Monday, May 17, 2010

Nobody But You!

Petang Jumaat lepas Myra datang umah Ampang and tido kat sini. Abang ngan Kak Lin balik Taman Melawati.

Menangis budak kecik tu bila dia perasan yang parents dia tinggalkan dia sendiri kat umah atok dia. Tapi nak pujuk Myra ni senang je... mainkan lagu 'Nobody' dari group Korea - Wondergirls -.

But, know what?

Pagi Sabtu budak kecik tu bangun tido je, dia ketuk pintu bilik aku, kejut bangun pagi. Pas mandi, one thing yang dia tau, 'Chu, chu'... Owh, she meant, lagu 'Nobody' tuh. Tuntut weyhhh... sebabnya sebelum Myra ni tido malam sebelumnya tuh, aku pujuk dia swuh dengar lagu tu pagi Sabtu sebab dah agak lewat kot nak buat senam robik malam-malam...

Dahtu, pagi Sabtu tu, dia ajak aku menari lagu Korea tu, 9 kali! Badan aku ni dah naik lembik. 9 kali menari - non-stop! Weyh, penat tau! Dia budak-budak, mantul-mantul je, terlompat-lompat... Aku baru benti 2 saat, dia dah tarik tangan aku semula masuk gelanggang, ' Chu, Chu' katanya. Huish... Last-last bila Ellie stop kan lagu tu yang dok ulang main kat hp aku, Myra baling hp aku tau! Ewah ewahhh...

p/s: 2 kali ulamng boleh tahan la... ni masuk kali ke 9, aku sendiri pon rasa nak baling-baling hp aku sendiri. Hehe ;P

No comments: