assalamualaikum.

Last week aku ada order something dari SentuhanBayu.biz. Aku beli KAM Snap Pliers, black snap button dengan sewing pattern.

KAM snap pliers yang untuk letak snap button mcm kat Cloth Diaper tu. Tau kan? Haaa..snap butt0n tu bukan senang2 nak lekat or jahit kat kain. Ada peralatan nye. Yang aku beli ni yg utk snap jenis plastik punya. Dan bukan utk bwt secara mass producti0n. Kalo yg kat kilang, dia ada mesin KAM tu sendiri. Ok la tu... Aku memang dah lama aim nak beli KAM snap pliers tu tp xjumpa yg murah. Yang dekat Tiny Tapir jual yg besi, yang rege dalam rm300 gitu. Err...mahal la plak kan? Aku nak guna suka2 je. Nak tambah snap button kat CD hazim yg kalo setting butt0n yg biasa2 dulu dah mcm sendat kat perut dia. Kalo alih satu button, longgar plak. Haih, walaupun CD tu org xnampak pun sbb dalam seluar, tapi aku yg pakaikan kat hazim ni rasa stress. Wah, sampai stress tgk CD yg anak pakai xnampak selesa kat bdn dia. Haha..

Aku kan suka stress, sbb tu kena high bl0od pressure ms peknen. ;D

and then the sewing pattern. Yup, i'm buying the sewing pattern for myself though. Salu2 ibu yg p0t0ngkan kain, aku tggl jahit je. This time, i wanna do it, nearly fr0m scratch. Kalo fr0m scratch bt0l2, tu ha kena c0me out with the idea and design yourself, kena ukur plus minus atas tracing paper sendiri. Haha, blum belajar lg. Yang aku beli ni, dah siap design untuk baju bersaiz 10, 12, 14, 16, 18, 20 dan 22. Kat packaging tu dah siap ukuran, saiz 10 utk ukur lilit dada berapa, utk ukur lilit pinggang dan punggung berapa. So tinggal kt ukur badan kt sdri, and pilih saiz mana, trace atas kain, potong kain, susun and jahit. Wallaaa~~~ it's that easy! Tapi blum try bwt lg, so xtau la betul2 sesenang yg disangka atau x.

Sebenarnye, untung sape yg tau jahit baju sendiri tau. Bleh bayang x, untungnye sama lebih kurang harga kain yg korang beli tu atau berkali ganda. Let say korang beli kain cotton yg biasa2 jual by meter kat Nagoya ke kan..baru rm10/meter. Untuk bwt blouse or tunic, kain bukak 45" guna 2meter pun cukup. Mcm bdn aku yg dah membulat ni kena beli 2meter suku kalo nak bwt blouse labuh sket tutup punggung. Total kain rm12.50. Bila p0t0ng kain sendiri, jahit sendiri sume, kita hy pakai kat badan, less than rm12.50 sbb ada kain perca/ lebihan kain/ baki kain lepas dah p0t0ng2 tu. Cume k0s mem0t0ng dan menjahit baju je kita xdapat nak kira sbb bukan dalam bentuk wang. See? Tapi kalo kat kdai, harga blouse paling2 k0man pun rm30, dgn kain yg xberkualiti pun. Kan, kan? Cepat berbulu bila basuh etc. Kalo nak berkualiti, harga pun extra mahal la. Itu kalo kain tu betul2 berkualiti. Kita beli yg dah siap, bukan kita tau pun. Senang2 mark up harga kalo kat kedai jenama2 Z**a ke, M** ke harga sampai beratus. So, mehla kt belajar menjahit sesama :)

Contoh paling senang, tengok baju kurung siap. Paling2 pun rm80 ke atas kan? Kalau kita beli kain pasang, dalam rm30 atau rm40 dh dpt. Tu belum hantar kat tailor lg. Nak hantar tailor, kat kg dapatla harga murah. Kalo kat ampang ni, sepasang baju kurung pesak pun dah rm60 ke atas. Atau kena rajin survey mane tailor yg murah.

Tgk tu, aku kalo dah membebel, nombor 1. Hehe 8)

Alhamdulillah setakat ni aku jarang tempah baju kurung kat luar sbb ibu memang jahit sendiri baju2 kurung kitorang anak beranak. Aku ada skill menjahit tapi malas sket sbb jahit baju kurung ni byk benda yang kena atur. Kat bunga kain, kat bahagian pesak lg.

Tapi kalo jahit2 sarung bantal baby ke, cadar ke, seluar tidur ke atau benda2 len, memang aku suka sangat! ;D

Setakat ni blouse memang hantar tailor. Rm40 ke atas tp salu je xselesa pakai kat bdn sendiri. Menyampah aiii..

Ok la, cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini sajaaa..

Friday, February 1, 2013

Welc0me dear February!

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik dah masuk Februari dah. Kejap kan masa berlalu? Ape pencapaian setakat ni? Hoh,belum dapat keje lg if you ask me. Belum rezeki gamaknye nak keje. Tapi, kena lebih giat cari keje ni, xbleh give up. Oh, aku xciter lg aku pi interview ritu kan? Tengok la kalo rajin aku citer kat sini. If n0t, aku dah bg tau kat sini pun dah cukup bagus. Hahaha..tu citer 2mggu lepas. Usah dikenang sebenarnya. Life must go on and fokus cari keje lain plak. Rezeki Allah luas and ada kat mane2 je ;) positif nye lah kannn..hahaha

Tuesday, January 29, 2013

Weekends yg kebetulan

Assalamualaikum.

Sabtu 26hb ada sepupu sebelah umah kat Muar ni kawen. Plan asalnye nak blk kg pagi Sabtu, nak lepaskan Ellie pi tuisyen malam Jumaat tu. Tapi tetibe petang Jumaat tu takde air. Dari pg kul 10 lebih kurang. Ibu pun xsempat nak masak, beli luar je. So petang tu abah tanya, nak balik petang tu jugak atau pagi Sabtu? Memula Ibu kata biar pagi tapi last2 tukar pikiran, nak blk ptg tu jugak. Kelam kabut grab baju Hazim, diapers dia, baju kurung sendiri etc.

Kitorang gerak dari Ampang dalam kul 6 suku, dengan hujan renyai2 nye sampai kat area Seremban kot. Sepanjang jalan memang banyak kereta pun. Long weekend pun iye jugak.. Semua orang nak balik kampung. Singgah makan kat Jejantas Ayer Keroh dalam kul 8.45mlm, and sampai Muar kul 10mlm. Fuh, kematu jugak punggung ni..

Tapi bagus jugak la blk kampung mlm Jumaat tu sebab kalo blk Muar pagi Sabtu tu, jammed teruk! Biasalah, start dari lepas tol Bangi sampai tol Senawang kalo xjammed time perayaan memang x sah! Xbleh bayang dgn hazim dalam kereta, dgn panas pagi nye, haishh..mesti hazim mengamuk. Abang sefamily yg kuar hit the road kul 11pg dr Taman Melawati, sampai Muar kul 3ptg. Perjalanan pat0tnye amek masa 2jam je jadi 4jam. Macam perjalanan dari Muar nak pi Pengelih hehe..

Sepupu nikah malam Jumaat, sanding belah pempuan hari Sabtu and belah lelaki hari Ahad. Dekat bleh la..rumah pihak lelaki lebih kurang setengah jam je dr umah pihak pempuan. Best kan dapat orang dekat? Jodoh masing2 :|

Ibu plak mcm xsabar2 nak pi Majlisnye hari Sabtu tu padahal pengantin sanding kul 2ptg. Can you imagine how hazim cope with the situati0n? Haduii.. Baru duduk nak makan nasi pengantin, dia dah meragam. Padahal dia baru je 15minit bgn tdo. Pas bgn tido, m0od ok je. Dewan tmpt majlis pun dpn umah je. Dia punya excited berjalan nak pi dewan. Tapi bl dah masuk, ikut mummy dia pi amek nasi lauk segala (masa ni berdukung), bila letak je atas kerusi, trus dia menjerit. Haish, anak, kamu ingat kamu ni ringan macam bulu burung ke? Berat tahu, mcm angkat seguni beras 10kg ++ tahu?

Lepas makan, baru je kul 1ptg. Hai, hati dah bertanya ni, boleh ke survive an0ther 1 hour? Baru duduk setengah jam pun hazim dah bising jerit2. Itu xkena, ini xkena. Aku layankan lagi..

Masuk 1.30ptg, hazim xlalu nk duduk. Aku pimpin dia jalan, r0und dlm dewan, luar dewan bwh panas jugak. Dh 2x r0und, dia dh berpeluh sakan. Kebetulan memang panas terik masa tu. Tunggu punya tunggu, kul 2.15ptg bru nampak muka pengantin. Kitorang berdua kat luar masa tu. Aku dukung hazim. Bila pengantin duduk je kat pelamin, aku letak hazim and mintak ucu Eli dia jaga kejap, aku amek gambar 3keping, pastu mintak kunci umah kat ibu, trus ajak Ellie and bwk hazim balik umah.

Fuh!

'All is well', did n0t w0rk that well with us I guess. Phewww~~

Saturday, January 26, 2013

List of MooGoo Distributor (Watsons) dan kisah anak kawan

Assalamualaikum.

Wah, tajuk macam menjual jamu gitu kan? Haha, tak ok, tak...

Alkisahnya, a few days ago ada sorang kawan sekolah rendah ni post status kat fb dia yg anak dia dah 9 hari warded kat hospital. Aku tanya gak kenapa, ye lah, anak dia muda sangat, seingatnya aku baru je welcoming her to motherhood ni hujung tahun lepas. Nak kata jaundice, awat lewat sgt kan.. Bila godek2 page dia, hubby dia ada tag dia dalam update statusnya. Kawan2 hubby dia yang bertanya, hubby nye kata kena psoriasis. Kawan aku reply k0men aku, katanya skin infecti0n.

Basically, yang aku dapat google dari internet, PubMed Health website,

- "PSORIASIS is a common skin condition that causes skin redness and irritation. Most people with psoriasis have thick, red skin with flaky, silver-white patches called scales.

- Psoriasis is very common. Anyone can get it, but it most commonly begins between ages 15 and 35.

- It is not contagious. You cannot spread it to others.

- Psoriasis seems to be passed down through families. Doctors think it probably occurs when the body's immune system mistakes healthy cells for dangerous substances.

- Usually, skin cells grow deep in the skin and rise to the surface about once a month. In persons with psoriasis, this process is too fast. Dead skin cells build up on the skin's surface.

- The following may trigger an attack of psoriasis or make the condition more difficult to treat:

a. Bacteria or viral infections, including strep throat and upper respiratory infections
b. Dry air or dry skin
c. Injury to the skin, including cuts, burns, and insect bites
d. Some medicines, including antimalaria drugs, beta-blockers, and lithium

- Stress:

a. Too little sunlight
b. Too much sunlight (sunburn)
c. Too much alcohol

- In general, psoriasis may be severe in people who have a weakened immune system. This may include persons who have autoimmune disorder.

- Symptoms:

a. Psoriasis can appear suddenly or slowly. Many times, it goes away and then comes back again and again.
b. Irritated, red, flaky patches of skin
c. Most often seen on the elbows, knees, and middle of the body
d. Red patches may appear anywhere on the body, including the scalp

- The skin may be:

a. Itchy
b. Dry and covered with silver, flaky skin (scales)
c. Pink-red in color (like the color of salmon)"


Kesian jugak bila dapat tau fellow m0mmy, anaknye kena skin infecti0n. I can feel you. Walaupun dugaan Hazim xsebesar dugaan yg Allah beri pada anak dia (dari update status hubby dia, 1 badan anak dia infected. Termasuk kat kepala), tapi perasaan seorang Ibu tu jangan ditanya. Hanya Allah yg tau perasaan kami2 ni. Rasa resah, gelisah, sedih, xcukup rehat dan tido, bersengkang mata dan mungkin tambah lagi 1 pada kawan tu; perasaan sedih tgk anak yg baru menginjak 2bulan dah kena amek oral meds. Belum lg segala ubat sapuan yg dah c0nfirm2 ada steroid dari tahap terendah ke tahap tinggi. Masha Allah... Besar dugaanMu pada sahabatku itu, Ya Allah...Kau berikanlah kekuatan padanya...

Aku nak je pm dia, nak bgtau dia nanti if anak dia dah keluar dari h0spital, mintak dia stop segala penggunaan cream dari hospital. Nope, aku blum pm dia lagi. Nak mintak dia usahakan sapu MooGoo pada anak dia. I wanna save 1 more baby's life from being an avid steroid user.

Tau x kesan jangka panjang penggunaan ster0id cream pada badan? Osteoporosis and kidney problem, ok. Yup, you got me right, darling. Inikan pulak for 2 months old baby. That fragile body...ouh, sedihnye..

Aku tau, aku bukan doktor. So, my words and opinion mungkin hanya akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. But, I have to try. Kena jugak usaha bagitau dia. Dia nak terima atau x pendapat kita, tu terpulang. Tapi at least aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang kawan. Ye, nanti aku akan pm dia jugak.


Ok, sebelum terlupe, ni senarai Watsons yang ada jual MooGoo. Setakat ni baru ada 32 cawangan Watsons yg jual MooGoo. Before this dekat Caring Pharmacy je tapi sebab cawangan Caring Pharmacy xbanyak, agak susah nak dapatkan MooGoo.

KL & SELANGOR (Watsons) :
- Suria KLCC
- Mid Valley Megamall
- Pavillion KL
- The Curve, Mutiara Damansara
- 1 Utama
- AEON Taman Maluri, Cheras
- Alpha Angle Wangsa Maju a.k.a Jusco Wangsa Maju
- The Mines
- Jusco Cheras Selatan
- Hartamas Shopping Centre
- Jusco Kepong
- I0I Mall Puchong
- AEON Bukit Tinggi, Klang
- Sunway Pyramid, Subang
- Jusco Equine Park
- Cheras Leisure Mall
- Plaza Metro, Kajang

PENANG (Watsons):
- Queensbay Mall
- Prangin Mall
- AEON Seberang Prai City
- Gurney Plaza

PERAK (Watsons):
- Ipoh Parade
- Kinta City Shopping Centre

MELAKA (Watsons):
- AEON Bandaraya Melaka
- Mahkota Parade

JOHOR BAHRU (Watsons):
- Jusco Tebrau City
- Plaza Angsana
- City Square

PAHANG (Watsons):
- Berjaya Megamall Kuantan

NEGERI SEMBILAN (Watsons):
- AEON Seremban 2

SABAH (Watsons):
- CentrePoint Kota Kinabalu
- 1 Borneo Kota Kinabalu


Let's spread the news, shall we? Stop using steroid-based cream and live healthily. Creat awareness among us.

Resemblance

Kalo dilihat dari muka hazim, ramai kawan2 hubby kata, langsung xde rupa hazim.

Kalo dari segi warna, memang jauh beza pun. Haha.. Sebab hazim cerah, hubby plak gelap sket. Kalo bukan sbb duk kerja tepi laut je atau sbb h0bi mancing kat tepi jeti time petang2, memang hubby gelap sket kulit dia. Tapi xlah gelap sampai org kata si hitam manis jugak. Sederhana. Antara kitorang bertiga, memang hazim lg cerah. Mungkin dapat genetik dari dua2 belah family. Dalam family aku, ibu memang berkulit cerah. Dalam family hubby plak, kak lang dan abg ngah memang cerah. Dah byk kali kalo hubby dukung hazim, terserempak dgn kwn2 keje dia, sume kata 'xde rupe ko pun'.. Kelakar pun ada bila hubby balik2 je ngadu kat aku yg org kata muka hazim xsama muka dia.

Tak kesahla xsama 'warna' pun, yang penting ada 1 ciri yg hazim dapat dari daddy dia.

Nak tau ape?




Dagu lekuk!


Mcm dato' siti. Hehe..


Itu yg membuatkan hubby ni manis je muka dia selain sbb dia ada taik lalat besar kat pipi kanan dia. Hihiii

haih,rindu plak kat hubbY :|

Thursday, January 24, 2013

Hazim dah nak 18bulan

Assalamualaikum.

Cukup 30hb ni Hazim dah nak 18bulan. Jangan tanya pasal 1 tahun setengah punya berat, tinggi atau jab yg dia amek ye. Sebab sape yg baca blog aku yg kejap tenggelam timbul ni, mesti tau pendirian aku tentang vaksinasi baby ni. So, disebabkan i'm against vaccines, so aku pun dah xjejak kaki kat klinik dah sekarang untuk buat routine check up hazim :-\

Hazim punya milest0nes setakat ni, dia tengah belajar menyebut2 ape yg kita cakap. Perkataan yang dia mula2 sebut of c0urse la:
-'nak'

-'tetek'/'dedek' bila nak susu,
'buuuah' untuk semua benda yg bentuk lbh kurang buah. Bawang, bunga, daun pun jadi buah jugak ;(

-'ban' ialah fan/kipas.

-'dodok' ialah duduk (mummy dia ajar 'sit' tp mane ntah dia dgr org ckp 'duduk' tu.

-A'tok'. Yg ni kita kena sebutkan dulu 'aaa...' baru dia sambung 'tok'.

-A'bah'. Pun sama jugak gaya cam sebut atok.

-U'bat'. Sama jugak kena sebutkan 'uuu...' baru dia sambung 'bat'. Yang ni xpnah ajar tp dia sendiri yg ingat.

-Sam'bah' ialah sampah. Tu pun sama kita kena sebutkan dulu 'sam' tu. Tapi dia paham kalo kita marah dia main kat tepi tong sampah. Tu kotor.

-'co co' ialah ucu Eli dia. Haha


Tapi sedih ok, 'mummy' atau 'daddy' blum lg pandai sebut. Biasalah budak cam dia pun maseh belajar suku kata yg mudah. Kalo 'mama' atau 'baba/papa' senang sket. Habes, dah hubby nak jugak bahasakan diri 'daddy, mummy', hm, tunggu tahun depan le gamaknye? ;(

ok dah setakat ni. Haha

Wednesday, January 16, 2013

Rindu moment2 indah

Gambar ni kat Aeon Bandaraya Melaka. Ambik masa nak pi kenduri kawen anak atok sedara kat Melaka. Time ni seminggu lepas kerismes. Masih ada lagi decoration kerismes kat situ.

Bila tengok decoration gini, teringat last time bergambar kat deco2 mcm ni was in 2010, i was 2months pregnant. Masa tu pegi Mid Valley, girls day out ngan favourite girlfriends. Lamanye lah xpi sana, I mean Mid Valley and lamanye lah x hangout ngn dorang2 ni.

Ni si TJ pun dah ada anak kecik, si Tqah pun bru je bersalin. Tinggal Ana je belum. Bila lg nk keluar ramai2 camtu kan? Nak tunggu sume anak2 dh besar, hah mane tau time tu Ana plak tengah sarat peknen, or ada yang tengah peknen 2nd child.

Time to move on, I guess...

Kitorang x lost contact pun...still watssaping each other. But still, it won't feel the same like bergosip face to face kan? The atm0sphere is nowhere near fun at all.. Missing that moments with dearies :((

Monday, January 14, 2013

Hazim dan buku

Hazim dan kecintaannya terhadap buku. Oh,mak kau pn x segila ini tau anak...

Ni sape nk kemas semula ni???

Sunday, January 13, 2013

Kain raya

Assalamualaikum.

What? Baru bulan Januari dah beli kain nak buat baju raya?

Ye, udah dibeli dong....

Aku jarang balik KL, ntah bila lagi akan balik sini lepas ni. Jadinye, nampak je yang berkenan di hati, trus je rembat. Ala, beli kat Nagoya Carrefour Wangsa Maju je. Aku ni cerewet bab2 warna. Pendek kata sume benda aku ni cerewet lah. Lagipun if aku x beli sekarang, x tau lg balik ampang bila sebelum raya, nanti sape nak tolong jahitkan baju raya aku? Tiap2 tahun pun ibu aku yg jahitkan baju raya aku..nanti kalo xterbeli kain, aku xde baju raya la plak. Aku plak xsuka baju kurung ready made. Proporti0n badan aku ni x perfect. So nanti baju besar ngam2 tapi kain panjang sangat la, lengan terlampau panjang, pinggang kain ketat and the list goes on bla,bla,bla...

Aku lebih suka kain cotton dalam banyak2 jenis kain. Dah 4 kali raya dari tahun 2009 aku pakai baju raya kain cotton. Yang aku beli kali ni kain licin tp bukan kain satin. Dah try gonyoh2, nampak macam xberkedut sgt. hahaha..yes, itu yang aku nak. Dah malas nak menggosok baju sekarang ni. Lagi2 baju kurung. Bukan salu pakai pun jadinye lepas basuh salunye trus gantung dalam almari je.

Sebenarnye aku xsuka warna2 striking/shocking. Aku lebih suka warna2 lembut gitu. Lagipun, jarang dapat jumpa kain cotton warna striking kan? Salu pun warna dull atau warna lembut. Hubby's taste of colour plak memang totally difference than me. Dia suka warna2 striking. Tudung pun kalo bleh nak aku pakai warna terang2 jugak. Pas dah kawen setahun baru aku cube cari baju2 warna terang. Tapi susah nak jumpa yg berkenan. Ended up xbeli or worst xpakai. That's why la bila jalan kat Nagoya haritu, ternampak je kain warna shocking dan yang paling penting, aku berkenan, trus aku beli.

And i promise, this year sehelai je baju raya baru. Tahun ni raya belah hubby. So, paham2 je la.. The feelings xsama mcm raya ngan parents sendiri. Ngeee ^____^

oh, jujurnye lah aku ni ;P

Safety first!

Assalamualaikum.

Yes, finally the safety gate were installed at Bonda's home! Double yey sebab dapat halang Hazim dari naik ke tingkat atas. For the time being. Haha..

You see, supp0sedly both end kena skru, drilled to the wall. Tapi umah ibu ni kat area tangga bukan nye dua2 belah adalah dinding. I bet m0st of the houses, 0ne side of the tangga ialah railing like Bonda's.

So, drilled and screwed at one end while the other end tu abah ikat using pengikat beg plastik (misal kata nak masuk market carrefour tp kita bawak beg plastik lain. Kan dorang akan ikat guna satu pengikat plastik. Tau kan? Ah, xtau, go figure). Pengikat tu besar la dari yang ikat beg plastik yg ada. Strong enough to let the safety gate stays where it belong.

Kat tingkat atas pun dah pasang jugak. Lega! So pasni bleh je malam2 sebelum tido tu lepaskan hazim kat family corner tingkat atas tu. Xdela takot dia main depan tangga lagi. Tapi...habesla dia kemas buku2 cerita kitorang nanti.. Depan bilik aku ni ada built-in rak buku. Hm,memang la -___'-

Thursday, January 10, 2013

Hazim memang anak bapak :))

Assalamualaikum.

Ni pun hutang entry tahun lepas. Hubby ajak jalan2 ke Johor Kota Lama after zuhur. Weekend yang tetibe je secara sp0ntan hubby ajak keluar. Nak mancing katanya. Memula nak mancing kat kolam air tawar Felda Sening tp dorang buka malam je. And plus, mcm poyo je, bukak kolam mancing tapi xbleh bwk balik ikan yg dipancing. Maybe kolam tu kolam-asah-skill-mancing kot ;P

Last2 we ended up pi mancing kat jeti, tepi hilir sungai Johor masuk ke lautan luas. Kat tepi tu ada Chalet Bob, pernah masuk Harian Metro.

Tapi masa pegi tu dh petang. Yelah, kuar umah pas zuhur, sempat singgah Felda Sening dulu lagi baru ke Kota Johor Lama, memang dh petang sgt ler gamaknye. Air dah surut and what do you expect? Memang xde ikan la kan.. Penginap kat Chalet Bob tu pun ramai yg mancing jugak kat jeti chalet tu. Tapi xde dengar org bersorak dapat ikan pun :))

Lagipun sesaje je turun ik0t hubby mancing sbb xpnah tengok dia mancing. Salu pun dia mancing kat jeti dlm based je. Sekarang ikan kurang kat jeti sana, xtau kenape. So dia pun kurang dh pegi mancing. Kali ni je tetibe dia ajak aku ik0t sekali, xdapat ikan jugak haha..

Yang penting, tujuan utama nak bawak hazim berjalan. And looked like he loves fishing! Happy bt0l dia berlari atas jeti. Mak dia ni ha yg seriau sebab kalau jat0h? Mummy x reti berenang nak oiii.. Kang terjun dalam air ada tenggelam terus! Bukan sebab lemas, tapi sebab berat sangat, tu yg tenggelam. Hahahaha..haip, x kelakar ok?

Masa hubby mancing tu, hazim pun sebuk la nak angkat joran. Bila hubby nak letak umpan kat mata kail, dia pun sebuk nk tengok jugak. Dekat2 plak tu nak nengok nye. Naseb baik mata kail x tercangkuk kat hidung dia. Haha... Hazim memang banyak kerenah sekarang ni. Main lari2 kat atas jeti mcm main lari2 kat umah dia je. Haish, naseb x jatuh..

Kalo tanya mummy dia ni ada fobia air dalam (laut, tasik). Bila tengok air dalam, nampak gelap je dasarnye..err..ok xpe, wa takot ok, takot..

Wednesday, January 9, 2013

Ada azam tahun baru 2013 ke?

Assalamualaikum.

Supposedly entry ni entry 1st dlm 2013 tp nak jugak letak entry pi Penang yg dh basi tu dulu ;)

Anyways, ape agaknye azam tahun baru aku?

Azam aku senang je.

1) nak kurangkan marah Hazim. Sejak hazim dah jadi toodler yg berjaya ni, memang selalu dia naik kan darah aku. Aku tabik btul kat m0mmies yg xmarah anak2 dorang, xnaik suara etc. Aku? Hmm..selalu je.. Hazim pandai pilih waktu nak bwt aku naik angin, you see.. Time aku tengah masak, potong sayur, potong ayam or ikan, tengah sebuk di dapur pendek katanya. Time tu la jugak hazim nak tarik wayar oven, nak main ngan tutup bekas beras dan seterusnya main ngn beras ala2 'wang masss..wang masss' citer Ali Baba Bujang Lapuk P.Ramlee tu, nak tarik/tolak kerusi ke singki so that dia boleh panjat kerusi tu dan main ngan air sabun atau air rendaman ikan yang ada dalam singki. Selamat dia xdapat capai pisau lg sbb memang aku salu letak jauh sket dr singki. Ape lg? Oh, hazim pun suka tolak kerusi sampai dekat ngan para tempat rice c0oker. Nanti dia panjat kerusi and suka tengok wap keluar kat atas penutup rice c0oker tu ala2 kagum gitu. Hoi, panas tau tak wap nasi tu? So can you imagine mane la aku tak hangen sentiasa ngan budak bijak kuasa dua ni? (Danish = bijak; Hazim = bijak; Danish Hazim = bijak kuasa dua). So yeah, NAK KURANGKAN MARAH/ TINGGIKAN SUARA PADA HAZIM.

2) Nak kuruskan badan. Like, seriously (tapi tengah mengunyah kerepek ketika entry ini ditulis. Yeah, right nanie. Heh)

3) Nak jadi muslimah sejati, jadi isteri yg baik kepada encik hubby. Hm, ni bukan azam tahun baru tp azam berpanjangan sampai bila2.

4) Nak rajin update blog.

Tu je k0tt? Yelah k0tt..haha. Nanti kalo ada ape2 lagi, aku update kat sini. Tapi mcm dh cukup je ;D

Entry Basi Kuasa Dua!

Assalamualaikum y'all! Whoever you are wh0 still happened to read my blog. Yes,after a m0nth ++ of lazyness, I am back, here in this medium of mine to rambles; hopefully for g0od.

Ai hutang entri pi Penang tahun lepas lah,blog.. What to do, balik je dr Penang, esoknye dah nak balik Johor plak. Biasalah, dah balik Johor memang kena adapt semula life kat sini. Bila kat Ampang, ada orang yg boleh layan kan hazim kalo aku nak buat keje sket. Tp bila dh kat Johor, tggu hubby blk keje petang baru la bleh bersenang or take 5 dr layan hazim. Budak tengah membesar, banyak akal.. Ada je dia nak buat mummy's blood go upstairs. Haih.. Kalo dia x dapat ape dia nak, hmm...datang la amukan dia tu. Fine, fine hazim!

Ok, en0ugh ranting about hazim. That won't st0p here. Tengok la kang entry akan datang, lagi dan lagi pasal hazim ;)

Last year bulan November aku ada bagitau yg aku ikut parents aku pi Penang kan? Haa..family abg pun ada minus my hubby. Dia ada tugas kat KL.

Orang kata Penang tu food's heaven. Em,bg aku biasa je lah. Kiri kanan pun Nasi Kandar. Oh, bosannnn...haha marah orang Penang kat aku. Review sengal ;D Lagipun parents aku bukan jenis yg suka sgt nak try makanan eksotik tempat dorang lawat. Dahtu pegi ngn parents, memang nan hadooo la kau kan..kalo pegi sendiri, drive sendiri mungkin best kot sbb ko tentukan sendiri ape ko nk buat seterusnya, nak pi mane, makan ape bla,bla,bla..

And plus, tahun lepas rasanye cuti sekolah yg bulan 3 atau yg bulan 5 tu abah dah r0nda Penang jugak. Jadinye the parents x heran sgt r0nda the 2nd time cuti sekolah hujung tahun.

Aku pun xde beli ape2 souvenir dari Penang. And heck, ape je souvenir yang bleh dibeli kat Penang? Baju? Erh, bosan jugak. Jeruk? Haaa...aku x makan jeruk. Like, seriously ok. Jeruk, asam dan adik beradiknye memang aku x makan. Hubby suka tp aku xbeli pun utk dia sbb dia pun ada masa2 je makan jeruk tu. Bukan hantu sgt. Selamat dia xterkilan aku xbeli utk dia. Muehehe..

Holiday pi Penang tahun lepas tu sebenarnye holiday-bajet-lah-sangat aku. Sebab xbli ape pun. And byk ronda2 Penang je. Oh,nevermind. Short getaway. Bukan nye nk sh0rt-shopping-eating-getaway pun kann.. Niat utk sh0pping jeruk pun xde. Lagi2 aku ni jenis; if aku x makan sesuatu makanan tu, bwtpe aku nk beli utk org lain. Huih, jahat btul aku ni kan? Whateverrrr ;p

hoih, ape ke halnye jd entry sinis ni? Sorry guys.. Penang best, cume aku ni je..hehe