Tuesday, January 12, 2010

no update~

p/s: Sorry guys, aku takde mood nak update untuk beberapa hari ni. Tak sehat dengan sakit tekak, selsema and sakit-sakit badan buat aku jadi blur... Nanti ye if aku dah ok sket, aku update ehh... wait ahhh~

Tuesday, January 5, 2010

< tag >

...zaman bercinta + tengah bercinta by --> Miss Liyanaroxx.

(Ana, zaman bercinta tu bermaksud zaman dah lepas. So, nanie buat tag zaman tengah bercinta ye? haha...giler Melayu dah aku sekarang ni bila belajar kat UKM!)

Well, ape yang specialnya zaman bercinta aku sampaikan aku di tag oleh si Miss Liyanaroxx ni? Aku rasa biasa-biasa je. Bagi sesetengah orang mungkin cara aku ni agak cliche, takde yang romantiknya, takde yang indahnya. Tapi bagi aku, 'wehhh!!! Ni tag aku la wehh, aku punya story la kan?' ;P

So, here we go:

1) First time jumpa buah hati + di mana?

Kat mana? Kat dunia siber. Kan aku dah kata, memang cliche. Zaman teknologi kan, jadinya semua di hujung jari. Aku tak petik jari, tapi aku dok menekan. Dari tekan keyboard hingga tekan keypad.

Siyes, siyes... Kenal pon secara kebetulan kat Tagg*d.com. Ala, lebih kurang cam Fb, Fs jugak la. Aku tak pnah terpikir pon nak bukak account Tagg*d ni. But, ada sorang kawan aku kat UKM ni dok la invite aku join Tagg*d ni kat emel. Memula tu, aku delete je invitation dia tapi tiap kali aku bukak emel nak check emel, ada lagi minah ni invite aku. Adeh~~ So, layankan je la. Masa aku bukak account tu, ada lagi sebulan kot nak habis semester 2 kat UKM. Awal-awal kat Tagg*d ni aku bukak sekadar tengok mesej. Kalo aku nak reply, reply la. STRICTLY NO PHONE NUMBER GIVEN (at all). Durh~ Alam siber kot, mana bleh senang-senang nak bagi nombor tepon.

Tapi nak dijadikan citer, masa cuti semester UKM tu, aku rajin jugakla layan Tagg*d tapi sekadar suka-suka. Online Tagg*d tapi tak layan mesej orang. Saje tengok page orang lain, tengok gambar-gambar girls yang act comel. Aku plak pi letak gambar tengah makan KFC, dengan mulut ternganga as my profile picture. Sebab aku takde intention nak cari kawan lelaki. Bagi aku, mana-mana guys nak kawan ngan aku, terima aku seadanya. Ada sorang mamat ni tegur aku sebab banyak makan! 'Huh~ Aku pun tak hingin nak kawan ngan ko! Tak suka, sudahlah. Pi la cari kawan kurus keding sana.'

One night ni, masa aku tengah update blog aku pasal My Mr. Right, ada sorang guy ni mesej aku kat Tagg*d. Profile picture takde. Check profile dia, dia pon bukak account selang seminggu awal dari aku. Yang dia ni, tetibe aku curious lebih. Aku layan mesej dia. Selang berapa hari pastu, aku dengan baik hati bagi no.fon aku pada dia. Tapi, bukan no.tepon aku yang sebetulnya. And then, semuanya bermula masa aku pi Sabah. Dari situ mula-mula tepon dan berborak ngan dia, buah hati aku sekarang.

2) Cinta pandang pertama?

Obviously BUKAN CINTA PANDANG PERTAMA. 'Kan sayang, kan?' Sebab kitorang bermula dari alam siber, ke alam mesej-mesej, ke alam bergayut di hp, selang sebulan kot baru jumpa dia. Owh, tindakan paling berani aku pernah buat --> couple ngan random stranger tanpa aku knal muka dia camaner (dia pernah tengok muka aku kat dalam Tagg*d). Ye la, kot-kot takde gigi ke kan?? Who knew, aite?

3) Siapa dia pertama kali anda berjumpanya?

Apekah motif soalan ni? Ada skema jawapan ke? Takde kan? Erm...Dia seorang pekerja kerajaan. Senang citer, Ashkar. Haha... sorry, sorry...Navy lah. Tapi masa aku jumpa dia kali pertama, sempat jumpa tak sampai seminit pon. Masa tu janji nak jumpa kat Tasik Titiwangsa sebab dia nak bagi bunga Flip Flap yang dia tolong belikan untuk aku (surprise, surprise!). Masa tu hujan, dan aku tak turun kereta pon, setakat bukak tingkap kereta dan dia hulurkan plastik pada aku. And masa tu, aku tak sempat nak digest muka dia pon, cuma perasan ada tahi lalat kat pipi kanan dia. Tahi lalat pemanis. Tahi lalat dia tu yang jadi igauan aku! Hahah ;D

4) Berapa lama jangkamasa untuk si dia mengajak saya keluar dating?

Hah! Agak lama! Katanya pemalu. Aku yang awal-awal ajak dia kuar jumpa tau (ni silap orang la. Patutnya aku yang kat tempat dia, pemalu. Tapi terbalik plak). Kali pertama dia ajak jumpa, masa yang dia bagi bunga Flip Flap tu pada aku. Masa tu aku dah tawar hati nak ajak dia jumpa dah. Tetibe dia ajak. Aku pon on je la.

5) Tempat dating pertama?

Kat Tasik Titiwangsa. Giler poyo kan? hehe... tapi bagi aku, memori terindah tu wehhh~

6) Macamana dia melamar? (Erk... ok, ok...lamaran jadi gf ye. Kena tukar sket)

Awal-awal dulu aku jugak yang mulakan. Tapi masa tu aku pon tak berapa nak serius. Sikit-sikit baru dia tunjuk serius, macamtu jugak aku pun sama. And the rest, dia yang buat move dulu. Tanya pasal kawen, adat orang Jawa. Tapi, satu benda yang dia buat dan aku sendiri terkejut --> bila dia bagi cincin emas dan dia sarungkan kat jari aku. Masa tu kitorang saje-saje pi Taman Orkid, KL. Katanya --> 'tanda Cuk terima cinta Abang'... awww~ Sweet sangat!

7) Special date dengan buah hati?

Jawapan cliche lagi: setiap kali kuar jalan-jalan ngan dia kat taman tasik, kuar makan ngan dia dan semua aktiviti yang melibatkan kami berdua, semuanya istimewa bagi aku. Sebab aku jarang dapat hangout lama-lama ngan dia. Jadinya, masa itu emas kan? Gunakan sebaiknya. hehe ;)

8) Perubahan yang dia mintak aku buat?

Perangai kena lembut sket. Sebab dia tau aku kasar. Dan aku sendiri tau aku kasar orangnya. Mungkin dia tak biasa berdepan ngan orang yang terlebih huha macam aku ni kot. Selain tu, dia mintak aku berbincang ngan dia sekiranya ada problem yang timbul antara kitorang ni. 'Ada ape-ape lagi yang Sayang nak Cuk ubah?'

9) Ape yang anda suka tentang buah hati anda?

Jawapan cliche lagi: Semuanya. Terutama sekali tahi lalat kat pipi kanan dia dan hidung dia; mancung tak macam hidung aku yang pesek ni ;p Dia rasional dan matang dalam berfikir walaupun umur kitorang ni sebaya. Last but not least, buah hati aku ni spontan orangnya, aku takkan tau ape yang dia fikir, tup-tup nanti dia akan buat surprise pada aku.

10) Ape yang anda inginkan dia berubah?

Setakat ni takde ape kot? Nanti kalo ader, aku update ye? boleh tak cenggitu?

11) Anda akan hilang akal jika dia...

Tetibe senyap, tak reply mesej aku lepas beberapa jam. Masa tu aku kena bukak balik sent item dalam hp, check semula ayat aku dalam mesej-mesej sebelumnya, kot-kot ada yang berunsur ayat ganas, ayat kasar. Selalunya jadi bila ada ketengangan urat antara kitorang berdua. Biasalah, dalam relationship memang takkan selalunya tenang. Mesti ada turun naiknya kan?

12) Anda akan tersenyum sepanjang hari sekiranya...

Buah hati aku ni buat ayat-ayat jiwang dia melalui sms. Dia ni romantik semulajadi. Tapi dia tak sedar dia tu romantik. Memula agak payah jugak la aku nak sesuaikan diri sebab aku ni jenis kasar, huhahuha. Lama-lama... ala, paham-paham je la ye? Ataupun dia bagi kata-kata semangat kat aku; contoh masa aku breakdown pasal tesis awal bulan 11 ritu. Selain parents dan kawan-kawan rapat aku, aku bertuah ada dia. 'Thank you Sayang!'

13) Cinta anda terhadap buah hati anda adalah sebesar...

Cinta aku pada family aku, pada diri aku, pada kawan-kawan rapat aku. Tapi tak la sebesar cinta aku pada Tuhan yang satu. 'Cuk harap perhubungan kita ni berkekalan hingga akhirnya dan ape yang kita impikan selama ni menjadi kenyataan, InsyaAllah satu hari nanti...'

14) Ape perasaan anda bila dah buat tag ni?

Aku rasa perangai jiwang aku dah terkeluar plak kat entry nih. Ahhh... what to do kan? Mengaku je lah. Hahaha ;D Sorry, terjiwang plak ;P


p/s: Mak aiii... penat buat tag ni. Habis pon.

2010: New Year's Resolutions

Ok, jom kita tengok balik azam aku tahun lepas? Dah tercapai atau tidak?

  1. kalo boleh, nak siapkan tesis dalam 1 semester ni..so, i can grad on time (August 2009)
  2. nak maintain PNG+PNGK atas dari 3 jugak
  3. nak mudah untuk memaafkan orang lain (aku suka mintak maaf kalo aku buat silap..but dat doesnt mean i dun MEANT each forgiveness i seek from people around me..cume, aku dah dibiasakan sejak dari kecil..JANGAN EGO..) so, dis year, aku nak kedua2nya sekali.. senang memaafkan+meminta maaf...
  4. aku nak jadi anak yang mendengar kata (tak nak dah asyik cari pasal je ngan mak aku..huhu..kepala batu la katakan)
  5. nak cari jodoh...(ahaha..siyes ni..i'm not getting any younger everyday, am i? so, it's time to find my prince charming, Mr. Right, or whatever u call it)
  6. nak turunkan lagi berat badan sebanyak 10kg...(i can do it!!!)
Last year's resolution agak banyak. But obviously lah yang azam no.1 tu aku tak dapat nak realisasikan ye tak? Sebab lepas je aku buat azam tu, selang beberapa minggu, aku buat keputusan drop subject thesis dan hanya settlekan semua subject kelas je. Aku baru mula buat tesis semester 1, tahun 2 kat UKM. So, InsyaAllah aku grad tahun ni, Ogos 2010. Lewat setahun dari yang aku jangkakan. Takpe, at least, aku akan grad jugak :)

Dan azam no.6 tu pon hanya dapat turun 3kg je tahun lepas. Ermm... tahun ni kena berlipat kali ganda usaha sebelum bulan Mei. Bulan Mei? Betul ke bulan Mei? InsyaAllah bulan Mei. Shhh...rahsia besaq ni ;p

Tahun ni punya resolution plak?
  1. Bring forward dua azam tahun lepas --> grad + turunkan berat badan lagi.
  2. Azam yang berterusan untuk no.4 (azam 2009).
  3. Nak e~ dan w~ (dan jadi yang terbaik, solehah dan mendengar kata).
p/s: Itu je, sekian terima kasih. InsyaAllah semuanya akan tercapai, termakbul lah hendaknya untuk tahun ni.

Girl's Day Out 010110

Pelik jap tengok tarikh New Year tahun ni. Berpinar tengok banyak sangat 1 dan 0. Hehe...

By the way, New Year tahun ni masuk kali kedua celebrate ngan BFF kesayangan. Sape lagi kalo bukan aTiQue + Liyanaroxx. Rasa-rasa boleh jadi Annual Meeting nih, or should I say, Annual Hangout with besties? Hihi :)

Sorry la ye, agak lewat aku nak update pasal hougout ritu. The last couple of days ni aku agak malas sket. My entry untuk 1st day of 2010 tu aku taip 10minit sebelum get ready nak kuar ngan besties aku nih tapi baru dapat publish malam semalam, 040110. Sebab bila balik hangout dah malam, badan dah penat, aku malas nak online dah ;p

So, back to the story lah ye.

Hangout ngan dorang dari kul 12tghari sampai ler 8mlm. Sampai umah dah kul 845mlm. I'm okay with it, as long as i'm not driving. Haha (thanx Ana, dengan baik hati anda dah menawarkan diri untuk jadi driver of the day). And nak tau tak, kitorang bertiga ni dah jadi budak Emo masa kuar hangout ritu. Masing-masing pakai baju hitam. Fuh~ nasib tak kena tahan polis. Hahahaha ;P

Plan nak tengok movie kat GSC Mid tak kesampaian sebab bila sampai je kat Tingkat 3 Mid, mak aiiii... beratur bukan men panjang nak belik tiket! Hello~ takde gaya ok, nak buang masa beratur sepanjang itu. Ok lagi. Pi makan plak kat Foodcourt sambil gosip-gosip. Biasalah, gosipnye berkaitan e~, w~ lah (tu aksara dari tqah untuk kependekkan bahasa). Tahun 2010 untuk itu semua. Impian dan angan-angan yang InsyaAllah termakbul jugak untuk tahun 2010 ni. Amin~

Bila rasa tak syok mengawal diri, Tqah bagi plan tengok movie kat CineLeisure, Damansara. Sebab, betul jugak tau bila hangout ngan dorang ni kalo tak tengok movie tu tak sah. Somewhat missing; tak complete. There you go.

First time ni aku masuk Cineleisure. Ok la wayang nye. Sebab aku ni peminat terulung POPCORN, the detailing about the movie place itself aku tak kesah. Yang penting, POPCORN kena best! (beb, aku boleh habiskan LARGE popcorn sorang ok? hehe). So, sekarang ni baru aku tau, popcorn yang paling tak best adalah di TG*. No.1 popcorn masih di GSC, diikuti dengan MBO dan Cineplex kat Cineleisure tuh :)

We watched 'Did you hear about the Morgans?' Best cter tuh! 4.5 bintang dari 5 bintang okeh? Movie ni pasal wedded couple yang ada problem dalam perkahwinan dorang bila si suami tidur ngan pempuan lain belakang isteri dia. But in the end, dorang berbaik semula. Cliche la jugak jalan ceritanya but the in-between plot masa dorang dalam Witness Protection Program tu yang lawak. Hihi. Thanked god la besties aku ni memang kaki tengok movie genre romantic comedy nih (sebab dorang ni pon ada some sort of comedic personalities gak. haha).

Pas movie, jalan-jalan ke IKEA, nak makan meatballs! yummy! Melantak tak hengat bila aku ngan Ana beli 10 biji meatballs sorang. Tqah plak makan 5 biji je tapi ada Kek Daim la. Aku nak ngabeskan 10 tu pon, MasyaAllah... rasa macam makanan dalam perut tu dimampatkan semampatnya (ye, sebab aku dah ngabeskan LARGE popcorn sorang-sorang okeh masa dalam movie).

All in all, hangout tahun ni best. Dapat kongsi gosip-gosip hangat segala ngan dua budak hitam, oppss...dua budak yang penting dalam life aku. Bukan senang nak jumpa budak yang sorang tu. Asyik naik turun flight je, konvensyen sana, konvensyen sini.

p/s: Tapi... tahun ni tak banyak bergambar dan berposing. Kalo ada pon, gambar tengah makan. Mentang-mentang la memang suka makan.

Friday, January 1, 2010

2010?

Hah?? Dah 2010 dah wehh!!!

MasyaAllah, pejam celik pejam celik dah masuk 2010 dah.

Aku tak ready lagi untuk tahun baru ni sebenarnya (if not, takkan memula entry aku dah terkujat kot??). But, by hook or by crook, masa tu tak tunggu kita. Nak tak nak memang dah masuk tahun baru, tahun 2010. Bye-bye 2009, helloooo 2010.

My last day in 2009 dipenuhi dengan kupu-kupu terbang dalam perut (haha...butterfly in the stomach bak kata omputih).

301209: pembentangan viva
311209: edit ape yang patut pada tesis untuk hantar jilid. Seharian kat UKM.

Viva? Alhamdulillah. Sume berjalan lancar. Berkat usaha sendiri dan penyelia aku yang suka suruh aku tambah benda last minit. Selain tu berkat doa ngan nasihat abah + ibu, Cik Abang yang salu dengar bebelan aku pasal tesis ni selain adik beradik yang lain (bernanah telinga ke? hehe). Dan berkat doa pada-Nya, minta dipermudahkan setiap langkah dan kerja-kerja aku berkaitan tesis ni. Amin~ Semua nya berbaloi :)

Jilid? Isnin pagi ni aku dah boleh ambik final product tesis aku kat kedai fotostat dah. Lega hati aku ni bila semua dah selesai.

p/s: all in all, pengakhiran 2009 yang sangat best. Alhamdulillah, pasni dah boleh cari kerja :)