Tuesday, July 19, 2011

Buku Resepi Berpantang


At last, jumpa jugak buku ni. Kompilasi hidangan berpatang by Alaf 21. Ada dua tiga resepi yang dah ada dalam buku Berpantang Secara Alami yang aku beli ritu. But never mind.

Ibu bukannya pernah berpatang secara total masa dulu2 sebab bila berpantang ngan atok pon, atok masakkan ayam, Ibu makan je. Sesetengah mommy ada yang memang langsung tak bleh makan ayam sebab gatal. Macam Ibu, sepanjang 3x Ibu bersalin c-sect tu, dalam banyak2 makanan yang dia alah hanya ikan sardin je. best betul! Tapi ikan kembung or ikan yang berbisa or gatal memang atok tak bagi makan la.

Hopefully la time aku berpantang nanti, ayam aku boleh makan. huhu... Sebab tak syok la hidup ni tak makan ayam. Fave aku tuh! Macam kakak ipar aku, dia kata kalo dia tak bleh makan ayam, rasa macam tak complete hidup ni sebab tiap2 hari makan ikan okeh? But still ritu dia pantang makan ayam gak tapi hanya 44 hari. Cuma dia bagi contoh macam isteri Abang Long dia yang setahun benti makan ayam gara2 gatal kat tempat luka c-sect dia. Huuuu... haru tuh!

Aku beli buku ni sebab encik hubby ni dah dok pujuk balik Johor lepas aku habis berurut nanti. Ingatkan aku nak berurut selama 14 hari. Nak bagi badan kuat balik n buang angin. Aku tak janji nak balik Johor awal, nak tengok keadaan dulu. Risau kalo balik sana susah nak urus diri sendiri, baby ngan segala kerja rumah. Aku ni dah la senang stress. Sikit, sikit stress. Hmmm...

Beli buku ni pon sekadar persediaan. Kot2 kalo aku rasa nak balik Johor after habis sesi berurut tu, at least aku dah prepare ape makanan2 yang bleh or tak bleh makan. But, seingat aku dah ronda2 kat pekan yang terdekat, pi pasar yang ada kat Johor tu, ikan2 yang aku bleh makan masa berpantang takde dijual ok?

NO ikan haruan,
NO ikan merah,
NO ikan bawal putih,


ape lagi?

Kat jeti pon jual ikan Tongkol je yang memang konpem tak leh makan sebab gatal.


Jadinya?

Ayam je pilihan yang tinggal. But what if ayam aku tak bleh makan macam isteri Abang Long kakak ipar aku tuh? Mati tak cukup zat ler aku karang...


p/s: Ayg, syg tengok keadaan dulu la ye? Banyak kena fikir nih before sambung berpantang kat Johor tu :(

3 comments:

~YUN~ said...

nanie,pantang blh mkn ayam ek?salu yun dgr orng pantang mkn ikan je..huhuhu~

elanie*Q said...

yun: eh boleh yun..but it depends on the mommmies la. mcm ibu nanie ayam dia ok je lgsung takde gatal n padahal mak mertua ibu tu org kg but xstrict sgt on pantang. kalo ty doktor plak, dorg mmg akan swuh mkn semua benda sebab bila time kita berpantang la kita kena kumpul semula tenaga + zat. tp berbalik kpd mommies tu sdri. kalo ayam or seafood memudaratkan smpai gatal2 kat tmpt luka tu, baik takyah mkn kan? nanti kita jugak yg sengsara..huhu...

kalo dlm buku kompilasi tu; resepi yg byk dicompilekan dr jenis ayam, hati, limpa, ikan jenahak, ikan haruan, ikan merah, ikan tenggiri, ikan siakap.

armouris said...

lagi info tentang berpantang di SIHAT SELALU - Rahsia Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang