Thursday, May 13, 2010

terima seadanya

Kita selalu dengar orang cakap 'terima seadanya' bila kita berada dalam sesuatu perhubungan.

Pernah terpikir tak, kenapa orang cakap macam tu?

Lately ni aku banyak spend time ngan buah hati aku bila nak settlekan pasal majlis kami macam buat kad jemputan, beli barang hantaran etc...

Aku perasan, buah hati aku ni bukan sorang yang boros. Kalo boleh dia ni nak cari barang-barang yang murah tapi berkualiti. Dia akan cari kedai yang dia boleh tawar menawar sampaikan orang kedai tu boleh terduduk sebab harga memang HARGA RUNTUH habes! Hehehe ;P Tapi lain ngan aku, kalo benda aku dah suka, aku tawar sket-sket je sebab bagi aku orang kedai tu pon nak untung jugak, nak balik modal jugak; melainkan aku tau, harga tempat tu memang melampau tinggi sedangkan kedai lain boleh dapat extra-extra murah.

Macam semalam, pegi cari cincin nikah buah hati kat Keramat. Tengok punya tengok, design takde yang berkenan sangat; harga boleh tahan rendah dah ni sebab buah hati aku kenal tauke kedai tu. But, nak sedapkan hati kami (sebenatnya hati dia je), kami pon survey kedai emas lain. Yang kedai Melayu sekali ngan kedai besar berjenama semua tapi harga yang kat Keramat tu jugak yang paling Uumpphhh! Last-last ended up, kami tak beli pon cincin dia. Dia swuh aku pi cari sendiri sebab dia tak tau nak design camane, tapi yang penting... dia tak bagi aku cari yang mahal-mahal (padahal aku yang nak bayar nih -- bukan dia).

Maybe sebab dia tau, aku tak keje lagi kot?? Ok, kena positif.

Well people...

Buah hati aku ni mengajar aku sesuatu. Hari ini, semalam dan jugak hari-hari mendatang nanti.

Walau macamana kita sayangkan seseorang tu, yang penting keikhlasan hati.

Kalo kita nak bagi benda yang mahal-mahal, benda yang mewah-mewah tak bermakna 'sayang' si dia tu LEBIH DARIPADA 'sayang' orang yang berbelanja biasa-biasa kepada kita.

Kita pon selalu cakap -- 'It's the thoughts that counts' -- remember?

Betul jugak tuh. Kalo kita berbelanja lebih, mewah dan yang seantero dengannya tapi hati tak ikhlas nak beri dan mengungkit dan mengeluh selepas tu pon... pasti tak sedap telinga kita nak dengar kan? Ataupun kalo kita berbelanja lebih dan mewah hanya nak tarik perhatian pasangan kita dan nak menunjuk-nunjuk, buat ape? Sedangkan kita sendiri tau pasangan kita tu tak mampu untuk itu semua. Sampai bila kita nak berlakon macam tu kan?

One more thing, jangan boros. Kita ni yang akan menuju ke hari bahagia, hari pengikatan dua hati, hari di mana bermulanya kita sehidup semati dengan pasangan kita; kalo boleh, kita nak sayang kita tu berterusan hingga hujung nyawa. Misal kata satu hari nanti, pasangan kita mengalami masalah kewangan atau ekonomi, takkan tetiba sayang kita pon nak berhenti takat tu je sebab pasangan kita tak dapat nak sediakan benda-benda mewah untuk kita? Life kena ada logika nya. Kalo kita sayangkan seseorang tu sebab harta, lambat laun, harta akan susut jugak and there is no way yang perhubungan itu akan kekal. Tapi kalo kita sayangkan seseorang tu sebab dia dan hati dia; InsyaAllah kekal walaupun hidup kekeluargaan mereka dilanda krisis. Susah senang bersama.

Mulai sekarang, aku kena tanamkan dalam diri aku; terima Encik Q seadanya. Kalo itu je yang dia mampu, that's it. Enough. Dun I ever ask for more.


p/s: InsyaAllah...aku akan cuba terima dia seadanya.

No comments: