Ok, nak taip tajuk je dah stress tau. Haishhh~
Anyway, checkup bulan ni la yang paling lama and paling horror aku rasa. Bukan rasa dah, memang betul pon. Sampai stress nak kondem makan je rasanya ;(
Nak kata masa bulan ke-4 makan ngan berselera sekali tak jugak. Makan macam biasa la sebab baby aku ni dah pandai. Lapar sikit je, mula la dia dok tendang2 aku. Nak mengelakkan dari asyik di tendang je, baikla preparekan diri awal2 macam minum susu etc.
Nak dijadikan cerita, berat aku naik sampai 3.5kg walhal supposedly hanya boleh naik 0.5kg masa bulan ke-4. Bila dah masuk bulan ke-5 dan ke atas barulah boleh naik 2.5kg permonth. Where did the extra 3kilos come from? Don't asked me. Like seriously. Badan aku ni memang senang naik berat. That one I admit tapi, 3.5kg permonth, that sounds ridiculous kan? Hmm... padahal 2 weeks before the checkup baru buat MGTT test, normal walaupon test tu agak dah nak cross the border la jugak ;(
Dan2 plak la checkup tu 2 days after my birthday, so, konpemla memang makan banyak sebab encik hubby belanja makan dari sarapan sampaila dinner. Merdeka kejap aku dari keje memasak.
Next : The Not-So-Good-BP-Reading plak. Naik ye puan2 sampai 3 kali reading masih lagi atas paras tak bagus. First reading, 160/something2. 2nd reading turun 144/something2. Third reading 138/something2. Last2 nurse tu tak puas hati, check plak secara manual turun ke 130/80.
Jumpa nurse kat bahagian dalam, mula2 ok la, dia swuh baring, dia nak check perut. Nak dengar heartbeat baby guna Daphtone. Awww....sweet je jantung anak mama dah kedengaran :)) pastu nurse tu tanya, dah check hemoglobin blum. Aku kata belum. After dia bebel pot pet itu ini sebab berat aku naik, BP pon naik, dia swuh test hemoglobin kat nurse berdepan ngan meja dia. Tup2, bacaan hemoglobin turun jadi 10.1. Owh, not so good sebab bacaan normal adalah 11 keatas. Nurse yang check perut aku tu sambung pot pet2 lagi pasal bacaan hemoglobin rendah. Dah plak dia naikkan dos Ferromed aku dari sebiji ke 2 biji sehari. Hukhuk :'( And sticker aku dah berubah dari putih ke hijau! Hai la weyh!!!!! ;(
Macam2 la bulan ni. Bila BP dah naik, nurse tu swuh aku jumpa MO on the spot. Doktor tu boleh la tahan gaya dia, kalo mood nak baik, baik la. Kalo tak, memang pot pet2 jugak :( So, dia bebel la pasal pemakanan sihat etc. And trus dia kata, 'so, disebabkan BP you dah naik ni, you kena datang sini buat check up BP sekali setiap minggu for 4 weeks. Or instead you nak datang 2 kali seminggu for 2 weeks?'
And I settled for once in everyweek for 4 weeks. Hmm...
So, after the checkup, sungguh tak seronok hati ni. Stress je... trus mood nak update pasal checkup terbantut :( Ni baru ada kekuatan nak update. Nasib baik kat rumah ni ada electronic scaling machine from buat HP ritu. Tadi timbang selepas 5 hari checkup, baru naik 0.2gram. Ya Allah, risau benau ni kalo naik lagi :((
p/s: Kena jaga pemakanan. Ye, kena jugak! ;( Ya Allah, permudahkan lah proses kehamilan hamba-Mu ini. Amin~~
4 comments:
Sbr, jgn stress2, nanti effect kat baby.. enjoy ur pregnancy moments.. Semoga semuanya selamat n dipermudahkan.. Amin..
hai sahida :)
hehe,stress tu mcm 1 metafora je. Pdhal ok tp bwt2 xok.hehe. Dont worry k. Lgpn being pregnant 4 9months ni bkn lama pun.pejam celik dh nk bsalin nanti.so im trying 2 b positive. Alhmdulillah encik hubby pndai amek hati.dia salu pujuk supaya jgn stress2 :)
takut jugak nii..i baru nak gi check up utk 5 months tu next week..dah le sume org kate perut i besar macam dah 9 bulan/ macam ade twins..huhuhu
amalina:
insyaAllah takde ape kot..ada stgh org mmg mcm tu tp berat maintain naik ikut jadual. like my fren dulu, 5 1/2 bulan mcm dah 7/8 bulan je. doa2 la semoga awak ok, baby pon ok :)
nanie ni tak tau la ape gaya ntah. terlebih absorb kot? haha ;P sampai pasrah je. ni next week check up bp kedua ada gak timbang, brpa plak yg naik. huhu. tak mkn salah, makan pon salah. padahal last month nanie ada join hubby diet. memang a big no-no la nak diet time2 ni sebab tgh preggy, tp ganti makan benda lain mcm roti, quacker oat, biskut nak dekat 2weeks jugak. ingatkan berat ok la, sekali bila timbang, masyaAllah! awat naik mendadak ni?? so, im trying to be positive je skrg ni. so are you ok darl? :)
Post a Comment