Ok, kat mana aku nak mula nih? Huhu... ni la gayanya bila dah hujung bulan baru nak update segala cerita yang dah basi, jadi tengah-tengah bulan ritu. UP-TO-DATE la sangat~
Ish, aku nak start dari mana ni? OOO...aku tau... kena buat kronologi pendek ini macam.
Alkisah pagi 080909 hari tu, Cik Abang aku tepon la seperti biasa sebelum dia pi keje. Tanya punya tanya, dia kata weekend tu dia tak balik kampung dan dia nak pi shopping baju raya untuk mak dia kat Jalan TAR. So, aku yang suka menyebuk (hehe), saja meng'offer' diri nak ikut dia, padahal masa tu aku baru teringat yang hari Sabtu tu aku ada Seminar kat KL, tapi half day je. Dah dia kata dia nak tunggu, so aku ngan hepi nye dah buat plan untuk petang Sabtu nak spend masa ngan Cik Abang.
Petang 090909, aku tengok tentatif Seminar terbaru, hari Sabtu tu hanya 1 jam je perbincangan pendek kat Hotel Legend, KL. Bila di confirmkan semula ngan RA lecturer aku, dia kata takyah datang pon takpe. Wehooo~ Aku sudah free untuk hari Sabtu, boleh la kuar ngan Cik Abang aku tu dengan hati yang senang.
Petang yang sama, aku nak confirmkan semula ngan Prof R, tarikh nak buat pembentangan proposal kami berlima (Aku, Along, Alang, Bong dan Sal). Tarikh awal kami pilih 150909 (Selasa) tetiba Prof R kata dia busy seharian 150909 tu dan nak ganti 160909 (Rabu). Nak tak nak terima je la. Lagipon dia kena ada masa pembentangan proposal kami, jadinya kena ikut tarikh dia. Masa ni plan aku untuk minggu depannya tu (14-18 September) dah berubah 180 darjah. huhu :P
Pagi 100909, masa Seminar dah bermula, aku jenguk-jenguk lagi buku tentatif, nak buat plan ngan Alang untuk pi Seminar kat KL esoknya (110909) tu. Tetibe, aku baru perasan yang tentatif tu berubah lagi untuk kesekian kalinya untuk Seminar 110909 tu dan petang masa Seminar dah berakhir tu, tanya punya tanya kat lecturer aku, dia kata aku ngan Alang tak datang pon takpe untuk Seminar kat KL tuh! Heee~
Kronologi benti setakat ini sahaja.
Masa kat Seminar tu, tugas aku kena jadi jurugambar (tak profesional), bukannya dengar sangat pon Seminar tu. Lebih kepada berborak ngan Alang. Pastu, sesi petang tu aku ngan Alang ditugaskan untuk jaga meja pendaftaran. Rasa-rasa macam dah cukup je participant, tapi kitorang dok lama sket kat luar dewan, berposing bagai tak ingat dunia. Muahahaha ;D
p/s: Nanti tengok jadual aku packed macamana untuk minggu terakhir Ramadhan kali ni.
No comments:
Post a Comment