Friday, February 26, 2010

♥ stats

++ Elanie Qhohar ++

--------------------------------------------------------------
9 hari
lagi nak masuk 25 tahun (erk!)

59 hari lagi, masuk 18 hari aku tua dari buah hati aku (ceh~)

92 hari lagi nak ke majlis kecil-kecilan tuh...

InsyaAllah lagi 225 hari untuk... Hehe :)
--------------------------------------------------------------



p/s: Love him dearly with all my heart. Mmuahhh~

Semalam...

Yeayy... selepas seminggu tak jumpa buah hati... tadaaaaa...

Semalam lepas pon rindu! Dok kat tepi tasik sambil disimbahi tempias air pancut kat tengah tasik... Uhhh... romantik habis! (romantik ke??) Angin plak best btul petang semalam, tu yang sampai kena tempias air pancut tuh. Habis basah cermin mata aku. Hihi :)

Pastu pi makan malam kat kedai biasa kitorang salu makan kat Kg. Baru tuh. Mak aiii, pedasssss sungguh sambal belacan kedai tuh! Dahtu pi order makanan pon mintak pedas. Dah double trouble pedas! Pasni nak makan situ aku kena kunci mulut dari sebut 'pedas' lah. Naya aku makan tak hadam sebab tak kunyah nasi pon, adalah dalam 2-3 kali je pastu terus telan sebab tak rasa lidah. Hahaha ;P Tak terikut dah cara Nabi S.A.W kunyah 44 kali. Mungkin zaman dulu-dulu takde sambal belacan la kot... Hihi :)

p/s: Syukur dah dapat buah hati aku semula :)) Missed him much!

Thursday, February 25, 2010

itu dulu...

I used to wear cynicism alright.

But I want to put it aside and start looking at the world positively. Come what may, I'll cherish it and accept it openhearted :)

InsyaAllah :))


p/s: "For a pessimist, I'm pretty optimistic!" Tapi itu dulu la... sekarang kalo boleh, nak jadi optimist je :D

make up

Tengahari tadi aku pi Jusco Maluri. Niat hati nak pi cari buku kat MPH. So, lepas masak lunch ngan Ibu, terus je aku siap-siap pakai scarf nak pakai tudung. Kebetulan masa aku nak pakai tudung tu Cik Syam tengah lap meja solek kat ngan meja makan tempat semua krim, bedak, lipstick kitorang.

Memandangkan aku nak pakai tudung hitam je, tudung tu takyah tengok cermin pon aku tau mesti ok punye aku pakai (ecehh.. berlagak btul) sebab tudung tu senang dibentuk. Tetibe:

Cik Syam: Eh, Nanie nak pakai cermin ke? (slanga Indons)

Nanie: Takpe la Cik Syam, tudung ni senang je pakai.

Cik Syam: Guna la dulu, nanti saya boleh lap meja tu kemudian.

Nanie: Ala Cik Syam ni, bukan Nanie nak pakai mekap pon, takyah tengok cermin pon takpe. hehe...

Cik Syam: Ehhhhh... janganla pakai mekap, nanti masa kawin takde seri.

Nanie: Ha, jangan pakai mekap eh? Ok, ok... (sempat aku gelak)


Kebetulan aku ni memang bukan jenis orang yang suka pakai mekap pon. Kalo dulu zaman awal 20-an, masa nak keluar umah ngan kawan-kawan pi shopping ke, mesti aku pakai blusher ngan lipstick. Lama-kelamaan tinggal lipstick je. Ntah, mungkin kulit muka aku ni jenis yang cepat berminyak kot, so bila keluar lama sikit, kena panas, nanti mekap cepat cair. Sememeh plak rasanya dan tak selesa.

La ni pon kalo aku kuar pi wedding kawan-kawan ke, aku hanya pakai krim muka (pelembab la katakan), bedak compact (pakai nipis je) ngan letak lipstick. Ok, I'm all set.

p/s: No komen. Yang penting ikut mana selesa. Ada orang rasa 'naked' je muka tu bila tak bermekap. Aku lebih senang simple dengan hanya berlipstick bagi bermaya sket. Hihi :)

'tak akan!'

Ni bukan entry nak membuat penegasan ke ape. Cuma nak kongsi sket la pasal perkataan 'tak akan' ni.

Selama aku hidup ni beselah aku salu letak rules dalam setiap yang aku buat. Tapi kali ni aku nak cuba buang rules tu. Ada benda dalam hidup ni kita kena ikut buku dan ada jugak yang kita kena ikut flow. Ada benda yang kita buat kena ikut jalan selamat, ikutlah. Dan ikut flow tak bermaksud kita langgar semua adat, sampaikan maruah diletak tepi. Yang penting pandai jaga diri dan tau bezakan yang mana baik, yang mana buruk. Tapi bila ikut buku sangat mulalah kita akan guna perkataan keramat 'tak akan' tuh.

'Aku tak akan itu, aku tak akan ini... aku tak akan buat macamtu, aku tak akan buat macamni... bla, bla, bla...'

Aku percaya Allah kalo nak bayar cash trus kat dunia nih, Dia akan bayar trus.

Sebab tu lah aku nak buang perkataan 'tak akan' tu dalam ayat seharian aku. Aku akan cuba. Ye la, kita ni manusia, bukannya kita perasan sangat ape yang kita cakapkan tiap-tiap hari. Bukannya ada tape recorder yang boleh kita ulang dengar untuk dengar semula ape yang kita cakapkan supaya kita boleh tau silap kita tang mana and bila dah tau salah tang mana, kita boleh ajar diri sendiri tak ulangi benda yang sama pada masa akan datang. Dan kita ni bukannya komputer; bila silap boleh backspace, boleh delete, boleh pause, silap-silap boleh insert semula atau fast forwardkan keadaan.

Aku salu ingatkan kawan-kawan rapat aku terutamanya Along, Alang ngan Bong pasal ayat penegasan 'tak akan' ni. Adalah pasal satu topik ni yang kitorang salu borakkan, takyah aku sebut pasal ape. Risau btul aku bila kalo diorang salu ulang-ulang perkataan tu, takut-takut nanti one day akan kena batang hidung sendiri.

Sebab perkataan keramat ni dah salu sangat aku dengar di kalangan kawan-kawan aku dari sekolah menengah dulu sampai la nih. Dan tak payah pergi jauh, aku pun sendiri kadang-kadang ada terjilat ludah sendiri. Sebab tu lah, aku nak cuba peringat diri sendiri dan orang-orang yang ada terbaca blog ni, cubalah jangan salu sangat cakap ayat penegasan 'tak akan' tu melainkan korang tau dan korang sangat pasti korang tak buat langsung benda tu, which is quite impossible lah. Macam aku cakap awal-awal tadi; Allah kalo nak bayar cash trus kat dunia nih, Dia akan bayar trus. Nanti gedebuk kena sebijik bertepek kat muka sendiri baru korang tau tinggi atau rendahnya langit. Serius nih.

Nasihat aku (terutama pada diri sendiri; hamba Allah yang sangat khilaf dan banyak kekurangan), takyah la nak dibuat penegasan sangat pada perkataan 'tak akan' tu. Kalo tak suka sesuatu benda, sampaikan benci membenci; simpan-simpan kan je lah perkataan 'tak akan' dalam hati. Biar diri sendiri je yang tau ape yang disukai atau dibenci. Jangan dicanangkan kat semua orang, biar semua orang tau kelemahan kita. Sebab kita hidup ni, kita kena ingat bukan semua orang suka kita dan ada je orang yang akan cari silap kita. Period.

p/s: Nanie, ingat tuh...

Wednesday, February 24, 2010

doa

Korang rajin tak tengok program Semanis Kurma? Alaaa...talk show Ustazah Bahiyah ngan suami dia kat Tv9? Aku tak ingat hari ape siaran langsung tapi aku salu tengok ulangan setiap Jumaat tengahari lepas program Usrah.

Tak pernah tengok?

Takpela kalo tak pernah tengok. Meh aku citer sket. Biasalah kalo program camni mesti ada hot topik yang akan dibincangkan dan towards the end of the show Ustazah Bahiyah akan bagi ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Contoh ada satu ayat Quran yang Ustazah Bahiyah bagi, Surah Yusuf ayat 4. Ayat ni boleh digunakan kalo kita nak pegi temuduga. Boleh dijadikan sebagai doa pelembut hati orang yang kita jumpa tu.

Bukan aku nak kata aku ni bagus sangat tengok program agama ke, pandai bab-bab agama ke. Cuma aku nak bercerita tentang bagusnya ayat Quran ni. Tu je. Janganlah nak pandang serong ke hape ke. Ye la, kita pon tau, ubat segala penyakit pon boleh kita dapati dari dalam Quran tu sendiri.

Okeh, berbalik kepada ayat tadi tu. Aku nak kongsi sket la kat sini. Sebelum ni aku tau fungsi ayat ni sebagai ayat pelembut hati. Tapi aku tak pernah hafal. Sampailah aku nak viva tesis aku bulan satu hari tu. Nak dijadikan cerita sampai pagi aku nak viva tu aku tak hafal lagi, hafal pon baru separuh je. Last-last kertas yang aku dok salin ayat tu letak kat bilik aku, aku bawak sekali ke UKM. Pagi sebelum viva mula, aku ada gak swuh Along ngan Alang baca doa tu dan memandangkan aku orang pertama yang kena bentang, jadinya aku pegang kertas tu dulu dan mulut aku ni tak benti-benti terkumat kamit baca ayat tu sambil tengok kertas doa. hehe... 5 minit awal tu aku disuruh keluar bilik mesyuarat sebab panel pemeriksa nak bincang sket. Ni aku berdiri depan pintu bilik mesyuarat sambil mulut pon terkumat-kamit baca doa tu. Biar lantak pi la kalo orang nak kata aku tengah jampi serapah ke hape kan... yang penting, I hope it works wonders dan aku dah berusaha dan aku berserah. Sebab aku tau aku dah buat yang terbaik masa siapkan tesis aku.

So bila aku dipanggil masuk, it went well and smoothly. Bila tiba time komen dari pemeriksa, pemeriksa kedua aku hanya mintak aku ringkaskan pernyataan masalah aku jadi satu ayat. Aku buat ayat and dia kata ok. Pastu dia nak tengok samada objektif kajian aku yang aku letak di slide sama atau tak ngan ada dalam salinan tesis yang aku bagi pada dia. Ok, done lagi. Pastu cuma dia komen Gaya UKM je. Ok, pastu done lah. Aku tak bercakap langsung cuma anggukkan kepala tanda aku paham tang Gaya UKM yang dia mintak betulkan sket tuh. Ye la, memandangkan yang komen aku tu pemeriksa kedua, sepatutnya banyak benda dia boleh komen atau tanya aku sebab bukan dia penyelia aku dan dia tak tau satu benda pon penyelidikan yang aku buat. Tapi dia boleh pejam sebelah mata dan hanya mintak aku betulkan Gaya UKM.

Untuk sape yang tak tau ape kejadahnya Gaya UKM tu, Gaya UKM ni kiranya standard penulisan UKM la. Segala kejadah berapa mm dari atas kertas, mukasurat kena letak berapa mm dari belah kanan kertas, tulisan jenis ape boleh guna, spacing segala lah.

Alhamdulillah. Aku percaya pada doa tu dan aku percaya pada diri sendiri, atas usaha aku. The rest, tawakal je.

Dah beberapa ketika gak la aku tak guna ayat tu and 2-3 hari lepas Ibu swuh aku hafal ayat tu sebab Ibu swuh ikut dia pi jumpa Aunty yang nak jual rumah dia kat area-area sini jugak. Dia dah letak limit harga rumah dia tapi Ibu nak try harga rendah dulu. Masa jumpa tu, Ibu dah swuh aku mula baca. Sepanjang kat umah dia tu, mulut aku ni tak benti-benti baca doa Yusuf tuh. Dahla dengan dukung Myra lagi, dengan nak melayan Myra mengomel lagi... Dugaan sungguh! Make the long story short, Aunty tu sanggup turunkan harga agak banyak jugak la. Ibu ngan Abah pon kira setuju la.

Alhamdulillah jugak. So, petang tadi, husband Aunty tu datang umah kitorang nak closed deal la harga rumah tu ngan nak tunjuk geran rumah sekali kat Abah. Uncle citer, isteri dia tak boleh nak letak harga tinggi kat Ibu, macam disuruh-suruh letak harga rendah, which is memang within our budget pon nak beli rumah tu. Masa Uncle tu citer, Ibu pandang aku. Hehe... Alhamdulillah berkat aku baca doa Yusuf tu tak benti kot.

p/s: So, all in all, doa-doa yang ada ni, selain daripada kita amalkan, kalo kita sendiri tak yakin akan fungsinya, tak boleh jadi jugak. Sama macam doa-doa penyembuh tu...

rindu~ [part IV]

Ahhhh... rindu nya aku nak berborak-borak ngan Along, Alang ngan Bong!

Pagi tadi dapat borak sat ngan Along, bila hang up phone je suara aku dah dok serak-serak. Tu lah penangan kalo dapat borak ngan Along. Blum lagi campur Alang ngan Bong. Kalo duk bertentang mata ngan 3 orang ni, konpem tergelak je kejenyer...

Kadang-kadang berborak kosong je. Letak tepi problem, letak tepi resah gundah gulana. Hanya aku, kau dan dia~ ecehhh~

Macam post aku sebelum ni --> Aku percaya... untuk menjadi sahabat yang baik, kita tak perlukan wang berjuta; hanya sekadar ingatan kita pada mereka, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara dan ketawa bersama serta hati untuk didekati.

p/s: rindu banget sama kamu, kamu dan kamuuuuuu~

lost~

Ok jap... lost sebentar.

Ape aku nak mengarut hari ni?

Errmmm...

Owh, ok!

Sorry la tak berupdate blog ni sebabnya tak menyempat la.

Kak Lin (my sister-in-law) pergi khusus kat PD for a week sampai hari ni and mak aku punya la semangat nak babysit cucunda kesayangan dia. Jenuh aku, semua benda tertangguh. Nak online internet pon sekejap-sekejap je itupun malam. But mostly bila dah malam tu, penat. Jadinya bila online pon kejap-kejap atau langsung tak sentuh laptop.

Ikut plan asal nak babysit Myra sampai petang Ahad je, tapi bila abang aku datang konon-konon nak melepak kat umah Ampang sebelum amek Myra balik, Ibu offer tambah lagi dua hari nak jaga budak kecik tuh. Haishh... tak siap lagi la aku punya borang tawaran keje tu sebab tak sempat lagi nak p buat pengesahan sijil-sijil akademik.

Petang semalam masa abang datang, Ibu tanya Myra samada nak tido ngan abang or tido ngan Ibu malam tadi. Aku selambe jawab, 'balik la Myra, balik... Lama sangat kat sini dah'.. Haha...gile kejam punya makngah! Bukan ape, lama sangat kat umah aku pon nanti langsung tak sempat nak rindu dak kecik tu, weekend datang umah aku semula. Ceh! Bagila can kitorang ni rindu-rinduan dulu kat dia.

Tapi hari ni, I mean pagi ni je, rasa sunyi je rumah bila tak dengar Ibu membebel pagi-pagi panggil nama cucunda kesayangan tuh.

'Myra!'

'Mai!'

'Ummu Umairah!'

'Umai!'


Semua nama timangan keluar bila si kecik tu duk acah-acah kitorang ni nak naik tangga la, panjat kerusi ofis yang boleh pusing-pusing kat meja study ellie, conteng lantai ngan dinding la, panjat meja makan la... pendek kata semua benda yang dia buat akan menyebabkan semua orang menjerit! Adehhh~ Nakal si Myra tu macam budak hyperactive terlebih makan gula tau. Ibu kata biasalah budak-budak. Tapi aku kata, Ellie (adik aku) dulu tak pun?? Hahaha... but look how it gets now la. Ellie tu pendiam, lain la ngan orang yang dia kenal macam family aku je. Paling-paling tidak pon ngan sepupu kitorang si Yana kat Melaka tuh. Aku pon tak tau la camaner dia deal ngan classmates dia. Hahahaha ;D

Back to the stories la ye. So, bila si kecik ni takde barulah terngiang-ngiang kat telinga cara si Myra ni panggil kitorang. She have this kind of melodious way to call people; japs, bukan dia je tapi kitorang 3 beradik nih. Aku nak buat pun tak reti dalam blog nih. Kalo aku ngan orang lain, susah sket nak buat melainkan kat family aku. Aku salu panggil Ibu macam tu kalo nak mintak simpati atau nak manja-manja. Even panggil Abah pon camtu (dulu-dulu masa nak mintak duit. hahahah)... Abang aku tu pon jenis panggil Ibu ngan Abah macam tu dan terbawak-bawak sampai panggil dengan cara yang sama kat mak mertua/ bapak mertua dia.

Satu lagi benda yang aku rindu, bau baby. Aku rasa semua baby pon ada satu bau ni, bukan pada syampoo atau losyen yang dia pakai. Tapi, bau baby tu sendiri. Sebab Myra tak pakai losyen atau tak pakai bedak bayi sebab dia kulit sensetif macam aku ngan Ellie. So, bau tu totally dari Myra sendiri. Rindu la plak. Hukhuk~ Sebab bau dia tu akan berpindah dari satu orang ke orang lain.

This whole week ni, yang jadi mangsa tukang dukung dia kehulu kehilir sape lagi kalo bukan aku. Naik berotot dah lengan aku ni kot. Pasni tak main ar angkat dumbbell weh, angkat Myra je cukup otot kat lengan ni macam Popeye! hahaha ;D Ye ar, mana taknyer, sikit-sikit... 'Ngahh, kommm, kommm' (Ngah, nak dukung...). Ada sekali tu masa aku ikut parents aku pi tengok umah, kasut Myra tinggal dalam kete abang. Aku terpaksa la dukung si Myra ni nak dekat sejam sebabnya umah tu lantainya dah berabuk. Aunty yang tunjukkan umah tu pon tak bagi Myra jalan sendiri. So, Ibu ngan Abah plak syok btul duk borak ngan Aunty tu, tak perasan aku kat tepi ni dah terkial-kial angkat Myra sensorang. Agak kalo boleh scan muka aku masa tu dah biru kot?? :P Nasib tak hijau, kalo tak dah jadi Incredible Hulk cuma tinggal nak koyakkan baju je. Eh, eh... melampau tu oiii. Hahahah ;D

Takpe, yang penting, the weeks was over and i'm happily unoccupied by budak kecik dah.

p/s: Wait till aku plak ada anak sendiri? Kiranya yang ini jadi latihan ar.. Prektis meks perfek kan?? hehe ;D

Thursday, February 18, 2010

aku percaya...

  • ... pada qada' dan qadar kerana setiap yang berlaku itu telah tertulis untuk kita.
  • ... pada kebolehan diri sendiri; bukan hanya untuk menyedapkan hati tetapi kerana tiada siapa yang mengenali diri kita selain kita sendiri.
  • ... pada suratan atau kebetulan; bukan kerana apa yang terjadi itu adalah salah satu diantaranya tetapi kerana apa yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya.
  • ... pada cinta; bukan kerana aku sedang bercinta tetapi kerana cinta itu wujud dalam diri setiap makhluk yang bernama manusia.
  • ... pada cinta pandang pertama; bukan kerana cinta itu buta tetapi kerana cinta datang dari mata, turun ke hati.
  • ... pada perkahwinan; bukan untuk menghalalkan yang haram tetapi kerana institusi perkahwinan itu sendiri sesuatu yang indah jika kita berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita; bukan hanya mengharapkan yang terbaik daripada pasangan semata-mata.
  • ... untuk menjadi sahabat yang baik, kita tak perlukan wang berjuta; hanya sekadar ingatan kita pada mereka, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara dan ketawa bersama serta hati untuk didekati.
p/s: aku percaya... setiap dari kita punyai pendapat tersendiri dalam menilai erti hidup ni. Jangankan masih mencari, lantas melukai dan akhirnya tetap menyendiri. Waduhhh... apekah?

CNY

CNY ritu aku ikut parents aku balik kampung sebabnya cuti panjangkan, tak dapat pelepasan nak duduk kat umah sorang-sorang. Huhu ;P

Tapi takpela. Balik kampung dis time around pon sebenarnya ada tujuan selain balik santai-santai kat kampung. Nak jumpa atuk, nak mintak kebenaran... Shhh... Adelah mintak kebenaran untuk sesuatu.

Alhamdulillah setakat ni atuk ok je. But, belum ada 100% confirmation dari Ibu and Abah. Tapi rasa macam dah ada kata putus tapi tak berani nak cakapla. Nantilah. Ye lah, kot-kot last minit tukar semula pengsan aku! I'll keep my mouth shut first. Banyak sangat 'tapi' nya. hehe :) Bear with me ok...

p/s: Setakat ni Alhamdulillah keadaan terkawal. hehe :) Dah nak masuk bulan 4 nanti baru sebuk semula kot. Now, I'm in a quest of finding a job plak :)

jalan-jalan cari...

kain!

Jumaat lepas (120210), Cik Abang ajak aku pi Jalan TAR sebab tempat keje dia dapat pelepasan cuti raya cina petang tu jugak (lepas solat Jumaat). Memandangkan petang tu dah cuti, marilah buat sesi jalan-jalan cari kain.

Bukan kain ape ye, tapi kain ela sama jenis dan corak untuk famili dia masa majlis bertandang untuk majlis kecil-kecilan tu (lagi meriah plak dari belah aku). Bukan setakat dia ajak, tapi aku pon memang beriya offer diri sendiri nak mengikut dia. hehe ;) Alaaa... anything untuk spend time ngan dia.

Plan asal nak pegi pagi Sabtu sebab Ellie ada terlibat ngan Ko-K kat sekolah, jadinya ada peluang la aku nak kuar ngan Cik Abang sebelum ikut Ibu balik kampung. Tapi tetibe pagi Jumaat tu masa tengah breakfast ngan Ibu, Ibu kata Ellie takmau pegi Ko-K. And Ibu kata kalo Cik Abang aku ajak pegi Jalan TAR petang tu, pegilah. Ahah! Ibu bagi lampu hijau plak tuh dan kebetulan jugak masa tu Cik Abang aku baru je mesej aku tanya pasal benda yang sama. Lampu hijau dah dapat, ape lagi, aku ON je la kuar ngan dia pi Jalan TAR.

Penat gak la kehulu kehilir ngan dia. Dari masuk Kamdar ke Nagoya, ke Kamdar semula dan Nagoya balik... Fuh! Dengan panas teriknya boleh tahan penat la... Tapi berbaloi jugak, nasib baik jumpa gak dengan kain yang berkenan di mata dia. Kalo tak, mau aku geget telinga dia sebab penat berjalan tapi takde hasil. Hahaha ;P (ok, ok..tu part bergurau je ok).

Memandangkan petang tu dia kena lapor diri kul 630ptg (sebab keje malam), terpaksa la balik dari Jalan TAR seawal 5ptg. Itu pun terlewat gak sebenarnya sebab dia amek aku kat umah dan dah konpemlah dia kena hantar aku balik semula sebab kami pi Jalan TAR naik LRT. Tapi masa sampai kat Stesen LRT Cempaka pon sket lagi nak kul 6ptg. Last-last dia ajak pi tempat keje dia dulu, bagi can dia lapor diri, nanti baru dia hantar aku balik umah. Ehehe... bila tepon Ibu mintak kebenaran nak ikut dia pi lapor diri dulu, Ibu bagi.

Masuk la tempat keje dia untuk kali kedua. Risau gak sebab kot-kot karang kena tahan. Hahaha... nasib semua ok. Sebelum balik kitorang pi makan malam sama-sama dulu kat Kg. Baru. Fuhh~ lega satu benda belah dia dah settle.

p/s: Tinggal tudung je blum beli...

Friday, February 12, 2010

makhluk bernama manusia

Tadi baca post dari Liyanaroxx, pasal 'kenapa perempuan suka foto mukanya sahaja?' and since Ana ada gak bagi link pada blog kak Mimi Hamid pasal orang kutuk dia kaw-kaw tuh, terdetik gak kat kepala otak aku ni, 'ada gak manusia macam ni kat dunia ni kan?'.

I am indeed a silent reader la kat blog kak Mimi nih. Di katakan silent reader sebab aku tak pernah pon post comment pada blog dia, senyap-senyap sahaja (ohooo... sorry kak Mimi ye. hehe..). Baca pon kadang-kadang. And obviously lah aku pon ter'missed' entry dia yang pasal kutukan-kutukan yang melampau tu.

Bila baca tuh, MasyaAllah, gila punya kutukan orang tu bagi. Aku yang baca ni pon rasa macam bergegar jugaklah jantung nih walaupon dia tak tujukan komen tu pada aku. Penggunaan bahasa orang tu SANGAT KASAR! Tolonglah, kalo ko tak suka sekalipon, takyah la ko komen melampau-lampau sangat. Atau kalo niat ko tu nak bagi nasihat (sebab mata ko bernanah tengok aksi-aksi manja kak Mimi tu), masih ada lagi ayat-ayat yang sedap di pendengaran dalam kamus dewan tu; selak je mana-mana edisi). Siap nak guna bahasa kesat, mencarut segala. Macam lah ko tu bagus sangat (eh, eh... aku plak ter emo disini. hehe).

Yang bestnyer, awat la orang tu jeles sangat ngan kak Mimi tu badan besar sekalipon? Aku kata orang tu jeles sebab; yang dia busy body sangat ngan ape yang kak Mimi pakai, ngan ape yang kak Mimi buat tu apehal? dah terang-terangla ko tu jenis manusia yang 'kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata diabaikan' (aiyokk, betulkah peribahasa nih? almaklumlah, orang Jawa celup. wakakaka) Atau agaknya dia tuh kurus melengking dan jeles ngan segala aset yang kak Mimi ade kot ('well, kak Mimi, I used to be comel like you before, I know how it feels if certain somebody tried to put u down about it').

Pastu, ada gak yang menyebuk nak komen tak puas hati sebab terlebih sikit citer pasal love story dalam blog sendiri. Tak suka, tak yah baca. Btul tu. Nama pon personal blog, bukannya educational blog. Personal bermaksud diri sendiri. Mestilah dia nak citer pasal diri dia, memori dia, life dia, aktiviti dia. Macam poyo plak, nama personal blog tapi citer pasal tokoh negarawan mana ntah, atau paling poyo nak citer pasal sejarah negara.

Likewise, aku bercerita semua pasal benda yang jadi di sekeliling aku. Right now aku tengah tak keje lagi, takdela benda nak cerita pasal keje ye tak? Macam sekarang, aku banyak menulis pasal preparation aku untuk majlis kecil-kecilan tuh (InsyaAllah), pasal family aku, pasal kawan-kawan aku (termasuklah pari-pari), buah hati aku, aktiviti harian aku. Pendek kata, everything yang revolve around me at any particular moment, with any particular people. Contoh macam aku tengah busy ngan tesis ritu, pasal tesislah aku mengomel dalam nih. Cuma ada some other entry tak puas hati aku je aku tulis gak kat sini. Other than that, everything was all about me, me and me :) (Blog aku kan, suka hatilah aku nak tulis ape).

p/s: untuk pengutuk tegar yang mulut dah basi ngan ayat-ayat mencarut camtuh, cari keje lain la weh! you are not welcome at all! (owh, ini sekadar 'bagi pihak' je..hihi)

Thursday, February 11, 2010

kemas rumah!

Penat la hari ni...

Hari ni Cik Syam tak datang sebab demam. Cik Syam ni cleaner kitorang, dia datang seminggu sekali je selalunya hari Khamis. Bukan bibik kitorang tau. Tapi cleaner je.

Alkisahnya Ibu amek cleaner ni sebab tak larat nak kemas rumah sorang-sorang (tugas-tugas mengemas macam basuh toilet, lap tingkap, bersihkan kipas, vacuum rumah atas bawah, mop lantai). Sebab dulu-dulu kan aku belajar, duduk kat kolej, hujung minggu baru balik rumah. Ibu plak dah memang tugasnya amik Eli dari sekolah, dengan nak masak lagi; kemas rumah tu macam extra work plak untuk Ibu. Abah kesian sebab tengok Ibu penat, tu yang kami amek cleaner tuh.

Tadi Cik Syam tak datang, aku ngan Ibu la mengemas rumah. Tak sempat nak masak sebab tengok-tengok jam dah kul 1130pg, aku trus mandi siap-siap nak pi amek Elllie plak kat sekolah.

Tadi Ibu kemas tingkat bawah, aku kemas tingkat atas. Settle je vacuum bilik, aku decide nak kemas buku, nota-nota UKM aku. 2 jam weh buat spring cleaning bilik aku tang kemas buku ngan nota-nota je! Nak kata berserabut tak la sebab aku susun elok. Tapi sebab dah habis belajar kan, dah tak guna dah benda-benda tu sume, jadinya tu yang kemas letak dalam kotak-kotak trus. Yang mana dah tak guna, kertas conteng-conteng nota tu selamat dalam plastik sampah.

Tujuan selain kemas nota tu, sebenarnya aku nak cari kertas keputusan exam UKM aku. Hehe... tang yang tu, aku memang suka letak merata. Sebab tengah sebuk-sebuk nak cari kerja kan, nanti ada interview ke ape, naya aku baru terhegeh-hegeh nak punggah semua benda cari dua keping kertas punya pasal. Huhu ;P

p/s: Akhirnya berjumpa juga! Muah, muah my result!! Hahaha ;)

colours [part II]

Tadi aku baca entry [Ana] pasal hangout kat Jalan TAR dua minggu lepas.

Banyak Ana sentuh pasal kain kat Gulati's. Masa jalan-jalan tu, aku ngan aTiQue sekaligus survey harga kain and jenis kain yang kami nak beli untuk majlis kecil-kecilan tu. Oppsss... terbocor sedikit rahsia. hahaa ;D

Baru aku perasan tau, kitorang bertiga ni mempunyai satu taste warna yang sama. Ana suka turqoise, pink. Aku memang suka turqoise dari dulu, purple and pink. Tqah pon sama (betulkan Tqah?).

Ada satu kain kat area pakej rm680 kat Gulati's tu, aku MINAT sangat ngan warna turqoise tuh. But since aku nak memudahkan urusan-alas-dulang, jadinya aku pilih warna pink. Then kakak Gulati's tu tunjuk satu warna purple, Tqah berkenan sangat, and guessed what, me too! hahaha ;D Gila tamak! Tapi atas alasan yang sama, jadinya aku tetap pilih pink.

Bila turun tingkat bawah and kat area pakej rm500 tu, sekali dorang susun warna turqoise lawa btul lah! kalo tak percaya tgk kat page Ana. Ahhh... warna owh warna! Kalo ada duit banyak, konpem aku beli walaupun tak tau beli untuk tujuan ape.

p/s: There you go, the turqoise, pink and purple life of me~ haha ;D

Wednesday, February 10, 2010

colours

Pink, putih, atau merah?

Ok, done!

Aku pilih tema pink untuk majlis kecil-kecilan aku nanti. Agak peliks sebab considerably I'm not a big fan of pink. But nowadays, pink tu dah jadi warna mainan aku dah. Thanks to Liyanaroxx yang telah membuatkan aku menyukai pink! Haha... Aku ingat dulu masa sekolah menengah, kutuk habis aku kat Ana sebab pakai pink dari hujung kepala sampai hujung kaki. Menyampah tengok. Ngan Tokjo pon macam tu. aTiQue boleh tahan lagi la sebab masa kat sekolah menengah dulu Tqah ni takde la gila pink sangat. La ni, aku plak yang gila pink. No hal la beb, pink tu pon warna lembut ape kan?? Tak salah berubah warna kegemaran... Janji seswai!

Ok, ok... back to the story. Tema majlis kecil-kecilan aku nanti InsyaAllah pink. The detailing nak warna merah darah and silvery white. Uhuuu~ Aku nak buat simple-simple je. Ibu kata nak sekalikan ngan majlis doa selamat sebab dah lama sangat tak buat majlis doa selamat kat umah kampung. InsyaAllah takde aral, there you go... my small occasion. Aku kalo boleh nak sangat my dearest besties datang masa tuh (aTiQue, Liyanaroxx, Along, Alang, Bong, Yeso, Tj, Kak Aina). Kalo boleh la... Ye la, sebab aku buat majlis kat kampung kan, paham jauh. Yeso lagilah, jauh kat oversea sana tuh.

Baju majlis warna pink, famili pon pakai ala-ala pink (alamak, abah macam tak sesuai plak warna pink, kan?), pari-pari yang datang pon kena pakai pink...

p/s: InsyaAllah sumenyer berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan :) Amin~

seluar track

Hehe... bila taip title entry ni, teringat aku kat Cik Abang aku.

Alkisahnya, Sabtu lepas dia terlibat ngan marathon 10km sempena... aku pon tak pasti sempena ape tapi yang aku tau, awalnya dia tak terlibat pon. Tup, tup last minit dia ganti kawan dia untuk larian tuh. Dah siap amek nombor nih. Dan malam sebelum larian tuh sempat dia pi ronda kat uptown cari seluar track pendek. Semangat btul!

Malam tu aku tau Cik Abang aku tido pukul 2pg sebab sebelum dia tido sempat lagi kitorang borak nak dekat sejam.

Pagi tu dalam 645pg aku hantar mesej ke dia swuh dia bangun siap-siap nak pi daftar marathon kul 7pg. Ok, dia tak reply. So, aku ingatla dia dah pegi mendaftar dan tak bawak tepon. Fine la, aku pon kebetulan siap-siap nak pi joging ngan family aku kat Tasik Perdana.

Balik dari joging around kul 1045pg camtu masa aku tengah sidai kain, tetibe dia tepon. Of courselah aku tau dia sebab ringtone lagu Marie Digby.

A: Assalamualaikum Sayang...

S: Waalaikumussalam Cuk...

A: Macamana? Dapat nombor berapa?

S: Cukk... Abang baru bangun tido nihhh... Tersedar-sedar tengok dah terang dah kat luar.

A: Laaaaaa???? Hahahahahaha ;P Ye ke (sempat lagi aku gelak besar ke buah hati aku nih)... Baru bangun? Tak lari la nih?

S: Takkkk laaaa... Hukhuk... ish, patutla asal la Abang rasa lama betul nak kul 6pg nih, rasa lama sangat tido. Rupa-rupanya dah terlajak...

A: Alalala sian dia. Takpelah, len kali kan ada lagi.

S: Yang tak tahannya Cuk, malam tadi Abang siap pi uptown pi cari seluar track baru ingat nak pakai untuk larian pagi ni. Siap dah gantung depan almari tuh. Tup tup, Abang tersedar lewat plak...

A: Tu la, kalo Cuk tau camni jadinya, Cuk kejut Sayang pagi tadi. Ingatkan pagi tadi masa Cuk hantar mesej kul 645pg tu Sayang tak reply sebab dah pi mendaftar, tak bawak tepon. Dan dah siap-siap nak berlari dah. Rupanye berlari atas katil ye Sayang??? Hehe ;D

S: Alaaa... (tetibe dengar suara orang bercakap). Nasar pon dah balik tuh. Ok la Sayang, nak pi tanya dorang jap.

A: Ok (sambil tahan gelak).

Tak lama lepas tu, dia mesej aku semula. Kawan dia dua orang dapat nombor kurang dari 20 dapat saguhati tuala. Yang lain sume takde nombor.

Tak habis dia ngadu ngan aku lepas dari tu yang buat penat dia pi beli seluar track baru dan ape dia nak buat ngan seluar tuh. Aku swuh dia pakai bawak joging kat maktab dia dulu pagi tu sebelum dia pi mandi. Buat lepas gian la katakan sebab terlepas marathon. Hehehe ;D Tau plak masa tu dia kata kat luar cuaca dah panas. Last-last dia pi bawak kereta dia pi servis kat worksyop pakai seluar track tuh. Dan petang pas dia pi bela kereta dia tu, kami jumpa. First time tengok dia pakai seluar pendek! Auwwww~

p/s: Sorry Sayang sebab Cuk gelakkan Sayang. You made my day lah... hehe ;D

malas!

Sorry ler... lima enam hari ni aku malas sket nak updet blog nih.

Huh~

Sebulan mesti sekali ada perangai pemalas ni kuar. Sorry k? Alaaa... sebulan sekali je. Everyday aku login blog ni tapi tiap kali pon aku signout tanpa taip ape-ape... Sebab ape? Sebab yang satu tu lah. Haishh...

p/s: Hari ni baru terajin sket. Sket la... hehe

Thursday, February 4, 2010

dalam pencarian... [part II]

... mencari kain ela yang lawa!

But this time around aku pi cari ngan Ibu.

Guessed where? Kat Gulati's Ampang Point. hehe...

Since hari tu Ibu bising aku nak beli kain yang mahal kan, la ni meh aku bawak Ibu sekali. Semua aku tanya pendapat Ibu. Idea aku pada warna ape yang aku nak je. Soft pink it is! Hehe :) Pink yang agak lembut berbanding yang aku nak bli kat Gulati's Jalan TAR tu.

And you know what, aku beli yang plain Chiffon warna pink sekali ngan Thai Silk warna soft pink jugak.

Plan ngan Ibu, kain chiffon untuk majlis tu, buat kurung moden kat kawan Ibu. Siap je nanti hantar kat kawan mengaji Ibu jahit manik yang simple-simple plak. Bagus jugak ada kawan-kawan Ibu ni boleh tolong. Senang citer aku.

Yang kain Thai Silk tu saje-saje beli, sebab memang dah lama dah aku teringin nak beli kain jenis tuh. Even Ibu pon lama dah teringin. Yang kain sutera Thai ni aku nak jahit sendiri. Hehe... for any occasion.

Masa kat Gulati's tu, nak tau tak sape yang lebih rambang mata tengok kain? Ibu! Aku ni sebab dah set dalam kepala otak aku nak ape, so, point aku pada benda-benda tu je. Aku dapat 3 pasang termasuk ngan lining satin untuk baju chiffon tu, Ibu dapat 2 pasang kain Viscose. Hmmm... bagus jugak bawak Ibu pi shopping nih :))

Hmmm... lega dah. Petang tu jugak aku pi hantar kat kawan Ibu untuk jahit. Aku mintak pada acik tu, paling-paling lewat awal bulan 4. InsyaAllah siap mengikut waktu. Aku pon takde nak rush sangat cuma aku letak tarikh awal bulan 4 tu at least dia ada masa dan aku ada masa; kot-kot dia tersiap lewat takde la aku haru nanti.

Well, I am indeed a perfect melancholy girl. Aku letak masa dalam setiap benda yang aku buat. Bukan nak hantar cepat maksudnya aku nak cepat, tapi aku ni jenis pikirkan setiap kemungkinan yang boleh berlaku. Kalo hantar lambat, ada jaminan aku akan dapat on time, takpe. Ini kalo TETIBE something jadi, camana? What if this happen, what if that happen; bla, bla, bla... Aku bukan seorang yang sukakan risiko. I live in a comfort zone; I play safe. Huhu... safe la sangat kan??

p/s: Jadinya, satu benda siap! :))

seharian bersama...

...buah hati pengarang jantung! :))

Isnin lepas kan hari wilayah, jadinya seharian keluar ngan buah hati aku.

Niat nak pi beli kain kat Gulati's Jalan TAR tempat aku survey kain ngan aTiQue and Liyanaroxx hari Sabtunya tuh. But end up beli kain satin putih je, inner untuk kain lace majlis besar nanti. Nak cari untuk kain majlis kecil-kecil, dapat untuk kain majlis besar nanti. Well, jauh kan perginya tuh?

Nak pergi je mood aku tak berapa nak best sebab ibu komen pasal kain yang aku booked tu mahal sangat. Ok, nasib baik la Cik Abang aku ni pandai amek hati aku. Tak reti nak moody lama-lama tau :) Tu yang end up beli benda lain tuh. Seharian ngan dia round-round kat Jalan TAR tu, Cik Abang cari baju untuk famili dia. Tapi, keyword untuk hari itu ialah S.U.R.V.E.Y sahaja ok?? Haishhh... tak habis Cik Abang perli aku pasal survey tuh. Heeee~ 'Cuk tarik hidung yang dah sedia macung tu karang~~'

Tapi satu perkara yang dah jelas, nyata dan terang pasal Cik Abang aku ni, dia sangat cerewet ok? Lagi cerewet dari aku yang cerewet ni. Tapi, bagus jugaklah tahu dari sekarang kan, at least bermula dari sekarang ni boleh belajar untuk berkompromi ngan dia dan dia berkompromi ngan aku. Hehe... 'Iye sayang, sayang ni, MasyaAllah cerewetnyer mengalahkan cuk ni tau...'

'...takpe Sayang, Cuk tak mintak Sayang berubah ape pon, sebab dari mula dulu Cuk sayangkan Sayang sebab Sayang sendiri...'

Petang tu lepas je makan, baru dia hantar aku balik. Itu pon dah kul 5ptg baru sampai rumah. Alhamdulillah Ibu ni makin sporting. Dan percaya atau tidak, Ibu lagi salu bising kalo aku kuar hangout lama ngan Tqah and Ana berbanding aku kuar ngan Cik Abang. Ok, what is wrong with this picture? hehe :P

p/s: Tqah kata sebab bila aku kuar ngan dia, masing-masing perempuan. Bila aku kuar ngan Cik Abang (of courselah dia lelaki kan) secure sikit. Lagipun kalo kami kuar makan malam naik kereta asing-asing pon, balik tu dia akan follow belakang kereta aku hantar sampai depan rumah. Hmm... relevan jugak alasan Tqah tu.

hari wilayah

Bos Abang: Arip, hari ni kita cuti ye.

Abang Arief: Eh, hari ni kan hari wilayah, bos. Ofis kita kat Ampang kan...

Bos: Tapi kita punya bank kat KL.

Abang: (confuse...)

Ok, aku dengar abang aku citer pon aku pon terkejut. What the....?? Apa kena mengena bank ngan tempat kerja weh?? Hehee ;D

p/s: Alaaaa bossss... kalo malas nak kerja, cakap je malas nak kerja. Kan lebih senang.. hehe :)

Wedding B'chap

Ahad 310110 ritu classmates aku masa kat sekolah menengah kahwin. Arni Hafizah atau nama panggilan masa kat sekolah dulu sampaila sekarang ni B'chap. Dapat orang Durian Tunggal, Melaka. Nikah berbaju biru (ooo yee... nape ye mentaliti orang masa nak nikah je mesti baju warna putih? Boleh je warna lain kan, kan?) Tabik ar B'chap ni berani guna warna biru masa nikah. Bersanding baru guna putih. And biru pon bukan biru lembut, tapi biru terang!

So, majlis persandingan B'chap kat Dewan Besar UTM Jalan Semarak. Aku pi ngan aTiQue je memandangkan Ana ada kelas sepanjang hari ahad tuh. And sadly, ramai jugak memember ARGS yang tak dapat datang hari tu. Yang datang aku, tqah, Ayie + hubby, Ita + hubby + baby dalam perut (hehe), Aliah, Erni, Aina + bf, Liyana Nasir, Awin + bf. Muka-muka yang suka buat gempak macam Bond takde plak hari tu sebab pi holiday kat Penang (kad lewat sampai and dia dah booked hotel segala. Alamatnye rugi la kalo tak pi kan...).

Sempat gak la berposing barang sekeping dua ngan pengantin ngan bebudak ni. Pastu aku ngan Tqah blah sebab rasa dah lama sangat kitorang lepak kat situ. Hehe :)

p/s: Selamat Pengantin Baru buat Arni + Rashid. Semoga murah rezeki dan berbahagia selalulah hendaknya. Amin~

dalam pencarian...

... mencari kain untuk majlis kecil-kecilan;


InsyaAllah tak lama lagi (pray for me).



Sabtu lepas (300110) aku kuar ngan my dearest aTiQue and Liyanaroxx. Memula tu plan asal nak tengok Ana yang giler tengok kain. Last-last plan bertukar bila dorang ni bawak aku pi survey kedai tempah baju la, kedai jual barangan untuk majlis besar tu la... adeh~

Rambang mata sat bila duk tengok kain-kain kat Gulati's ngan kat Jakel. French Lace lah, Solstiss French Lace lah, Chiffon Beaded lah... it's not easy to choose unless u have money. I mean, lots of it, i tell u~ Buntang mata tengok harga-harga kain kat situ tau!

And salu dengar orang kata pening kepala nak settlekan hal majlis besar ni dari semua aspek. Now, aku plak yang nak merasa tu semua. InsyaAllah dipermudahkan. Amin~

Pas dari round seharian kat Jalan TAR, kitorang decided nak pi karaoke kat RedBox tapi fullhouse plak. Mana puas berjalan sebab plan nak karaoke tu dah disebut-sebut awal-awal lagi. Jadinya kami pon pi la Jusco AU2, nak karaoke punya pasal.

Aku ni bukan minah karaoke pon. Kali pertama dan kali terakhir aku karaoke masa dalam bas fieldtrip EIA ke Langkawi tahun lepas. Itupun sekali tu pakcik bas tu trus tayang mikrofon depan muka aku. Tolak punya tolak pakcik tu tak kompromi last-last aku nyanyi jugaklahhh... lagu dangdut plak tuh! Hhahaha ;D Layankan jeee...

So, karaoke ngan tqah + Ana ni 2nd time aku la. Perghhh~ Nak nyanyi pilih lagu sume ton tinggi; Siti Nurhaliza la, Kris Dayanti la... tercekik! Kuar je dari tempat karaoke, suara aku dah jadi serak-serak dah. Hmmmm... penangan melalak ngan BFF, siap panjat-panjat sofa tau. Hehe :)

Balik je dah kul 8pm. Nasib Ibu ok. Huhu... Tak sempat nak update malam tu jugak sebab penat satu badan. Esoknya plak nak pi kenduri kawen Arni (atau B'chap) kat Dewan UTM Jalan Semarak (dahhh kawen lagi sorang classmate aku kat sekolah menengah dulu). So, malam tu masa untuk dapatkan rehat yang secukupnya! Hihi..

p/s: Pencarian akan datang... tungguuuuuu~