Saturday, March 19, 2011

meeting up!

Khamis lepas jumpa si cekgu Ana yang mengajar kat kota tinggi nun sana. Rasanya dah lama sangat tak jumpa dia dari bulan Dec lepas. Cikgu kan...time cuti sekolah je la dapat jumpa dia pon. Chinese new year ritu tak sempat, masing2 busy.

Back to the story. Masa jumpa Ana ritu, encik hubby dah cakap awal2 swuh pakai dress panjang yang dia dah belikan awal2 masa tau aku preggy dulu. Nak pakai malu, so terperap je la baju tu dalam almari. Memandangkan baju tu lagi lawa kalo pakai ngan inner tapi sebab lengan aku ni bagai diternak, buruk ok ghupenya kalo pakai inner! haha ;D

Nak taknak pakai jugak dress tu ngan cardigan. Ni first time pakai dress2 bagai ni tau. Seriusly aku ni tak minat nak pakai skirt2 ni. Flowy2 gitu, geli aiii macam tak pakai ape2 plak kat bawah tu. Ni percubaan pertama pakai dan alhamdulillah nasib baik la ok. Pedulik la kan, asalkan tak tersenak perut ke ape ke. Before pi amek Ana kat rumah dia, singgah umah Ibu sat (umah Ibu ngan umah cekgu Ana tu dekat je) sebab janji ngan Ana nak kuar kul 10 and masa tu belum kul 930 lagi. Ibu ngan Ellie pon terkejut tengok aku pakai dress. Macam nak pegi pantai kata Ibu. hehe ;P Siap pakai seluar tight kat dalam sebab aku tak mau pakai kain dalam.

Khamis ritu memang bantai makan banyak gak ar sebab jumpa kawan plus lama tak makan benda2 best ni. Memula makan kat Mee Taiwan, layankan cekgu Ana yang dah kempunan nak makan situ. After that merewang tengok cincin kat PohKong. Eh, bukan aku yang nak beli, tapi si cekgu ni nak survey2 ;)) Masa kami kat Mee Taiwan tu, Tqah sms aku, rupenya makcik tu tak pi keje hari tu. Ajak dia pi SR plak sebab aku teringin nak makan Gourmet Pie. Ye ar, alang2 dia cuti, jom ar join kan :)

Jumpa la kami kat SR bandar Baru Ampang, jenuh cari parking sampai pusing 3-4 kali tawaf area situ. Tqah pnah jumpa aku masa aku preggy 4bulan. Masa jumpa aku pakai baju kurung nak pi kenduri kawen. Dia kata tak nampak sangat perut aku. La ni sebulan kemudian jumpa, pakai dress (malu aku), dia kata perut aku dah nampak and dia geli nak pegang perut aku ;P lawak je makcik ni. Aku pon macam pelik kot nak bagi orang lain pegang perut aku selain encik hubby kot??! Hahaha ;D

Bergosip bagai kami kat SR tu. Ada satu couple ni rasanya husband and wife kot; Si husband tu asyik dok pandang aku je. Agaknya dok memikirkan perangai tak semenggah aku dengan perut memboyot bawak baby ni bila jumpa kawan, mak aiii bising benau mulut pot pet2. haha ;D Last2 dorang blah. And ye, gourmet pie aku dah takde stok ok masa aku order tu. Tsk, tsk...sedih... the one time aku teringin nak makan, time tu la habis ;'( Encik hubby plak tak suka makan makanan2 macam tu. Tekak dia tekak Melayu Asli ;] So, takde maknenya dia nak teman aku makan kat SR ni.


p/s: All in all, petang tu rasa happy sangat dapat jumpa BFF. Cuma tak cukup korum la seperti biasa. Takde si Liyana sebab dia keje. Malam tu aku dah tak makan dah sebab dah dok membayangkan nak kena timbang berat next week. Lagipun perut rasa sangat ketat ok bila makan banyak..Fuhh~

2 comments:

aTiQue said...

wooHoooo!!! pot pet pot pet pot pet..kalo sok anak hang mulut pot pet pot pet jgn slhkn kami ;p LOVE U! aku pun heppy! ;D

elanie*Q said...

haha,xpe beb,biar mulut byk ckp asal jgn pdiam sgt. Susah aku xd org nk melayan aku potpet2 kat umah nant time hubby p keje.hehe