Plan hari Isnin (140909) ngan hari Selasa (150909) tu berjalan macam yang dirancang. Untuk hari Rabu (160909), punyala kami dok aturkan sape yang nak buat pembentangan dulu, sape yang kemudian, tup tup, Prof R panggil aku bentang dulu. Aishhh... nak tak nak, bentang je la. Nak lambat-lambat pon nanti kesudahannya kena bentang jugak kan? Jadinya, zasss je lah.
Bila dah jadi orang pertama yang bentang, dengan Prof R pon tengah fresh lagi, maka dengan itu aku pon dikomen dengan panjang lebar nye. Lama plak tuh. Tapi seperti biasa la aku dengan muka blur aku, just angguk-angguk, senyum sket dan amek nota ape yang dikomen Prof R. Sebab nak baiki ape yang patut dalam tesis aku jugak.
Bila settle semua dah bentang, kitorang berlima pon buat la sesi bergambar dalam billik mesyuarat tu. Saje suka-suka. Aku kalo dah bawak kamera takde gaya tak berposing kan... hehe :) WAJIB! Balik je dari ukm, aku teman Along pi SYA*** kat Kerinchi. Kebetulan masa kami tengah bentang proposal tu, orang SYA*** ada call Along nak bagitau yang Along dah boleh amek data kat SYA***. Aku ni jenis tak kesah je nak meneman orang. Kebetulan tengah free plak tu. Jadinya pi la teman Along. Bila sampai kat SYA*** tu, baru kitorang rasa macam permohonan Along di pass kan ke unit yang salah. Hangin Along. Ngan aku,aku skali hangin. Sebab orang yang keje bahagian pemprosesan permohonan data tu salah faham permintaan Along. Bila dah sama-sama bengang, tension; Along plak ikut aku pi ronda kat Mid Valley. hehe... Aku ni senang je nak lepaskan tension. Kalo tak makan, pi window shopping. Tak beli takpe, asal dapat jalan.
Balik dah petang. Malam tu aku malas nak pikir pasal tesis, serabut otak ni. Bila tak pikir pasal tesis, pikir pasal Cik Abang plak. Sebab plan asal, petang khamis tu nak jumpa Cik Abang. Memandangkan plan nak buat kueh raya balik dari pembentangan proposal telah tertunda sebab takde mood, jadinya aku tukar plan ngan Cik Abang.
170909: Buat kueh raya (the whole day)
180909: Jumpa buah hati. Malam --> balik kampung!
Kebetulan hari Jumaat (180909) tu tempat keje Cik Abang dah mula cuti, tapi Cik Abang keje shif malam, jadinya dia ajak jumpa pagi Jumaat tu. Memula nak jumpa Khamis + Jumaat. Tapi aku pikir bila plak masa aku nak buat kueh raya, tu yang tukar jumpa hari Jumaat je. Huhu... Jumpa sehari je pon tak kesah asalkan dalam seminggu tu dapat jumpa dia. Haru rindu ke dia tau. Huhu :P
p/s: Esoknya satu hari bergelumang ngan butter dan tepung dan gula dan... lagi?
No comments:
Post a Comment