Monday, April 5, 2010

-55-

Haaaaa...lupa nak citer pasal entry ni.

Entry untuk birthday abah 010410, hari Khamis lepas.

Nak dijadikan cerita, Abah cukup takut ngan besday dia sendiri. Nak tau pasal ape? Sebab besday Abah jatuh on April Fool! So, Abah sangat risau bila orang main-mainkan dia masa besday dia. Hehe ;D

Besday Abah ritu kitorang sambut Jumaat malam Sabtu (020410) sebab Khamis tu aku ada appointment ngan Kak Sue. Birthday Abah kitorang sambut kat kedai ayam bakar Wang Solo kat Ampang Avenue Taman Dagang bersebelah ngan Galaxie Ampang.

Not bad la semua menu dia. Nama pon kedai orang Jawa, konpem la ada tempe, pecal segala... Kek Coklat Moist plak ditaja oleh Kak Lin.

Happy 55th Birthday Abah!! Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu :)) Nanie sayang Abah! :)
Cuba tengok muka Myra. Lucu sangat reaksi muka dia masa ni. 'Birthday Atok, birthday Myra juga', kata Myra ;P
p/s: Yang rasmikan kek tu bukan Abah, tapi Myra ;P

No comments: