... buah hati pengarang jantung aku! ;))
Pagi kul 11 lebih camtu, aku jumpa ngan Cik Abang kat stesen LRT Cempaka, naik LRT ke Jalan TAR. Ramai btul manusia kat Sogo masa kami sampai tu. Lintas jalan je, masuk satu kedai ni, tetiba aku dengar nama aku dipanggil. Toleh belakang, Ya Allah!!! Aku jumpa si LiyanaRoxx! Hati aku memang dah rasa nak terjumpa seseorang, cuma tak expect nak jumpa Ana kat Jalan TAR tu. Btul la apa yang Ana kata, dalam banyak-banyak tempat, kat Jalan TAR jugak kami terserempak. Sebab dari awal dulu dia memang ada kata nak sangat tengok Cik Abang aku tu. Yang bestnya, aku dah malu tahap gaban sebab mak Ana ada! Huhu...
Balik dari Jalan TAR, Cik Abang aku ajak berbuka ngan dia. So, masa kat parking lot tu, aku sempat lagi lukiskan map untuk Cik Abang (dia datang amek aku kat umah), tetiba Ana lalu, siap hon lagi. Adeh~
Plan 110909 tu pun sebenarnya lain tau. Plan asal sepatutnya aku ada kuar ngan Cik Abang waktu malam. Tapi last minit masa kat Jalan TAR tu aku cakap aku tak jadi nak kuar malam ngan dia. Tu yang dia ajak berbuka sama. Ye la, bila lagi kan? Sebab itu pon dah minggu terakhir Ramadhan.
Balik dari Jalan TAR, mandi, lelap kejap, siap lipat kain, kul 630 Cik Abang amek depan rumah, trus ke Kampung Baru, berbuka kat sana. Masa berbuka tu, Cik Abang ajak teman dia cari baju Melayu dia kat Chowkit. Alang-alang dah kuar ngan dia, aku pun iya kan je lah. Lagipun sian ke dia, tak sempat cari baju raya dia masa kami pegi Jalan TAR pagi tu. Campur ngan panas, ngan jalan sesak sebab ramai sangat orang berjalan kat jalan yang sempit antara gerai-gerai tepi jalan kat Jalan TAR tu (aku sampai sesak nafas), dan Cik Abang yang cerewet mengalahkan aku! Percaya tak kalo aku cakap Cik Abang aku ni lagi cerewet berbanding aku? 'Ye sayang, sayang ni cerewet tahap gaban ok?'
Jadinya, pas berbuka tu, jalan-jalan kat Chowkit, dah seberang jalan nak balik, baru jumpa baju dia. Aduh~ Bagus jugak bawak dia ni pi tawaf Mid tuh. Nanti boleh dapat 10,000 steps. Ekekee ;p
Kul 930mlm Cik Abang dah perambat aku balik, dah lewat, itupun nak berjalan balik ke kereta dia lagi. Sampai2 umah dah kul 1030mlm! Huhu... takpe, puas dapat kuar ngan Cik Abang. Ni pon first time kuar ngan dia SEHARIAN. Selalunya paling lama kuar ngan dia 3 jam. Itu pon adalah 2-3 kali je.
Itu ini, bila online jap malam tu, YM ngan LiyanaRoxx sampai kul 230pg! Ish3... pagi tu kul 445 nak bangun sahur plak...
p/s: See u in the next entry :))
No comments:
Post a Comment