Tuesday, September 29, 2009

hangout with BFF

Jadual aku untuk minggu terakhir Ramadhan tu memang super busy.

130909: Kuar ngan BFF
140909: Kena settlekan ppoint untuk pembentangan proposal Rabu 160909
150909: Kena pergi MMD dan ukm.
160909: Pembentangan proposal kul 8am. Petang --> Buat kueh raya
170909: Nak jumpa buah hati.
180909: Buat kueh raya. Malam --> balik kampung!

Memandangkan jadual aku untuk minggu tu sangat2 hectic, dengan kuih raya tak sempat buat lagi masa tu (nasib baik memang nak buat 2 jenis je), jadinya pagi sebelum plan nak kuar hangout ngan aTiQue dan LiyanaRoxx petang tu (dan terus pi berbuka sama), aku dah mengadap butter, gula, dan barangan buat kuih yang lain la.

I mean, really pagi buta, you know! Malam tu kan aku sempat YM ngan LiyanaRoxx sampai kul 230pg. Aku sempat tido 2jam ++ je sebelum Cik Abang kejut sahur kul 445pg tu. Pas je sahur, aku mandi, tunggu subuh, pastu trus mula buat kuih raya. Dari ngantuks yang amat, trus tak ngantuk tau. Siap je kuih raya, trus buat cupcake untuk aTiQue+LiyanaRoxx sebab dorang dari hari tu nak rasa Black Bottom Cupcake tuh. Janji ngan dorang kul 230ptg, tapi aku mintak aTiQue ambik aku kat umah paling tidak pon kul 245ptg. Huhu...Mana taknye, kul 2ptg baru aku siap buat cupcake tu, dengan badan dah berlengas semula, tak solat Zuhur lagi, cupcake tak packing lagi. Waa... tepat kul 245ptg aTiQue sampai depan umah, aku pon baru siap.

Jadinya, kami beronggeng la sebentar kat KLCC sementara nak tunggu waktu nak gerak ke Bora Ombak. Nasib la dekat je. Masa kat KLCC tu, pusing punya pusing, last-last lepak kat Foodcourt (kami tak makan ye, cuma tumpang duduk kat situ sebab nak berborak). Yang lawaknya, yang tido hanya 2jam ++ je yang hyper lain macam. Yang dak dua orang lagi tu siap terlentok-lentok atas meja makan foodcourt tu. hahaha :D

Kul 545ptg kitorang pun gerak dari KLCC ke Bora Ombak. Sampai-sampai je Bora Ombak, tengok seating kat mana trus solat Asar plak. Yang tak boleh tahannya, seating btul2 bawah pokok.Tak boleh bayang yang malam nanti gelap mana la duk bawah pokok tu.

Masuk waktu berbuka, makan-makanla kami bawah pokok tu. Pas je maghrib, mak aii gelap sungguh area meja kami tuh. Haha...dengan bertemankan cahaya lampu dari kejauhan, dan cahaya malap dari lampu minyak tanah (ala, yang orang salu letak kat keliling umah time raya tu. Ape panggil tu? aishhh...), baru aku tau ape rasa makan kat 'candle light dinner' tau. Tak romantik sungguh sebab makanan pon nampak sipi-sipi je. Orang yang makan ngan kita pon nampak gelap je, balam-balam. hahaha ;D (uish, tak romantik sungguh aku ni)... Pas makan, masing-masing kekenyangan, dah terlepek kat situ sambil sambung berborak.

Gambar dah upload kat [PicasaWeb]. Malas nak upload kat blog ni :P

p/s: Bermulalah aktiviti mingguan yang berserabut minggu depannya tu. Huhu :'(

No comments: