Friday, April 16, 2010

survey time~

Memandangkan hari ni aku dah dapat ME time alone, aku ingat nak buat movie marathon. Tapi tetibe teringat yang aku nak tolong pi surveykan handphone untuk Tj, and nak survey barangan majlis aku bulan 5 and bulan 7 sekali. If possible and ada yang terkenan di hati, ingat nak beli je trus. So, nak taknak, tengok satu je movie and the rest of my time tu untuk buat dua keje tuh.

Aku nak pi cari Tafsir Quran and survey jam tangan. Kalo bukan untuk buah hati pon, untuk diri sendiri pon jadi.

Honestly speaking, aku ni bukannya jenis minah branded pon. Aku tak kesah pon pakai barangan takde brand-brand gempaks tuh. Tapi aku ada 3 benda yang aku kalo boleh kena ada brand.

  1. JAM TANGAN - sebab aku ni suka pakai jam. WAJIB ada dipergelangan tangan. Kalo tak pakai tu, aku rasa dunia aku tak lengkap. Kalo dah naik kete, baru jalan sekerat jalan, aku sanggup patah balik umah amek (Kalo dah jauh tu, terpaksa redha je la yang aku tak pakai jam). So, of course nak yang branded sebab aku tau jam tu akan menjadi peneman istimewa aku bertahun lamanya. Macam jam SWATCH yang aku pakai tu, bateri boleh tahan 3 tahun, dah salu sangat kena air, tapi boleh bertahan dan dah masuk 4 tahun dah jam tu aku guna - hari-hari -
  2. HANDBAG - aku ni jenis akan pakai satu-satu beg tu sampai ape orang kata -lunyai-. So, kalo boleh nak beg tu bertahan gak ngan aku ni. Aku tak banyak beg tangan, siyesly. Ada satu yang sampai sekarang aku pakai (the one yang warna silver tu), walaupun yang tu lagi la takde brand, beli kat booth kecik dekat-dekat ngan GSC Mid Valley tingkat 3 tu (Tj ada satu yang sama design tapi warna biru), tapi aku dah pakai nak dekat 2 tahun kot. Tapi, nak cuba jugak yang branded walaupun satu je.
  3. KASUT - Haaaaa... yang ni nak tau sebab pe? Sebab yang bukan branded, takde sampai saiz 10. Hehehee ;D Kaki aku ni lebar dan panjang. Sangat susah nak cari kasut ok. MEMANG SANGAT SUSAH nak cari saiz kasut yang besar. Design pon satu hal. Kalo takat sandal pon susah nak cari saiz, apekan lagi kasut bertutup! Huishhh...mau stress dibuatnya bila susah nak cari kasut ni. Lagi satu, kasut ni pon jenis aku akan pakai yang satu tu sampai lunyai jugak. Aku tak banyak kasut kat umah. Siyesly... so, better beli yang jaminan kualiti terunggul. Haha ;P

p/s: ok, nak pi survey jam dulu ;) Daaa... nak kuar dah ni, shopping!!

No comments: