Wednesday, September 9, 2009

ayu?

Malam tadi Cik Abang cakap yang dia kata aku makin hari makin ayu. Ayu kah aku ni? Sebab aku ni bukan senang nak terima orang cakap bulat-bulat. Nanti aku tanya lagi. Ye lah, tengok orang kot bila mendefinisikan perkataan 'ayu' tu.

Mungkin bagi sesetengah orang mendefinisikan 'ayu' tu--> orang yang sopan, pakai mekap, lawa berbaju kurung, cakap pon slow je sampai tak boleh dengar butir bicara.

Sebab aku bukan yang jenis macam tu. Aku keluar ngan Abang pon selamba pakai selipar crocs rm15 tu (hehe), selalu pon baju biru (kebetulan plak time nak jumpa dia aku terambil baju biru), tudung pun selempang takdenye nak pin-pin atau lilit-lilit tudung ni.

Last-last, Cik Abang swuh aku tengok makna dalam kamus. Kebetulan plak kamus elektronik Ellie ni ada depan mata, trus aku cari maksud 'ayu' tu:

Ayu: [A.yu] --> Cantik dan lemah lembut

Err... tang cantik tu, jauh panggang dari api la kan. Aku ni biasa-biasa je. Tapi bila tang 'lemah-lembut' tu, lagi aku nak gelak. Abang kata aku main lemah lembut sekarang ni. Hehehe ;)) Sebab dia kata berbanding dulu ngan sekarang, ada beza sket. Dulu dia kata aku kasar. 'Ye, btul tu. Memang Cuk kasar pon. Sebab dah biasa huha-huha dengan kawan-kawan yang bising jugak'. Mana taknye, ada pnah sekali tu berjalan sambil berborak ngan dia, tak ingat pasal ape aku tergelakkan dia sampai tersembur air liur. Haha ;D Yang itu memang teruk sangat, tapi kes-kes lain aku sendiri tak ingat aku ni kasar. Mungkin tak pnah ade orang tegur kekasaran aku. Abang pon tak pnah tegur. Cuma aku sendiri yang berubah secara luar kawal, jadi 'lemah lembut' macam yang dikata. Ataupun berkawan ngan Alang yang lemah lembut tu secara otomatiknya aku jadi lemah lembut jugak? Erm, maybe kot.

Tapi, ayukah aku? hehe. Lagi mau tanya ;p Orang yang tengok kot nampak aku makin ayu. Tapi, mudah-mudahan aku berubah ni bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri :)

p/s: ni kena tanya Along nih.

No comments: