Sunday, April 11, 2010

2 in 1

Semalam buah hati aku tolong hantarkan ke pusat exam! Yippeeee!!!!

Pagi-pagi aku dah ke maktab dia, parked kete aku kat situ and pegi ngan naik kete dia. Seronok pagi-pagi dapat tengok muka orang yang kita cintai :) Of course lah selain family aku kan... itu adalah rutin wajib.

Sampai je kat MARDI, MasyaAllah... banyak nyer kereta! Aku takleh nak bayang berapa ramai umat manusia yang nak pi amek exam tu semalam. Owh, sebelum terlupa, exam yang aku katakan tu exam Gred 41. Rata-rata yang aku tanya untuk exam ape dorang amek ni, mestilah jawapan wajib ialah PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Aku pon sama tapi aku exam untuk dua position which are PTD ngan Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Alhamdulillah aku sempat masuk dewan kul 815pagi. And exam mula lewat 30minit sebab kul 9pagi pon baru ada yang masuk dewan.

Dalam ramai-ramai tu, aku terjumpa gak ngan Ernie, geng Bond ngan Tj kat Ampang Girls dulu. Jumpa kat toilet plak tuh! hehe ;P Of all places, toilet jugak menjadi medan pertemuan. Dia seksyen yang sama ngan aku jugak cuma dia duduk belakang sebab sampai lambat (disebabkan jem kat pintu masuk). Ernie kata ramai yang keluar dari kereta berjalan ramai-ramai dari pintu masuk MARDI sampai ke dewan yang sangat jauh itu. SANGAT, SANGAT JAUH dari pintu masuk. Siap naik bukit turun bukit, I tell youu~~ Dah la dengan pakai heels lagi.

Semalam, nasib baik jugak aku teringat nak bawak cardigans aku. SEJUK betul aircond dalam dewan exam aku tuh. Exam semalam dari kul 930pagi sampai 430ptg, ade nak dekat 5-6kali gak aku gi toilet. Badan aku ni tak tahan sejuk. Sejuk sikit je mula la nak cari toilet. Semalam pon aku tak berani nak minum air banyak-banyak sebab takut asyik nak pi toilet je padahal selang masa rehat antara satu paper ngan paper yang lain tu dalam 10minit je. Kalo ikut jadual exam yang asal, dapat rehat dalam 20minit. Tapi sebab semalam mula lewat, dorang nak kejar masa yang asal jugak. Jenuh weh.... terketar-ketar aku jawab exam sebab kesejukkan melampau. Buah hati aku kata aku exam dalam peti ais. hehe;D Last-last bila time rehat makan tengahari, aku duk bawah panas matahari sebab nak bagi hilang sejuk. Rasa nak beku badan ni bila berjam-jam dk bawah aircond super sejuk, super power gitu tau~

Exam semalam tu ada 7 bahagian.

Seksyen 1/A: Pengetahuan Am Malaysia
Seksyen 1/B: Menyelesaikan Masalah (simple math, IQ test)
Seksyen 1/C: Kemahiran Memindahkan Data (pemahaman, grammar)
Seksyen 1/D: Esei BM
Seksyen 1/E: Essay BI
Seksyen 2/A: Sahsiah Diri
Seksyen 2/B: Minat

Sume Alhamdulillah ok je jawab. Ye lah, objektif kan... tibai je kalo rasa lupa sejarah macam untuk Seksyen 1/A tuh. hehe ;D Yang untuk dua-dua esei tu... Ish, ish, ish... punyala lama dah tak jawab soalan esei (esei masa jawab exam degree ngan master tak sama weh...ni esei masa tingkatan dulu...citer 8 tahun lepas) Hampeh je aku rasa, jawab esei macam budak-budak form 1 kot. Aku rasa aku jawab esei masa form 1 dulu pon lagi terror dari yang aku jawab semalam. Tawakal je. Lagipun benda dah lepas , takleh nak diulang sekali lagi melainkan aku hantar permohonan SPA baru. hehe ;P

Balik je buah hati amek (of course la kan sebab aku takde transport sebab dia yang hantar pagi tu, memanglah dia jugak yang kena amek aku. hehe). Jem kat tol Sungai Besi, sebab ada final bola Negeri Sembilan lawan Kedah kat Stadium Bukit Jalil. Balik tu pi dating ngan buah hati kat Titiwangsa plak. Borak-borak sambil jalan-jalan hirup udara segar. Well, macam yang aku pernah tulis dalam entry aku sebelum ni, kami ni memang sangat outdoor. Takdenyer jalan-jalan kat shopping mall tu sebab aktiviti tu aku bleh buat ngan BFF aku (Tqah, Ana, Tj, Along, Alang and Bong). Dengan dia biarlah lain sket aktivitinyer. Tapi aku suka, sebab rasa fresh gitu :)

Balik lepas dinner ngan dia kat Kg.Baru...

p/s: Dapat luang masa ngan buah hati 2 hari berturut-turut... Hmm... best btul :))

2 comments:

Liyana said...

hahahaha...nanie pun exam kat MARDI ke?maksu ana pun sama gak...PTD kan?hahahaha...membebel makcik haku sorg tuh ckp jalan jammed giler nak masuk serdang ek?hahahaha

elanie*Q said...

lahhh...ye ke? dia dewan mana? nanie dewan B seksyen 2. mmg giler jem. ernie dari pintu masuk MARDI jalan kaki smpai ke dewan. giler jauh tau tak...